Nea melangkah perlahan menyusuri koridor
di blok akademik. Seperti biasa, headphone
terlekap di kedua belah telinganya. Sesekali, dia membetulkan beg silangnya.
Fuh…ni dah hari Rabu. Masih tak dengar berita tentang
Neil… Nak tanya kat konco-konco dia, malaslah aku. Karang budak lain fikir aku
cari dia sebab dah syok kat dia pulak. Yalah, sebelum ni budak perempuan cari
dia untuk ushar jadi boyfriend. Siapa yang tak nak boyfriend ganas, semua orang
takut, nama pun boleh up sekali dengan Neil tu. Yalah, girlfriend taiko
katakan. Aku? Langsung tak berminat..
Nea bermonolog dalam hati sambil langkah
diatur menuju ke mejanya yang terletak di tepi tingkap di belakang kelas. Beg
silangnya diletakkan di atas meja sebelum dia melabuhkan punggungnya ke kerusi.
Nea mencapai buku teks Kimia dari bawah meja. Buku itu kemudian dibelek helaian
demi helaian. Nea amat risau dengan matapelajaran Kimia dan Fiziknya yang agak
menurun sejak akhir-akhir ini. Tanpa mempedulikan jelingan rakan-rakan sekelas
yang lain, Nea mula tenggelam dalam dunia bukunya.
Tiba-tiba, seorang pemuda duduk di
kerusi berhadapannya. Nea mengangkat muka. Sebentar kemudian, tempatnya dikerumuni
oleh teman-teman setia pemuda yang sering mengundang rasa sakit di hatinya;
Neil. Nea menurunkan headphone ke
leher.
“Hai, KungFu Girl!” Neil tersenyum sinis. Rakan-rakannya tergelak.
Cakap sepatah, gelak! Budak tu cakap sepatah je, gelak!
Agaknya takda kerja lainlah tu kut. Entah-entah dah dibayar. Sakit hati aku.
Macam nak pecah! Entah bila nama aku jadi KungFu Girl pulak… Aku hanya
goodgirl, tu pun hanya abang aku yang layak panggil macam tu!
“Nak apa? Cakap cepat. Takda masa.” Tegas Nea.
“Oh…tengah study! Masa belajar, buat hal.. Memang ada style
lah!”
“Kalau nak buat iklan Kotex, boleh blah laa. Tak kuasalah nak tengok siaran
tak berbayar korang!”
Eh-eh..ya tak ya! Patutlah aku rasa macam pernah dengar
ayat yang aku pakai tadi. Iklan tuala wanita rupanya. Ces! Kantoi gila… Adeh
adeh.. Rasa nak lari je dari sini.. Tapi, taiko mesti cool.. Cool,
Neil… Cool~
“Okey-okey. Straight to the point.” Neil menepuk tangan.
Nea memandang tepat ke arah Neil
dengan wajah tak beriak.
Baru sedar nak straight to the point. Selalu nak
buat intro panjang-panjang.. Ces!
“After school, kat roof-top!”
ujar Neil bersahaja.
Nea angkat kening sebelah.
Kemudian, dia menganggukkan kepala. “Sure.
But no followers.”
“Fine. Just you and me.”
“Deal.
Sekarang, sila blah dari sini.”
“Fine!” Neil bingkas bangun. “Bye,
KungFu Girl…” Neil tergelak sebelum melangkah
meninggalkan kelas dengan diiringi rakan-rakannya.
Nea mengetap bibir geram. Semua pelajar
di dalam kelas memandang ke arahnya seolah-olah dia telah melakukan satu kesalahan
yang berat. Ada yang menjeling dan mula berbisik-bisik.
Lantak koranglah!
Nea menekap semula headphone ke telinganya. Buku di hadapannya segera ditutup. Dia
memekup wajahnya ke meja. Konsentrasi untuk belajar sudah hilang. Tiba-tiba,
dia rasa berdebar-debar.
Apasal pulak dengan aku ni? Nervous pulak. Budak tu akan
tumbuk aku sekali..eh..dua kali! Satu di perut dan satu lagi di muka. Alamak!
