Wednesday, April 24, 2013

SM Sri Melati





“Cik Mya! Cik Mya!” Pintu bilik diketuk bertalu-talu.
Mya menggeliat malas. Mata seakan tak dapat nak dibuka. Suara Mak Jah  menggigit gegendang telinga. Noise…noise..noise...
“Cik Mya!” Mak Jah tak jemu memanggil. Anak majikannya itu memang liat bangun pagi. Kalau takda Mak Jah, alamatnya memang hari-hari Mya akan lambat ke sekolah. Malah Mya pernah terlepas penerbangan kerana sikapnya yang liat bangun bagi.
Coming!!!” balas Mya lemah.
“Nanti Cik Mya lambat ke sekolah!”
Perlahan,pintu dikuak. Terpacul wajah Mya di muka pintu dengan mata yang separuh dibuka.
“Ya,Allah…” Mak Jah tersenyum pahit, melihat wajah Mya yang tidak bermaya dengan rambut serabai.
“Pukul berapa ni, Mak Jah??” soal Mya sambil membetul-betulkan rambutnya.
“6.30 pagi, Cik Mya. Tadi, Puan Emylia ada telefon, ingatkan Mak Jah untuk kejutkan Cik Mya. Hari ini, hari pertama Cik Mya ke sekolah baru,kan?”
“Hm?” Mata kiri sudah dibuka sepenuhnya. Shite! Almost forgot!! Thank you, Mak Jah!!!! “Okey! Okey! Mak Jah siapkan sarapan saya... And suruh Pak Mael siapkan kereta…” Kedua-dua belah mata kemudian berjaya dibuka sepenuhnya.
“Tak naik skuter hari ni?” Soal Mak Jah ingin tahu. Selalunya, anak majikannya itu akan ke sekolah dengan skuter. Pemandu Mya pula akan mengiringinya dengan kereta menuju ke sekolah. Pada mulanya, Mya berkeras tidak mahu Pak Mael mengiringinya tetapi demi tidak merisaukan kedua ibu bapanya yang bekerja di luar negara, Mya akhirnya bersetuju.
New school, Mak Jah. Saya tak tahu lagi kat mana… Kalau saya dah biasa nanti, saya naik skuter semula...”
“Hm, baiklah..”
Mya melihat saja Mak Jah yang berlalu menuruni anak tangga. Tuala di penyidai dicapai lalu disangkut ke bahu. Dia segera melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan bersiap untuk ke sekolah.
“Sarapan pagi, Cik Mya…” sapa Mak Jah yang sudah menunggu kehadirannya di meja makan. Sapaan itu disambut dengan senyuman nipis oleh Mya. Jus oren dari dalam jag segera Mak Jah tuang ke dalam gelas di hadapan gadis dengan rambut ikat ekor kuda itu.
“Mak Jah, duduk. Sarapan sekali.” Ujar Mya sebelum meneguk jus oren segar itu.
“Takpalah, Cik Mya.. Cik Mya sarapanlah. Mak Jah dan Pak Mael dah sarapan kat dapur tadi.” Wanita berkurung rona biru dan berkain batik itu tersenyum. Anak majikannya itu nampak sahaja sombong tapi sebenarnya baik hati dan pemurah.
Oh, really? Awalnya sarapan…” Nasi goreng disudu ke mulut. Masakan Mak Jah memang tiada tandingan, malah oleh ibunya sendiri sekalipun.
Tiba-tiba, telefon berdering. Terkocoh-kocoh Mak Jah menyambut panggilan di ruang tamu. Sebentar kemudian, dia datang semula mendekati Mya.
“Puan Emylia…” ujar Mak Jah. Telefon tanpa wayar itu dihulurkan kepada Mya.
“Oh.” Huluran Mak Jah disambut. “Mak Jah tolong keluarkan kasut sekolah saya, boleh?”
“Baik.” Mak Jah berlalu pergi. Hanya selepas itu barulah Mya meletakkan telefon ke telinga.
Morning, Mummy!”
Morning, sayang… Dah sedia untuk ke sekolah baru?” Lunak suara Puan Emylia di hujung talian.
Mya tersenyum. “Hm, it’s not my first time ke sekolah baru, Mummy…”
“Itulah Mya, nakal sangat. Salah Mummy and Daddy ke Mya selalu tukar sekolah?”
“Hehee..”
“So,nama sekolah tu Mummy dah bagitau Pak Mael semalam. Dia akan drive Mya ke sana today okey?”
“Okay, Mum!”
You take care, darling! Ada apa-apa, call Mummy or Daddy okey?”
“Okey, Mum! Send my regards to Daddy…
Well Daddy is not here with me, sayang.. He’s at New York…
And where are you?”
“Sayang, I’m at Tokyo…”
Nea tersenyum sinis. Mummy kat tempat lain, Daddy kat tempat lain, aku kat tempat lain… Macam biasa… What a life.....!
Got to go, darling… You take care, okay?”
I will. You too, Mum.”

SM Sri Melati

Dingin terasa menggigit. Mya mencuit bahu Pak Mael. Lelaki berusia lingkungan 40-an itu memandang Mya di belakang melalui cermin.
“Perlahankan aircond, Pak Mael. Sejuk!” Mya mengusap-ngusap kedua lengannya. Jaket hoodie warna hitam yang sedari tadi diriba kini disarung ke badan.
“Baik, Cik Mya.”
Sepanjang perjalanan, Mya hanya mendiamkan diri. Fikirannya melayang jauh akan insiden di sekolah lamanya, punca dia bertukar sekolah. Mya mengeluh kecil.
“Memang dia yang lakukannya, Cikgu! Saya jumpa gambar ni kat loker dia!” Lancar saja pertuturan Fateen.
Entah kenapa gadis itu tidak habis-habis menyusahkannya sejak dia berpindah ke Alexandra High School itu.
Mya mengetap bibir geram. Huish..Gila…!! Ikutkan hati mahu saja aku karate tengkuk tu…!
“Awak ke yang lakukannya, Mya?” Soal Cikgu Zaara, memandang Mya dengan mata berapi.
This is nonsense! Sejahat-jahat saya ni, saya tak buat benda macam tu, Cikgu! Mungkin tu hasil super impose! Perempuan dalam gambar tu bukan saya!” Mya membidas.
“Sudah!! Awak tak payah nak berdalih lagi. Tindakan awak ni betul-betul memalukan nama sekolah! Bagaimana kalau gambar awak bercumbuan dengan Cikgu Etiqaz ni tersebar??!” Wanita berkurung merah itu betul-betul naik angin.
Mya menggeleng-gelengkan kepalanya. Rasa hendak menangis pun ada tetapi Mya kuatkan hati. Rasa tak berbaloi untuk mengeluarkan air mata gara-gara insiden yang sah hanya rekaan semata-mata.
Nonsense! Nonsense!!! Cikgu Etiqaz tu memang psiko! Dasar lelaki tak dapat terima rejection… Siapa yang nakkan cinta orang gila macam tu?? Dan sekarang, aku jadi mangsa! And si Fateen pulak apa lagi, suka sangat la aku kena teruk macam ni!
“Cikgu tolong jangan tuduh sebarangan… Saya tak tahu menahu tentang hal ni!” Mya cuba membela diri.
Cikgu Zaara bingkas bangun, berdiri membelakangi Mya dan Fateen. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap bilik pejabatnya itu.
“Saya bagi awak pilihan. Pindah dari sekolah ni, atau kami akan berhentikan awak!” Tegas suara Cikgu Zaara.
Mya bingkas bangun dari kerusinya. “God! I just can’t believe this!! Fine...! Saya akan berhenti dari sekolah ni, tapi saya mintak tolong Cikgu sangat-sangat, tolong jangan bagitau parent saya. Saya tak nak mereka risau. Saya merayu…”
Petang itu juga Mya mengambil keputusan untuk berhenti dari sekolah swasta itu, dan menyuruh Puan Emylia mencari sekolah baru untuknya, sekolah yang jauh dari hiruk-pikuk kota. Dia ingin pergi jauh dan berharap masalah seperti itu tidak akan berulang apabila dia tiba di sekolah baru itu nanti.
“Cik Mya!” Suara Pak Mael menyedarkan Mya dari lamunan. “Kita dah sampai.”
Mya melangkah keluar dari perut kereta BMW berwarna hitam itu. Tersergam utuh gerbang SM Sri Melati. Pagarnya tertutup rapat. Suasana dingin dan sepi. Mya membetulkan sling bag di bahu.
“Betul ke ni sekolahnya, Pak Mael?”
 Pak Mael segera merapati Mya. “Betullah... Semalam kan Pak Mael yang mendaftar kemasukan Cik Mya kat sini, ambil buku dan baju seragam untuk Cik Mya.. Cik Mya lupa…?”
Mya tepuk dahi. “Ha’ahlaa.. Lupa pulak.. Sorry!
Pak Mael hanya membalas ucapan itu dengan senyuman. Mya dilihat masih tidak mahu masuk ke perkarangan sekolah. Pak Mael kehairanan. “Kenapa, Cik Mya? Tak nak masuk lagi? Karang lambat pulak..”
Mya mengeluh. “Nampak suram je!” Matanya meliar melihat keadaan sekeliling sekolah. Bangunan sekolah itu nampak sudah lama, bercat putih lusuh. Sekolah yang terletak di atas bukit itu agak terasing dari pekan di Bougainvillea Hill.
Mya mencapai telefon bimbit dari poket skirt seragamnya. Pakaian seragam itu tidak jauh beza dari Alexandra High School; kemeja krim lengan panjang, skirt rona sama paras lutut kotak-kotak, stokin hitam dengan kasut hitam. Bezanya, pakaian seragam sekolah lamanya mempunyai blazer custom made di mana potongan adalah mengikut potongan badan seseorang pelajar itu sendiri, bukan mengikut saiz S,M atau L. Warnanya pula lebih elegan menunjukkan taraf sekolah elit itu.
Nombor telefon Puan Emylia didail. Tiga kali mencuba, tiada jawapan. Mya akhirnya berhenti mencuba. “Hm,Pak Mael baliklah dulu. Saya tak tahu pukul berapa sekolah tamat, so nanti kalau saya nak balik, saya call Pak Mael…”
“Baiklah, Cik Mya…Jaga diri.”

