Tuesday, October 30, 2012

Semua Tentang Kita 2


“Nea!!”
Nea mengeluh berat. Semakin laju dia melangkah, semakin lantang pulak suara itu memanggil. Langkahnya terpaksa dihentikan. Dia pantas menoleh.
“Nea… Lajunya awak jalan..”
Area ni tak boleh nak slow slow…Nanti kena tahan!” Balas Nea sinis. “Nak apa ni?”
“Awak nak pergi mana?”
“Pergi mati.” Kasar Nea membidas. Kenapa? Nak ikut?” soal Nea dengan muka tiada perasaan.
Pemuda itu tersengih. “Pergi mati? Dengan awak? Boleh jugak…”
Nea mengetap bibir geram.
Ish mamat ni! Menyakitkan hati betullah!
Nea mula mengorak langkah meninggalkan Neil, pemuda kelas sebelah yang sering mengusiknya. Selain daripada Neil, tiada sesiapa yang bertahan lama cuba memikat hati Nea yang keras itu. Nea juga terkenal dengan sikapnya yang sering menyakitkan hati guru walaupun dari pandangan Nea sendiri sikapnya tidaklah seteruk mana memandangkan persembahan akademiknya agak baik berbanding pelajar yang berdisiplin baik.
“Weh! Nea! Tunggulah! Awak nak ke kelas kan? Kita jalanlah sama-sama…Hehe..” Neil menyaingi Nea.
“Kalau muka tak malu, silalah jalan sama-sama….”
“Eh, macam mana awak tahu saya ni muka tak malu? Laa…baru hari ni ke awak tahu? Orang lain semua dah tahu dah.. Awak je lambat!”
Nea berhenti melangkah dan memandang tepat ke wajah Neil di sebelahnya.
Menyampahnya aku dengan budak Neil ni! Diberi sebijik karang aku malas nak masuk detention room....  Teeeeet! Teeeeeeet! Sasaran dikesan! Accomplice dah hantar diri. Yes!!!!!
Nea mengukir senyuman jahatnya.
“Yuhuuu! Tisha!! Neil nak cakap dengan kau ni! Sinilah…” Nea melambaikan tangannya. Neil meraup muka.
Tisha yang kebetulan lalu di situ segera mendekati mereka. Lengan Neil dipeluk mesra, lagak seperti pasangan kekasih yang bahagia.
Nea tersengih puas. “Korang berdua berbuallah dululah.. Aku nak ke kelas! Blah!” Nea terus berlalu pergi dengan senang hati.
Haha! Rasakan kau, Neil… Budak Tisha tu bukannya aku tak tau, syok tahap dewa dewi kat si Neil tu… Yalah, Neil tu handsome, terer fight, kira macam taiko gengster di sekolah ni… Semua orang kenal, semua orang takut. Tisha tu pulak gila populariti. Dengan berkepit dengan Neil, dia akan dapat meningkatkan kepopularannya. Gila betul layan budak-budak macam tu… Ah, nak kena jalan cepat ni.. Nanti si Neil catch up pulak!
Neil sekali lagi meraup wajahnya.
Ces, Nea ni! Budak bimbo ni dia pass kat aku!!!
You nak cakap apa dengan I tadi?” Tisha buat muka manja.
“Eee… apa ni, Tisha! Lepaslah.. Tergedik-gedik!” Neil segera menepis tangan Tisha dari terus memeluk lengannya.
“Sampai hati you cakap begitu kat I… I betul-betul sukakan youYou pun tahu kan? Tadi Nea cakap you ada something nak cakap dengan I? Apa dia? You nak ajak I keluar Sabtu ni ke? Boleh! I free. I sentiasa free untuk you!”
“Eeee...” Neil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. “Yang kau mengarut ni apasal ha, Tisha?? Aku cuma nak cakap kat kau, kat sekolah, make up tak boleh. Make up kau tebal gila. Pergi toilet cuci la oi. Dah macam opera cina je aku tengok!” Neil lantas berlalu pergi meninggalkan Tisha yang hanya mampu mengetap bibir geram.



