Terkocoh-kocoh Kaz masuk ke lobi Klinik Pergigian
Shine. Semua mata memandang ke arahnya. Kaz kembali tenang.
“Appointment…”
Kaz mengunjuk kad klinik gigi kepada jururawat yang bertugas di kaunter.
“Sepatutnya Encik datang awal.. Appointment Encik ni two hour ago…”
“Tuuulah.. Masalahnya, saya ada hal yang
tak dapat nak dielakkan tadi. Bukan saya suka-suka nak datang lewat ni…” Kaz
memberi alasan. Walaupun hakikatnya aku
lambat sebab overslept tadi! Heh!
“Hm.. Encik duduk dulu..” Wanita
lingkungan 30-an itu senyum segaris. Kaz mengambil tempat duduk di hujung
sekali, tidak jauh dari mesin gula-gula. Klinik gigi dengan mesin gula-gula?
Sehingga hari ini Kaz tidak pasti dengan motif kenyataan itu.
“DARE TO HAVE, DARE TO LOSE”
Kaz tersenyum sendirian mengamati nota
kecil di atas mesin gula-gula tersebut. Sarkastik buat penggemar gula-gula yang
boleh merosakkan gigi dengan pengambilan berlebihan. Semua orang tahu tentang
kenyataan itu tetapi mengambil kenyataan itu acuh tak acuh.
“Eh, awak??!” Kaz tersentak saat seorang gadis bergaun
labuh lengan panjang warna turqoise
berdiri di hadapannya. Kaz mengangkat muka. Gadis itu hampir jatuh longlai
tetapi sempat disambut oleh Kaz. Apasal
dengan budak ni….? Kenapa dia selalu nak pengsan???
“Awak ni okey ke tak okey?” Kaz
mendudukkan Luna ke kerusi bersebelahannya.
“Ah..okey, okey!” Luna telan air liur. Tak okey siot! Lemah lutut.. Jantung macam lepas
race 1000 pusingan, laju je…Dah macam tak sempat nak pam darah dan rasa nak pitam
everytime tengok kau! Kau tanya aku okey ke tak okey? Kenapalah aku boleh jatuh
cinta dengan kau. Padahal aku bukannya kenal kau pun!
“Awak..buat apa kat sini?” soal Luna
selepas melihat Kaz tidak mengucap sepatah kata pun kepadanya.
“Cuci gigi.”
“Saya check my braces..” Tukas Luna tanpa ditanya. “Lama dah ke tunggu ke
sini?”
“No.”
Ringkas jawapan itu. Harap-harap dia ni
sedar, yang aku takda masa nak layan dia… Menyibuk je la…!
“Ah, sekejap!” Luna mengeluarkan
sekeping not RM10 kepada Kaz. Pemuda dengan baju T merah hati dan seluar pendek
hitam itu kehairanan. “Ini duit latte malam tu!”
“It’s
okay.” Kaz bingkas bangun, ingin pergi dari situ.
“Eh, nak ke mana tu?”
“Nak lari jauh dari awak.”
“Apa salah saya?”
“Salah awak sebab nak berkawan dengan
saya. Saya tak perlukan kawan perempuan macam awak.”
“Tapi…”
“Enough.”
Kaz terus berlalu pergi.
Luna mengeluh berat. “Mak cik…” Luna menoleh ke arah seorang wanita
lingkungan 40-an dengan seorang budak lelaki dengan seragam tadika yang duduk
selang satu kerusi daripadanya. “Saya ni hodoh ke, mak cik, sampai dia tak nak
kawan dengan saya?”
Wanita dan kanak-kanak itu tersenyum. “Kamu
cantik.. Cuma dia belum nampak…” Balas wanita itu ikhlas.
Luna tersengih, menampakkan pendakap
gigi berwarna merah jambu nya. Luna rasa
sedikit hampa. Semalam merupakan kali pertama dia bercakap dengan pemuda yang
selama ini menjadi pujaan hatinya tetapi hari ini telah membuktikan pemuda itu
langsung tidak berminat dengannya. Kenapa
dengan budak Duncan tu agaknya… Apa masalah dia dengan aku ni?? Kenapa dia tak
nak kawan dengan aku?
