“Awak pukul dia sampai pengsan, Nea!”
Nea tunduk.
“Apa cerita sebenarnya ni? Kenapa awak
pukul dia sampai pengsan? Boleh awak jelaskan kepada saya?” Ruby memandang
tepat ke wajah gadis yang nampak innocent
tetapi agak berbisa itu.
Nama gadis itu memang sering meniti
bibir guru-guru di SM Indrashah. Persembahan akademiknya memang memuaskan
tetapi entah mengapa disiplinnya amat teruk. Malah Nea agak ditakuti di
kalangan pelajar, lebih-lebih lagi selepas insiden dia menumbuk Neil di kantin
tempoh hari.
“Tak sengaja.” Balas Nea ringkas.
“Tak sengaja?”
Nea angguk.
“Tumbuk muka, perut.. Tu tak sengaja ke
tu?”
“Dia kan lelaki, takkan kena tumbuk macam
tu pun boleh pengsan. Saya tahu dia berlakon je tu, cikgu!” Nea cuba
mempertahankan diri.
“Dia tak berlakon, Nea. Dia tak
sihat. Dia
demam. Badannya lemah. Yang awak pergi belasah dia buat apa?”
Huh? Demam? Badan lemah? Taiko gengster sekolah pun boleh
demam and lemah ke? Tadi time kacau aku macam sihat walafiat je? Cergas je aku
tengok?Boleh percaya ke ni?
“Saya tahu, Neil tu bukannya elok sangat
pun disiplinnya di sekolah ini. Macam awak juga, dia pun agak stabil dalam
akademiknya walaupun selalu dikaitkan dengan gangsterism..”
Nea menarik nafas lega. Nampaknya, guru
disiplin itu mula memahami keadaannya.
Tahu pun.. Huh.. Kenapa salahkan aku je? Gangster-mangster
tu pun dah cukup teruk tau! Baik dibuang sekolah je si Neil tu! Binawe…
“
Tapi dengan adanya dia sebagai ketua..”
Bulat mata Nea memandang Ruby,
wanita berkaca mata dengan bingkai merah itu.
Err..ketua? Maksud cikgu…taiko ke?
“…kegiatan akan sedikit terkawal. Sebab
tu pihak sekolah tak bertindak membuang dia dari sekolah ni sebab he’s done nothing illegal.. He’s
naughty, he’s fight here and there but he’s not that bad.. He also contributes
to school by controlling other indiscipline students..”
Berkerut dahi Nea memandang wajah
guru di hadapannya itu, kehairanan.
Macam the mind reader pulak Cikgu Ruby ni… Apasal tak
lapor polis je kalau dah susah sangat?
“Nak lapor polis, dapat bantahan dari
Pengerusi sekolah. Yalah, sekolah ni sekolah swasta. Kita perlu jaga nama baik
dan imej sekolah…”
Nea mengiakan dalam hati.
Sah!! Memang Cikgu Ruby ni ada kuasa psikik.. Aku cakap
dalam hati pun dia boleh balas spontan je… Ngeri~
Nea tidak mampu bertahan lagi. “Baiklah,
Cikgu. Cikgu cakap jelah apa hukuman saya. Kena masuk detention room? Reading history books and do 1000 words summary? Kemas library? Cuci
tandas?”
“Kalau boleh, saya nak sangat awak ubah
sikap awak tu. Jangan terlalu straight to the point. Cakap biar beralas sedikit. Jaga
tuturbahasa dengan orang yang lebih tua. Awak pandai.. Sayang, disiplin awak
kurang..”
Nea mencebik.
Alaa… lecehlah. Asal aku tak buat jahat kat diaorang,
dahlah… Ada budak yang depan baik, belakang macam hantu… Lagi teruk!
”Tengok... Buat muka pulak dia..” Ruby
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Ya..ya.. Maafkan saya.. Jadi, macam
mana dengan hukuman saya, Cikgu?”
