“Cheers!!!!!!”
Nea meneguk minumannya beberapa kali.
Isaac tersengih di sebelahnya. Darwish, Max dan Paee leka berbual-bual.
Sesekali, mereka tergelak besar.
“Nea! Jom dance!” Ajak Max.
“Sorry,
Max.. Not in the mood.”
“Alaa… Kejap je. Come..”
“Sorry! Lain kali jelah, okey..”
“Okey! Hey, Paee! Jom kita
berdansa!!” Max
menarik lengan Paee.
“Orait!! Jom kita ke pentas dansa…
Sehaatiiiii berdansa!!!” Mereka melangkah ke ruang tari, mula menari mengikut
rentak yang rancak itu.
“Nea, esok Sabtu.. Nak jamming dengan kitaorang tak?” Isaac
meletakkan tangan di bahu adiknya. Matanya sesekali meninjau keadaan pub yang
bising.
“Jamming?”
Nea tersenyum lebar. “Boleh jugak! Lama dah tak pergi jamming ni…”
“Great!”
“Abang ajaklah girl abang tu sekali. Siapa namanya tu, Darwish?” Nea memandang
wajah Darwish yang duduk di sebelahnya.
“Emylia.” Balas Darwish separuh
menjerit, cuba melawan keadaan dalam kelab malam yang bising dengan alunan
muzik rancak dan gelak tawa anak-anak muda yang ketagihkan hiburan.
“Yea!
Emylia..”
“Malaslah abang. Budak tu mana tahu jamming menjamming ni… Shopping mopping tahulah dia…” Isaac mengusap lembut rambut Nea. “ Goodgirl
tunggu sini sekejap dengan Darwish tau.. Abang nak jumpa bos kejap.”
“Kenapa, Isaac?” soal Darwish ingin
tahu.
“Dia ada hal nak dibincang dengan aku
katanya tadi… Kau jaga Nea sekejap…”
“Aku no
hal..”
“Abang blah kejap, okey..” Nea angguk.
Isaac kemudian terus hilang dari pandangan sebaik melalui ruang tari dalam kelab
malam itu. Nea dan Darwish berbual kosong sementara menunggu Isaac. Max dan
Paee sesekali melambai ke arah mereka, agar menyertai mereka di ruang tari. Darwish
dan Nea masing-masing menolak.
“Er..Darwish. Aku nak pergi somewhere yang tak bising boleh tak?”
“Kenapa? Kau tak suka kat sini?”
“Too loud lah… Rimas jugak aku!”
“Kau nak pergi karaoke? Kita boleh
pindah ke bilik karaoke..”
“Hm, malaslah…. Aku rasa aku nak
baliklah.”
“Ai..kau dah lama tak lepak dengan
kitaorang kat pub ni.. Cepat betul nak blah?”
“Aku tak berapa suka kat sini. Lagipun,
aku ni kan under age… Mahunya
tiba-tiba ada ambush, pub ni yang problem nanti.. Aku tak nak susahkan
sesiapa..”
“Aku tak beranilah nak buat keputusan. Kau call Isaac
dulu. Cakap kat dia macam mana…” Telefon bimbit dari poket jeans Darwish kini berada di tangan
Nea. Selepas bercakap seketika, telefon
bimbit Nea unjukkan kepada Darwish.
“Nah..cakap dengan abang aku…” Darwish menurut.
“Darwish..”
“So macam mana, Isaac?”
“Nea nak balik..”
“Tu yang aku suruh dia call kau tu…”
“Aku tengah bincang dengan bos ni. Kau
pergi hantar dia sekejap boleh tak?”
“Tadi aku memang nak hantar dia tapi
takut kau tu la…tak percayakan aku.”
“Aku percayakan kau.”
“Okey, Isaac. Kalau kau dah cakap
macam tu, it’s my pleasure…”
“Great.
Jaga adik aku baik-baik tau. Kalau ada apa-apa jadi kat dia, nahas kau aku
kerjakan…”
“Hehee.. okey tuanku, Isaac…”
“Okey, blah..”
“Chaow!”
Talian mati di situ. “Nea, aku hantar kau, boleh?”
“Okey!”
“Thanks for the hot choc… Sedap minum benda-benda panas macam ni time hujan…” Darwish memulakan perbualan.
Nea tersenyum.
“Selalunya, aku dengan Isaac memang
minum ni time hujan.. Memang favorite kami..” Darwish cuma
mengangguk-anggukkan kepalanya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi.
“Helo!”
“Darwish, kau kat mana?”
“Aaa..Isaac! Apa cerita? Aku terperangkap
kat rumah kau la. Hujan lebat gila siot!”
“Hm, baguslah kalau kau masih kat apartmen..