SM Sri Melati

Semua mata memandang ke arahnya, Mya rasa betul-betul tidak selesa. Semua pelajar di situ menyambutnya dengan senyuman yang aneh. Mya mula menduga, adakah nasibnya akan bertambah buruk di sekolah biasa seperti itu? Sebelum ini, di sekolah-sekolah elit, dia tidak pernah lekang dari masalah. Dia betul-betul berharap, sekolah biasa seperti SM Sri Melati akan memberinya ruang untuk bernafas lega tetapi pelajar-pelajar di situ seperti ingin menidakkannya.
“Sila ambil tempat awak…” Arah Cikgu Mokhtar, lelaki berkaca mata dan berkulit agak gelap itu.
“Terima kasih.” Balas Mya sambil matanya melilau, mencari tempat kosong di kelas itu. Hampir semua tempat sudah diduduki. Mya melangkah perlahan ke belakang kelas. Di situ, terdapat satu tempat kosong, bersebelahan seorang pelajar lelaki yang wajahnya tersembam di meja.
Excuse me...”
Tiada reaksi.
Excuse me…” Kali ini, bahu pelajar lelaki itu Mya cuit.
Pelajar lelaki itu mengangkat muka. Hanya matanya yang redup itu kelihatan memandang ke arah Mya.
“Maaf.. Ada orang tak duduk kat sini?”
Pelajar lelaki itu hanya menggeleng, sebelum kembali menyembunyikan wajahnya. Mya cuba menyembunyikan riak hairan di wajahnya.
Weird… So weird... Mya terus melabuhkan punggungnya ke kerusi. Meja yang sedikit berdebu dilap dengan tisu yang baru dikeluarkan dari poket sling bag.
Kelas diteruskan. Sekolah itu sama seperti sekolah lain tetapi persekitarannya agak menyeramkan. Mya rasa seperti diperhatikan, seperti ada mata yang cuba untuk menyelami dirinya. Mya rasa tidak selesa. Mungkin kerana aku budak baru…
Loceng berbunyi tepat 10.15 pagi menandakan masa rehat. Mya mengeluarkan botol airnya. Dia tidak mahu makan hari ini, tiada selera. Pelajar lelaki di sebelahnya masih seperti tadi, tidur barangkali.  Mya sendiri tidak pasti.
“Kenapa awak nak ke sekolah ni…”
Mya yang sedang meneguk air mineral hampir tersedak saat suara itu menyapanya. “Pardon me?”
“Kenapa awak nak ke sekolah ni?” Kali ini, pelajar lelaki itu mengangkat muka, duduk bersandar di kerusinya sambil memandang ke arah Mya di sebelahnya. Matanya yang redup itu dipisat-pisat.
“Sebab..…saya nak cari suasana baru?” Mya tersenyum nipis, sebenarnya kurang yakin dengan jawapan yang baru sahaja keluar dari mulutnya itu.
“Suasana macam ni ke yang awak nak?” Pelajar lelaki itu tersenyum nipis.
Maybe?”
Pelajar lelaki itu tersenyum lagi.
Mya menelan air liur. Handsome…tapi macam ada sesuatu yang disembunyikannya… Misteri di sebalik seorang lelaki hensem? Awesome!!!
I’m Mya. Mya Ixora… You can call me Mya.” Mya memperkenalkan diri.
“Cantik nama tu…”
Thanks! Awak pulak?”
“Saya Zaheen Irfan…” Pemuda dengan kemeja krim itu membalas.
Mya mengangguk-anggukkan kepalanya. Wow..nice name.. memang padan dengan orangnya…hehe…
So, saya nak panggil awak apa? Irfan or Zaheen?”
“Zaheen..”
“Oh, nice to know you, Zaheen.. Friends?” Mya menghulurkan tangannya.
Zaheen tersenyum sebelum menyambut huluran tangan Mya.
 “Awak…sihat ke, Zaheen?” Akhirnya soalan itu keluar juga dari mulut Mya.
“Kenapa awak tanya macam tu?” Soal Zaheen kembali. Nadanya masih tenang seperti tadi.
“Awak nampak pucat, dan tangan awak sejuk…” Itulah Mya. Sikap terus terangnya itulah yang kadang-kadang mengundang masalah di sekolahnya sebelum ini.
I’m okay..
Ringkas sahaja jawapan itu membuatkan Mya tidak berani untuk menyoal lebih lanjut.
“Awak kena jaga diri baik-baik kat sini…” ujar Zaheen setelah agak lama mereka terdiam.
“Kenapa? Pelajar-pelajar di sini, selalu buli pelajar baru ke?” Mya berseloroh. Zaheen hanya menjawab soalan itu dengan senyuman.
Loceng berdering, menandakan masa rehat sudah tamat. Pelajar berpusu-pusu masuk kelas. Entah mengapa Mya rasakan seperti ada satu persamaan di raut wajah pelajar di situ. Semuanya kelihatan aneh, mata mereka seakan ingin memberitahu Mya sesuatu.
Mya memandang ke arah Zaheen yang kembali memekup wajahnya ke meja. Soalan Mya tadi dibiarkan sepi.

SM Sri Melati

Mya menghenyak tubuhnya ke katil empuk di biliknya. Perjalanan dari sekolah ke rumahnya mengambil masa lebih kurang 45 minit. Dia sedikit penat.
Mummy…”
What’s the problem,dear?” Lembut suara Puan Emylia di hujung talian. “Sekolah tu tak okey ke? Kalau tak okey, masih sempat lagi tukar sekolah lain sebelum SPM? Mya nak?”
No! No! Mya tak nak tukar sekolah lagi… Sekolah ni dah okey.. It’s just, it’s quite far from our house, Mummy…almost one hour! Mya rasa penat sangat ulang alik..
“Oh, ya ke? I thought it only take you 30 minutes or less..”
 I’ve been thinking untuk stay kat apartment kat pekan Bougainvillea Hill je..senang... Lagipun kat sana best tau.. Sejuk je.. Boleh tak, Mummy?”
What time is it di Malaysia sekarang, dear?”
“3.30 p.m…”
“Oh, kalau macam tu, Mummy have to call your Dad first… Kalau tak silap, Mummy, Daddy Mya ada kawan yang boleh atur semua tu untuk Mya. Kalau nasib baik, by tomorrow, you can move to Bougainvillea Hill.”
“Betul ke? Great! Thanks, Mummy!!”
“Apa saja untuk anak tunggal kesayangan, Mummy!”
I miss you so much.. And I miss Daddy too…” ujar Mya bernada sedih.
Puan Emylia kedengaran mengeluh di hujung talian. “I’m sorry, sayang… Mummy dan Daddy pun dah bincangkan hal ni… Kalau syarikat kami dah betul-betul stabil, we will permanently stay at a place, together with you…
When is that??”
Hm, I don’t know, dear… Maybe for a couple of years more..
I’m looking forward for that, Mummy…
I love you. Now, your Mummy have to go. I will call you again later okay?”
“Okey.”
Take care and bye, sayang…”
Bye, Mum…”
Talian mati di situ. Mya memandang kosong ke siling biliknya. Tidak seperti remaja lain, Mya sudah biasa hidup sendirian dan berdikari. Dia tidak punya ibu dan bapa di sisinya untuk membimbingnya, untuk bersamanya meniti usia remaja. Memang tak dinafikan, ibu dan bapanya tidak pernah mengabaikan kebajikan dan keperluan Mya. Apa yang Mya inginkan, akan segera mereka makbulkan tetapi itu semua bukan yang paling penting untuk Mya. Dia hanya ingin kedua ibu bapanya ada bersamanya, saat dia memerlukan. Tetapi yang selalu ada bersamanya sejak 10 tahun yang lalu hanya Mak Jah dan Pak Mael.
Telefon bimbit milik Mya sekali lagi berbunyi. Mya pantas menyambut panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya itu.
“Hello…”
“Hello, is this Mya?” Suara garau kedengaran di hujung talian.
“Yeap!”
This is Uncle Zaf… Kawan Daddy Mya.. Mya nakkan sebuah apartment di Bougainvillea Hill secepat mungkin, kan? Kebetulan, ada satu apartment kosong di Morning Glory Apartment..”
They do?”
“Yeap! Bila Mya nak pindah masuk?”
Now? Boleh?”

