Thursday, November 1, 2012

Semua Tentang Kita 3


“Awak pukul dia sampai pengsan, Nea!”
Nea tunduk.
“Apa cerita sebenarnya ni? Kenapa awak pukul dia sampai pengsan? Boleh awak jelaskan kepada saya?” Ruby memandang tepat ke wajah gadis yang nampak innocent tetapi agak berbisa itu.
Nama gadis itu memang sering meniti bibir guru-guru di SM Indrashah. Persembahan akademiknya memang memuaskan tetapi entah mengapa disiplinnya amat teruk. Malah Nea agak ditakuti di kalangan pelajar, lebih-lebih lagi selepas insiden dia menumbuk Neil di kantin tempoh hari.
“Tak sengaja.” Balas Nea ringkas.
“Tak sengaja?”
Nea angguk.
“Tumbuk muka, perut.. Tu tak sengaja ke tu?”
“Dia kan lelaki, takkan kena tumbuk macam tu pun boleh pengsan. Saya tahu dia berlakon je tu, cikgu!” Nea cuba mempertahankan diri.
“Dia tak berlakon, Nea. Dia tak sihat. Dia demam. Badannya lemah. Yang awak pergi belasah dia buat apa?”
Huh? Demam? Badan lemah? Taiko gengster sekolah pun boleh demam and lemah ke? Tadi time kacau aku macam sihat walafiat je? Cergas je aku tengok?Boleh percaya ke ni?
“Saya tahu, Neil tu bukannya elok sangat pun disiplinnya di sekolah ini. Macam awak juga, dia pun agak stabil dalam akademiknya walaupun selalu dikaitkan dengan gangsterism..”
Nea menarik nafas lega. Nampaknya, guru disiplin itu mula memahami keadaannya.
Tahu pun.. Huh.. Kenapa salahkan aku je? Gangster-mangster tu pun dah cukup teruk tau! Baik dibuang sekolah je si Neil tu! Binawe…
 “ Tapi dengan adanya dia sebagai ketua..”
Bulat mata Nea memandang Ruby, wanita berkaca mata dengan bingkai merah itu.
Err..ketua? Maksud cikgu…taiko ke?
“…kegiatan akan sedikit terkawal. Sebab tu pihak sekolah tak bertindak membuang dia dari sekolah ni sebab he’s done nothing illegal.. He’s naughty, he’s fight here and there but he’s not that bad.. He also contributes to school by controlling other indiscipline students..”
Berkerut dahi Nea memandang wajah guru di hadapannya itu, kehairanan.
Macam the mind reader pulak Cikgu Ruby ni… Apasal tak lapor polis je kalau dah susah sangat?
“Nak lapor polis, dapat bantahan dari Pengerusi sekolah. Yalah, sekolah ni sekolah swasta. Kita perlu jaga nama baik dan imej sekolah…”
Nea mengiakan dalam hati.
Sah!! Memang Cikgu Ruby ni ada kuasa psikik.. Aku cakap dalam hati pun dia boleh balas spontan je… Ngeri~
Nea tidak mampu bertahan lagi. “Baiklah, Cikgu. Cikgu cakap jelah apa hukuman saya. Kena masuk detention room? Reading history books and do 1000 words summary? Kemas library? Cuci tandas?”
“Kalau boleh, saya nak sangat awak ubah sikap awak tu. Jangan terlalu straight to the point. Cakap biar beralas sedikit. Jaga tuturbahasa dengan orang yang lebih tua. Awak pandai.. Sayang, disiplin awak kurang..”
Nea mencebik.
Alaa… lecehlah. Asal aku tak buat jahat kat diaorang, dahlah… Ada budak yang depan baik, belakang macam hantu… Lagi teruk!
”Tengok... Buat muka pulak dia..” Ruby menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Ya..ya.. Maafkan saya.. Jadi, macam mana dengan hukuman saya, Cikgu?”
Kalau biar dia ni berceramah, esok pun belum tentu habis…
“Cuci tandas. Academic block…”
Nea mengangguk-anggukkan kepala.
Huh..great! Kerja biasaa… Bosan!
“Asyik bagi cuci tandas je, cikgu… Tak boleh tukar ke? Cita-cita saya bukan nak jadi cleaner toilet sekolah!”
“Tengok! Baru tadi saya cakap, jaga cara percakapan awak walaupun awak tak bermaksud untuk kurang ajar tetapi dengan cara macam tu, awak dah dianggap biadab, tahu tak?” Suara Ruby naik satu oktaf.
“Tapi that’s the truth…” Nea masih tidak mahu mengalah.
“Fine… Awak pergi buat kerja pembersihan di library and cuci tandas di academic block…”
Nea meraup muka.
Menyesal pulak cakap banyak.. Daripada satu kerja, sekarang dah jadi dua kerja.. Haaih…
“And…”
Nea mengangkat muka.
Another and??
“…minta maaf dengan Neil.”
Bulat mata Nea memandang Ruby yang sudah tunduk memandang kertas kerja di atas meja.
Minta maaf? Dengan Neil? Lain harilah…
“Lain kalilah jelah, cikgu… Saya banyak benda kena bersih,cuci lagi ni…”
“Apa pulak lain kali? Sebelum parent dia jemput dia balik, baik awak pergi minta maaf dengan dia. Dia ada di klinik sekolah.” Ruby masih tidak mengangkat muka.
Nea masih duduk di kerusi.
“Jangan fikir nak tipu cikgu, cakap dah mintak maaf, tapi sebenarnya tidak. Cikgu boleh tanya worker kat bilik rawatan tu whether awak dah pergi mintak maaf ke belum tau.. Or awak nak cikgu bagitau parent Neil apa yang awak dah buat? You choose.” Tegas Ruby.
“Yalah..yalah.. Nak pergilah ni..” Nea akhirnya mengalah lantas bingkas bangun.