Nea tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya. Dia kini leka dengan dunianya sendiri. Lagu-lagu Radiohead silih berganti bergema menjadi halwa telinganya. Sambil itu, dia meneguk Coke dan menikmati sepotong sandwich telur sebagai hidangan waktu rehatnya hari itu.
Keadaan kantin semestinya bising. Neil berasak-asak dengan pelajar lain, cuba mencari ruang untuk keluar dari kesesakan itu.
Binawe…tak reti nak beratur.. Aku pun mereka tak takut lagi dah..janji dapat melantak cepat-cepat! Huh! Eh-eh… Di sebalik hingar bingar lalat-lalat sekalian alam, there is my greatest view!
Neil sengih jahat. Nea masih tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan.
Hari-hari duduk kat hujung kantin, headphone di telinga… Kusyuk and tenang je makan, minum…  Tapi aku langsung tak tenang dibuatnya! Wajib kacau ni...! Hehe….
Neil melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Nea. Gadis itu tersentak. Sebentar kemudian, meja dengan lapan buah kerusi itu dipenuhi oleh konco-konco setia Neil. Nea menurunkan headphone ke lehernya. Pemain mp3 segera dimatikan.
Lalat-lalat ni sibuk je… Orang nak rehat layan lagu pun tak senang!
“Haaaai…” Neil tersengih macam kerang busuk. Rakan-rakannya tergelak kecil.
“ Haa..nak apa lagi ni? Nak suruh saya aturkan temujanji awak dengan Tisha? Boleh!!” Nea bersandar di kerusi.
Nope! Wrong! Nak awak aturkan temujanji untuk kita..”
Nea buat muka macam nak muntah. Neil semakin geram.
“Selalu tengok awak duduk sorang-sorang kat sini, takda kawan, tak boring ke?” Neil cuba memancing minat Nea untuk terus berbual dengannya.
None of your business!
“Eh, kita bukan cakap pasal business membusiness kat sini..” Balas Neil bersahaja. Rakan-rakannya tergelak buat Nea tambah sakit hati.
Idiot!”
“Awak cakap apa tadi?? Awak cakap saya i.d.i.o.t? Am stupid??? Sebelum ni takda siapa berani cakap saya macam tu tau!”
“Hey, saya cuma cakap idiot.. Saya tak cakap pun ‘Neil is an idiot.’.. Awak sendiri yang buat kesimpulan sendiri. Ke…awak memang dah tahu awak tu spesis idiot bagai sebab tu awak terasa? Macam tu ke?” Neil membisu seketika. Nea tersenyum sinis.
“Habis? Untuk siapa statement awak tadi tu?” Neil kembali menyoal.
“Bukan awak sorang je kat sini..”
“Untuk kawan-kawan saya kat sini??”
Look around you, Mr.Neil! Kantin ni banyak orang. Bukan hanya ada saya, awak dan kawan-kawan awak semua ni…” Nea kemudian bingkas bangun untuk meninggalkan meja tersebut dan serentak itu juga Neil tiba-tiba merangkul pinggangnya membuatkan Nea terduduk di riba Neil. Nea cuba melepaskan diri tetapi rangkulan Neil begitu kemas di pinggangnya. You better let me go or I’ll hit your face and draw some blue circle on your nose… Or maybe your eyes!” Nea memberi amaran. “Jangan nak kurang ajar!”
If you dare,I insist!” Ujar Neil bersahaja. Sejurus selepas itu, Nea menumbuk muka Neil dihadapannya. Neil meleraikan pelukannya. Nea bingkas bangun.
Yes, I dare! And you better keep that in mind!” Nea terus berlalu pergi meninggalkan kantin, meninggalkan Neil yang sedang memekup muka menahan kesakitan.
Hahaha! Puas hati aku! Nasib baik subjek Biologi dah lepas. Benda yang aku tak faham pun aku dah tanya tadi.. Lepas ni, kalau Neil report dengan guru disiplin and aku kena masuk detention class pun tak jadi hal punyalah! Aku boleh masuk dengan rela hati! Seronoknya dapat bagi sebijik macam tu. Lama dah tak buat kerja macam ni. Gian pulak rasanya… Sepatutnya bagi dia sepuluh biji terus tadi, baru syok siott!!
“Woi, Neil! Kau okey ke? Macam kuat je aku tengok dia tumbuk kau tadi…” Joel merapati Neil.
“Kuat jugak siott.. Berdarah hidung aku ni!” Balas Neil sedikit marah.
“Salah kau jugak.. Yang kau melampau-lampau peluk-peluk pinggang dia tu apa kes?”
“Diamlah kau, Tess!” Benjy pantas menyiku Tess. “Tengok apa yang dia dah buat dengan kau ni, kau masih nak simpan hajat kau untuk jadikan dia girlfriend kau ke, Neil?”
“Hey, mestilah! Hari ni, aku bersumpah depan korang, kalau aku tak buat dia jatuh cinta kat aku ni, aku bukan lagi taiko korang!” ujar Neil bersungguh-sungguh. Yang lain sedikit terpana. “Haa..tengok apa lagi? Pergilah beli tisu untuk aku. Nak biar uniform sekolah aku ni bertukar colour jadi merah ke?” sindir Neil. Bill segera bangun dan mencelah di sebalik pelajar-pelajar yang berpusu-pusu di kaunter membeli. Yang lain hanya mampu tersengih. Neil menumbuk tapak tangan.
Nea…kau lihatlah nanti.. Suatu hari nanti!