SM Sri Melati

“Mak Jah dan Pak Mael tidur kat master bedroom, berhadapan bilik saya…”
“Tapi... Cik Mya lah yang patut duduk di master bedroom..”
“Pak Mael...” Mya meletakkan tangannya di bahu lelaki berusia 52 tahun itu. “Mya kan sorang.. Pak Mael dan Mak Jah berdua. Biarlah Pak Mael dan Mak Jah je tidur bilik besar tu. Mya tidur kat bilik yang satu lagi. Bilik tu pun bukannya kecil sangat pun. Siap ada bathroom jugak macam master bedroom.”
“Tapi...” Pak Mael masih rasa serba salah.
“Takda tapi-tapi...” Tegas Mya.
Mak Jah dan Pak Mael perlahan mengangguk, bersetuju. Biarpun gadis itu terlalu muda daripada mereka, Mya tetap majikan mereka. Ibu bapa Mya yang memberi mereka tempat tinggal dan wang untuk meneruskan kehidupan yang sebatang kara. Mak Jah dan Pak Mael merupakan pasangan suami isteri yang tidak punya anak. Sudah berpuluh tahun mereka bekerja untuk keluarga Mya.
Mya seorang gadis yang mesra. Dia nampak sombong tetapi hatinya baik. Dia tidak pernah meninggikan suara pada Mak Jah dan Pak Mael selama mereka bekerja untuknya tetapi agak suka mengarah. Tetapi Mak Jah dan Pak Mael tidak pernah ambil hati akan sikap Mya yang satu itu. Mereka faham. Mya sudah biasa dimanjakan dari kecil. Apa yang dia mahu, semuanya dia dapat. Jauh di sudut hati Pak Mael dan Mak Jah, dia mengasihani anak gadis itu. Tentu Mya akan menjadi insan yang lebih baik sekiranya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kedua orang tuanya.
“Penatnya… Semua barang dah dibawa masuk, kan, Pak Mael?” Mya bersandar di balkoni berhadapan ruang tamu.
“Ha’ah. InsyaAllah, tiada apa lagi yang tertinggal.”
“Kalau macam tu, Mak Jah dan Pak Mael duduk berehat dulu. Saya nak ke supermarket…”
Mak Jah dan Pak Mael yang duduk di sofa di ruang tamu apartmen berpandangan sesama sendiri. “Biar Pak Mael hantar…”
No! No! Pak Mael dan Mak Jah rehat dulu.. Bersihkan diri, solat.. Tentu penat kemas apartmen ni… Saya nak ke supermarket, beberapa blok dari sini je. Saya nak jalan kaki, tengok-tengok kawasan Bougainvillea Hill.”
“Tapi, Cik Mya… Sekarang dah pukul 7.30 malam.. Tak ke bahaya.. Lagipun, Cik Mya belum tahu selok belok tempat ni lagi… Kenapa tak naik skuter je? Pak Mael boleh iringi Mya dari belakang..” celah Mak Jah.
“Sebab saya tak tahu lah saya nak biasakan diri. Pandailah saya jaga diri saya, Mak Jah, Pak Mael.. Hm..kalau tak pun, kalau saya nak balik nanti, Pak Mael jemputlah saya.. Saya nak beli sedikit keperluan dapur. Saya nak jalan kaki.”
“Tapi, Tuan Harris…” Pak Mael serba salah.
“Tuan Harris pesan agar tak biarkan saya sendirian kan? Pak Mael janganlah cakap dengan DaddyPlease???” Lengan Pak Mael digoncang lembut.
Pak Mael masih senyap tiada jawapan.
Please,Pak Mael…” Mya sudah melutut di kaki Pak Mael.
“Eh, dahlah tu! Tak payah nak melutut bagai, Cik Mya… Ha, yalah.. Yalah.. Pak Mael takkan bagitau Tuan Harris.” Pak Mael cepat-cepat membantu Mya berdiri semula.
Mya tersenyum girang. Akhirnya dia dapat juga keluar dari apartmen tanpa pengawasan sesiapa. Bebas. Tangannya dimasukkan di poket depan jaket hoodie yang dikenakan dibadannya. Sejuknya...!
Langkahnya dimulakan. Suasana di pekan Bougainvillea Hill memang menyamankan. Suhunya sejuk, maklumlah ianya terletak di kawasan tanah tinggi. Setakat ini, tiada apa yang Mya tidak suka tentang Bougainvillea Hill. Bunga-bunga segar indah di tanam di kaki lima blok-blok kedai, mencetus aroma semerbak. Tidak rugi rasanya Mya terus berpindah ke situ.
Selesai membeli barang-barang keperluan dapur di Bougainvillea Supermarket, Mya singgah di sebuah kedai bunga. Dia ingin membeli ros putih untuk diletakkan di dalam pasu di biliknya. Loceng berbunyi apabila Mya menguak pintu masuk kedai. Seorang wanita lingkungan 30-an menyambut kedatangannya dengan senyuman.
Yes, Miss? What can I get for you?” Soal wanita itu, mesra seraya melangkah mendekati Mya.
“Saya nak… a dozen of white roses.”
Beautifully wrap as a gift or…
No.No.Simple wrap. It’s for myself…” Tukas Mya.
A minute.” Wanita itu meminta diri, menuju ke satu sudut di kedai bunganya itu. Mya menunggu di kaunter pembayaran. “Here you go.” 12 kuntum bunga ros putih dihulurkan kepada Mya.
Thanks…” Gadis ringkas berbaju T merah jambu dan berseluar denim biru pudar itu pantas menyambut lantas mengeluarkan wang dari dompetnya.
“Awak bukan orang sini, kan?” Tiba-tiba soalan itu menyapa Mya.
Dia lantas mengangguk. “Saya baru pindah lewat petang tadi… Di Morning Glory Apartment?”
“Oh, apartmen baru tu…”
“Yeap!”
“Masih sekolah?” Wanita itu lihat Mya angguk. “Kat mana?”
“SM Sri Melati.”
“Eh, tapi sekolah tu…” Belum sempat wanita itu menghabiskan ayatnya, mereka dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit Mya.
“Hello,yes, Pak Mael… Pak Mael dah sampai?”  Mya menjengah ke luar. Sebuah BMW bernombor plat WAY 7 berhenti di hadapan kedai bunga itu. “Ok. A minute.” Talian Mya dimatikan. Wang dihulurkan kepada wanita di hadapannya. “Keep the change!”
“Tapi…”
It’s okay.
“Hm, terima kasih…”
“Sama-sama.” Mya lantas berlalu pergi.

SM Sri Melati

Mya melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Zaheen Irfan. Wajah itu nampak pucat seperti selalu, buat Mya tertanya-tanya. Sakitkah pemuda itu? Kulitnya yang cerah menjadikannya nampak lebih pucat.
Morning!” sapa Mya.
 Zaheen angkat muka. “Selamat pagi.” Pemuda itu mengukir senyuman.
Actually, pukul berapa kelas mula?”
“7.15 pagi. Kenapa?”
“Saya hairan, saya datang sekolah je, saya tak jumpa mana-mana pelajar kat pagar. Semuanya dah dalam sekolah. Saya fikir saya yang datang lambat.”
Zaheen tersenyum. “Pelajar sini banyak yang tinggal asrama.”
“Saya tak tahu sini ada asrama.”
“Memang ada.”
“Awak tinggal di asrama?”
Zaheen angguk.
“Seronok tinggal di asrama?”
“Kalau boleh, saya nak balik rumah.” Sayu kata-kata itu.
Mya tersenyum nipis. “We can hang out together sometime. At my apartment. Saya baru je pindah semalam. Kat Morning Glory Apartment. Awak tahu tempat tu?” Zaheen menggeleng. Mya sedikit hairan. “Awak tinggal kat mana, Zaheen?”
“Kat sini.”
Mya tergelak kecil.
“Kenapa awak gelak?”
Nevermind. Nanti awak bawa saya ke rumah awak, okey? Awak dah breakfast?”
“Belum.”
“Saya dah agak dah. Zaheen, awak kena makan tau.. Nah, saya ada bekal. Untuk kita…”
Zaheen memandang tepat ke wajah Mya. “Awak baik dengan saya.”
Mya tersenyum. “Sebab awak baik dengan saya. Saya budak baru di sini, dan hanya awak yang saya ada. Hanya awak yang nak berkawan dengan saya. Saya hargainya, Zaheen. Awak baik dengan saya, sebab tu saya baik dengan awak. Simple!”
Zaheen mengukir senyuman, menampakkan baris giginya yang tersusun rapi.
Mya akui, pemuda itu ada daya tarikannya. Matanya yang redup itu boleh membuat ramai perempuan jatuh suka. Ditambah pula dengan anak matanya yang berwarna coklat cair. Aku…sukakan Zaheen ke? Ah, tak semudah itu! Dia handsome, tentu dah ada girlfriend…Hm..tapi kami boleh jadi kawan baik..kan??
“Makanlah…” Mya mengunjuk sepotong sandwich telur dan mayonis itu kepada Zaheen Irfan.
Pemuda itu menggeleng. “Terima kasih, tapi saya dah biasa tak sarapan pagi.”
Come on, Zaheen… Makan sarapan penting tau. Awak nampak tak sihat. Di asrama, warden tak jaga kebajikan pelajarnya ke?”
“Saya tak apa-apa.”
“Makanlah, okey? Saya memang bawa lebih sandwich. Kalau awak tak makan, saya tak mampu nak habiskannya. Tak baik membazir, kan?” ujar Mya cuba memujuk.
Zaheen tersenyum. Pandai dia pujuk aku. Mya…kenapa baru sekarang kau muncul… Kenapa sekolah ini yang kau pilih.. Ini bukan tempat untuk kau…
“Terima kasih.” Zaheen akhirnya menyambut sandwich yang Mya hulurkan kepadanya.
“Macam mana? Sedap tak?” soal Mya sebaik sahaja Zaheen memasukkan secebis sandwich ke dalam mulutnya.
“Sedap.”
“Saya memang pandai buat sandwich. Tapi, tu je lah yang saya pandai buat…Hehe.”
“Awak buat sendiri, Mya?”
Mya angguk.
“Memang sedap.”
“Awak suka?”
“Suka.”
“Kalau macam tu, saya akan buat sandwich untuk kita breakfast tiap-tiap pagi, okey? Macam mana? Nak tak?” Soalan Mya dibalas dengan senyuman oleh Zaheen Irfan. “I take that as a yes!” sambung Mya gembira.