Mahu tidak mahu, tombol pintu segera dipulas. Nea dapat melihat sekujur tubuh sedang baring di katil hujung sekali. Dari gaya rambut, Nea pasti itu adalah Neil.
“Woi! Bangun!” Sergah Nea separuh berbisik.
“Eh-eh.. Sayangku! Awak lawat saya ke? Baiknya hati awak…” Neil tersengih menampakkan baris giginya yang tersusun rapi. Dia kemudian bersandar di kepala katil. “Tadi tak sempat nak ucap trimas kat awak sebab tambah corak kat muka saya ni.. So artistic! Bila tengok cermin tadi, lawa jugak ye saya dengan eye shadow biru kat mata ni!”
“Jangan nak buat lawak kat sini, okey…”
“Lawak ke? Kalau lawak, kenapa tak gelak?”
“Hey, Neil! Kalau awak nak lagi, awak cakap! Anytime saya boleh bagi tau!”
“Nak! Nak! Tapi tunggu eye shadow yang ni hilang dulu…”
“Bagero!” Nea hampir-hampir saja menumbuk Neil tetapi hajatnya mati di situ. “Malaslah nak buat hal lagi. Apatah lagi nak tumbuk budak lemah macam awak ni! Buat kotor tangan je…”
“Sepatutnya awak bersyukur tau sebab saya tak balas tumbukan awak!”
“Fine! Saya tak nak minta maaf dengan awak tapi awak boleh tumbuk saya sekarang. Ha, tumbuklah!”
“Kalau tumbuk sekarang, mana adil.. Saya lemah lagi..”
Nea terdiam, berfikir.
Ish..betul jugak. Dia kan demam…
“Okey. Lain hari. Cakap je masa dan tempat. Saya akan datang!”
“Great! I love it! And I love you too!” Neil tersengih.
“Gila!”