Happy je Nea hari ni. Apa cerita kat sekolah tadi?” soal Isaac sambil tangannya sibuk memutar stereng dan bermain gear.
“Hehehe… Macam tak sangka pulak hari ni Nea dah tumbuk muka orang..” Isaac memandang tepat ke wajah Nea di sebelahnya seakan tak percaya. “Guess who?
“Err…Tak tahu. Enemy ke?” Nea angguk. “Perempuan ke lelaki?”
“Lelaki.”
“Hm, kalau lelaki tak lain tak bukan, Neil lah kan?”
Yeap! Betul tu! Puasnya hati Nea…!! Rasa macam nak ulang balik je scene tadi. Best betul!”
“Neil kacau Nea lagi ke? Tak serik-serik lagi dia tu, kan? Memang patut pun Nea tumbuk dia. Bagi dia sedar sikit! Asyik nak bermimpi jadi boyfriend adik abang pulak, kan?” Nea angguk setuju. “Lepas ni, kalau dia still kacau Nea, Nea bagi je la flying kick. Amacam?” cadang Isaac berbaur gurauan.
“Hehe..boleh jugak! Biar masuk hospital terus!” Mereka kemudian tergelak bersama. “Abang pulak apa cerita? Semalam got tackle a girl kan? Dapat tak?”
On the way…” Nea tersengih. Abangnya, Isaac memang mudah jatuh cinta dan mudah juga melupakan cinta.
“Abang ni nampak je ganas tapi suka layan perasaan… Lebih-lebih lagi pasal cinta-cinta ni.. Ni kalau dapat perempuan ni, dah jadi girlfriend abang yang entah ke berapa dah.. Sampai Nea lost count! Bila nak betul-betul serius ni?”
“Hehee.. Abang pun tak tahulah Nea… Belum jumpa the right one lah…”
“Yang bestnya, rasa sedih abang lepas break off tu tahan selama sehari dua je.. Lepas tu, mulalah balik!”
“Haha.. tulah keistimewaan abang!” Nea tergelak.
“Tu boleh dikira keistimewaan ke?”
“Yalah.. Hehe.. Malam ni kita pergi funfair nak?”
“Abang tak kerja ke?”
“Abang ambil cuti la malam ni… Dah lama kita tak makan cotton candy kat funfair sama-sama…” Isaac sempat mencubit pipi adiknya.
“Dengan yesterday girl sekali ke?”
“Apasal nak bawa dia sekali pulak? Abang nak bersama dengan Nea je malam ni… Budak tu second round lah..” Nea tersenyum nipis.
Kadang-kadang, Nea terfikir sendiri. Adakah kerana perhatian Isaac yang lebih kepadanya membuatkan Isaac tidak menemui cinta dan kebahagiaannya sendiri? Pernah juga Nea mengutarakan persoalan itu kepada Isaac dan mencadangkan agar Isaac tidak terlalu mementingkan dirinya tetapi Isaac tidak mahu berubah. Hanya wanita yang dapat menerima kewujudan Nea di hati Isaac akan dapat menerima cinta sejatinya. Itu ketetapannya.



Nea memandang ke kiri dan kanannya, malah di belakang dan hadapannya juga. Tiada yang mencurigai pelajar-pelajar yang berada di kaki lima blok pentadbiran itu. Semuanya berkelakuan biasa saja. Nea mengutip kapal terbang kertas yang jatuh di hujung kakinya. Dia mendongak ke atas, menjengah ke beranda tingkat atas. Tiada sesiapa. Nea mengeluh kecil.
Hmm…musykilnya aku..! Mana datangnya kapal terbang kertas ni?
Nea membetulkan beg silang Converse di bahunya. Langkahnya diteruskan sambil matanya tertumpu kepada kapal terbang kertas di tangannya. Perlahan, lipatan kertas itu dibuka.

Love is something that you can have.
But it is not something you can own.

