Monday, September 5, 2016

One Pink Smile, please!



One Pink Smile please!
With your heart attached! **wink**

Assalamualaikum~
Good day!~

First of all,
syukur ke hadrat Illahi. Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Nak tau tak kenapa tiba2 post entry ni?

PINK SMILE
dah ada kat pasaran,
Yes, my PINK SMILE.
YOUR PINK SMILE yang korang follow sambil senyum2 tu dah boleh dapat kat kedai-kedai buku or boleh beli on9 (lebih murah kalo beli on9..hee)
Korang yang dah habis baca tu sekarang boleh baca balik. Tak payah tengok skrin komputer, tak payah tengok handphone baca through blog, boleh hadiah kat sapa2, boleh bawak pegi mana2, duduk senyum sorang kat mana2... Hehee......




I love you guys.
Yang follow Kaz & Luna.
I really do.
Thank you very much for supporting me all this while.
***big hugs***


                                                            post signature

Tuesday, January 12, 2016

Go find Zahrin...!!!

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T.

This is another birthday present.
Zahrin, if you stil remember him..



He had been chosen by karyaseni...
Go grab one of Melodi Cinta Edisi 2 & turn to page 300. You'll found him. ^^


Yes. Sadly I had to change my nickname because it's just hard to pronounce perhaps. Karyaseni ask me to. Huu.. Then poofff........ I become Luna Adresia. If you see Luna Adresia, then it's me s7eo, the same person. ^^

Thank you to all my blog readers. Please doakan Pink Smile & karya lain s7eo yang korang suka dapat di publish jugak because if it is, korang semua WAJIB dapatkan a copy. Hahaahahahhaa...

Love ya~ 
xoxo

post signature

Thursday, January 7, 2016

Bye, Pink Smile!~

Assalamualaikum~
Good day!~
Hey dearly readers~~

As you can see, Pink Smile has come to an end... T.T

Duncan CoffeeHouse tutup untuk this chapter.. Hee...



Luna & Kaz finally get together~


 So as you guys punya reward, nah........

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...a ticket for a coffee date! *wink*

Jangan tiba-tiba order set Pink Smile dahlah ye~ 
><v

^^
^^
^^

Tunggu projek seterusnya okayyyyy.... ^^v

p/s: Thank you for korang punya time yang korang dah spend reading Pink Smile sampai abis~ Thank you sebab sudi tunggu bilamana entry lambat update.. huuu.. BIG THANKS!~
xoxo

post signature

Monday, November 2, 2015

Hello,I am s7eo~ ^^

Assalamualaikum & a very good day~

Today's entry is about s7eo.
I wonder how many of you can pronounce it correctly.
I'm sorry. It's my fault. I'm the one who give you all the hard time to pronounce 's7eo'.




Just because I love seven, I decided to replace the 'Z' with '7'.
Why?
Because '7' is quite handsome, don't you think? ^^
That's all~

p/s: Up until now, even my own friends can't even understand, how can a number can be described as handsome. So if you guys can't get it, just forget about it & be  happy~ Heheee... xoxo


                                    post signature

Sunday, April 20, 2014

I WILL BE BACK!



Salam & salam sejahtera~
My dear
friends..
readers..
the daydreamer..
the followers throughout the journey..

For some reason, i have to leave for few months..
So there will no new entry for Pink Smile, until i get back to inkpinks7eo..



BIG tanx for spending time reading all this while..
for all the coments & support..
But i'll be back, for sure..insyaAllah~


Okeyh! here's 1 of my fav song as i leav..
So, take care ya~
xoxo


post signature

Tuesday, July 30, 2013

Hepi Eid Al-Fitr~~


Until we meet again, Ramadhan~ InsyaAllah~
Alhamdulillah.. Hello, Syawal (in advance ;p)~
Hepi Eid Al-Fitr ol~
 Maaf Zahir + Batin~