Tuesday, October 30, 2012

Semua Tentang Kita 2


“Nea!!”
Nea mengeluh berat. Semakin laju dia melangkah, semakin lantang pulak suara itu memanggil. Langkahnya terpaksa dihentikan. Dia pantas menoleh.
“Nea… Lajunya awak jalan..”
“Area ni tak boleh nak slow slow…Nanti kena tahan!” Balas Nea sinis. “Nak apa ni?”
“Awak nak pergi mana?”
“Pergi mati.” Kasar Nea membidas. “Kenapa? Nak ikut?” soal Nea dengan muka tiada perasaan.
Pemuda itu tersengih. “Pergi mati? Dengan awak? Boleh jugak…”
Nea mengetap bibir geram.
Ish mamat ni! Menyakitkan hati betullah!
Nea mula mengorak langkah meninggalkan Neil, pemuda kelas sebelah yang sering mengusiknya. Selain daripada Neil, tiada sesiapa yang bertahan lama cuba memikat hati Nea yang keras itu. Nea juga terkenal dengan sikapnya yang sering menyakitkan hati guru walaupun dari pandangan Nea sendiri sikapnya tidaklah seteruk mana memandangkan persembahan akademiknya agak baik berbanding pelajar yang berdisiplin baik.
“Weh! Nea! Tunggulah! Awak nak ke kelas kan? Kita jalanlah sama-sama…Hehe..” Neil menyaingi Nea.
“Kalau muka tak malu, silalah jalan sama-sama….”
“Eh, macam mana awak tahu saya ni muka tak malu? Laa…baru hari ni ke awak tahu? Orang lain semua dah tahu dah.. Awak je lambat!”
Nea berhenti melangkah dan memandang tepat ke wajah Neil di sebelahnya.
Menyampahnya aku dengan budak Neil ni! Diberi sebijik karang aku malas nak masuk detention room....  Teeeeet! Teeeeeeet! Sasaran dikesan! Accomplice dah hantar diri. Yes!!!!!
Nea mengukir senyuman jahatnya.
“Yuhuuu! Tisha!! Neil nak cakap dengan kau ni! Sinilah…” Nea melambaikan tangannya. Neil meraup muka.
Tisha yang kebetulan lalu di situ segera mendekati mereka. Lengan Neil dipeluk mesra, lagak seperti pasangan kekasih yang bahagia.
Nea tersengih puas. “Korang berdua berbuallah dululah.. Aku nak ke kelas! Blah!” Nea terus berlalu pergi dengan senang hati.
Haha! Rasakan kau, Neil… Budak Tisha tu bukannya aku tak tau, syok tahap dewa dewi kat si Neil tu… Yalah, Neil tu handsome, terer fight, kira macam taiko gengster di sekolah ni… Semua orang kenal, semua orang takut. Tisha tu pulak gila populariti. Dengan berkepit dengan Neil, dia akan dapat meningkatkan kepopularannya. Gila betul layan budak-budak macam tu… Ah, nak kena jalan cepat ni.. Nanti si Neil catch up pulak!
Neil sekali lagi meraup wajahnya.
Ces, Nea ni! Budak bimbo ni dia pass kat aku!!!
“You nak cakap apa dengan I tadi?” Tisha buat muka manja.
“Eee… apa ni, Tisha! Lepaslah.. Tergedik-gedik!” Neil segera menepis tangan Tisha dari terus memeluk lengannya.
“Sampai hati you cakap begitu kat I… I betul-betul sukakan you… You pun tahu kan? Tadi Nea cakap you ada something nak cakap dengan I? Apa dia? You nak ajak I keluar Sabtu ni ke? Boleh! I free. I sentiasa free untuk you!”
“Eeee...” Neil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. “Yang kau mengarut ni apasal ha, Tisha?? Aku cuma nak cakap kat kau, kat sekolah, make up tak boleh. Make up kau tebal gila. Pergi toilet cuci la oi. Dah macam opera cina je aku tengok!” Neil lantas berlalu pergi meninggalkan Tisha yang hanya mampu mengetap bibir geram.