Bukan dua, tetapi tiga.. Insiden di kantin tu tentu dia akan masuk sekali dalam
hutang yang akan dibayar tengah hari nanti.. Huhu! Ish, kalau aku tak main
kasar hari tu, benda ni takkan jadi. Paling kurang pun, dia akan terus sakitkan
hati aku. Sekarang, dia pulak akan buat blue circle kat muka aku! Mahunya abang
fight dia balik, panjang pulak cerita ni tapi nak buat macam mana? Walau apa
pun, aku akan pujuk abang agar tak masuk campur hal ni. Abang kalau dah angkat
tangan nak fight, mesti mangsanya ending kat hospital…
“Abang, Nea balik lewat sikit. Tak
payah jemput Nea. Nea balik sendiri…”
“Apasal? Ada extra class ke? Setahu abang, Nea tak pernah nak attend extra class, kan?” soal Isaac
kehairanan di hujung talian.
“Nea..Nea nak buat research sikit…homework! Malas nak ulang alik, Nea buat kat library
sekolah je. Okey, abang?”
“Hm, kalau macam tu, baiklah.. Anything, call abang okey? Abang pun in
the middle of something ni..” ujar Isaac separuh berbisik.
“Tengah buat apa?”
“Lunch
dengan budak tu…”
“Budak tu? Err… Emylia ke?”
“Correct!”
“Er…lunch
pukul 11.00?” Berkerut dahi Nea kehairanan.
“Ingat nak jemput Nea tengah hari nanti,
sebab tu awal sikit lunch dengan
dia..”
“Haha..Emylia ada kat sana ke?”
“Tak. Dia ke toilet.”
“Oh…”
“Nea kat mana?”
“Detention
room.”
“Lagi?? Apa kes?”
“Masa rehat tadi, actually Nea tertidur dalam kelas. Abang kan tahu, kalau masa rehat student tak boleh berada dalam kelas. Then someone suruh Nea bangun… Nea
marah, Nea tengking orang tu, suruh jangan ganggu Nea…”
“Dan orang itu ialah?”
“Pengetua Nea!”
“Ala…malangnya.. Haha…” Isaac tergelak.
“Nak abang sabotaj keretanya tak? Abang boleh buat grafiti! Nak tak?”
“Hehe..tak payahlah, bang.. Perkara kecik.. Hm, kena blah ni. Worker kat bilik ni dah perasan Nea guna
handsfree laa.. Blah dulu!”
“Okey, goodgirl. Bye…”
“Bye…”
Nea mengangkat tangan kepada seorang
penjaga di bilik pemerhatian seraya tersengih. Penjaga itu tidak memberikan
apa-apa reaksi, hanya berwajah serius.
“Saya nak ke toilet?”
“Pergilah. Jangan lama-lama.”
“Trimas.”
“Trimas??”
“Terima kasih, Cik Melur oi~~ Muka tu
kena senyum sikit.. Baru nampak manis......Tak cepat tuaaaa....” Meleret-leret
kata-kata yang keluar dari mulut Nea.
“Hm..!” Penjaga itu segera berpaling ke
arah lain. Nea mengeluh lega.
Hehe..dapat jugak pergi kantin, layan Coke dengan
chocolate cake okey jugak ni! Makan semasa dalam perjalanan tentu sempat!
Hehe..harap-harap tak kantoi…
Nea mengorak langkah menaiki anak
tangga ke roof-top bangunan sekolah. Entah mengapa dia rasa berdebar-debar.
Sepatutnya, dia tenang menghadapi masalah kali ini seperti selalu tetapi tidak
hari ini.
Tiba-tiba, seorang pemuda berselisih
bahu dengannya. Nea tidak dapat melihat wajah pelajar yang hanya tunduk semasa
melaluinya itu. Rambutnya nampak stylo
dengan potongan undone cut tetapi
kemas. Kemejanya tidak dimasukkan kemas ke dalam seluar malah seluar seragamnya
nampak seperti potongan jeans. Nea berhenti melangkah lantas menoleh ke arah
pemuda itu yang terus menuruni anak tangga tanpa menoleh.
Siapa budak tu? Macam tak pernah tengok sebelum ni… Apa
dia buat kat roof-top sekolah?
Nea meninggalkan persoalannya di situ. Daun pintu ke ruang roof-top
ditolak kasar. Dia memandang ke sekeliling roof-top.