post signature

Tuesday, June 4, 2013

Pink Smile 5


Tiga hari di Kampung Dahlia sudah cukup mengubat rindu pada keluarga tersayang walaupun hakikatnya berat rasa hati ingin meninggalkan Haji Mahdi, Hajah Aini dan budak hot tempered, Ery.
“Assalamualaikum, Babah.. Kaz dah selamat sampai ni..” Kaz bersandar di sofa empuk ruang tamu apartmen tiga bilik itu. Macbeth Manchester - Keep A Breast yang baru lepas di kaki dilempar berdekatan rak kasut di tepi pintu. Kelibat Ari tidak kelihatan sebaik dia sampai tadi.
“Alhamdulillah... Jangan lupa pesan Babah..”
“Iye..iye..”
“Barang yang Babah pesan tu?”
“Ada..ada.. Babah janganlah risau. Nanti Kaz bagi. Nanti Babah SMS kan je lah alamat Uncle apa tu........”
Uncle Irshad....”
“Ya..ya... Nanti Babah SMS kan je lah, eyh..”
“Yalah..”
“Okey, Bah.. Nak rehat ni.. Penat drive..”
“Tulaa... Babah suruh tukar kereta lain tak nak... Nak jugak pakai kereta kecik tu.. terkedek-kedek je jalan...” bebel Haji Mahdi, kurang memahami pilihan anaknya. Kaz tergelek.
Terkedek-kedek Babah cakap?? Kereta idaman tu wooo....
“Nantilah...kalau orang kahwin, orang tukar kereta tu...”
“Yalah tu!”
“Okeylah, Bah.. Kirim salam kat Mak and Ery.. Apa-apa, call je..”
“Ha, yalah... Jaga diri.”
“Tahulah, Kaz, Bah... Babah dan Mak tu yang kena jaga kesihatan. Assalamualaikum, Bah.”
“Wa’alaikumsalam.”
Talian dimatikan. Kaz baring menengadah siling. Jam sudahpun menunjukkan pukul 9.00 malam. Perjalanan dari Kampung Dahlia ke SummerShine memakan masa 3 jam. Penat memandu memang terasa hingga ke tulang, terasa hendak baring dan tidur saja sampai esok pagi. Tapi, kerja sedang menunggu di bilik.
Semalam Mr.Toh telefon bertanyakan tentang storyline baru selepas komik Dissapear. Fusion perlukan komik ekstra bagi mengisi halaman komik Brutalisme, karya Bento. Budak keturunan Cina itu dapat tawaran bekerja sambil belajar di China. Sebab itulah jalan cerita Brutalisme dicepatkan dan kerana itu jugalah Kaz terpaksa menyediakan dua storyline baru; satu untuk mengganti Dissapear dan satu lagi untuk mengisi ruang karya Bento.
“Haaaaaihhh..... Mampu ke aku buat ni........ Mananya Fusion, mananya Duncan lagi.....” Pemuda berbaju T hitam dan berseluar pendek kelabu itu meraup mukanya, lemah.
“Eh...bila sampai?” Ari muncul dengan Maggi cawan di tangan.
“Kau dari mana?” Kaz angkat muka. Ari sudahpun melangkah dan kemudian duduk berhadapannya. Maggi cawan diletakkan di atas meja ruang tamu.
“Aku dari biliklah. Tak dengar pun kau bukak pintu...”
“Aku baru sampai. Barang pun masih kat situ lagi ha..” Mata Kaz menala ke arah backpack dan kotak sederhana besar di tepi sofa.
“Ohh..ada ole-ole dari kampung?” Pemuda bersinglet putih dan berseluar pajama itu tersengih.