Nea tersentak saat dia melanggar bahu seseorang. Kertas kapal terbang itu jatuh dari tangannya. Nea mengucap kata maaf seraya tunduk mengutip kertas tersebut.
“Maaf.” Ucapnya sekali lagi lalu mengangkat muka. “Huh, awak??”
“Hehe.. Seronoknya dengar awak cakap ‘maaf’… Comel betul!” Neil berdiri sambil memeluk tubuh.
Riak wajah Nea bertukar serta merta. Rasa bersalah berganti dengan rasa sakit hati saat Neil berdiri di hadapannya.
Sekarang aku tak tahu berbaloi ke tak kata maaf aku tadi… Entah-entah bukan salah aku. Macam mana kalau dia sengaja langgar aku? Ces, budak Neil! Awal-awal pagi dah jumpa monyet ni. Ruin my day!
“Eh-eh… Kertas apa kat tangan awak tu? Surat peminat? Selain saya, awak ada peminat lain lagi ke? Tak sangka awak ni banyak peminat. Saya ingat, I’m the only one!”
“Malas nak layan!” Nea ingin berlalu pergi tetapi Neil pantas menghadang perjalanannya. “Ish, tepilah samdol!”
“Biar saya check grammar surat tu jap!” Neil merampas kertas putih itu dari tangan Nea.
Nea pantas menarik kolar kemeja putih Neil tetapi pemuda itu masih tertawa besar.
“Uiii……. Jiwangnya sentence! Siapalah mat jiwang ni agaknya… Alahaaaai! Lelaki macam ni ke yang awak suka? Kalau macam tu, saya akan berubah jadi one of mat jiwang demi awak!”
Nea menggenggam buku lima.
Ish, budak ni!!! Hidung masih berplaster nak suruh aku tambah biru lagi kat matalah tu.. Yah, ni extra special breakfast untuk kau! Rasakan!
Satu tumbukan dihadiahkan oleh Nea ke mata dan kemudian perut Neil. Neil tersengih sebelum tersungkur di koridor.
“Woi! Bangunlah! Jangan nak berlakon pulak!” Nea merampas kertas dari tangan Nail lalu dimasukkan ke dalam beg silangnya. Tubuh Neil kemudian digoncang berkali-kali. Beberapa orang pelajar mula mengerumuni mereka.
“Neil! Bangunlah oi!” Masih tiada jawapan. Nea meletakkan jari telunjuknya ke hidung Neil.
Masih bernafas! Masih hidup lagi! Tapi kenapa tak bangun-bangun lagi?!
“Neil! Neil! Bangunlah woi!” Masih tiada jawapan. Nea sedikit cemas. Neil pengsan!



Semua Tentang Kita 1




“Nea!!!”
Gadis yang tadinya enak dibuai mimpi tersentak lantas mengangkat muka.
“Tidur dalam kelas! Kalau nak tidur, bukan di sini tempatnya!” Tegas Elliza, guru matapelajaran Matematik yang amat ditakuti kerana sikapnya yang garang dan tegas.
“Habis? Nak sambung tidur kat mana ni?” Semua mata memandang ke arah Nea. Ada yang terbeliak, seakan tidak percaya dan ada pula yang hanya tersengih mendengar soalan yang lancar keluar dari mulut Nea.
“Hah?! Apa awak cakap??” Suara Elliza kian meninggi. “Nea! Out of my class...Now!!!”
Haaa…setakat berdiri kat luar, apa kelas?? Hantarlah aku ke detention class, ada aircond…senyap…selesa… Huh!!
Nea mengatur langkah keluar dari kelas dengan wajah yang bersahaja. Ini bukan kali pertama dia didenda sebegitu, memang sudah banyak kali sehingga dia sudah lali. Nea bersandar di dinding bersebelahan muka pintu sambil matanya melilau memandang keadaan sekelilingnya.
Tiba-tiba, sebuah kapal terbang kertas jatuh melayang di hadapannya. Nea memandang ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Dengan wajah berkerut memikirkan dari mana datangnya kapal terbang kertas itu, Nea mengutipnya. Lipatan kertas itu pantas dibuka.
Isk..setiap kali aku didenda berdiri kat luar, mesti ada kapal terbang kertas ni.. Musykilnya aku!!!
Bagi aku dunia ini memang unik..
Maka lihatlah dunia dari sudut yang menyeronokkan!!

Dan seperti biasa, dia akan beri pendapatnya mengenai hidup dan masyarakat atas muka bumi ini…Huh! Siapa agaknya gerangan orang dengan poetry side ni?? Cucu cicit A.Samad Said ada sekolah sama dengan aku ni ke??
Nea mengerling ke dalam kelas melalui tingkap. Warga kelas 5D nampaknya memberi perhatian yang penuh dalam sesi pembelajaran Matematik itu. Dia mencebir.
Heh…tu bukan apa tu.. Tu bukan ikhlas nak belajar.. Belajar sebab takutkan Cikgu Elliza tu… Kalau time Cikgu Elliza atau Cikgu Iqram, memang concentrate habis! Maklumlah, yang seorang tu digeruni dan yang seorang lagi tu dipujai! Selalunya time Cikgu Iqram, budak-budak perempuan lah yang all out bila study ke, buat presentation ke.. Yalah, nak tarik perhatianlah katakan! Budak lelaki pulak senang hati sebab majoriti ahli Kelab Bolasepak sekolah dan Cikgu Iqram lah coach and pengerusiny,layan sporting dengan budak-budak kelabnya itu… Aku?? Daripada jadi hipokrit lebih baik baik aku jadi konkrit! Ada jugak faedahnya…jadi jambatan, bangunan, kan??
“Awak tilik-tilik apa kat situ, Nea??!” Nea tersentak saat suara lantang Elliza menggigit gegendang telinganya. “Berdiri betul-betul!!”
“Yaa......…ya….” Nea membalas, malas.
Ces! Tu pun nak jerit-jerit… Kalau semua orang kat dunia ni suara macam tu, tentu syarikat mikrofon bankrupt… Yalah, suara dah semulajadi lantang dan besar macam tu! Huh!
Segera dia berpaling semula ke hadapan. Pokok ketapang yang rendang di ruang tengah blok kelas itu direnung lama.
Kalau dapat layan tidur kat bawah pokok tu....seronoknya...!