SM Sri Melati

10.15 pagi, masa rehat di SM Sri Melati. Mya melangkah laju ke kantin. Tadi, dia ingin mengajak Zaheen pergi bersamanya tetapi pemuda itu terlena di mejanya. Mya tidak berani untuk mengejutkannya lantas Mya mengambil keputusan untuk pergi sendiri sahaja. Lagipun, dia belum pernah ke kantin sekolah itu. Inilah peluangnya untuk melihat-lihat kawasan sekolah barunya itu.
Setiba di kantin, semua mata memandang ke arahnya. Mya kehairanan. Mereka melihatnya seperti dia telah membuat satu kesalahan besar. Ada yang mula berbisik-bisik. Adakah pelajar baru di sini sentiasa mendapat sambutan sebegitu? Mya terus menerus melangkah ke kaunter membeli makanan, tidak mahu mempedulikan pelajar-pelajar yang memerhatikannya.
“Spageti tak ada ke, Pak Cik?” Mya tersenyum nipis.
“Spageti??” Bulat mata Pak Samad memandang wajah pelajar perempuan di hadapannya itu. “Apa tu?”
Ah, aku ni pun… Sini bukan SM St. Xaviers, Shohoku International High School, Utopian High atau Alexandra High Shool! Ini bukan sekolah-sekolah lama aku di mana semua makanan western sentiasa ada..
“Maaf, Pak Cik! Hm, apa menu yang ada kat sini?”
“Sini ada nasi lemak, mee goreng, nasi goreng… Anak nak apa?”
“Hm, bagi saya nasi lemak dua ya, Pak Cik.”
“Minum?”
“Hm, sirap dua..”  Mya tersenyum. Satu untuk aku, satu untuk Zaheen
“Baik..” Pak Cik Samad berlalu pergi. Seorang wanita lingkungan 40-an merapati kaunter berhadapan Mya.
“Anak ni, pelajar baru ke?” sapa Mak Cik Lela. Tangannya sibuk mengelap-ngelap meja kaunter.
“Ha’ah, Mak Cik.” Balas Mya.
Mak Cik Lela tersenyum pahit. Mya tertanya-tanya, untuk apa senyuman itu.
“Mak Cik dah lama kerja kat sini?” soal Mya ingin tahu.
“Dah lebih sepuluh tahun kami di sini.”
“Oh, lama tu! Tentu masakan Mak Cik sedap kan? Sebab tu, sekolah ni kekalkan kantin Mak Cik..”
Mak Cik Lela mengukir senyuman.
 “Mak Cik dan Pak Cik je ke yang kerja kat sini?”
“Tak. Ada anak perempuan Mak Cik, Suria.. Dia ada kat belakang…”
“Oh. Saya Mya..” Mya memperkenalkan diri. Dia ingin merapatkan diri dengan wanita yang baru dikenalinya itu. Dia rasakan seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Mak Cik Lela serta pelajar-pelajar lain di sekolah itu dan Mya ingin mengetahuinya. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Mungkin satu hari nanti Mak Cik Lela dapat memberi jawapan atas 1001 persoalan di kepalanya.
“Panggil je Mak Cik Lela.” Mereka bersalaman. Tangan itu terasa sejuk.
“Ini makanan dan minumannya, nak..” Pak Samad muncul.
“Ini Pak Cik Samad.” Mak Cik Lela memperkenalkan suaminya. “Suami Mak Cik…”
“Eh, kamu dah berkenal-kenalan?” Pak Samad memandang wajah Mak Cik Lela dan Mya. Mak Cik Lela hanya tersenyum.
“Saya Mya, Pak Cik. Panggil je, Mya.. Saya baru saja berpindah ke Bougainvillea Hill.. Saya baru di sini.” Mya bersalaman dengan Pak Cik Samad.
“Oh.. Selamat datang.”
“Terima kasih, Pak Cik. Hm..berapa semua ni, Pak Cik?”
“Hm, takpalah, nak. Pak Cik belanja..”
“Eh, takpalah, Pak Cik..” Mya serba salah.
“Jarang yang nak berbual dengan kami ni. Anak ni memang peramah.. Terimalah.. Pak Cik belanja..”
“Hm, terima kasih, Pak Cik, Mak Cik…”
“Sama-sama.” Pak Cik Samad dan Mak Cik Lela berpandangan sesama sendiri sebaik sahaja Mya hilang dari pandangan.
“Kenapa dia ada kat sekolah ni..” Pak Cik Samad mengeluh kecil.
“Kita kena beritahu dia, bang…”
“Macam mana??” Ada nada kecewa pada kata-kata Pak Cik Samad.
“Dia budak baik..”
“Macam mana kalau Encik Zaquan tahu??”
Mak Cik Lela terus membisu. Terbayang wajah bengis Encik Zaquan, pengetua SM Sri Melati. Encik Zaquan mengarah agar warga SM Sri Melati menyimpan rahsia tentang sekolah itu kepada sesiapa yang baru menjejakkan kaki ke sana. Keluarga Pak Cik Samad tidak terkecuali dari amaran itu.

SM Sri Melati

How’s school, my dear?” Soal Tuan Harris memulakan perbualan.
Just fine,Dad. How’s work?” Mya memperlahankan televisyen. Pak Mael sudahpun masuk tidur.
Just fine too, my dear. Maybe, next week Daddy akan pergi ke Bali. Ada mesyuarat untuk beli hotel kat sana. Lepas tu, Daddy akan ke Korea. Jumpa pembeli di sana…” Jelas Tuan Harris.
“Jual beli syarikat sounds really boring…”
Tuan Harris tergelak kecil. Anaknya itu memang tidak begitu berminat dengan perniagaan. Tuan Harris tidak pernah mahu memaksa anaknya untuk meminati bidang perniagaan. Biarlah minat itu datang sendiri. Justeru, minat Mya dalam bidang seni diberi sokongan yang sepenuhnya.
So, Mya dah ada kawan baru?”
“Ada. Nama dia Zaheen… Zaheen Irfan.”
A guy?
“Yeap! And handsome…
“Mya… You think you can trust him?”
He’s the only student yang nak berkawan dengan Mya, Daddy… Hm, actually, that school is quite weird.
What kind of weird,darling?”
“Hm, semua pelajar kat situ pandang Mya semacam je.. Macam Mya ni ada buat salah… Mya rasa tak selesa setiap kali mereka pandang Mya.”
And Zaheen tak tengok Mya macam yang lain tengok Mya?”
No, DaddyHe’s nice.”
But he is a guy… Mya tak nak cari kawan perempuan ke?”
“Setakat ni, Mya hanya selesa dengan Zaheen…”
“Mya jangan cepat percayakan orang, okey… Daddy tak nak Zaheen ni nanti, ambil kesempatan atas Mya…”
Come on, DaddyDaddy ni selalu think negative tau!” Rengus Mya.
“Betul dia baik dengan Mya?”
“Betul,DaddyPlease don’t worry,okay? I will be fine. Honestly, Mya rasa lebih tenang di sekolah baru tu berbanding sekolah-sekolah elit yang pernah Mya pergi.. I like it here, Daddy…”
“Hm, just take care of yourself, okay, sweetheart? I don’t want any bad thing happen to you. Call me or Mummy if there’s anything.”
If there is nothing, tak boleh call ke, Daddy?”
“Sayang, you can call us any time, okay? You are our daughter, one and only… Daddy and Mummy love you so much,dear…
“Mya pun sayangkan Daddy and Mummy sooooooooooo much!”
We know,sayang… Dah lewat sekarang kan? Pergi tidur. Esok kan sekolah…”
“Baik, Daddy…”
Take a very good care of yourself. Bye, dear.
Bye,Dad.”
Mya segera menutup televisyen sebelum mengorak langkah menuju ke biliknya. Pintu beranda di biliknya masih terbuka luas. Angin malam menerpa masuk. Mya cepat-cepat menarik sliding door itu. Dia menjengah ke luar,memandang ke langit malam. Bulan mengambang penuh.
Langsir pintu segera ditarik. Pemandangan luar tidak lagi kelihatan. Mya melabuhkan punggungnya ke birai katil. Beg kertas yang disandarkan di kepala katil segera dicapai. Mya mengeluarkan isi beg kertas itu.
“Entah muat atau tak dengan Zaheen…” Mya bermonolog. Dia kemudian mengukir senyuman sambil membelek-belek sweater berhud jenama Nike yang baru dibelinya di pasaraya petang tadi. Sebaik menghantar skuternya ke apartmen, Mya terus meminta Pak Mael menghantarnya ke pusat membeli-belah di Bougainvilla Hill.
Dia ingin menghadiahkan sweater itu untuk Zaheen. Dia ingin membalas jasa baik Zaheen yang melayannya dengan baik di sekolah itu. Mya memang begitu. Tidak lokek memberi hadiah kepada orang yang baik kepadanya. Sesiapa yang berkawan dengannya amat beruntung tetapi Mya tidak punya ramai kawan. Dia rasakan, semua yang berkawan dengannya adalah kerana kekayaannya sahaja padahal Mya rasa, itu bukan kekayaan miliknya. Kekayaan yang ada sekarang adalah kekayaan kedua ibu bapanya. Itu adalah hasil titik peluh kedua orang tuanya, bukan Mya.
Tidak dengan Zaheen Irfan. Mya seakan dapat melihat kejujuran di mata redup milik Zaheen Irfan. Zaheenjuga tidak mengetahui bahawa Mya berasal dari keluarga berada dan Mya tidak mahu kenyataan itu mengubah layanan Zaheenkepadanya. Dia mahu menjadi Mya yang sederhana di SM Sri Melati, bukan sebagai ‘rich girl’ di sekolah-sekolah lamanya dahulu.