Nea kat situ? Dia okey? Hujan lebat gila… Aku rasa macam nak ribut ni… Aku, Max
dengan Paee tak dapat nak drive home
la.. Bos pun masih kat sini. Kalau ribut ni tak reda, alamatnya kitaorang semua
terpaksalah berkampung di sini!” cerita Isaac. Darwish bingkas bangun menuju ke
tepi tingkap lalu menyelak langsir.
“Ha’ahlah.. Ribut kat luar tu!” Darwish
mengeluh berat. “Tadi masa nak sampai depan apartmen lagi kitaorang dah kena
hujan. Dahlah aku pakai scoot..
Kesian adik kau..”
“Adik aku kau biar kena hujan ke?”
“Tengok cuaca macam nak hujan, aku ada
berhenti tepi jalan then suruh dia
pakai jaket aku. Nasib baik aku ikut instinct
aku bahawa hari nak hujan…”
“Ish, hairan betul aku. Tadi cuaca okey
tiba-tiba jadi macam ni pulak…”
“Kita bukan Tuhan, Isaac… Kalau Tuhan
nak hari hujan, hujanlah… Ni, Nea ada kat sebelah aku ni. Kau nak cakap dengan
dia ke?”
“Boleh jugak.” Telefon bimbit itu
bertukar tangan. “Nea okey ke?”
“Okey!”
“Abang rasa abang terpaksa bermalam di
pub la malam ni.. Ribut kencang kat luar tu..”
“Ha’ahlah, bang..”
“Nea jangan takut okey… Kalau dengar
bunyi guruh, jangan lari ke bilik abang sebab abang takda kat dalam bilik..”
Nea tergelak kecil.
“Sempat nak melawak!”
“Beginilah… Nea pasang headphone kat telinga, dengan lagu dari player tu.. Okey? Goodnight,
goodgirl…”
“Okey, bye, goodboy. Take care of yourself..”
“Okey. Jangan risau.. Bagi telefon kat Darwish…
Abang nak cakap sekejap.” Nea mengunjuk telefon bimbit kepada Darwish sebelum
melangkah, kembali ke ruang tamu.
“Ada apa-apa lagi pesanan, Tuan Isaac?”
“Woi, kau tolong jaga girl aku. Aku bagi kepercayaan pada kau
ni!”
“Yalah..yalah.. Dah berapa tahun kau
kenal aku. Tak percaya dengan aku pulak…”
“Kalau dia cakap dia nak tidur, kau
ingatkan dia untuk minum susu tau!”
“Baik, Pak Encik!!”
“Pak Encik kau! Ingat, jangan nak ambil kesempatan!”
“Tak beranilah aku! Adik kau pun pandai fight kan? Sebelum kau, dia dulu bantai
aku…” Ujar Darwish separuh berbisik, takut sampai ke pendengaran Nea.
“Tahu takpa! Dahlah… Aku nak blah ni. Tapi tolonglah… Jaga Nea untuk
aku. Kalau ribut reda, kau cepat-cepat balik… Keluar dari situ. Ingat tau!”
“Okey-okey.. Janganlah risau. Tahulah aku..”
“Okey, blah!”
“Chaow!” Talian mati di situ. Darwish segera ke ruang tamu lantas melabuhkan
punggungnya di sofa berhadapan Nea.
“Ribut pulak malam ni…” Keluh Nea.
“Ala..rileklaa… Aku kan ada!” Darwish tersengih. “Rumah ni ada stok
lilin?”
“Lilin?”
“Yalah, takut kalau-kalau…” Tiba-tiba,
bekalan elektrik terputus. Keadaan apartmen menjadi gelap gelita. “…blackout!”
“Darwish! Kau kat mana? Cakaplah..”
“Aku masih kat tempat tadi. Tak bergerak
pun… Kau pulak?”
“Samalah. Kau jangan pergi mana-mana
tau! Duduk kat situ je!”
“Okey..okey… Kau ni sama macam abang kau
lah.. Menggelabah je…” Guruh berdentum kuat.
Nea menjerit terperanjat. “Seriously, aku takut!”
“Rilek..aku kan ada.” Darwish
mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dia segera menghidupkan pemetik
apinya, betul-betul di tengah meja, di antara dia dan Nea. “Finally, aku dapat tengok muka kau yang
sedang takut…” Darwish tersengih.
“Pemetik api? Aku tak tahu pun kau ni
perokok!”
“Aku bukan heavy smoker… Lagipun, lighter
ni boleh jadi weapon time fight!”
“Oh…”
“Anyway,
ada lilin ke tak ni? Aku rasa, gas dalam lighter
aku ni dah nak kong la.. Aku beli dua
bulan lepas…”
“Pulak???”
