“Nea!!!”
Gadis yang tadinya enak dibuai mimpi
tersentak lantas mengangkat muka.
“Tidur dalam kelas! Kalau nak tidur,
bukan di sini tempatnya!” Tegas Elliza, guru matapelajaran Matematik yang amat
ditakuti kerana sikapnya yang garang dan tegas.
“Habis? Nak sambung tidur kat mana ni?”
Semua mata memandang ke arah Nea. Ada yang terbeliak, seakan tidak percaya dan
ada pula yang hanya tersengih mendengar soalan yang lancar keluar dari mulut
Nea.
“Hah?! Apa awak cakap??” Suara Elliza
kian meninggi. “Nea! Out of my class...Now!!!”
Haaa…setakat berdiri kat luar, apa kelas?? Hantarlah aku ke detention
class, ada aircond…senyap…selesa… Huh!!
Nea mengatur langkah keluar dari kelas
dengan wajah yang bersahaja. Ini bukan kali pertama dia didenda sebegitu,
memang sudah banyak kali sehingga dia sudah lali. Nea bersandar di dinding
bersebelahan muka pintu sambil matanya melilau memandang keadaan sekelilingnya.
Tiba-tiba, sebuah kapal terbang kertas
jatuh melayang di hadapannya. Nea memandang ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa.
Dengan wajah berkerut memikirkan dari mana datangnya kapal terbang kertas itu,
Nea mengutipnya. Lipatan kertas itu pantas dibuka.
Isk..setiap kali aku didenda berdiri kat luar, mesti ada
kapal terbang kertas ni.. Musykilnya aku!!!
Bagi aku dunia ini memang unik..
Maka
lihatlah dunia dari sudut yang menyeronokkan!!
Dan seperti biasa, dia akan beri pendapatnya mengenai
hidup dan masyarakat atas muka bumi ini…Huh! Siapa agaknya gerangan orang
dengan poetry side ni?? Cucu cicit A.Samad Said ada sekolah sama dengan aku ni
ke??
Nea mengerling ke dalam kelas melalui
tingkap. Warga kelas 5D nampaknya memberi perhatian yang penuh dalam sesi
pembelajaran Matematik itu. Dia mencebir.
Heh…tu bukan apa tu.. Tu bukan ikhlas nak belajar..
Belajar sebab takutkan Cikgu Elliza tu… Kalau time Cikgu Elliza atau Cikgu
Iqram, memang concentrate habis! Maklumlah, yang seorang tu digeruni dan
yang seorang lagi tu dipujai! Selalunya time Cikgu Iqram, budak-budak perempuan lah yang
all out bila study ke, buat presentation ke.. Yalah, nak tarik perhatianlah
katakan! Budak lelaki pulak senang hati sebab majoriti ahli Kelab Bolasepak
sekolah dan Cikgu Iqram lah coach and pengerusiny,layan sporting dengan
budak-budak kelabnya itu… Aku?? Daripada jadi hipokrit lebih baik
baik aku jadi konkrit! Ada jugak faedahnya…jadi jambatan, bangunan, kan??
“Awak tilik-tilik apa kat situ, Nea??!”
Nea tersentak saat suara lantang Elliza menggigit gegendang telinganya.
“Berdiri betul-betul!!”
“Yaa......…ya….” Nea membalas, malas.
Ces! Tu pun nak jerit-jerit… Kalau semua orang kat dunia
ni suara macam tu, tentu syarikat mikrofon bankrupt… Yalah, suara dah
semulajadi lantang dan besar macam tu! Huh!
Segera dia berpaling semula ke hadapan.
Pokok ketapang yang rendang di ruang tengah blok kelas itu direnung lama.
Kalau dapat layan tidur kat bawah pokok
tu....seronoknya...!
“Macam mana guys?? Okey tak tadi?” Isaac melabuhkan punggungnya ke kerusi,
menyertai sekumpulan pemuda yang duduk berbual sambil minum di gerai di tepi
jalan itu.