SM Sri Melati

“Apa ni?” Zaheen membelek kotak berwarna putih beriben emas yang Mya letakkan di atas mejanya.
For you!” Mya memandang Zaheendi hadapannya sambil menopang dagu. Reaksi Zaheenadalah seperti yang dijangkanya. Pemuda itu memandangnya kehairanan. “Bukalah…”
“Untuk saya?” Zaheenmembelek sweater putih Nike dari dalam kotak. “Tapi kenapa?”
“Maksud awak?”
“Kenapa awak tiba-tiba bagi saya ni…” Zaheen melihat sweater putih dengan lambang jenama Nike berwarna hitam di dada kiri sweater tersebut. Ringkas rekaannya, tetapi setahu Zaheen Irfan, Bougainvillea Hill tiada pusat membeli belah yang menjual barangan berjenama. Kalau hendak membeli barangan sebegitu, mereka perlu ke bandar, Seventh Street yang mengambil masa hampir sejam kalau menggunakan kereta dari Bougainvillea Hill.
“Sebab awak selalu sejuk?”
Zaheen memandang tepat ke wajah Mya.
Mya…kenapa kau buat aku macam ni… Aku tak boleh terima semua ni… Aku tak layak. Kalaulah kau tahu siapa aku..
“Zaheen? Awak fikir apa?”
“Saya tak boleh terima. Saya minta maaf.”
“Kenapa pulak?” Mya menarik muka masam.
“Sebab saya tak boleh?” Zaheen meraup mukanya. Inilah kali pertama Mya melihat Zaheentanpa riak tenang di wajahnya.
“Zaheen, ini adalah hadiah daripada saya sebagai penghargaan untuk awak. Penghargaan kerana sudi jadi kawan saya kat sini.. Terimalah. Kalau tak, saya akan berkecil hati…” ujar Mya perlahan.
“Tapi, Mya… Saya..”
PleaseIt’s just a sweater? Lagipun, awak selalu sejuk. Biar sweater saya ni tolong awak panaskan badan. Saya tak nak kawan saya jatuh sakit.” Pujuk Mya lagi. Akhirnya, Zaheen mengalah.
“Terima kasih, Mya.” Zaheen memandang dalam-dalam anak mata bundar milik Mya. Gadis berambut panjang paras bahu itu tersenyum gembira. Matanya seakan bersinar pada pandangan Zaheen. Cepat-cepat Zaheen mengalih pandangannya. “Mana awak beli sweater ni?” Zaheen masih tunduk merenung sweater di tangannya.
“Kat Stardust.”
“Stardust?”
“Yap! Seronok jugak tau kat Hibiscus tu. Kalau kat SevenStreet mana ada Hibiscus Shopping Mall. Sini je ada...”
Zaheen hanya mengangguk-anggukkan kepala. Langsung tiada bayangan bangunan Hibiscus Shopping Mall dalam kepalanya seperti yang digambarkan oleh Mya sekarang. Zaheen hanya membiarkan Mya terus bercerita sedangkan fikirannya menerawang jauh.
“Zaheen, saya tanya awak something boleh?” Mya tiba-tiba bernada serius.
Zaheen kembali memberi tumpuan pada Mya. “Tanyalah..” balas Zaheen sambil membetulkan tali lehernya. Dia nampak segak dan tampan walaupun dengan hanya mengenakan pakaian seragam SM Sri Melati.
“Awak sakit ke?”
Bulat mata Zaheen memandang wajah Mya di sebelahnya. Kemudian, dia menggeleng.
“Tapi kenapa awak selalu nampak pucat?”
“Mungkin saya alah dengan suhu dingin di kawasan tanah tinggi ni..”
Mya mengangguk-anggukkan kepalanya. Hm, logik jugak… Aku pun sejuk jugak. Kalau tak, aku tak ke sekolah dengan sweater.. Hehe..
“Zaheen, awak kena jaga diri awak sendiri tau… Apa kata awak tak payah tinggal di asrama lagi? Saya boleh jemput awak di rumah hari-hari. Saya ke sekolah dengan skuter.” Cadang Mya bersungguh-sungguh.
Zaheen tergelak kecil. “Takpalah, Mya. Terima kasih. Saya lebih senang macam ni.”
“Hm, tapi kalau awak ubah fikiran, bagitau saya, okey? Hehe..” Mya memandang jam tangan Fossil di tangan. Tepat pukul 7.15 pagi. Tidak lama lagi, Cikgu Rahmat, guru kelas 5 Anggerik akan datang untuk mengambil kedatangan pelajar. Sejurus selepas itu, Cikgu Aireena akan masuk ke kelas untuk matapelajaran Bahasa Inggeris, matapelajaran kegemaran Mya.
“Mya.”
Mya sedang sibuk mengeluarkan alatan tulisnya apabila Zaheen tiba-tiba bersuara. “Yap?”
Zaheen memandang kiri dan kanan. Ada di antara pelajar kelasnya  sedang memerhatikan mereka. Zaheen mematikan hajatnya untuk memberitahu rahsia yang selama ini disimpan.
“Hm, takda apalah.”
“Apa sebenarnya ni? Kejap ada, kejap takda.” Getus Mya. “Zaheen, kalau ada apa-apa, awak cakaplah…” ujar Mya sambil tangannya sibuk menyalin soalan esei yang ditulis Cikgu Aireena di papan hitam.
“Saya nak pinjam pen.”
Serentak dengan itu, Mya berhenti menulis. “That’s all?”
Zaheen angguk.
“Janganlah malu-malu. Nah.. Awak ambil je terus. Saya ada banyak lagi pen lain.”
“Terima kasih..” Zaheen tersenyum nipis. Mya memang baik, seperti selalu… Aku rasa, aku dah mula menyukainya.. Aku ingin dia di sini dengan aku tapi pada masa yang sama aku tak sanggup… Aku tak sampai hati. Aku ingin beritahu segalanya kepadanya, tapi aku takda keberanian itu. Aku pengecut.