“Kenapa? Takda ke?”
Nea menggeleng perlahan.
Darwish menepuk dahi. “Apa kes apartmen
kau dengan Isaac ni? Lain kali prepare
lah sikit.. Lilin penting tau! Ha..tengok apa dah jadi dengan kita dalam
keadaan macam ni..” Bebel Darwish.
“Selalu, abang aku ada. Takda lilin pun
takpa..”
“Tapi, sometimes kau kena prepare
jugak bila abang kau takda…”
Nea terdiam.
Prepare…bila abang aku takda? Macam mana Darwish boleh cakap
macam tu… Macam mana kalau abang aku takda? Aku bukan marah…Cuma aku..sebelum
ni tak pernah terfikir pun pasal tu!
“Nea!”
“Hah?”
“Kau fikir apa?”
Nea pantas menggeleng. Di luar,
kilat sabung menyabung dan diiringi guruh yang kuat buat jantung Nea bagai nak
gugur. Darwish pantas mendekati Nea, duduk di sebelahnya. Nea adalah
tanggungjawabnya kini. Amanah Isaac perlu dijaga. “Kau tak okey ke? Kau takut
guruh?”
“Sedikit…”
Memang aku takut guruh! Aku tak suka cuaca macam ni. Aku
suka hujan tapi tak suka hujan yang diiringi dengan kilat dan guruh sebab dalam
cuaca macam ni lah aku lihat keretakan family aku… Masa aku tengok Papa pukul
Mama, tengok Mama menangis, abang menangis… Dengar Papa lafaz cerai dan berlalu
pergi…
“Don’t
worry, okay… Kau tak payah nak takut-takut lagi. Rilek je… Aku ada!”
Sinaran dari cahaya pemetik api kian malap dan akhirnya terpadam. Nea dan Darwish
kembali dalam kegelapan. “Tapi api takda!”
Nea tergelak kecil.
“Memang pembawa malanglah lighter kau tu!”
“Hehe..sorry! Abang kau cakap tadi, kalau kau nak tidur, kau boleh tidur
di bahu aku!”
“Hah??”
“Eh, silap! Abang kau cakap tadi, kalau
kau nak tidur, minum susu dulu…”
“Nak minum apa macam ni?”
“Jadi kau tak nak tidurlah?”
“Apa kau cakap ni, Darwish? Melalut
laa..”
“Heh…” Darwish tersengih. “Dah hobi…”
“Macam mana aku nak ambil mp3 player aku kat dalam bilik ha?”
“Wajib ke?”
“Kalau aku dengar muzik, aku tak dengar
guruh.”
“Jadi, muzik tenangkan kau?”
Nea angguk.
“Eh, tadi aku ada tengok something laa..”
“Hah?? Apa yang kau tengok?!” Nea
memeluk lengan Darwish. “Takkan kau tengok…err…”
“Hish!! Kau fikir apa ni?” Getus Darwish.
Nea melepaskan lengan Darwish.
Kalau bukan hantu apa lagi?
“Abis tu kau tengok apa, Darwish?”
“Gitar! Aku ada tengok gitar somewhere kat sini tadi…”
Nea menarik nafas lega. “Hm..ada kat
sofa tempat kau duduk tadilah…”
“Hah? Ya ke? Kau tunggu sekejap kat
sini. Aku pergi ambil…” Darwish bingkas bangun. “Aduh!”
“Kenapa, Darwish?”
“Aku terlanggar meja laa..”
Nea tergelak. Sebentar kemudian, Darwish
kembali mendekati Nea. “Nea, kau bangun kejap..”
“Apasal?” Nea menurut. Tiba-tiba,
kepalanya terhantuk sesuatu. “Adeh! Apa ni, Darwish? Kau sengaja nak kenakan
aku,ya?”
“Tu balasan kau ketawakan aku terlanggar
meja tadi, balik-balik kau pulak yang terhantuk gitar.. Haha… Aku cuma nak suruh kau duduk di atas sofa je. Yang kita
duduk di lantai je apa kes?”
“Ya tak ya jugak…” Nea tersengih. Mereka
sama-sama melabuhkan punggung di sofa. “Nak buat apa dengan gitar tu?”
“Buat makan cecah sambal belacan..”
Jawab Darwish bersahaja.
Nea tersenyum menahan tawa.
“Nak main lagulah.. Apa lagi? Soalan kau
memang bonus tahap dewa…” Bebel Darwish.
Tawa yang ditahan tadi kini Nea luahkan
serta merta. Darwish membuatkannya terhibur dan melupakan keadaan cuaca di
luar. “Boleh ke main dalam gelap?”