“Banyak kau punya ole-ole.. Ulam adalah.. Kau reti makan ke?” Kata-kata Kaz membuatkan Ari sengih meleret-leret. Mananya dia tahu makan ulam-ulam walaupun juga berasal dari kampung. Dia sendiri tak tahu kenapa. Walhal, ulam juga menu utama keluarga semasa di kampung dulu. “Ni, family kau dah balik dah?”
“Dah, pagi tadi. Mak dan Ayah aku kirim salam kat kau.. Dia cakap terima kasih sebab benarkan mereka bermalam di sini...”
“Wa’alaikumsalam.. Apalah cakap macam tu. Takda hal ah...”
“Seronoklah kau..tambah seorang lagi die hard fan...!” ujar Ari tiba-tiba.
Die hard fan?”
“Adik aku, Asif.. Baru tahu kau tu kartunis majalah Fusion.”
Kaz tersenyum. “Lepas tu?”
“Habis koleksi Fusion dalam bilik kau tu dia baca dalam dua hari, siang malam. Sampai sanggup tinggal event dengan family Rysa... Berlakon sakit perut semalam semata-mata nak habis baca komik kau. Dia ingat aku tak tahu...” Ari tergelak sendirian, mengenang telatah adik bongsunya itu. Masih terbayang di wajahnya lakonan mantap Asif semalam. Siap mengalirkan air mata lagi. Kerana lakonan mantap itu dia berjaya meyakinkan Ayahnya untuk tidak menyertai keramaian di rumah Rysa petang itu.
“Kau tak cakap kat dia ke Disappear last episode next month...”
“Ada... Dia cakap kat Kampung Arum takda jual majalah ni.. Kesian jugak aku tengok. Kalau aku tahu, dari dulu aku akan poskan setiap keluaran Fusion..”
“Takpa. Kau cakap kat dia, nanti novel grafik Disappear akan keluar... Masa tu, dia dapat collect whole story...”
“Ya ke?? Baguslah kalau macam tu!”
“Tapi kalau majalah Fusion last episode Disappear nanti, bolehlah aku bagi free. Kau poslah kat dia...”
“Serius??? Wah, bertuah adik aku. Nanti kau tolonglah tandatangan sekali okey?” Bulat mata Kaz memandang wajah Ari yang bersungguh-sungguh. “Itu adik aku punya request lah... Bolehlah, kay?”
“Yalah..yalah.. Nanti aku tandatangan..”
“Kau memang sahabat sejati , bro!” Ari bangun, menepuk-nepuk bahu Kaz.
“Aku buat untuk peminat aku, bukan untuk kau...”
“Samalah tu.. By the way, hari kau pergi kampung tu, budak pink braces tu ada datang Duncan tau..”
“Ya ke?” Kaz terdiam sejenak. Aku tutup kedai baru sibuk nak datang.. Eh, none of my business!
“Siap tanya kampung kau kat mana lagi...”
“Ya  ke?”
“Ya ke..ya ke...iyalah! Takkan aku suka-suka nak reka cerita..”
“Manalah tahu..”
“Kau dah makan? Kalau belum, aku boleh buatkan Maggi? Aku pun nak jadi sahabat sejati jugak...” Ari mengangkat kening double jerk.
“Banyak kau punya sahabat sejati. Apa kes makan Maggi...? Aku nak pergi mandi. Lepas ni, kau temankan aku pergi PeterVsHook..”
“Kau belanja?”
“Kaulah belanja. Kata nak jadi sahabat sejati......” Kaz menekan-nekankan suara seraya tersenyum lalu bingkas bangun, meninggalkan Ari terpinga-pinga.