“Eh, Isaac! Kau pergi mana tadi, hah? Entah
macam mana kau boleh lepas dari pandangan kitaorang… Lost macam tu je!” Pemuda dengan rambut dreadlock itu menepuk-nepuk bahu Isaac. “Nah..minum!” Setin Malta
disorong ke arah Isaac yang duduk di sebelahnya.
“Eh..eh..air lain takda ke? Kau ni, Max…asyik nak aku minum Malta
je..”
“Malta tak boleh ke? Air kesihatan,
kan??” Isaac menggeleng. Max tersengih. Sengaja dia mengunjuk air tin Malta
yang tidak disukai oleh Isaac.
“Tak nak aku…”
“Nah, Coke!” Paee mendorong setin Coke
ke arah Isaac seraya membetulkan kaca matanya.
“Eh-eh! Favorite aku ni! Terima kasih, Encik Paee!” Pembuka tin segera
disentap sebelum Isaac mula meneguknya beberapa kali. “Kenapa dengan cermin
mata kau, Paee?” Pemuda berbaju T kelabu itu dipandang sambil kedua belah
keningnya diangkat menanti jawapan.
“Kau ingat tak budak yang pakai sleeveless shirt colour oren dengan
rambut colour merah tadi?”
“Oh, yang macam pesta warna warni tu
ke?? Haha… Bright striking colours from head to toe... Buat
tension aku je tengok..” Darwish
tergelak kecil.
“Hahaa.. Aku ingat tu!” Isaac
mencelah. “Budak tu hebat jugak cara dia fight
tadi… Kau ada fight dia jugak ke
tadi?”
“First, dia tumbuk aku… Spec
aku jatuh. Dia
pun dengan senang hati, pijak.. Retak ni haa… Aku struggle untuk kutip balik and
then bila dapat, aku bantai dia
balik. Mahunya aku tak marah, spec
mahal woo… Girlfriend aku kasi!” Max
menolak kepala Paee yang duduk di sebelahnya.
“Mat jiwang!” Isaac tergelak besar
kemudian disertai Darwish dan Max. Paee hanya mencebik.
“Kau lawan dengan budak botak tadi apa
cerita, Isaac?” soal Darwish. “Aku dengar budak tu lah kepala mereka semua tu
tadi…”
“Okey je. Kalau polis tak datang
tadi..hm..aku rasa, parah budak tu!” Balas Isaac bersungguh-sungguh.
“Eh,Isaac.. Kau tahu tak sebab apa bos
suruh kita belasah geng tu?” Max bersuara. Puntung rokok dibuang ke tepi. Asap berkepul-kepul
dengan kesan yang boleh membunuh itu kini kian lenyap.
“Taiko diaorang, kacau business bos di pub kita.. Adanya dia
hantar orang untuk edar ecstacy di
pub. Bos kita tak nak buat kerja haram macam tu.. Actually, diaorang yang atur fight
hari ni.. Bouncer pub diaorang lawan dengan kita…! Aku
rasa kita dah menang aar sebab mereka teruk tadi…” Isaac tersenyum sinis.
“Betul cakap kau, Isaac!” Paee angguk setuju.
“Jadi jom kita raikan kejayaan kita ni!!”
“ Nak rai macam mana, Paee?” Bulat mata Darwish
memandang wajah rakannya.
“Kita pergi shopping nak?” balas Paee beria-ia.
“Eee…kenapa aku rasa macam aku dah nak tukar
jantina jadi perempuan ni ye? Nak celebrate something
dengan pergi shopping?!” Max
mencebir.
“Alaa..sesekali pergi shopping dengan duit gaji okey apa… Aku nak beli Levi’s baru ni.. Levi’s aku
banyak koyak rabak…”
“Hmm..aku pun nak survey PS market.. Ha, Paee…Levi’s Levi’s jugak,
aku cadangkan kau beli je contact lense..