Kalau biar dia ni berceramah, esok pun belum tentu habis…
“Cuci tandas. Academic block…”
Nea mengangguk-anggukkan kepala.
Huh..great! Kerja biasaa… Bosan!
“Asyik bagi cuci tandas je, cikgu… Tak
boleh tukar ke? Cita-cita saya bukan nak jadi cleaner toilet sekolah!”
“Tengok! Baru tadi saya cakap, jaga cara
percakapan awak walaupun awak tak bermaksud untuk kurang ajar tetapi dengan
cara macam tu, awak dah dianggap biadab, tahu tak?” Suara Ruby naik satu oktaf.
“Tapi that’s the truth…” Nea masih tidak mahu mengalah.
“Fine… Awak pergi buat kerja pembersihan di library and cuci tandas di academic
block…”
Nea meraup muka.
Menyesal pulak cakap banyak.. Daripada satu kerja,
sekarang dah jadi dua kerja.. Haaih…
“And…”
Nea mengangkat muka.
Another and??
“…minta maaf dengan Neil.”
Bulat mata Nea memandang Ruby yang
sudah tunduk memandang kertas kerja di atas meja.
Minta maaf? Dengan Neil? Lain harilah…
“Lain kalilah jelah, cikgu… Saya banyak
benda kena bersih,cuci lagi ni…”
“Apa pulak lain kali? Sebelum parent dia jemput dia balik, baik awak
pergi minta maaf dengan dia. Dia ada di klinik sekolah.” Ruby masih tidak
mengangkat muka.
Nea masih duduk di kerusi.
“Jangan fikir nak tipu cikgu, cakap dah
mintak maaf, tapi sebenarnya tidak. Cikgu boleh tanya worker kat bilik rawatan tu whether
awak dah pergi mintak maaf ke belum tau.. Or awak nak cikgu bagitau parent
Neil apa yang awak dah buat? You
choose.” Tegas Ruby.
“Yalah..yalah.. Nak pergilah ni..”
Nea akhirnya mengalah lantas bingkas bangun.
Mahu tidak mahu, tombol pintu segera dipulas.
Nea dapat melihat sekujur tubuh sedang baring di katil hujung sekali. Dari gaya
rambut, Nea pasti itu adalah Neil.
“Woi! Bangun!” Sergah Nea separuh
berbisik.
“Eh-eh.. Sayangku! Awak lawat saya ke? Baiknya hati awak…” Neil
tersengih menampakkan baris giginya yang tersusun rapi. Dia kemudian bersandar di kepala katil.
“Tadi tak sempat nak ucap trimas kat
awak sebab tambah corak kat muka saya ni.. So
artistic! Bila tengok cermin tadi, lawa jugak ye saya dengan eye shadow biru kat mata ni!”
“Jangan nak buat lawak kat sini, okey…”
“Lawak ke? Kalau lawak, kenapa tak
gelak?”
“Hey, Neil! Kalau awak nak lagi, awak
cakap! Anytime saya boleh bagi tau!”
“Nak! Nak! Tapi tunggu eye shadow yang ni hilang dulu…”
“Bagero!”
Nea hampir-hampir saja menumbuk Neil tetapi hajatnya mati di situ. “Malaslah
nak buat hal lagi. Apatah lagi nak tumbuk budak lemah macam awak ni! Buat kotor
tangan je…”
“Sepatutnya awak bersyukur tau sebab
saya tak balas tumbukan awak!”
“Fine!
Saya tak nak minta maaf dengan awak tapi awak boleh tumbuk saya sekarang. Ha,
tumbuklah!”
“Kalau tumbuk sekarang, mana adil.. Saya
lemah lagi..”
Nea terdiam, berfikir.
Ish..betul jugak. Dia kan demam…
“Okey. Lain hari. Cakap je masa dan
tempat. Saya akan datang!”
“Great! I love it! And I love you too!” Neil tersengih.
“Gila!”
No comments:
Post a Comment
I don hate comment.. ^^