Pink Smile. Nak buat apa dengan menu Pink Smile? Budak tu ada pink braces, I wish I can create something yang bila orang makan, orang akan smile... Not ordinary smile, but pink smile...  Kaz membuat mind map di atas kertas putih di meja kaunter. Tengah hari itu, keadaan agak lengang di Duncan.
Komik Disappear episod terakhir akan dikeluarkan di majalah Fusion dalam dua minggu lagi. Dua storyline sudah pun menjalani sesi brain storming dengan Mr.Toh, Jessy, Romina dan Megat. Semuanya memang tidak pernah kering dengan idea. Ada sahaja yang diubah, ditambah, dan diperbaiki agar Fusion mampu menarik lebih banyak penggemar majalah info hiburan dan komik pelbagai genre itu.
Selepas isu Fusion bulan ini, insyaAllah bulan depan, komik Galaksi Amin dan U-Turn akan keluar; satunya mengenai imaginasi tinggi seorang budak kampung bernama Amin dan satu lagi kisah cinta remaja, genre yang menjadi taruhan Kaz kerana inilah kali pertama dia mencuba melukis komik bergenre romantik komedi.
Justeru, menu Pink Smile perlu disiapkan sebelum kesibukan dengan dunia sebagai kartunis Fusion mengambil alih. Tetapi entah mengapa mindanya seakan tersekat di situ. Mental block. Semua daya kreatif sudah habis dicurahkan pada artwork kartun agaknya.
“Fikir apa?” Kaz mengangkat muka.
Gadis berblouse lengan panjang warna hitam dan berskirt labuh warna yang sama itu sudahpun berteleku di meja kaunter, memandangnya.
“Rysa!” Kaz meletakkan pensel di meja sambil mata melilau ke sekeliling Duncan CoffeeHouse. “Ari tak ikut?”
“Ari ada meeting...”
“Oh..Nak order apa?” Kaz membetulkan letak trucker cap Rebel8 di kepala. Pemilik coffeehouse itu nampak ringkas dengan baju T hijau dan berseluar denim kelabu. Berbeza dengan pekerjanya yang kemas berpakaian seragam seluar hitam, baju kolar hitam dan berapron hijau tua, dia lebih selesa berpakaian kasual biasa.
“Bagi Mini Milo Doughnut one set.. Snow Ball bagi sedozen. Take away..”
“MMD set tu nak Flat White, Cappucino or just Espresso?”
“Hm...Flat White. And tambah Mocha satu, okey...”
“Okey, bos! Untuk apa banyak-banyak ni?” Wang yang dihulurkan Rysa segera dimasukkan ke dalam mesin wang. Baki dikembalikan.
“Set tu untuk saya.. Snow Ball tu untuk Ari.”
“Ari tu tak bosan asyik makan Snow Ball, kan?” Kaz dan Rysa sama-sama tergelak.
You should create that Snow Ball sempena nama dia at the first place.
Never thought dia akan suka benda macam tu..” Kaz tergelak lagi.
Snow Ball sudah menjadi kegemaran Ari sejak hari pertama menu itu dicipta. Snow Ball adalah bebola pastri macam donut tapi tidak berlubang, dengan inti krim vanilla, disadur dengan coklat putih sebelum disalut dengan serbuk perisa vanilla yang juga berwarna putih. Rupanya memang macam bola salji.
So, awak nak hantar kat dia lah lepas ni?” soal Kaz sambil menekan butang menu pilihan pada skrin. Dari skrin yang berlainan di dapur, pekerjanya akan dapat melihat pesanan dari kaunter sebelum dihantar kepada pelanggan.
“Yap!”
“Untungnya Ari ada awak.” Kaz senyum segaris.
Rysa turut mengukir senyuman. “Tu lah...orang suruh cari girlfriend tak nak..”
Kata-kata itu dibalas dengan senyuman dan kemudian dibiarkan sepi. Pesanan sudah dimasukkan ke dalam beg kertas Duncan CoffeeHouse sebelum bertukar tangan.
“Okeylah, Kaz. Got to go. Thanks.”
“Welcome. Come again!”
“Skema.. Haha.. Bye, Kaz..”
“Haha.. Bye, Rysa..” Kaz menghantar pemergian Rysa ke luar. Gadis itu kemudian hilang dari pandangan. Muncul pula seorang gadis yang sering menjadi topik perbualan Ari sejak akhir-akhir ini. Masih Kaz ingat semasa di PeterVsHook, Ari ada menyoalnya.
“Kau agak, budak pink braces tu suka kat kau ke?”
“Huish! Kau ni, ikut sedap mulut je laa.. Mananya nak suka dengan aku ni.. Lainlah kau.. Handsome.. Macho.. Part goatie tu yang paling attractive tu..!” Kaz cuba menepis soalan Ari.
Goatie goatie jangan main, eyh...” Ari memberi amaran, masih dengan muka serius. “Kau jangan nak tukar topik. Aku handsome, kau pun handsome, kalau tak, aku takkan jadi kawan kau...”
Handsome lah sangaaat........” ucap Kaz sinis seraya tergelak.
“Aku rasa dia suka kat kaulah.”