Kerja fighting ni pakai cermin mata,
bahaya!” Ujar Darwish seraya mengukir senyuman. “Pakai contact lense upgrade la sikit pangkat gengster kau tu.. Haha!”
”Pandailah kau, Darwish!!” Kepala Darwish
segera Paee tunjal dengan jari telunjuknya. Darwish segera menepis.
“Ha, apa lagi! Gerakla!” Max bingkas
bangun. Darwish, Paee dan Isaac juga begitu.
“Eh, alamak.. Darwish, pukul berapa
sekarang?” soal Isaac tiba-tiba.
“Jam di tangan kau tu apa ke faedahnya,
Isaac?” soal Max kehairanan.
“Jam aku ni buat hiasan tangan je.. dah
habis bateri pun! Hahaha…”
“Bagero..”
Paee tergelak. Begitu juga dengan Darwish dan Max.
“Pukul 12.30.. Lunch time ni.. Kau bingung pasal lunch ke? Takpalah.. Sampai TheSummer nanti kita bantai la McD, nak
tak??”
“Bukan yang tu la, Im.. Aku kena jemput girl aku kat sekolah..”
“Eh-eh! Ya tak ya! Lupa pulak aku.. Nah,
ambil kunci bini aku ni.. Ko pakailah dulu. Kereta kau dalam workshop kan? Hari pun gelap macam nak
hujan je ni..” Max meletakkan kunci Volkswagon Microbus yang diubah suai
berwarna hitam dan putih itu ke dalam genggaman Isaac.
Microbus yang pada mulanya hampir
menjadi besi buruk di rumah Ah Chai, tauke kedai kopi di hujung pekan sebelum
Max, pemuda dengan jiwa retro membelinya dengan harga yang cukup murah untuk
sebuah van lama yang usang itu. Dengan sentuhan kreatif Max, Microbus itu
nampak unik dan menarik banyak perhatian. Malah Ah Chai sendiri rasa menyesal
kerana menjual Microbus itu dengan budak hingusan kerana masa itu, Max baru
tamat Tingkatan 5.
“Kalau aku drive ni, korang pulak macam mana?”
“Alaa…kita naiklah bas. Tak pun naik
teksi..tak pun…” Paee mengusap-ngusap dagu, berfikir.
“Cukup-cukuplah tu, Paee! Mengarut je
kerja kau ni.. Dahlah, Isaac. Kau blah
cepat. Lepas jemput girl kau tu, kau bawak dia sekali shopping dengan kitaorang.
Kitaorang tunggu kat tempat biasa
okey?” Darwish mencelah.
“Ok, trimas,
guys!”
“Skemalah
terima kasih-terima kasih ni…” Darwish menepuk belakang kepala Isaac.
“Eh-eh sebelum tu…”
“Apa hal lagi ni, Isaac?” Berkerut dahi
Paee memandang Isaac yang berdiri di hadapannya.
“Muka aku?? Okey?? Ada lebam-lebam
ke…luka ke?? Hah?”
“Muka kau okey, cuma kat pipi tu ada
calar sedikit… Tampal plaster la…” cadang Darwish.
“Alamak…luka pulak!”
“Takpalah, Isaac. Fahamlah dia
nanti.. Bukannya
baru sehari dua dia kenal kau pun… Dah bertahun-tahun dah!” sampuk Max cuba
menenangkan sahabat baiknya itu.
“Hm..! Aku harap macam tulah..”
Isaac mengeluh kecil. Luka di pipi disentuh perlahan.
“Okey, Isaac! Jumpa kat sana nanti.. Chaow!”
Hmm..rambut? Okey.. Baju? Okey… Seluar..kasut… Perfect! Ish..cuma muka ni
jelah.. Kalau si Botak tadi tak main kotor bawak penknife, tak calar pipi aku
ni! Ah, nak buat macam mana, benda dah jadi…
Isaac melangkah keluar dari Microbus
lalu bersandar menunggu kemunculan gadis yang amat disayanginya, gadis yang
menjadi satu-satunya sebab dia terus hidup.