“Dulu aku pernah buta, pernah perform baik punya kat kaki lima shopping complex… Huhu!”
“Binawe
kau!” Darwish tergelak besar.
“Main lagu best sikit..”
“The Kill? 30 Second To Mars? Nak?”
“Aa, orait tu! Habis lagu tu, kau
main pulak lagu Unintended pulak, boleh? Lepas tu lagu Wake Me Up When
September Ends tu…”
“Lepas tu?”
“Lagu Semua Tentang Kita?”
“Eh, kau pun suka lagu tu?”
Nea mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Okey… Lagu-lagu by Blur?
Smashing Pumpkin? Suede? Kiss? Muse?” Soal Darwish bertubi-tubi.
“Orait jugak! Layan lagu-lagu lama best jugak time macam ni…”
“Ha, yalah tu! Aku ni ada iras-iras mp3 player kau ke sekarang ni?” Nea menyiku Darwish.
“Hehe…aku gurau je. Aku nyanyi, kau dengar ye?” Nea mengukir senyum.
“Nea dengan Darwish ada apa-apa ke?”
soal Isaac mendatar.
Nea yang duduk bersandar di belakang
tubuh Isaac pantas menoleh. “Kenapa abang tanya soalan macam tu?” Nea
membetulkan duduknya. Sesekali, dia menjengah ke tasik yang tenang.
Selama lebih sejam dia dan Isaac
menunggu ikan memakan umpan pancing mereka. Sampan yang dinaiki sedikit
terumbang-ambing apabila Isaac juga membetulkan duduknya, menghadap Nea.
“Pagi semalam abang balik jumpa Nea
terlentok tidur di bahu Darwish. Masa jamming
petang tu pulak, Nea macam lebih selesa dengan Darwish. Selalunya, lepak dengan
Paee je cakap pasal komputer. Dengan Darwish, Nea cakap pasal semua…”
“Laa, abang ni… Tu pun nak hairan ke?
Malam ribut tu, whole apartment blackout, Nea kan ada cakap kat abang yang kitaorang duduk lepak
kat ruang tamu. Dia main gitar sambil nyanyi. Lepas tu, entah macam mana dan
bila, kitaorang tertidur sampai pagi. Nea banyak cakap dengan Darwish sebab Nea rasa…macam..macam ada connection between us..”
“Connection?”
“Entahlah dari segi apa. Seronok berbual dengan dia. Otak dia
tu..gila sikit!”
Isaac tersenyum seraya mengusap lembut
rambut Nea yang panjang dan lurus itu. “Darwish memang gila. Kami semua gila.
Tu baru Darwish. Nea belum hang out
seorang-seorang dengan Max dan Paee lagi. Next time, Nea spend more time
with us je, okey?”
Nea angguk. “Abang…tanya Nea ni, sebab jealous ke?” soal Nea sepatah demi sepatah.
“Huh? Jealous? Nak buat apa jealous?”
“Manalah tahu…”
“Hey, abang cuma nak pastikan sama
ada my goodgirl dah falling in love with her brother’s bestfriend!
Siapa tahu kan?”
“Wey…falling
in love? Tak ada masa lah, bang!”
“Heh! Ya ke? Jangan keras sangat hati
tu. Esok-esok, falling in love, lupa
dunia pulak!”
“Nea tak nak jadi macam abang,
bercinta,putus..bercinta, putus…!”
“Nea perli abang ke?!”
“Sikit!” Nea tergelak. “Ssshh… Jangan
bising! Nanti ikan lari!”
“Nea lah yang bising!” Isaac menampar
lembut dahi Nea.
Gadis itu tersengih. “First time pergi fishing ni kena dapat banyak ikan, baru ada semangat nak fishing lagi next time… Dan ini kali pertama jugak Nea pergi fishing dengan budak gangster. Hahaa…”
“Nea lah yang beri idea pelik-pelik ni!”
Isaac meletakkan topinya ke kepala Nea. “Dah! Diam!”
“Abang, 15 minit lagi pukul 7.. Kalau
takda ikan jugak macam mana?”
“Kena tunggu sampai dapat ikan
jugak..walaupun seekor!”
“Kita memancing kat pasar malam jelah,
bang.. Hehee..”
Isaac menjeling tajam ke arah Nea.
Nea menyusun sepuluh jari. “Okey..okey..
Nea nak call Darwish dulu, nak suruh
hantar tilam, bantal dan selimut.. Kita bermalam di sini sampai dapat ikan,
okey?”
“Siapa suruh Nea cadangkan benda-benda
pelik? Tadi beria-ia nak pergi memancing. Nah, rasakanlah..!”
“Cruel!”
No comments:
Post a Comment
I don hate comment.. ^^