Adobe SystemsAdobe Systems


“Macam mana guys?? Okey tak tadi?” Isaac melabuhkan punggungnya ke kerusi, menyertai sekumpulan pemuda yang duduk berbual sambil minum di gerai di tepi jalan itu.
“Eh, Isaac! Kau pergi mana tadi, hah? Entah macam mana kau boleh lepas dari pandangan kitaorang… Lost macam tu je!” Pemuda dengan rambut dreadlock itu menepuk-nepuk bahu Isaac. “Nah..minum!” Setin Malta disorong ke arah Isaac yang duduk di sebelahnya.
“Eh..eh..air lain takda ke? Kau ni, Max…asyik nak aku minum Malta je..”
“Malta tak boleh ke? Air kesihatan, kan??” Isaac menggeleng. Max tersengih. Sengaja dia mengunjuk air tin Malta yang tidak disukai oleh Isaac.
“Tak nak aku…”
“Nah, Coke!” Paee mendorong setin Coke ke arah Isaac seraya membetulkan kaca matanya.
“Eh-eh! Favorite aku ni! Terima kasih, Encik Paee!” Pembuka tin segera disentap sebelum Isaac mula meneguknya beberapa kali. “Kenapa dengan cermin mata kau, Paee?” Pemuda berbaju T kelabu itu dipandang sambil kedua belah keningnya diangkat menanti jawapan.
“Kau ingat tak budak yang pakai sleeveless shirt colour oren dengan rambut colour merah tadi?”
“Oh, yang macam pesta warna warni tu ke?? Haha… Bright striking colours from head to toe... Buat tension aku je tengok..” Darwish tergelak kecil.
“Hahaa.. Aku ingat tu!” Isaac mencelah. “Budak tu hebat jugak cara dia fight tadi… Kau ada fight dia jugak ke tadi?”
First, dia tumbuk aku… Spec aku jatuh. Dia pun dengan senang hati, pijak.. Retak ni haa… Aku struggle untuk kutip balik and then bila dapat, aku bantai dia balik. Mahunya aku tak marah, spec mahal woo… Girlfriend aku kasi!” Max menolak kepala Paee yang duduk di sebelahnya.
“Mat jiwang!” Isaac tergelak besar kemudian disertai Darwish dan Max. Paee hanya mencebik.
“Kau lawan dengan budak botak tadi apa cerita, Isaac?” soal Darwish. “Aku dengar budak tu lah kepala mereka semua tu tadi…”
“Okey je. Kalau polis tak datang tadi..hm..aku rasa, parah budak tu!” Balas Isaac bersungguh-sungguh.
“Eh,Isaac.. Kau tahu tak sebab apa bos suruh kita belasah geng tu?” Max bersuara. Puntung rokok dibuang ke tepi. Asap berkepul-kepul dengan kesan yang boleh membunuh itu kini kian lenyap.
“Taiko diaorang, kacau business bos di pub kita.. Adanya dia hantar orang untuk edar ecstacy di pub. Bos kita tak nak buat kerja haram macam tu.. Actually, diaorang yang atur fight hari ni.. Bouncer pub diaorang lawan dengan kita…! Aku rasa kita dah menang aar sebab mereka teruk tadi…” Isaac tersenyum sinis.
“Betul cakap kau, Isaac!” Paee angguk setuju. “Jadi jom kita raikan kejayaan kita ni!!”
“ Nak rai macam mana, Paee?” Bulat mata Darwish memandang wajah rakannya.
“Kita pergi shopping nak?” balas Paee beria-ia.
“Eee…kenapa aku rasa macam aku dah nak tukar jantina jadi perempuan ni ye? Nak celebrate something dengan pergi shopping?!” Max mencebir.
“Alaa..sesekali pergi shopping dengan duit gaji okey apa… Aku nak beli Levi’s baru ni.. Levi’s aku banyak koyak rabak…”
“Hmm..aku pun nak survey PS market.. Ha, Paee…Levi’s Levi’s jugak, aku cadangkan kau beli je contact lense.. Kerja fighting ni pakai cermin mata, bahaya!” Ujar Darwish seraya mengukir senyuman. “Pakai contact lense upgrade la sikit pangkat gengster kau tu.. Haha!”
”Pandailah kau, Darwish!!” Kepala Darwish segera Paee tunjal dengan jari telunjuknya. Darwish segera menepis.
“Ha, apa lagi! Gerakla!” Max bingkas bangun. Darwish, Paee dan Isaac juga begitu.
“Eh, alamak.. Darwish, pukul berapa sekarang?” soal Isaac tiba-tiba.
“Jam di tangan kau tu apa ke faedahnya, Isaac?” soal  Max kehairanan.
“Jam aku ni buat hiasan tangan je.. dah habis bateri pun! Hahaha…”
Bagero..” Paee tergelak. Begitu juga dengan Darwish dan Max.
“Pukul 12.30.. Lunch time ni.. Kau bingung pasal lunch ke? Takpalah.. Sampai TheSummer nanti kita bantai la McD, nak tak??”
“Bukan yang tu la, Im.. Aku kena jemput girl aku kat sekolah..”
“Eh-eh! Ya tak ya! Lupa pulak aku.. Nah, ambil kunci bini aku ni.. Ko pakailah dulu. Kereta kau dalam workshop kan? Hari pun gelap macam nak hujan je ni..” Max meletakkan kunci Volkswagon Microbus yang diubah suai berwarna hitam dan putih itu ke dalam genggaman Isaac.
Microbus yang pada mulanya hampir menjadi besi buruk di rumah Ah Chai, tauke kedai kopi di hujung pekan sebelum Max, pemuda dengan jiwa retro membelinya dengan harga yang cukup murah untuk sebuah van lama yang usang itu. Dengan sentuhan kreatif Max, Microbus itu nampak unik dan menarik banyak perhatian. Malah Ah Chai sendiri rasa menyesal kerana menjual Microbus itu dengan budak hingusan kerana masa itu, Max baru tamat Tingkatan 5.
“Kalau aku drive ni, korang pulak macam mana?”
“Alaa…kita naiklah bas. Tak pun naik teksi..tak pun…” Paee mengusap-ngusap dagu, berfikir.
“Cukup-cukuplah tu, Paee! Mengarut je kerja kau ni.. Dahlah, Isaac. Kau blah cepat. Lepas jemput girl kau tu, kau bawak dia sekali shopping dengan kitaorang. Kitaorang tunggu kat tempat biasa okey?” Darwish mencelah.
“Ok, trimas, guys!”
Skemalah terima kasih-terima kasih ni…” Darwish menepuk belakang kepala Isaac.
“Eh-eh sebelum tu…”
“Apa hal lagi ni, Isaac?” Berkerut dahi Paee memandang Isaac yang berdiri di hadapannya.
“Muka aku?? Okey?? Ada lebam-lebam ke…luka ke?? Hah?”
“Muka kau okey, cuma kat pipi tu ada calar sedikit… Tampal plaster la…” cadang Darwish.
“Alamak…luka pulak!”
“Takpalah, Isaac. Fahamlah dia nanti.. Bukannya baru sehari dua dia kenal kau pun… Dah bertahun-tahun dah!” sampuk Max cuba menenangkan sahabat baiknya itu.
“Hm..! Aku harap macam tulah..” Isaac mengeluh kecil. Luka di pipi disentuh perlahan.
“Okey, Isaac! Jumpa kat sana nanti.. Chaow!”