SM Sri Melati

Mya sedang melayari internet di dalam biliknya apabila tiba-tiba Mak Jah memanggil namanya dari luar.
“Ada apa, Mak Jah?”
“Ada tetamu.”
“Ya ke? Siapa?” Soal Mya.
Mak Jah hanya membalasnya dengan senyuman. Dia tahu, tetamu yang datang itu sudah tentu akan menggembirakan Mya. “Cik Mya tengoklah sendiri.”
Mya menaip sesuatu pada kekunci notebook Apple nya sebelum melangkah keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Di situ, Adam Benjamin dan Adam Haicarl sedang duduk di sofa.
Guys!! Korang rupanya!” 
Adam Benjamin dan Adam Haicarl memeluk Mya seakan sudah bertahun tidak berjumpa padahal belum sampai sebulan. Mak Jah segera ke dapur. Dia kemudian datang semula dengan tiga cawan teh dan sepiring kek coklat. Dia kemudian meninggalkan Mya dengan kedua orang sepupunya itu, yang juga kawan baiknya.
  “Kau tengah buat apa?” Soal Adam Benjamin.
Mereka bertiga sama-sama melabuhkan punggung ke sofa empuk berwarna putih itu. Ruang tamu dengan hiasan moden itu nampak ringkas tetapi menarik.
“Aku tengah online. YM dengan Mummy and Daddy aku. Macam mana korang tahu aku duduk sini?”
“Macamlah Aunty Emylia tak update dengan kitaorang. Lama tak dengar cerita. Sejak kau pindah Bougainvillea Hill ni, kau langsung tak hang out dengan kita lagi…” ujar Adam Benjamin sebelum menghirup teh perisa strawberi yang dibancuh Mak Jah sebentar tadi.
“Aku balik SevenStreet nanti kita lepaklah..” Mya menepuk-nepuk bahu Adam Benjamin.
“Hm, sedap teh ni…” puji Adam Benjamin.
“Teh keluaran Bougainvillea Hill. Kau nak perisa apa, kau cakap je, semuanya ada.. Kat hujung blok ni ada Bougain Tea House, kat sana kau boleh beli apa saja yang kau nak, berkaitan teh lah ofcourse!” Jelas Mya panjang lebar.
“Kau bawalah kita ronda-ronda Bougainvillea Hill ni… And tunjuk pada kami sekolah kau sekali. Aunty Emylia cakap, kau sekolah kat sekolah biasa je.” Adam Haicarl yang sedari tadi membisu kini bersuara.
“Ha’ah. Aku nak lari dari anak-anak orang kaya macam kau dan abang kau ni..” Mya menuding Adam Haicarl dan Adam Benjamin seorang demi seorang. Mereka kemudian tergelak.
Mya, Adam Benjamin dan Adam Haicarl  memang berkawan baik sejak kecil lagi. Adam Benjamin dan Adam Haicarl merupakan kembar anugerah perkahwinan satu-satunya kakak Tuan Hariss iaitu Datin Melissa dengan Datuk Eerwan. Dahulu, mereka bersekolah di sekolah rendah yang sama, iaitu di Shohoku International School. Apabila mereka sudah memasuki Tingkatan 1, Adam Benjamin dan Adam Haicarl berpindah ke Jepun atas urusan keluarga Datuk Eerwan.
Sejak itu, mereka tidak bersekolah di sekolah yang sama lagi. Lebih-lebih lagi dengan karenah Mya yang sering berpindah sekolah. Ada saja yang tidak kena di setiap sekolah barunya. Adam Benjamin dan Adam Haicarl kembali ke Malaysia pada usia mereka 15 tahun dan bersekolah di SM Indrawani Shah sehingga hari ini. Mya turut berpindah ke sana semasa Tingkatan 3 tetapi berpindah ke Alexandra High School apabila SM Indrawani Shah tidak mempunyai aliran sastera. Mya meminati bidang seni. Matapelajaran Pendidikan Seni akan membantunya mencapai cita-citanya sebagai seorang pelukis.
“Banyak nya abang beli teh ni! Maunya abang asyik ke toilet buang air!” Ujar Adam Benjamin berseloroh sambil membelek beg-beg plastik yang dibawa Adam Haicarl masuk ke kereta.
“Alah..buah tangan untuk Mummy dan Daddy!” Balas Adam Haicarl ringkas. Dia sememangnya berfikiran lebih matang daripada abang kembarnya, Adam Benjamin. Adam Benjamin kemudian menghidupkan enjin kereta. Mya yang duduk di tempat duduk belakang kereta Honda warna hitam itu membetulkan tali pinggang keledarnya.
“Okey, kita sudah ke Bougain Tea House. Sekarang kita nak ke mana, Cik Mya?” Soal Adam Haicarl sambil menoleh ke arah Mya di tempat duduk belakang.
“Hm, nak tengok sekolah aku?” Mya tersengih.
“Eh, boleh, boleh, boleh!” Balas Adam Benjamin yang sibuk memutar stereng dan bermain gear.
“Ha, kalau macam tu, depan tu kau belok ke kiri, and then kau drive naik bukit…” Mya memberikan arah.
“Oh, okey.” Adam Benjamin mengikut arahan Mya. Kereta dipandu laju menuju ke destinasi. Sepanjang perjalanan, Mya bercerita tentang keanehan pelajar sekolahnya dan juga tentang Zaheen Irfan.
So, Zaheen tu handsome lah ye.. Sebab tu kau suka..” ujar Adam Benjamin mengusik.
“Ey, hello… Dia memang baik dengan akulah. Cuma dia yang nak kawan dengan aku.”
“Pelik. Selalunya, orang berebut-rebut nak berkawan dengan kau.” Celah Adam Haicarl.
“Sebab aku kira macam golden mines, kan? Ada harta, ada nama, kan? Sedangkan semua tu parent aku punya, bukan aku! Aku tak suka tu. Sebab tu, aku rasa lebih suka sekolah baru aku tu..”
“Jauh lagi ke sekolah kau? Kiri, kanan, hutan je…” Adam Benjamin melihat ke luar tingkap kereta.  
“Dah nak sampai pun. Tu, kat depan tu haa..”
“Kat mana??”
Stop! Stop! Kita dah sampai dah…”
“Ya ke?” Adam Haicarl memandang wajah Mya yang sedang tersenyum memandang ke luar tingkap. Dia kemudian memandang wajah Adam Benjamin di sebelahnya.
“Inilah sekolah aku.”
Adam Haicarl dan Adam Benjamin memandang tepat ke wajah Mya.
“Kenapa korang pandang aku macam tu?”
“Betul ke sekolah kau kat sini?” soal Adam Benjamin ingin tahu.
“Yalah, kenapa?”
“Jangan berguraulah, Cik Mya!” tukas Adam Haicarl.
See… Aku sebenarnya dah agak dah reaksi korang akan macam ni! Memang jauh bezanya dengan SM Indrawani Shah, Shohoku International School dan SM St.Xaviers…” Mya berhenti berbicara apabila telefon bimbitnya berdering. Panggilan dari Mak Jah, mengingatkannya sudah hampir waktu Maghrib. Dia harus pulang.
“Siapa?” soal Adam Haicarl. Adam Benjamin masih meninjau-ninjau dari tingkap.
“Mak Jah.. Jom balik. Mak Jah dah siapkan makan malam. Lain hari aku kenalkan korang dengan Zaheen.”
Adam Benjamin menurut. Dia terus meninggalkan kawasan bukit itu. Suasana semakin dingin sebaik malam mula menginjak. Sepanjang perjalanan pulang, mereka masing-masing mendiamkan diri. Hanya Mya yang masih berceloteh panjang tentang sekolah barunya, tentang masakan kampung di kantin sekolah serta Zaheen Irfan. Sebelum keluar dari kawasan bukit, Mya sempat menoleh ke belakang, melihat bangunan sekolahnya yang nampak usang. Seperti ada seseorang di pintu gerbang SM Sri Melati.

SM Sri Melati

Mya memberhentikan skuternya di bahu jalan. Di situ terdapat beberapa gerai menjual pelbagai jenis kuih muih serta hidangan lain untuk sarapan. Mya melangkah turun dari skuternya yang berwarna putih itu. Dia kemudian mendekati Pak Mael yang turut memberhentikan keretanya berdekatan kawasan gerai. Pak Mael segera membuka tingkap kereta.
“Pak Mael nak nasi lemak atau kuih?” soal Mya.
“Takpalah, Cik Mya. Cik Mya beli jelah apa-apa.”
“Baiklah.”  Mya berlalu pergi. Mak Jah tidak sihat. Dia tidak dapat menyediakan sarapan untuk Mya dan Pak Mael. Maka dia menyuruh Mak Jah berehat sepanjang hari ini. Dia akan bersarapan di luar.
Mya melangkah ke satu demi satu gerai di situ, meninjau kuih muih dan makanan lain yang dijual di situ. Semuanya nampak sedap. Mya akhirnya berhenti di gerai kuih yang terletak di hujung sekali. Sepasang suami isteri menyambut kedatangannya dengan senyuman mesra.
“Adik nak beli apa? Ada nasi lemak, mee goreng, karipap, seri muka…” Sapa si isteri dengan tudung litup.
Mya tersengih. Nak caramel pudding… Hehe… Sepatutnya Mak Jah masak caramel pudding untuk sarapan pagi ni, malangnya Mak Jah jatuh sakit pulak.. Kesian Mak Jah… Mungkin dia belum dapat biasakan diri dengan suhu sejuk di sini…
“Bagi saya 5 biji karipap, 5 biji seri muka dan 4 bungkus nasi lemak…” Mya akhirnya membalas.
“Adik orang baru di sini?” soal si suami memulakan perbualan.
“Ha’ah.”
“Oh.. sebab tulah tak pernah nampak adik sebelum ni.”
Mya hanya membalas kata-kata itu dengan senyuman.
“Ni nak ke sekolah lah ni…?”
“Ha’ah.”
“Sekolah kat mana?” Baju seragam yang sedikit lusuh di badan Mya itu dipandang dari atas ke bawah.
“Kat atas bukit depan sana tu.” Mya menjuihkan bibir ke arah bukit yang dimaksudkan.
Si suami dan isteri berpandangan sesama sendiri. Setahu mereka, tiada sekolah lagi di situ. Yang ada hanya hutan. Mungkin bukit yang dimaksudkan itu bukanlah seperti yang difikirkan oleh mereka. Tetapi, hanya ada dua buah sekolah di Bougainvillea Hill. Kedua-duanya terletak di tanah rata. Bukan di atas bukit. Adakah yang dimaksudkan oleh gadis berpakaian seragam di hadapan mereka itu ialah SM Sri Melati?
Mya mengeluarkan not RM50 kepada si isteri. Beg plastik berisi kuih muih dan nasi lemak kini bertukar tangan.
“Takda duit kecik ke, dik?”
“Hm, takda. Takpalah, kak. Kakak simpan je baki tu.”
“Banyak sangat ni, dik.” Giliran lelaki lingkungan 40-an itu bersuara. “Kami berniaga ikhlas. Tak dapat nak terima duit baki banyak ni.”
“Takpalah, bang. Saya pun nak cepat ni. Abang simpan jelah baki duit tu. Saya halalkan.”
“Hm, baiklah... Terima kasih, ya, dik!”
“Terima kasih..” Si isteri turut bersuara, jauh di lubuk hati mereka bersyukur mendapat sedikit rezeki tambahan pagi itu, dari seorang gadis yang murah hati. “Semoga Allah sentiasa bersama orang yang murah hati seperti adik.”
Mya tersenyum lagi. Sejuk hatinya berlalu pergi meninggalkan gerai itu. Dia segera mendapatkan Pak Mael yang setia menunggu.
“Ini nasi lemak. Untuk Pak Mael dan Mak Jah. Kalau Mak Jah tak nak makan, Pak Mael pergilah beli bubur ayam kat restoren sebelah blok apartmen okey…” Not RM50 dihulurkan kepada Pak Mael.
“Takpalah, Cik Mya. Pak Cik boleh buat bubur kat rumah je.” Pak Mael menolak pemberian Mya.
“Hmm… Pak Mael bawalah Mak Jah ke klinik. Nanti melarat nanti.. Ambil saja duit ni, untuk ubatan. Saya tak dapat nak tolong apa-apa melainkan bagi Pak Mael ni. Pak Mael terimalah…” Ujar Mya cuba meyakinkan Pak Mael untuk menerima pemberiannya. “Saya ikhlas, Pak Mael.”
Akhirnya, Pak Mael menyambut huluran wang yang diberikan oleh Mya. “Terima kasih, Cik Mya.”
“Sama-sama. Sekarang Pak Mael baliklah. Saya boleh ke sekolah sendirian. Bukannya jauh lagi pun …”
“Tapi, Cik Mya..”
“Mak Jah demam di apartmen tu. Takkan laa Daddy tak bertimbang rasa. Daddy takkan marah Pak Mael. Pak Mael jangan risau okey?”
Memang itu yang Pak Mael bimbangkan. Tuan Harris pernah memarahinya kerana meninggalkan Mya bermain di tepi pantai sendirian semasa Mya berumur 12 tahun. Masa itu, mereka nyaris kehilangan Mya buat selamanya. Kerana insiden itulah Mya dihantar masuk ke kelas berenang. Pak Mael tidak pernah melihat Tuan Harris marah sebegitu rupa. Itulah kali pertama, dan Pak Mael mahu itu menjadi kali terakhir.
“Pak Mael balik, okey?” Suara Mya menyedarkan Pak Mael dari lamunan. “Beri Mak Jah sarapan dan kemudian pergi klinik.”
“Hm, baiklah, Cik Mya.”