Di satu sudut, Neil sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum. Nea mengetap
bibir.
Ingat senyuman kau tu boleh buat aku cair ke? Buat aku jadi api adalah!
Nea melangkah mendekati Neil dan
berhenti betul-betul di hadapannya.
“Lambat…10 minit!” Neil berpeluk tubuh.
“Tunggu budak semua clear…”
“Kenapa? Malu sebab jumpa saya after
school? Takut
orang fikir kita ada date?”
“Mengarutlah semua tu!” Nea memandang
tepat ke wajah Neil di hadapannya. “Saya datang ni pun sebab tak nak ada hutang
apa-apa dengan awak. Come on! Hit me!
Cepat!”
“Before
that…” Neil hampir tidak dapat berkata apa-apa apabila bertentang mata
dengan mata Nea yang bundar di hadapannya. Anak mata gadis itu hitam, pekat
seperti juga warna rambutnya yang panjang dan lurus. Tapi Neil jarang sekali
dapat melihat rambut gadis itu dibiarkan mengurai. Nea selalu dilihat kemas dengan ikatan poney tail rambutnya.
“Excuse me!!” Nea memetik jari. “Before
that???” Nea mahu Neil cepat-cepat menyambung ayatnya yang dibiarkan
tergantung sebentar tadi.
Neil tersentak.
Fuh…nyaris aku tenggelam kalau Nea tak bersuara tadi… Nea!
Nea! Kenapalah banyak-banyak gadis kat dunia ni, kau jugak yang aku boleh
sangkut??
“Hurry up, Neil! Saya takda masa yang lama untuk awak!” bentak Nea.
“I just want to know…kenapa awak benci sangat kat saya?”soal Neil.
“Soalan apa ni…” Dengus Nea seraya
berpaling ke tepi.
“Jawablah. Saya pun nak tahu apasal awak
boleh benci dengan saya. Saya tak benci awak pun. Malah, saya sangat sukakan
awak!” ujar Neil bersahaja tetapi penuh kejujuran.
“Sebab tulah saya bencikan awak.”
Neil terdiam.
“Dahlah.” Nea kembali memandang wajah
Neil di hadapannya. “Awak dah melencong jauh dari tujuan asal. Saya datang sini
bukan nak berbual sambil minum kopi dengan awak. Kita kan ada deal?”
“Saya tak faham kenapa rasa suka saya
pada awak boleh buat awak benci pada saya. Kenapa? Awak perlu jelaskan pada
saya.”
“Jawapan untuk soalan tu takda pada
saya.”
“Habis ada pada siapa? Makcik kantin? Cleaner toilet? Atau... tukang kebun
sekolah?”
Sabar Nea sudah sampai ke tahap
maksimum. “Neil! Kalau awak tak nak tumbuk saya sekarang jugak, fine! Selepas hari ni, there
will be no other chance saya akan biarkan awak sentuh saya! Saya akan anggap yang hal ni dah settle. Saya takda hutang dengan awak,
dan awak takda hutang dengan saya.”
Neil menarik nafasnya dalam-dalam
sebelum dilepaskan perlahan-lahan. “Okey, kalau itu yang awak nak.” Neil
menggenggam buku limanya. “Awak tak nak tutup mata untuk penumbuk saya ni?”
“Why? Do I have to?”
“You
better be! Tumbukan lelaki tak sama dengan tumbukan perempuan tau!”
Nea menelan air liur.
Ah, nervousnya aku! Mahunya budak Nail tumbuk aku
kuat-kuat sebab geram. Mampus!
“Okey. I’ll close my eyes tapi bukan kerana takutkan awak…tapi untuk
merasa kelakian awak kalau awak betul-betul taiko yang ganas macam yang
diaorang cakap!” Nea masih mempertahankan egonya. Padahal, rasa takutnya
memuncak. Nea memejam matanya rapat. “Now!”
Neil tersenyum nipis. Dia mengamati wajah
putih bersih di hadapannya itu. Hatinya betul-betul inginkan Nea untuk menjadi
miliknya. Neil tergamam dan terpesona. Hari ini merupakan kali pertama wajahnya
begitu dekat dengan Nea. Nafas mereka seakan bersatu. Neil berundur ke
belakang, menarik nafasnya dalam-dalam, sukar bernafas.