Nea tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya. Dia kini leka dengan dunianya sendiri. Lagu-lagu Radiohead silih berganti bergema menjadi halwa telinganya. Sambil itu, dia meneguk Coke dan menikmati sepotong sandwich telur sebagai hidangan waktu rehatnya hari itu.
Keadaan kantin semestinya bising. Neil berasak-asak dengan pelajar lain, cuba mencari ruang untuk keluar dari kesesakan itu.
Binawe…tak reti nak beratur.. Aku pun mereka tak takut lagi dah..janji dapat melantak cepat-cepat! Huh! Eh-eh… Di sebalik hingar bingar lalat-lalat sekalian alam, there is my greatest view!
Neil sengih jahat. Nea masih tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan.
Hari-hari duduk kat hujung kantin, headphone di telinga… Kusyuk and tenang je makan, minum…  Tapi aku langsung tak tenang dibuatnya! Wajib kacau ni...! Hehe….
Neil melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Nea. Gadis itu tersentak. Sebentar kemudian, meja dengan lapan buah kerusi itu dipenuhi oleh konco-konco setia Neil. Nea menurunkan headphone ke lehernya. Pemain mp3 segera dimatikan.
Lalat-lalat ni sibuk je… Orang nak rehat layan lagu pun tak senang!
“Haaaai…” Neil tersengih macam kerang busuk. Rakan-rakannya tergelak kecil.
“ Haa..nak apa lagi ni? Nak suruh saya aturkan temujanji awak dengan Tisha? Boleh!!” Nea bersandar di kerusi.
“Nope! Wrong! Nak awak aturkan temujanji untuk kita..”
Nea buat muka macam nak muntah. Neil semakin geram.
“Selalu tengok awak duduk sorang-sorang kat sini, takda kawan, tak boring ke?” Neil cuba memancing minat Nea untuk terus berbual dengannya.
“None of your business!”
“Eh, kita bukan cakap pasal business membusiness kat sini..” Balas Neil bersahaja. Rakan-rakannya tergelak buat Nea tambah sakit hati.
“Idiot!”
“Awak cakap apa tadi?? Awak cakap saya i.d.i.o.t? Am stupid??? Sebelum ni takda siapa berani cakap saya macam tu tau!”
“Hey, saya cuma cakap idiot.. Saya tak cakap pun ‘Neil is an idiot.’.. Awak sendiri yang buat kesimpulan sendiri. Ke…awak memang dah tahu awak tu spesis idiot bagai sebab tu awak terasa? Macam tu ke?” Neil membisu seketika. Nea tersenyum sinis.
“Habis? Untuk siapa statement awak tadi tu?” Neil kembali menyoal.
“Bukan awak sorang je kat sini..”
“Untuk kawan-kawan saya kat sini??”
“Look around you, Mr.Neil! Kantin ni banyak orang. Bukan hanya ada saya, awak dan kawan-kawan awak semua ni…” Nea kemudian bingkas bangun untuk meninggalkan meja tersebut dan serentak itu juga Neil tiba-tiba merangkul pinggangnya membuatkan Nea terduduk di riba Neil. Nea cuba melepaskan diri tetapi rangkulan Neil begitu kemas di pinggangnya. “You better let me go or I’ll hit your face and draw some blue circle on your nose… Or maybe your eyes!” Nea memberi amaran. “Jangan nak kurang ajar!”
“If you dare,I insist!” Ujar Neil bersahaja. Sejurus selepas itu, Nea menumbuk muka Neil dihadapannya. Neil meleraikan pelukannya. Nea bingkas bangun.
“Yes, I dare! And you better keep that in mind!” Nea terus berlalu pergi meninggalkan kantin, meninggalkan Neil yang sedang memekup muka menahan kesakitan.
Hahaha! Puas hati aku! Nasib baik subjek Biologi dah lepas. Benda yang aku tak faham pun aku dah tanya tadi.. Lepas ni, kalau Neil report dengan guru disiplin and aku kena masuk detention class pun tak jadi hal punyalah! Aku boleh masuk dengan rela hati! Seronoknya dapat bagi sebijik macam tu. Lama dah tak buat kerja macam ni. Gian pulak rasanya… Sepatutnya bagi dia sepuluh biji terus tadi, baru syok siott!!
“Woi, Neil! Kau okey ke? Macam kuat je aku tengok dia tumbuk kau tadi…” Joel merapati Neil.
“Kuat jugak siott.. Berdarah hidung aku ni!” Balas Neil sedikit marah.
“Salah kau jugak.. Yang kau melampau-lampau peluk-peluk pinggang dia tu apa kes?”
“Diamlah kau, Tess!” Benjy pantas menyiku Tess. “Tengok apa yang dia dah buat dengan kau ni, kau masih nak simpan hajat kau untuk jadikan dia girlfriend kau ke, Neil?”
“Hey, mestilah! Hari ni, aku bersumpah depan korang, kalau aku tak buat dia jatuh cinta kat aku ni, aku bukan lagi taiko korang!” ujar Neil bersungguh-sungguh. Yang lain sedikit terpana. “Haa..tengok apa lagi? Pergilah beli tisu untuk aku. Nak biar uniform sekolah aku ni bertukar colour jadi merah ke?” sindir Neil. Bill segera bangun dan mencelah di sebalik pelajar-pelajar yang berpusu-pusu di kaunter membeli. Yang lain hanya mampu tersengih. Neil menumbuk tapak tangan.
Nea…kau lihatlah nanti.. Suatu hari nanti!