Hmm..rambut? Okey.. Baju? Okey… Seluar..kasut… Perfect! Ish..cuma muka ni jelah.. Kalau si Botak tadi tak main kotor bawak penknife, tak calar pipi aku ni! Ah, nak buat macam mana, benda dah jadi…
Isaac melangkah keluar dari Microbus lalu bersandar menunggu kemunculan gadis yang amat disayanginya, gadis yang menjadi satu-satunya sebab dia terus hidup.
Goodgirl!” Isaac melambai-lambai tangannya. Gadis dengan pakaian seragam sekolah itu mengukir senyuman sebelum berlari anak menuju ke arah Isaac.
Hello, Mr.Goodboy!” Sapa gadis itu sebelum memeluk Isaac erat.
Sorry, abang lewat sedikit…”
It’s okay. Nea okey.. Eh, kenapa pulak dengan pipi tu? Macam best je plaster transparent tu!” Nada gadis 17 tahun itu sarkastik menyapa gegendang telinga Isaac.
“Err..calar sedikit…” Isaac tersengih.
“Abang fight lagi ke?” Perlahan, Isaac angguk. “Erm..tu je luka?” Soal Nea mendatar. Pipi Isaac dibelek-belek, ke kiri dan ke kanan. Dia kemudian memeluk tubuh.
“Rasa-rasanya…tu je!” Isaac menelan air liur. Nada Nea yang bersahaja itu membuatkannya sedikit bingung. Selalunya apabila Nea tahu dirinya bergaduh, Nea akan memarahinya tetapi tidak hari ini.
“Siapa menang fight?”
“Abang…dengan Darwish, Max dan Paee…”
“Mereka okey?”
“Okey.”
“Erm, dah dapat gaji?” Isaac angguk. “Nea nak Converse Sneakers.” Isaac tersenyum lebar. Nea menumbuk lembut bahu abangnya.
“Nea..abang ingat… Nea…”
“Nea nak marah abang?” Lantas Nea mencelah. Isaac angguk. “Asalkan abang tak apa-apa, pandai jaga diri, Nea tak kisah. Nea cuma marah kalau abang tu cedera teruk! Tu je…”
“Terima kasih sebab memahami.” Ikhlas kata-kata itu keluar dari mulut Isaac.
“Abang kan abang yang terbaik di dunia ni, salah ke kalau Nea pulak nak jadi adik terbaik di dunia?” Isaac mengusap lembut rambut Nea. “Dahlah, Bang.. Eh-eh.. Ni van si Max kan? Mana mereka?”
“Mereka tunggu kita kat tempat biasa. Kita lunch kat luar hari ini, okey?”
Great! Nea pun malas nak masak-masak..”
“Okey. Cepatlah masuk. Hari pun dah nak hujan ni..”
“Baik, bos!”