Rilek Neil.. Rilek.. You can do this!
Baru sahaja Neil melangkah setapak
ke depan, kakinya tersadung lalu terjatuh menghempap Nea. Bibirnya terkena bibir Nea. Serta merta
wajah Neil bertukar pucat.
Oh...my....GOD!!!!!!!! Matilah aku!
Kejadian secara tiba-tiba itu membuatkan
Nea terkesima sebelum menolak tubuh Neil kasar. “What… What have you
done???!!” Bentak Nea seraya menghadiahkan penumbuk sulungnya di muka Neil
hingga pecah bibir pemuda itu.
“I’m so sorry!!” Neil yang berasa amat kesal tidak pula menepis. Dia
betul-betul tidak sengaja. Dia langsung tidak berniat untuk melakukan itu
semua. Dia masih tahu batasnya.
“Awak buat apa ni ha? Awak memang
sengaja buat macam tu kat saya kan? Macam mana kalau abang saya tahu? Awak
memang nak sakitkan hati saya. Awak buat saya bertambah benci dengan awak! Awak
dah melampau!”
Perlahan, Neil mendekati Nea, mencengkam
kedua belah bahu Nea erat hingga gadis itu tidak mampu melepaskan diri.
“Lepaskan saya! Lepaskan!! Lepaskan!”
Nea cuba menepis tangan Neil di bahunya.
“Shut up, Nea!”
Nea tersentak. “Lepaskan saya.”
“Awak ingat lelaki macam saya ni suka
sangat nak pukul perempuan ke? Saya tak pernah, walau sesekali ingin memukul
makhluk bernama perempuan. Sejahat-jahat saya, saya tahu perempuan itu makhluk
lemah. Saya dayus kalau saya pukul perempuan. Apatah lagi perempuan yang saya suka dan sayang. So how come, you think I really gonna hit
you…hurt you?! How come? Dan apa yang terjadi tadi…saya…saya tak sengaja. Maafkan saya, Nea. Maafkan saya!” Neil
melepaskan Nea lantas berlalu pergi meninggalkannya.
Nea terduduk di lantai roof top. “Apa dah jadi ni...!!!”
Wajahnya diraup. Perlahan, air mata mula mengalir.
Lagu nyanyian The Used yang bergema
menyapa gegendang telinganya langsung tidak dapat menenangkan fikiran Nea yang
berkecamuk. Terbayang-bayang
di matanya insiden tengah hari tadi, antara dia dan Neil di roof-top sekolah. Sudah beberapa kali
dia berkumur-kumur, rasa geli memikirkan apa yang terjadi. Marah dan geramnya
pada Neil membuak-buak, tak pernah surut.
Ish..kalau waktu boleh diulang, aku takkan pejam mata!
Nea melangkah longlai melewati kaki lima
di blok-blok kedai di SummerShine. Headphone
masih menekap di telinganya seperti biasa menjadikan suasana petang di bandar
kecil itu langsung tidak kedengaran. Nea terus melangkah tanpa arah tujuan. Dia
belum mahu pulang ke rumah di mana dia perlu bersemuka dengan abangnya, Isaac.
Macam mana aku nak berhadapan dengan Neil lagi? Macam mana
pulak aku nak berhadapan dengan abang? Macam mana pulak aku nak berhadapan
dengan diri aku sendiri? Entah mengapa, aku rasa bersalah atas segala yang
berlaku. Bodohnya aku!
Tiba-tiba, Nea terlanggar seseorang. Nea
ingin meneruskan langkahnya tetapi lengannya tiba-tiba diraih. Nea lantas
menoleh, dah bersedia dengan buku limanya. Siapa lagi yang ingin menjadikan
harinya bertambah buruk?
“Darwish!” Nea menurunkan headphone dari telinganya lantas mp3 player itu dimatikan.
“Kau pergi mana ni? Isaac risaukan kau. Seluruh SummerShine ni kami cari… Kau merayau rupanya!” Bebel Darwish.
Nea memandang jam Swatch di pergelangan
tangan kanannya.
Huh..dah pukul 7 petang rupanya.. Lama jugak aku merayau..
Darwish mengeluarkan telefon bimbit dari
poket seluar pendeknya.