“Happy je Nea hari ni. Apa cerita kat sekolah tadi?” soal Isaac sambil tangannya sibuk memutar stereng dan bermain gear.
“Hehehe… Macam tak sangka pulak hari ni Nea dah tumbuk muka orang..” Isaac memandang tepat ke wajah Nea di sebelahnya seakan tak percaya. “Guess who?”
“Err…Tak tahu. Enemy ke?” Nea angguk. “Perempuan ke lelaki?”
“Lelaki.”
“Hm, kalau lelaki tak lain tak bukan, Neil lah kan?”
“Yeap! Betul tu! Puasnya hati Nea…!! Rasa macam nak ulang balik je scene tadi. Best betul!”
“Neil kacau Nea lagi ke? Tak serik-serik lagi dia tu, kan? Memang patut pun Nea tumbuk dia. Bagi dia sedar sikit! Asyik nak bermimpi jadi boyfriend adik abang pulak, kan?” Nea angguk setuju. “Lepas ni, kalau dia still kacau Nea, Nea bagi je la flying kick. Amacam?” cadang Isaac berbaur gurauan.
“Hehe..boleh jugak! Biar masuk hospital terus!” Mereka kemudian tergelak bersama. “Abang pulak apa cerita? Semalam got tackle a girl kan? Dapat tak?”
“On the way…” Nea tersengih. Abangnya, Isaac memang mudah jatuh cinta dan mudah juga melupakan cinta.
“Abang ni nampak je ganas tapi suka layan perasaan… Lebih-lebih lagi pasal cinta-cinta ni.. Ni kalau dapat perempuan ni, dah jadi girlfriend abang yang entah ke berapa dah.. Sampai Nea lost count! Bila nak betul-betul serius ni?”
“Hehee.. Abang pun tak tahulah Nea… Belum jumpa the right one lah…”
“Yang bestnya, rasa sedih abang lepas break off tu tahan selama sehari dua je.. Lepas tu, mulalah balik!”
“Haha.. tulah keistimewaan abang!” Nea tergelak.
“Tu boleh dikira keistimewaan ke?”
“Yalah.. Hehe.. Malam ni kita pergi funfair nak?”
“Abang tak kerja ke?”
“Abang ambil cuti la malam ni… Dah lama kita tak makan cotton candy kat funfair sama-sama…” Isaac sempat mencubit pipi adiknya.
“Dengan yesterday girl sekali ke?”
“Apasal nak bawa dia sekali pulak? Abang nak bersama dengan Nea je malam ni… Budak tu second round lah..” Nea tersenyum nipis.
Kadang-kadang, Nea terfikir sendiri. Adakah kerana perhatian Isaac yang lebih kepadanya membuatkan Isaac tidak menemui cinta dan kebahagiaannya sendiri? Pernah juga Nea mengutarakan persoalan itu kepada Isaac dan mencadangkan agar Isaac tidak terlalu mementingkan dirinya tetapi Isaac tidak mahu berubah. Hanya wanita yang dapat menerima kewujudan Nea di hati Isaac akan dapat menerima cinta sejatinya. Itu ketetapannya.