                                        

Nea mengeluh lega sebaik sahaja kerja rumahnya selesai. Sejak dulu lagi, Nea memang selalu tidak menumpukan perhatian semasa pembelajaran dalam kelas tetapi tidak sesekali tidak menyiapkan kerja rumahnya. Isaac amat menitikberatkan soal pelajaran Nea memandangkan dirinya tidak mempunyai kesempatan untuk meneruskan pelajarannya.
Selepas ibu mereka meninggal dunia, Isaac tidak lagi memikirkan masa depannya sebaliknya dia terpaksa menguruskan pelajaran dan masa depan adik kesayangannya walaupun pada mulanya, Isaac merupakan salah seorang daripada pelajar yang cemerlang dalam akademik di SM Indrashah.
Nea meneguk susu panas dari gelasnya. Jam di dinding dipandang sekilas. Tepat pukul 11.00 malam. Nea kemudian memandang tepat ke arah telefon bimbitnya.
Lima..empat..tiga..dua..satu.. Aik? Kenapa tak berbunyi lagi ni??
Lagu Nirvana – Man Who Sold The World bergema di ruang tamu apartmen. Nea tersengih sendiri.
Hello, goodboy! Lewat tiga saat…”
Sorry, goodgirl.. Abang baru keluar toilet.. Hehee..”
“Takpa..”
So, homework dah siap?”
“Dah!”
“Susu dah minum?”
“Dah..!”
“Err…apa lagi ye? Eh, Nea kat mana ni?”
“Err…ruang tamu!”
“Laa..kenapa tak masuk bilik lagi??”
Homework baru siaplah, bang…”
“Kenapa buat homework kat ruang tamu? Nak curi-curi tengok TV??”
“Mana ada..panaslah, bang. Aircond apartmen kan rosak…”
“Oh, ya! Lupa pulak abang nak repair..”
“Pandai ke?”
“Abang tak pandai, tapi orang lain pandai! Upahlah orang…”
“Hm, you know what to do lah… Abang balik pukul berapa nanti?”
“Hm, macam biasalah. Nea lepas ni pergi tidur terus tau! Jangan tengok TV, jangan nak main game PC..”
“Okey..okey..”
“Papa ada call hari ni?” Nada suara Isaac berubah mendatar.
“Takda..”
“Baguslah.. Okey, Nea! Abang blah dulu ye.. Ada budak buat hal depan pub!! Kes mabuklah tu… Abang blah!”
“Hati-hati!”
“Jangan risau.. Night and bye bye!”
Bye and night..Talian mati di situ.
Harap-harap takda apa-apa berlaku kat abang… Entah kenapa dia pilih kerja jadi bouncer pub macam tu.. Bahaya betul! Hm…tiba-tiba abang tanya tentang Papa.. Dah lama Papa tak call kitaorang… Duit bulan-bulan dia hantar tapi abang simpan dalam bank atas nama aku.Untuk masa depan aku katanya. Apartment ni pun, Abang terpaksa terima daripada Papa sebab dia nak aku duduk dalam rumah yang selesa. Makan minum serta perbelanjaan sekolah aku, abang sendiri yang tanggung.
Nea mengeluh berat. Terngiang-ngiang di telinga Nea kata-kata Isaac satu masa dulu.
“Abang tak nak wang Papa mengalir dalam tubuh Nea…Cukuplah duit tu nanti untuk Nea pergi sambung belajar, boleh Nea guna kalau satu hari nanti apa-apa jadi kat abang. Dan apartmen yang Papa beli ni, abang cadang nak bayar balik dengan Papa. Abang tengah kumpul duit. Dia tak peduli tanggungjawab dia pada kita, nak buat apa tunjuk baik nak bagi wang tiap-tiap bulan.. Wang ringgit dapat ganti kasih sayang ke? Dapat ganti masa yang sepatutnya dihabiskan oleh seorang ayah bersama anak?”
Pada mulanya, Isaac memang tolak mentah-mentah wang sewa dan apartmen ni tapi demi aku, abang setuju untuk terima bantuan Papa. Dulu, ketika Nea berusia lima tahun, ibu dan bapa mereka bercerai. Isaac dijaga oleh Encik Fazlan manakala hak penjagaan Nea diberikan kepada Puan Jasmin tetapi tidak lama. Tiga bulan selepas itu, Encik Fazlan kembali semula dengan Isaac daripada Jepun dan Isaac berkeras untuk dengan Puan Jasmin dan Nea memandangkan dia jatuh sakit sebab terlalui rindukan adik perempuan kesayangannya, Nea. Disebabkan itu, Encik Fazlan terpaksa akur.
Selepas itu, Puan Jasmin lah yang menyara kehidupan mereka, menanggung keperluan, pakaian, makan dan minum serta pembelajaran dua adik beradik itu tetapi dia terlupa memberi kasih sayang yang nyata jauh lebih penting. Encik Fazlan pula hanya menelefon sekali dalam sebulan dan lama kelamaan terus hilang tanpa berita. Sejak itu, Isaac menjadi tempat Nea mengadu dan bermanja. Hanya Isaac yang sedia mendengar, melayan karenahnya, memahaminya. Namun Nea tidak menyalahkan Puan Jasmin. Beban yang ditanggungnya menjadi ibu tunggal membuatkannya jiwanya kering. Encik Fazlan pula sibuk dengan keluarga baru. Dia dan Isaac bukan lagi satu keutamaan.
Dan apabila usia Nea mencecah 12 tahun, Puan Jasmin meninggal dunia dalam kemalangan bas yang meragut belasan nyawa, peristiwa hitam yang sehingga kini mungkin masih terlakar jelas di ingatan keluarga mangsa nahas yang tidak disangka-sangka itu. Mulai saat itu, Isaac mengambil alih tangggungjawab Puan Jasmin untuk menjaga Nea. Isaac terpaksa bekerja selepas habis waktu persekolahan sehingga ke malam untuk menyara Nea sehingga pelajarannya sendiri terabai.
Encik Fazlan cuma kembali menghubungi mereka dua tahun lepas tetapi Isaac masih belum dapat memaafkannya kerana sanggup melepaskan tanggungjawab seorang ayah begitu sahaja. Encik Fazlan tidak ada di sisi mereka di saat mereka amat memerlukannya. Walaupun kini Encik Fazlan cuba menebus kesilapannya, luka di hati Isaac masih belum hilang pedihnya. Kalau tidak kerana Nea, dia tidak akan menerima apartmen itu sebagai hadiah. Dia sanggup korbankan apa saja asalkan adiknya itu hidup selesa, lengkap segalanya. Biarlah dia melupakan cita-citanya asalkan adiknya tidak menerima nasib yang sama.
Nea tersenyum sendirian. Terlalu banyak pengorbanan Isaac untuk dirinya. “Terima kasih, abang...”