Hiruk pikuk pagi di pekan kecil
SummerShine mencetus idea Kaz untuk berkarya. Sehelai demi sehelai kertas
dilakar dengan ilustrasi-ilustrasi untuk episod Disappear seterusnya. Sengaja
dia ingin menyiapkannya awal walaupun deadline
masih lama lagi. Idea yang tiba-tiba datang tidak boleh dibiarkan pergi sebelum
sempat dia menzahirkannya di atas kertas putih dengan sebatang pensel.
“Hello,
bro!” Muncul Ari dan Rysa di hadapan mejanya membuatkan pemuda itu
tersentak.
“Eh, Kak Rysa dan Abang Ari!” Kaz sengih
sambil kembali tunduk melakar di atas kertas.
“Sejak bila mak aku lahirkan kau!” Ari
melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Kaz. Rysa duduk di sisinya. Gadis
itu tersenyum dengan gurauan tunangannya dengan sahabat baiknya itu.
“Kau buat kerja kat sini, kaunter siapa handle?” Ari menjengah ke kaunter Duncan
CoffeeHouse. Seorang pemuda berkaca mata sedang sibuk melayan pelanggan yang
membuat pesanan. “Tu siapa?” Ari menjuihkan bibir.
“Aku ada hired budak baru, Tim.. Budak lepas SPM.. Bekas bendahari Persatuan
Usahawan Muda.. P.U.M… Heh..” balas Kaz tanpa mengangkat muka. “Habis Disappear
ni, aku rasa, aku nak tambah lagi kaunterlah.. Senang nak order.”
“Bagus idea tu, Kaz…! Service okey, makin ramailah orang akan
datang sini..” celah Rysa. Kaz mengangkat muka dan tersenyum.
“Korang berdua ni dari mana?” Kaz tidak lagi
dapat menumpukan perhatian lantas dia berhenti membuat lakaran. Tumpuannya kini
hanya untuk dua sahabatnya itu.
“Aku dari office. Rysa dari butik.. Tiba-tiba rasa nak makan doughnut!”
Kaz mengerling jam di dinding. “Dah
pukul 11.00 pagi.. Selalu kalau keluar office
pukul 10.00 kan?”
Ari tersengih. “Sengaja aku keluar lewat
sikit pagi ni.. Lepas ni terus tak balik office.
Aku nak temankan Rysa bayar bil-bil..”
“Oh… Ni dah order ke belum ni?”
“Belum lagi.”
“Nak apa? Aku orderkan.”
“Bagi aku black coffee and Snow ball.
Rysa nak latte and Oreo doughnut, Oreo doughnut dengan extra choc..”
Ari mengusap lembut kepala Rysa. Rysa angguk kepala, tak sabar untuk menikmati doughnut kegemarannya.
“Okey! Korang pergi lah duduk meja lain.
Meja aku ni berselerak dengan kerja.. Macam mana nak makan kat sini.. Aku pun
belum menjamah lagi ni. Aku gi order
jap!” Kaz bingkas bangun menuju ke kaunter. Ari dan Rysa segera berpindah ke
meja di tepi tingkap.
Dari jauh, Kaz memerhati Ari dan Rysa
yang sedang asyik berbual. Sesekali, Rysa tergelak. Jauh di sudut hati Kaz
ingin mengulang waktu, di masa Rysa masih belum ada yang punya. Namun, jodoh
menentukan Rysa kini milik Ari. Dan sehingga hari ini, rasa yang pernah ada
untuk Rysa dari Kaz masih menjadi satu rahsia, tiada siapa yang tahu. Rasa yang
telah lama dipadam oleh persahabatannya dengan Ari. Hampa yang membuatkannya
melupakan cinta.
“Here’s
your meal…” Kaz menghidang makanan di meja.
“Wah..bos Duncan sendiri hidangkan untuk
kita. Specialnya kita kan?” Rysa
menyiku Ari di sebelahnya. Pemuda berkemeja biru itu tersengih. Kaz sudahpun
melabuhkan punggung di kerusi berhadapan mereka.
“Apa cerita hari tu?”
“Apa?” Bulat mata Kaz memandang ke arah
Ari.
“Perempuan yang datang masa kau stay up kat Duncan hari tu lah…”
“Oh! Budak pelik tu!” Mini Milo doughnut selamat ke perut.
“Budak pelik?” Giliran Rysa berkerut
dahi. Wajah Ari dan Kaz dipandang satu persatu. “Siapa?”
“Entah apa nama entah, dah tak ingat
dah. Bila tengok muka aku je, pengsan. Hari tu jumpa kat klinik gigi, nak
pengsan jugak. Entah apa sakit dia aku pun tak tahu.”