“Darwish, kau nak buat apa tu?”
“Call
abang kaulah, apa lagi?”
“Jangan! Jangan!”
Bulat mata Darwish memandang wajah Nea
di hadapannya.
“Not now!”
“Kenapa pulak?”
“Aku..aku…”
“Kau ada masalah ke?”
“Darwish, aku nak minta tolong kat kau,
tolong jangan cakap dengan abang aku yang kau dah jumpa aku!”
“Masalah apa yang kau hadapi sampai tak
nak abang kau tahu ni? Selalunya…”
“Ini bukan macam selalu. Ini lain!” Nea
pantas memotong.
“Tapi bukan ke kau perlu bagitau abang
kau, kau kat mana, kau tak apa-apa… Kau pun tahu macam mana si Isaac tu kan..
Dia tengah bingung sekarang ni… Dia call kau pun kau tak angkat. At least kau call dia… Taklah dia risau
sangat walaupun aku tahu selagi dia tak tengok kau depan mata, dia tetap akan
risau..”
“Hm, baiklah… Tapi kau mesti janji
kau tak cakap kat abang aku yang kau dah jumpa aku, okey?”
“As you wish..”
Nea mencapai telefon bimbitnya di
dalam beg sebelum mendail nombor telefon Isaac.
“Helo.” Ucap Nea perlahan.
“Nea! God! Nea kat mana ni? Apasal abang call Nea tak jawab?
Nea ada masalah ke? Nea okey?”
“Maafkan Nea, abang… Nea kat library ni, SummerShine Library.. Apa
yang Nea cari takda di library
sekolah so Nea continue kat sini…”
“Kalau ya pun, kenapa tak balik dulu,
tukar baju, makan… Ni dah makan belum ni? Abang jemput Nea sekarang!”
“Eh, tak payahlah, bang… Nea balik
sendiri. Abang tak payah risau.
Nea…er…Nea kan pandai fight! Balik alone takkan
jadi masalah.. Lagipun…”
“But it’s your first time… Sebelum ni, takda pun Nea nak buat macam ni…”
“I know, but to make things change, I must change first… Goodboy, I just
want to give more space for your own life… Please understand.”
Isaac terdiam seketika.
“Abang, Nea kan doing research here. Bukannya apa pun… I’m gonna be okay. Janganlah risau
sangat. I’m gonna be okay!”
“Really okay?”
“Really okay..”
“Kalau macam tu, fine! Call abang kalau ada apa-apa, okey…”
“Okey, abang!”
“Bye. Jaga diri!”
“Iye..Abang janganlah risau sangat.. Bye..” Talian dimatikan. Nea menarik nafas lega.
Maafkan Nea, abang…
“Is everything okay…?” Darwish yang bersandar di tiang lampu
memandang tepat ke wajah Nea.
“Just
fine. Kau tak blah lagi rupanya…”
Berkerut dahi Darwish memandang ke arah Nea. “Baliklah… Aku nak merayau kejap
lagi. Belum rasa nak balik… Nanti aku baliklah… Don’t worry…” Nea mula mengorak langkah.
Darwish pantas menyaingi Nea. “Kau ingat
aku akan biar kau merayau sorang-sorang
macam ni ke? Takpa. Aku ada banyak masa ni. Biar aku temankan kau…”
“Aku okey ni… Kau baliklah. Nanti kalau
abang aku cari kau pulak, macam mana? Kau kan dalam misi mencari aku tadi…” Nea
tersenyum tawar.
“Rilek…! Nanti kejap lagi aku sms dia,
cakap aku tak jumpa kau and ada hal… No hal punyalah!” Balas Darwish bersungguh-sungguh. “Kau nak
terus merayau around town ni ke?”
“Why?”
“Kalau kau terus merayau, ada
kemungkinan kau akan dijumpai oleh taiko aku, yakni abang kau tu!” ujar Darwish
berbaur gurauan.
Nea tunduk diam.
Betul jugak cakap Darwish… Habis aku nak pergi mana ni?
Adus, perut pun lapar ni… Dari tadi tak makan…
“Kau jangan bimbang. Rilek je.. Aku kan ada! Aku ada idea!”
“Idea?” Darwish tersengih.
No comments:
Post a Comment
I don hate comment.. ^^