Alamak…time tengah mimpi best-best ni la rasa nak terkencing pulak… Perit pulak rasa mata ni nak bukak…
Dengan terpaksa, Nea membuka kelopak matanya perlahan. Serta-merta telefon bimbit di atas meja kecil di sisi katil dicapai.
Hmm…dah pukul 4.00 pagi. Eh-eh! Siapa pulak yang lentok kepala atas katil aku ni??
Nea cepat-cepat membuka lampu meja bersebelahannya. Nea mengukir senyuman lega saat cahaya menyimbah wajah orang misteri itu.
“Abang rupanya…” Keluh Nea sendirian. Dia mengamati wajah abang kesayangannya yang nampak keletihan itu. “Laa…tak tukar baju lagi. Haa..Kipas tangan?” Nea mengalih kipas tangan yang digenggam kemas oleh Isaac, membuatkan pemuda itu terjaga. Serta merta Nea rasa bersalah. “Ampun, tuanku! Ampun sebab buat abang terperanjat..”
“Eh-eh! Kenapa Nea bangun? Rasa panas ke? Sorry, abang tertidur pulak… Abang kipas Nea tadi, entah macam mana boleh tertidur pulak. Sorry.”
“Abang ni kan..suka susahkan diri tau tak… Tak payahlah nak kipas-kipas Nea. Nea bukannya budak kecil lagi..”
“Tapi kalau Nea panas tak boleh tidur kan?”
“Yalah, tapi kalau dengan keadaan aircond rosak macam ni, takkanlah Nea nak demand pulak, nak abang layan Nea macam princess.. It’s okaylah, abang… Dah,dah.. Abang penat ni. Pergi tidur kat bilik abang. Lebih selesa lagi daripada tidur duduk macam ni..”
“Nea pulak apasal bangun?”
“Nea nak pergi toilet..”
“Oh….”
“Abang pergi tidur di bilik abang, okey.. Nea pergi dulu. Sleep tight tau..”
Isaac hanya membalas kata-kata Nea itu dengan senyuman nipis.