“Ada ke macam tu? Hahaa..” Ari tergelak.
Rysa juga begitu.
“Cantik ke?” soal Rysa yang cukup anggun
berkebaya ungu.
“Hah.....hm…..entah!” Kaz menjungkit
bahu. “Dah tak ingat muka dah.” Tipu Kaz. Padahal, dia masih ingat wajah gadis
itu. “Satu je aku ingat..” Sambungnya
lagi.
“Apa?” Ari menunjukkan minat.
“Dia pakai braces colour pink!”
“Really??”
Rysa tergelak lagi. “She must be cute to
wear such thing, especially on her teeth! My instinct saying that she’s cute!”
“Entahlah, Rysa! Tak penting pun..”
balas Kaz acuh tak acuh. “Ah, suddenly aku
ada idea untuk menu baru Duncan!” Kaz memetik jari.
“Apa?” soal Ari selepas menghirup beberapa
kali Black Coffee iaitu espresso kegemarannya. Pahit tapi Ari gemarkannya.
“Pink Smile!”
“And
Pink Smile tu apa?”
“Hmm… Maybe ice cream..or doughnut or cupcake or…hm.. Yang tu nanti aku figure!”
“Kadang-kadang aku hairan lah dengan kau
ni. Study kulinari, kerja kartunis,
lepas tu ada kedai kopi lagi, esok kau ada apa pulak?”
“Kulinari dan komik dua benda yang
berbeza. Aku suka culinary art sebab
aku suka makan and aku nak benda yang
aku makan tu sedap dan cantik... Aku suka melukis komik sebab aku suka dunia
yang aku cipta dalam kepala aku, yang orang lain tak dapat nak figure what will happen next.. Kejayaan aku adalah apabila watak yang aku
reka dalam komik tu hidup bagi peminat komik aku. Yang apabila mereka see something or do something, mereka
akan cakap.. ‘Oh, yang ini macam yang si Izzy dalam Disappear selalu buat tu,
masa dia sedih.’ Aku suka dengar orang lain cakap macam tu. Orang yang ikut aku
dalam dunia komik aku.”
“Hmm… Tapi keputusan kau untuk beli
Duncan ni dari Iqbal memang berbaloi. Duncan ni memang ada pelanggan dia
sendiri. Walaupun dulu Duncan CoffeeHouse ni is a diner, sekarang pelanggan lama dia memang dah dapat terima
menu yang dah berubah tu.. Kau patut berterima kasih dengan Iqbal. Kalau tak
kerana dia berpindah ke Dubai dan menjual Duncan ni, Duncan ni takkan jadi
milik kau hari ini.”
“Dan nasib baik jugak kau dan Rysa
tolong aku cari modal.”
“Tu tak jadi masalah, bro…! Yang penting Oreo doughnut ni dedicate khas untuk aku, kan?” Rysa tersenyum lebar.
“Dan black
coffee dedicated to me!” Ari menjuihkan bibir.
“Nantilah aku create something untuk kau, Ari! Jangan merajuk!!”
“Aku nak yang stylo!”
“Yalah..yalah! Nanti aku fikirkan. Buat
masa ni, tolong aku habiskan mini milo
doughnut ni.. Menyesal pulak order sedozen…”
“No
problem! Aku dan Rysa boleh tolong habiskan. Heheee….”
Kaz menghirup mocha dari cawan sambil matanya melilau, melihat keadaan sekeliling
Duncan CoffeeHouse. Sesungguhnya dia amat bersyukur dengan pulangan yang dia
dapat sejak dia mengambil alih kedai itu. Langsung tiada sekelumit rasa kesal kerana
mengambil alih perniagaan milik rakan sekelasnya semasa di universiti dulu,
Iqbal.
Kaz mengeluh kecil seraya mengusap dagu.
Pink Smile… Apa yang perlu ada untuk menu
Pink Smile. Tiba-tiba rasa excited pulak nak add menu baru.. Tapi, apa yang aku
tahu tentang Pink Smile? Habis je Disappear, aku akan proceed cari karakter
Pink Smile… Hari ni takda pulak budak perempuan dengan braces pink tu muncul.. Bukannya
aku tak perasan dia selalu ke Duncan. . Cuma hari tu aku berdiri betul-betul di
hadapannya dan kerana tu ke dia hampir pengsan? Ada ke orang macam tu? Pelik!
pink smile. budak braces pink.hehe
ReplyDelete