SM Sri Melati

Mya melangkah perlahan menuju ke perpustakaan. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke situ setelah hampir sebulan bergelar pelajar SM Sri Melati. Buku rujukan Pendidikan Seni Visual dipekup ke dada.
“Assalamualaikum.”
Pengawas perpustakaan yang berada di meja berdekatan pintu masuk perpustakaan mengangkat muka. Mya menelan air liur. Sepasang mata itu memandang tepat ke arahnya. “Nak apa?”
“Bahagian art mana eyh? Saya budak ba...”
Belum sempat Mya menghabiskan kata-katanya, pelajar perempuan berambut panjang paras bahu itu mengukir senyuman sinis. “Hujung, sebelah kiri...”
“O-okey! Thanks!” Cepat-cepat Mya meninggalkan pelajar aneh itu.
Di perpustakaan itu hanya terdapat beberapa orang pelajar yang sedang duduk membaca buku. Keadaan betul-betul sunyi dan sepi. Hanya sesekali kedengaran batuk kecil dan bunyi helaian buku dibuka.
Sudut Seni memang selalu kena letak kat hujung-hujung dunia ke? Dahlah sunyi sepi tahap dewa dewi... Pengawas pulak muka garang, seram.... Kalau tak kerana aku ni tak cukup buku rujukan, aku tak ingin la ke perpustakaan ni.. Mya bermonolog dalam hati.
“Wo....apasal buku sini ancient ancient semacam?” Mya berbisik sendirian. Buku-buku lama dan tebal di hadapannya itu dibelek satu persatu. Tiba-tiba, dia terdengar sesuatu dari pintu bilik stor bersebelahan rak buku sudut Seni. Mya pasang telinga.
“Kalau kau nak hidup, kau tutup mulut. Kau jangan cuba nak lari!”
“Korang ni memang gila!”
“Kau tu yang gila.. Jangan cuba nak cari pasal kat sini! Ini tempat kami!”
“Banyaklah kau punya tempat kau!! Arrghhh!! Jangan! Jangan pukul aku!! Tolong!”
Mya segera melangkah menuju ke arah meja Pengawas Perpustakaan tadi, malangnya, tempat duduk itu kosong. Mya memandang ke sekeliling, memang tiada sesiapa selain dirinya. Mya tidak punya pilihan lagi. Takkan aku nak biarkan budak tu mati kena buli?
Mya berlari menuju ke sudut kiri perpustakaan itu. Pintu dikuak kasar. Buat pertama kali, Mya berjumpa dengan seorang pelajar yang memandangnya dengan pandangan sayu. Pandangan yang cukup berbeza daripada pandangan pelajar-pelajar lain di sekolah itu.
“Awak tak apa-apa?” Mya segera mendapatkan pelajar lelaki yang tersandar di dinding itu. Wajahnya penuh lebam.
“Sudahlah, jangan berlakon!” Tangan Mya ditepis. “Aku tahu kau pun sama macam mereka.. Pergi!” Bentak pelajar lelaki itu dalam keadaan lemah.
“Awak dah salah faham...”
“Kalau kau tak nak pergi, biar aku yang pergi. Kau cakap kat kawan-kawan kau tu, aku akan keluar jugak dari sini. Kau tengoklah nanti!”
Pemuda itu meninggalkan bilik stor. Beberapa kotak kosong yang bersepah di dalam bilik itu sesekali ditendang lemah dalam keadaan dirinya yang terhoyong-hayang. Mya hanya memandangnya penuh kehairanan.
Mana pergi budak-budak yang membelasah budak ni? Takkan secepat tu pergi? Kalau pun mereka dah pergi, kenapa aku tak jumpa mereka kat depan tadi?

SM Sri Melati

Masih terbayang-bayang di mata Mya wajah pelajar lelaki yang ditemuinya di perpustakaan petang tadi. Wajah yang menzahirkan rasa penat, takut bercampur marah. Timbul rasa kasihan di benak hati Mya.
Kenapa dengan budak lelaki tadi tu agaknya? Dia tu mangsa buli ke?
Ada kelainan pada riak wajah itu. Mya masih mencari jawapannya. Mya ligat berfikir sedang tangannya sibuk mengacau teh perisa peach dengan sudu. Apa yang lain?Apa yang membezakannya dengan pelajar lain di sekolah tu? Sebab itu ke dia dibuli?Inilah kali pertama aku tengok sendiri orang dibuli teruk macam tu sekali…
Lagu Creep nyanyian Radiohead dibiarkan berulang sedari tadi di ruang bilik. Pak Mael dan Mak Jah tentu sudah lena tidur. Mya tidak dapat melelapkan mata. Wajah pelajar lelaki tadi masih bermain di mata. Tak tahu kenapa, matanya...matanya yang membezakannya dari mereka semua. Siapa budak tu? Kenapa takda senyum sinis atau mata penuh misteri dari dia?
Bagai nak gugur jantung Mya apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Nama ‘Carl’ terpapar di skrin telefon bimbit.
“Hoi, masih bangun?” Sapaan kasar itu membuatkan Mya tersenyum sendirian. Selalunya, sapaan sebegitu bukan milik Adam Haicarl, tetapi milik Adam Benjamin.
“Apa kena dengan kau ni, Benjy?”
“Eh-eh.. Aku guna telefon Carl pun kau tahu, eyk?” balas Adam Benjamin di hujung talian.
“Siapa tak kenal cara bercakap kau tu..takda salam, takda hello, ikut suka kau je...”
“Kau tak tidur lagi?”
“Tak boleh tidurlah..”
“Apasal?”
“Entah.”
“Eh, ni, Carl suruh aku call tanya apa nama sekolah kau tu, again?
“SM Sri Melati. Kenapa?”
“Carl cadang nak buat friendly match football dengan sekolah kami.”
“Indrawani nak lawan SM Sri Melati?”
“Ya,apasal?”
“Mampu ke kaki bandar tu lawan kaki extreme Sri Melati?”
Extreme lah sangat!!”
Mya tertawa kecil. “Tu je ke?”
“Ha’ah.”
“Kalau macam tu, aku nak tidur dululah. Esok nak sekolah...”
“Okey-okey. Bye and night!
Bye. Send my regards to Carl.”
Okiedokie.”
Talian mati di situ. Adam Benjamin memandang ke wajah Adam Haicarl yang duduk di meja kerja berhadapan komputer ribanya. “Betul ke apa yang kita buat ni?”
Think so.
“Kesian Mya.”
We have to.”