Nea memandang ke kiri dan kanannya, malah di belakang dan hadapannya juga. Tiada yang mencurigai pelajar-pelajar yang berada di kaki lima blok pentadbiran itu. Semuanya berkelakuan biasa saja. Nea mengutip kapal terbang kertas yang jatuh di hujung kakinya. Dia mendongak ke atas, menjengah ke beranda tingkat atas. Tiada sesiapa. Nea mengeluh kecil.
Hmm…musykilnya aku..! Mana datangnya kapal terbang kertas ni?
Nea membetulkan beg silang Converse di bahunya. Langkahnya diteruskan sambil matanya tertumpu kepada kapal terbang kertas di tangannya. Perlahan, lipatan kertas itu dibuka.

Love is something that you can have.
But it is not something you can own.

Nea tersentak saat dia melanggar bahu seseorang. Kertas kapal terbang itu jatuh dari tangannya. Nea mengucap kata maaf seraya tunduk mengutip kertas tersebut.
“Maaf.” Ucapnya sekali lagi lalu mengangkat muka. “Huh, awak??”
“Hehe.. Seronoknya dengar awak cakap ‘maaf’… Comel betul!” Neil berdiri sambil memeluk tubuh.
Riak wajah Nea bertukar serta merta. Rasa bersalah berganti dengan rasa sakit hati saat Neil berdiri di hadapannya.
Sekarang aku tak tahu berbaloi ke tak kata maaf aku tadi… Entah-entah bukan salah aku. Macam mana kalau dia sengaja langgar aku? Ces, budak Neil! Awal-awal pagi dah jumpa monyet ni. Ruin my day!
“Eh-eh… Kertas apa kat tangan awak tu? Surat peminat? Selain saya, awak ada peminat lain lagi ke? Tak sangka awak ni banyak peminat. Saya ingat, I’m the only one!”
“Malas nak layan!” Nea ingin berlalu pergi tetapi Neil pantas menghadang perjalanannya. “Ish, tepilah samdol!”
“Biar saya check grammar surat tu jap!” Neil merampas kertas putih itu dari tangan Nea.
Nea pantas menarik kolar kemeja putih Neil tetapi pemuda itu masih tertawa besar.
“Uiii……. Jiwangnya sentence! Siapalah mat jiwang ni agaknya… Alahaaaai! Lelaki macam ni ke yang awak suka? Kalau macam tu, saya akan berubah jadi one of mat jiwang demi awak!”
Nea menggenggam buku lima.
Ish, budak ni!!! Hidung masih berplaster nak suruh aku tambah biru lagi kat matalah tu.. Yah, ni extra special breakfast untuk kau! Rasakan!
Satu tumbukan dihadiahkan oleh Nea ke mata dan kemudian perut Neil. Neil tersengih sebelum tersungkur di koridor.
“Woi! Bangunlah! Jangan nak berlakon pulak!” Nea merampas kertas dari tangan Nail lalu dimasukkan ke dalam beg silangnya. Tubuh Neil kemudian digoncang berkali-kali. Beberapa orang pelajar mula mengerumuni mereka.
“Neil! Bangunlah oi!” Masih tiada jawapan. Nea meletakkan jari telunjuknya ke hidung Neil.
Masih bernafas! Masih hidup lagi! Tapi kenapa tak bangun-bangun lagi?!
“Neil! Neil! Bangunlah woi!” Masih tiada jawapan. Nea sedikit cemas. Neil pengsan!