“Goodgirl!” Isaac melambai-lambai tangannya. Gadis dengan pakaian
seragam sekolah itu mengukir senyuman sebelum berlari anak menuju ke arah
Isaac.
“Hello, Mr.Goodboy!” Sapa gadis itu sebelum memeluk Isaac erat.
“Sorry, abang lewat sedikit…”
“It’s okay. Nea okey.. Eh, kenapa pulak dengan pipi tu? Macam best je plaster transparent tu!”
Nada gadis 17 tahun itu sarkastik menyapa gegendang telinga Isaac.
“Err..calar sedikit…” Isaac
tersengih.
“Abang fight lagi ke?” Perlahan, Isaac angguk. “Erm..tu je luka?” Soal Nea mendatar.
Pipi Isaac dibelek-belek, ke kiri dan ke kanan. Dia kemudian memeluk tubuh.
“Rasa-rasanya…tu je!” Isaac menelan air
liur. Nada Nea yang bersahaja itu membuatkannya sedikit bingung. Selalunya
apabila Nea tahu dirinya bergaduh, Nea akan memarahinya tetapi tidak hari ini.
“Siapa menang fight?”
“Abang…dengan Darwish, Max dan Paee…”
“Mereka okey?”
“Okey.”
“Erm, dah dapat gaji?” Isaac
angguk. “Nea nak Converse Sneakers.” Isaac tersenyum lebar. Nea
menumbuk lembut bahu abangnya.
“Nea..abang ingat… Nea…”
“Nea nak marah abang?” Lantas Nea
mencelah. Isaac
angguk. “Asalkan abang tak apa-apa, pandai jaga diri, Nea tak kisah. Nea cuma
marah kalau abang tu cedera teruk! Tu je…”
“Terima kasih sebab memahami.” Ikhlas
kata-kata itu keluar dari mulut Isaac.
“Abang kan abang yang terbaik di dunia
ni, salah ke kalau Nea pulak nak jadi adik terbaik di dunia?” Isaac mengusap
lembut rambut Nea. “Dahlah, Bang.. Eh-eh.. Ni van si Max kan? Mana mereka?”
“Mereka tunggu kita kat tempat biasa.
Kita lunch kat luar hari ini, okey?”
“Great!
Nea pun malas nak masak-masak..”
“Okey. Cepatlah masuk. Hari pun dah nak
hujan ni..”
“Baik, bos!”
Nea mengeluh lega sebaik sahaja kerja
rumahnya selesai. Sejak dulu lagi, Nea memang selalu tidak menumpukan perhatian
semasa pembelajaran dalam kelas tetapi tidak sesekali tidak menyiapkan kerja
rumahnya. Isaac amat menitikberatkan soal pelajaran Nea memandangkan dirinya
tidak mempunyai kesempatan untuk meneruskan pelajarannya.
Selepas ibu mereka meninggal dunia,
Isaac tidak lagi memikirkan masa depannya sebaliknya dia terpaksa menguruskan
pelajaran dan masa depan adik kesayangannya walaupun pada mulanya, Isaac
merupakan salah seorang daripada pelajar yang cemerlang dalam akademik di SM
Indrashah.
Nea meneguk susu panas dari gelasnya.
Jam di dinding dipandang sekilas. Tepat pukul 11.00 malam. Nea kemudian
memandang tepat ke arah telefon bimbitnya.
Lima..empat..tiga..dua..satu.. Aik? Kenapa tak berbunyi
lagi ni??
Lagu Nirvana – Man Who Sold The
World bergema di ruang tamu apartmen. Nea tersengih sendiri.
“Hello, goodboy! Lewat tiga saat…”
“Sorry, goodgirl.. Abang baru keluar toilet.. Hehee..”
“Takpa..”
“So, homework dah siap?”
“Dah!”
“Susu dah minum?”
“Dah..!”