“Kalau suka pun kau nak aku buat apa?”
“Suka kat dia balik?”
“Gilalah kau! Tiba-tiba je aku nak suka, apa ke hal... Sakit jiwa ke apa...”
“Sakit  tu tak.. tapi jiwa kau tu, lonely...” Ari mengusap-ngusap goatie, dengan dahi sedikit berkerut. Bersungguh-sungguh gayanya.
Lonely lah sangaaat, bro....!
Lamunan Kaz terhenti sebaik gadis itu memetik jari betul-betul di hadapan mukanya. Gadis berbaju kolar lengan panjang corak bunga-bunga dan berseluar denim kelabu muda itu melambai-lambaikan tangannya.
“Ingat saya lagi?” Luna tersengih. Nyaris dia pengsan semasa Kaz mengangkat muka memandangnya tadi tapi sisi meja kaunter sempat dicengkam kuat. Lama betul tak jumpa. Rindu! Lepas dia balik kampung hari tu,sejak tu la tak nampak dia langsung.. Duncan bukak, tapi tak nampak batang hidung bos dia ni.. Selama ini dia ke mana agaknya? Sambung cuti ke?
“Hm. Nak order apa?” Soal Kaz acuh tak acuh.
“Haa...Nak something pink.” Luna tersengih.
Bulat mata Kaz memandang ke arahnya.  Wahai, budak pink braces, for your information something pink is in the making….Something pink?” Kaz sedikit pelik.
“Yap! Kalau something purple I know lah where to go.. You know, kedai kek and gift called Something Purple tu kan? But something other than purple, I choose Duncan!”
Kedai unik itu bermain di mata Kaz. Kali pertama dia menjejak kaki ke situ adalah semasa dia menemani Ari mencari hadiah dan kek buat Rysa yang gemarkan warna purple. Hari di mana Ari akan meluahkan perasaannya kepada Rysa, hari di mana perasaan Kaz terkubur. Sebaik mengetahui hasrat hati sahabat baiknya itu, Kaz tanpa berfikir panjang menyembunyikan sahaja perasaannya, malah memberi sokongan buat Ari dan Rysa walaupun sedikit halangan mendatang daripada abang sulung Rysa, Razmie.
“Err...Any suggestion of something pink?”
Suara Luna mengembalikannya dari masa silam ke realiti. “Er.. Strawberry pie? Strawberry scoop? Lady doughnut? Strawberry milk shake?” Pai, ais krim, donut dan minuman yang semuanya berwarna merah jambu itu disebut satu-satu.
“Susah betul nak pilih. Nak semua tu lah except strawberry scoop.. Tak boleh nak order tu takut cair pulak karang... ”
“Serius??”
“Yap. Bungkus semuanya. Two set each...”
Pesanan dihantar melalui mesin elektronik ke bahagian dapur. Wajah Luna tidak mampu dilihatnya, entah mengapa rasa kurang selesa.
“Makan manis-manis ni tak takut sakit gigi ke..” sinis Kaz bersuara sambil memandang ke luar melalui dinding cermin DuncanCoffeeHouse. “Karang hari-hari ke klinik...”
Luna telan air liur. Erk..Aku perasan ke kalau aku assume dia tu tengah mulakan perbualan dengan aku???? “Err... Bukan untuk saya.”
“Habis?”
“Adalah.” Luna tersengih. Perbualan terhenti di situ. Beg kertas berisi pesanan kini sudah berada di tangan Luna. Wang kertas dan syiling segera diunjuk, jumlah tepat tanpa baki. “Thanks. Hm.. See you around.” Luna terus berlalu pergi.
“Hm.” Kaz hanya menghantar pemergiannya dengan pandangan kosong.  Nak buat apa dengan menu Pink Smile?? Kalau dia tahu aku ilhamkan menu tu sempena dirinya, agaknya apa yang dia akan buat?
“Ah, nyaris lupa lagi!” Mata Kaz kemudian menala ke arah bungkusan yang Haji Mahdi pesan, yang sudah beberapa hari bermalam di dalam laci kaunter Duncan CoffeeHouse, asyik lupa dihantar ke alamat yang diberi. Penyakit pelupa yang entah datang dari mana.
Telefon bimbit segera diambil dari poket sebelah kiri seluar. Nombor Haji Mahdi didail. “Assalamualaikum, Bah. Babah tengah buat apa tu?”
“Wa’alaikumsalam. Haa.. Kaz... Tengah baca buku ni..”
“Mak dan Ery mana?”
“Ery kat sekolah lagi.”
“Babah tak pergi jemput Ery? Ery kata tayar basikal dia yang pancit tu belum tukar lagi kan?”
“Dia stay back. Ada kokurikulum. Sebab tu Babah tak pergi jemput. Mak kat dapur, masak.. Ada apa?”
“Babah cakap kat kawan Babah, hari ni, Kaz akan hantar barang tu.”
“Dah tak sibuk dah?”
“Sibuk jugak tapi kalau tak dihantar hari ni, alamatnya sampai bila pun tak dihantar, Bah..”
“Eloklah kalau macam tu.”
“Kirim salam dengan Mak dan Ery, Bah. Jaga diri.”
“Haa, ya lah.”
“Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.” 

post signature