“Err…apa lagi ye? Eh, Nea kat mana ni?”
“Err…ruang tamu!”
“Laa..kenapa tak masuk bilik lagi??”
“Homework
baru siaplah, bang…”
“Kenapa buat homework kat ruang tamu? Nak curi-curi tengok TV??”
“Mana ada..panaslah, bang. Aircond apartmen kan rosak…”
“Oh, ya! Lupa pulak abang nak repair..”
“Pandai ke?”
“Abang tak pandai, tapi orang lain
pandai! Upahlah orang…”
“Hm, you know what to do lah… Abang balik pukul berapa nanti?”
“Hm, macam biasalah. Nea lepas ni pergi
tidur terus tau! Jangan tengok TV, jangan nak main game PC..”
“Okey..okey..”
“Papa ada call hari ni?” Nada suara Isaac berubah mendatar.
“Takda..”
“Baguslah.. Okey, Nea! Abang blah dulu ye.. Ada budak buat hal depan
pub!! Kes mabuklah tu… Abang blah!”
“Hati-hati!”
“Jangan risau.. Night
and bye bye!”
“Bye and night..” Talian mati di situ.
Harap-harap takda apa-apa berlaku kat abang… Entah kenapa
dia pilih kerja jadi bouncer pub macam tu.. Bahaya betul! Hm…tiba-tiba abang
tanya tentang Papa.. Dah lama Papa tak call kitaorang… Duit bulan-bulan dia
hantar tapi abang simpan dalam bank atas nama aku.Untuk masa depan aku katanya.
Apartment ni pun, Abang terpaksa terima daripada Papa sebab dia nak aku duduk
dalam rumah yang selesa. Makan minum serta perbelanjaan sekolah aku, abang
sendiri yang tanggung.
Nea mengeluh berat. Terngiang-ngiang di
telinga Nea kata-kata Isaac satu masa dulu.
“Abang tak nak wang Papa mengalir dalam tubuh Nea…Cukuplah
duit tu nanti untuk Nea pergi sambung belajar, boleh Nea guna kalau satu hari
nanti apa-apa jadi kat abang. Dan apartmen yang Papa beli ni, abang cadang nak
bayar balik dengan Papa. Abang tengah kumpul duit. Dia tak peduli tanggungjawab
dia pada kita, nak buat apa tunjuk baik nak bagi wang tiap-tiap bulan.. Wang
ringgit dapat ganti kasih sayang ke? Dapat ganti masa yang sepatutnya dihabiskan
oleh seorang ayah bersama anak?”
Pada mulanya, Isaac memang tolak
mentah-mentah wang sewa dan apartmen ni tapi demi aku, abang setuju untuk
terima bantuan Papa. Dulu, ketika Nea berusia lima tahun, ibu dan bapa mereka
bercerai. Isaac dijaga oleh Encik Fazlan manakala hak penjagaan Nea diberikan
kepada Puan Jasmin tetapi tidak lama. Tiga bulan selepas itu, Encik Fazlan
kembali semula dengan Isaac daripada Jepun dan Isaac berkeras untuk dengan Puan
Jasmin dan Nea memandangkan dia jatuh sakit sebab terlalui rindukan adik
perempuan kesayangannya, Nea. Disebabkan itu, Encik Fazlan terpaksa akur.
Selepas itu, Puan Jasmin lah yang
menyara kehidupan mereka, menanggung keperluan, pakaian, makan dan minum serta
pembelajaran dua adik beradik itu tetapi dia terlupa memberi kasih sayang yang
nyata jauh lebih penting. Encik Fazlan pula hanya menelefon sekali dalam
sebulan dan lama kelamaan terus hilang tanpa berita. Sejak itu, Isaac menjadi
tempat Nea mengadu dan bermanja. Hanya Isaac yang sedia mendengar, melayan
karenahnya, memahaminya. Namun Nea tidak menyalahkan Puan Jasmin. Beban yang
ditanggungnya menjadi ibu tunggal membuatkannya jiwanya kering. Encik Fazlan
pula sibuk dengan keluarga baru. Dia dan Isaac bukan lagi satu keutamaan.
Dan apabila usia Nea mencecah 12 tahun,
Puan Jasmin meninggal dunia dalam kemalangan bas yang meragut belasan nyawa,
peristiwa hitam yang sehingga kini mungkin masih terlakar jelas di ingatan keluarga
mangsa nahas yang tidak disangka-sangka itu. Mulai saat itu, Isaac mengambil
alih tangggungjawab Puan Jasmin untuk menjaga Nea. Isaac terpaksa bekerja
selepas habis waktu persekolahan sehingga ke malam untuk menyara Nea sehingga
pelajarannya sendiri terabai.
Encik Fazlan cuma kembali menghubungi
mereka dua tahun lepas tetapi Isaac masih belum dapat memaafkannya kerana
sanggup melepaskan tanggungjawab seorang ayah begitu sahaja. Encik Fazlan tidak
ada di sisi mereka di saat mereka amat memerlukannya. Walaupun kini Encik
Fazlan cuba menebus kesilapannya, luka di hati Isaac masih belum hilang
pedihnya. Kalau tidak kerana Nea, dia tidak akan menerima apartmen itu sebagai
hadiah. Dia sanggup korbankan apa saja asalkan adiknya itu hidup selesa,
lengkap segalanya. Biarlah dia melupakan cita-citanya asalkan adiknya tidak
menerima nasib yang sama.
Nea tersenyum sendirian. Terlalu banyak
pengorbanan Isaac untuk dirinya. “Terima kasih, abang...”
Alamak…time tengah mimpi best-best ni la rasa nak terkencing pulak… Perit pulak rasa mata ni nak bukak…
Dengan terpaksa, Nea membuka kelopak
matanya perlahan. Serta-merta telefon bimbit di atas meja kecil di sisi katil
dicapai.
Hmm…dah pukul 4.00 pagi. Eh-eh! Siapa pulak yang lentok
kepala atas katil aku ni??
Nea cepat-cepat membuka lampu meja
bersebelahannya. Nea mengukir senyuman lega saat cahaya menyimbah wajah orang
misteri itu.
“Abang rupanya…” Keluh Nea
sendirian. Dia
mengamati wajah abang kesayangannya yang nampak keletihan itu. “Laa…tak tukar
baju lagi. Haa..Kipas tangan?” Nea mengalih kipas tangan yang digenggam kemas
oleh Isaac, membuatkan pemuda itu terjaga. Serta merta Nea rasa bersalah.
“Ampun, tuanku! Ampun sebab buat abang terperanjat..”
“Eh-eh! Kenapa Nea bangun? Rasa panas ke?
Sorry, abang tertidur pulak… Abang
kipas Nea tadi, entah macam mana boleh tertidur pulak. Sorry.”
“Abang ni kan..suka susahkan diri tau
tak… Tak payahlah nak
kipas-kipas Nea. Nea
bukannya budak kecil lagi..”
“Tapi kalau Nea panas tak boleh tidur
kan?”
“Yalah, tapi kalau dengan keadaan aircond rosak macam ni, takkanlah Nea
nak demand pulak, nak abang layan Nea
macam princess.. It’s okaylah, abang… Dah,dah.. Abang penat ni. Pergi tidur kat
bilik abang. Lebih selesa lagi daripada tidur duduk macam ni..”
“Nea pulak apasal bangun?”
“Nea nak pergi toilet..”
“Oh….”
“Abang pergi tidur di bilik abang,
okey.. Nea pergi dulu. Sleep tight tau..”
Isaac hanya membalas kata-kata Nea itu
dengan senyuman nipis.
menarik.
ReplyDeletetq.. ^^
ReplyDeleteDid you know that you can earn cash by locking special pages of your blog or site?
ReplyDeleteTo begin you need to join AdWorkMedia and use their content locking tool.