SM Sri Melati

Mya melangkah menuju ke tandas perempuan yang terletak di hujung blok. Tengah hari itu cuaca agak mendung. Awan kelabu menghiasi dada langit yang tadinya cerah. Hujan lebat seperti akan menyusul. Sesekali terdengar guruh di langit.
“Cepat balik.”
Mya tersenyum sendirian apabila mengingati pesan Zaheen kepadanya. Mya ingin segera balik ke kelas. Entah mengapa hatinya rasa tidak tenteram. Beberapa pelajar perempuan di situ sesekali menjeling ke arahnya, sambil tersenyum. Tiba-tiba, Mya rasa seram. Dia sendiri tidak tahu mengapa perasaan itu tiba-tiba muncul. Cepat-cepat, Mya keluar dari tandas tersebut. Sesekali dia menoleh ke belakang, dia rasakan seperti ada mata yang sedang memerhatikannya.
Tiba-tiba, Mya mendengar orang menjerit meminta tolong. Hajatnya untuk berlari menaiki anak tangga menuju ke kelasnya yang berada di tingkat dua, mati di situ. Perlahan, dia melangkah, mengikut arah suara itu datang.
God!
Seakan tidak percaya, sekumpulan pelajar lelaki sedang membelasah teruk seorang pelajar. Mereka seakan tidak punya belas kasihan. Mya bersembunyi di sebalik dinding blok. Hatinya berdebar-debar saat sekumpulan pelajar lelaki itu melalui tempat persembunyiannya. Setelah benar-benar yakin tiada sesiapa di situ, Mya akhirnya keluar. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata dari seorang pelajar lelaki tadi.
“HAHAHA. SAMPAI MATILAH KAU KAT SINI. TAKDA SIAPA-SIAPA YANG BOLEH TOLONG KAU. KAU AKAN JADI MACAM KAMI!”
Tiba-tiba, bulu romanya meremang. Mya cuba membuang perasaan takut lantas mendekati bilik stor yang agak terasing dari blok-blok lain itu. Hujan turun renyai-renyai. Pintu bilik stor kedengaran ditendang-tendang. Cepat-cepat  Mya membuka pintu bilik itu dari luar.
Seorang pelajar lelaki sedang terbaring di lantai bilik stor. Kening dan bibirnya luka, berdarah. Mya segera mendapatkan pelajar itu.
“Pergi.. Pergi... Korang semua memang jahanam! Memang patut pun korang terkurung kat sini…” Marah pemuda itu, lemah.
Mya tidak mempedulikannya. Sapu tangan dari poket skirt segera dikeluarkan. Darah di kening dan bibir pemuda itu diusap lembut.
“Awak tak apa-apa?” soal Mya.
Pemuda itu memandang ke wajah Mya, kehairanan. Belum pernah sesiapa yang datang ke situ menyoal soalan sebegitu kepadanya.
“Awak..? Hello? Dah pengsan dengan mata terbuka ke?” Mya memetik jarinya di hadapan wajah pelajar lelaki yang sedang memandang wajahnya tanpa kedip.
“Awak pelajar di perpustakaan hari tu, kan?” Tiba-tiba, pemuda itu menggenggam jemarinya. Hangat terasa. Mya tergamam di situ. Tangan Mya kemudian segera dilepaskan.
“Awak siapa?” Perlahan, pelajar itu bertanya sambil matanya tidak beralih dari memandang Mya. “Saya.. tak pernah... tengok awak pun?” ujarnya tersekat-sekat.
“Saya, Mya. Saya pelajar baru kat sini, sebab tu awak tak pernah tengok saya kut.. Awak pulak siapa?”
Pelajar lelaki itu mengeluh kecil. Pelajar baru? Maknanya..
“Saya Rafeeq. Kita kena pergi dari sini.” Rafeeq cuba berdiri.
“Jom saya bawak awak keluar dari sini. Kita jumpa pengetua. Pembuli-pembuli tu semua harus dihukum!” Tegas Mya.
Cepat-cepat Rafeeq Afzal meletakkan jari telunjuknya di bibir Mya. “Sssssshhhhhh! Jangan bising!”
Bulat mata Mya memandang ke arahnya.“Kenapa pulak?” Jari Rafeeq Afzal ditepis.
“Sebelum tu, awak ni…manusia ke atau sama macam mereka semua kat luar tu??” Rafeeq Afzal yang sudah berdiri, menjauhkan dirinya sedikit.
“Kenapa awak cakap macam tu? Awak ni peliklah.”
“Arghhh! Tak boleh jadi ni.. Kalau terus macam ni, aku boleh jadi gila!” Rafeeq Afzal bermonolog sendirian, seakan Mya tiada di hadapannya.
“Awak cakap apa ni? Saya tak fahamlah. Jom kita jumpa pengetua.”
“Jumpa pengetua?? Kerja gila!”
“Awak tu yang gila!” Mya membantu Rafeeq Afzal yang hampir terduduk untuk bangun semula. Perlahan, mereka menjengah ke luar pintu, dari jauh kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang menuju ke arah stor. “Alamak..itu mereka yang tadi tu, kan?”
“Cepat! Cepat! Kita harus pergi dari sini sebelum mereka tahu!”
“Tapi..”
Lengan Mya ditarik. Gadis itu terpaksa menurut. Mereka berlari menuju ke kawasan kantin. Di situ, tiada sesiapa. Cuma ada Pak Samad, Mak Lela dan Suria yang kehairanan melihat Rafeeq Afzal dan Mya.
“Anak dah tahu ke?” soal Mak Lela seraya mendapatkan Mya. Mak Lela kemudian menarik lengan Mya dan Rafeeq Afzal ke stor kantin. “Duduk diam-diam di sini. Mereka tentu tengah cari kamu berdua…”
“Tapi, Mak Cik.. Kenapa? Kenapa mereka nak cari kami ni? Kami dah buat salah ke?”
“Anak ni masih tak tahu lagi?” Mak Lela mengeluh berat.
Mya memandang tepat ke wajahnya, menunggu penjelasan. Rafeeq Afzal tidak mampu berkata-kata apa-apa lagi. Seluruh badannya rasa sakit-sakit. Sudah dua hari dia dikurung di stor lama sekolah tersebut, tidak dibenarkan keluar, tidak menjamah makanan mahupun minuman. Mereka mahu Rafeeq Afzal mati!
“Cakap apa ni..” Mya terduduk di lantai, seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya daripada Mak Lela. “Semua ni…tak betul!”
“Kalau anak nak dengar kebenaran, itulah kebenarannya.. Tunggu kat sini, sehingga kami suruh keluar.” Mak Lela terus berlalu pergi. Bilik stor terus ditutup rapat dan dikunci.

SM Sri Melati

Adam Benjamin tergamam. Seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dibacanya. Adam Haicarl yang duduk di sebelahnya mengeluh berat. Komputer riba milik Adam Benjamin yang terletak di hadapan mereka direnung lama. Sebaik balik daripada sekolah tadi, Adam Benjamin dan Adam Haicarl terus bergegas ke bilik Adam Benjamin untuk melayari internet, menyambung mencari maklumat tentang sekolah baru Mya selepas pertemuan mereka dengan sepupu mereka itu tempoh hari. Ada keanehan di situ yang mencetus pelbagai persoalan di benak fikiran Adam Benjamin dan Adam Haicarl. Justeru, hari ini, mereka akan mencari penjelasan dan bukti yang kukuh untuk dijelaskan kepada Mya.
“Kalau ikut cakap Mya hari tu, dia cakap nama sekolah dia SM Sri Melati kan? And kita dah pun double check dengan dia malam semalam...” Adam Haicarl mengangguk. Adam Benjamin melonggarkan ikatan tali lehernya. Dia dan Adam Haicarl masih lagi berpakaian sekolah.
Perasaan tidak sedap hati semakin membuak-buak apabila laman web mengenai SM Sri Melati terpapar di skrin komputer. Telefon bimbit segera dicapai, nombor telefon Mya didail. Tiada jawapan.
“Dapat reach dia ke, bang?”
Adam Benjamin menggeleng.
“Sepatutnya, time macam ni, dia dah balik dari sekolah juga… Nak call Aunty Emylia dan Uncle Harris tak?”
“Jangan! Nanti mereka risau. And mereka tentu tak percaya dengan apa yang kita nak cakapkan…” Adam Benjamin meraup wajahnya, bimbang.
How can such thing happen…” Adam Haicarl bingkas bangun. Berjalan mundar mandir di ruang bilik. Sesekali, nombor telefon Mya didail melalui telefon bimbitnya manakala Adam Benjamin masih meneliti maklumat yang terpapar di skrin komputer ribanya. “Abang, Carl memang tak sedap hatilah!” Adam Haicarl akhirnya meluahkan perasaan yang sedari tadi membuku.
“Argh…apa kita nak buat. Macam tak logik je ni!” Adam Benjamin sedikit tertekan. Dia juga risau dengan keadaan Mya. Apa sebenarnya yang berlaku kepada sepupunya itu?
“Kita pergi ke sekolah tu!” Cadang Adam Haicarl seraya menepuk-nepuk bahu Adam Benjamin.
“Macam mana nak ke sekolah tu, kalau sekolah tu memang dah tak wujud lagi! Sekolah tu dah musnah dalam kebakaran pada tahun 1977. Hampir semua pelajar,guru-guru termasuk pengawal sekolah tu terkorban, Haicarl. Kes tu merupakan kes paling teruk pernah berlaku. Siapa sangka, tumpahan bahan kimia di makmal kimia boleh mencetus kebakaran teruk macam tu sekali! Ada pulak yang cakap tragedi tu satu sabotaj.. Takda siapa tahu cerita sebenar.” ujar Adam Benjamin sambil matanya masih tertumpu pada skrin komputer.
“Tak banyak yang tahu tentang kebakaran teruk tu kerana ianya dirahsiakan. Hanya penduduk Bougainvillea Hill yang tahu cerita sebenar. Pelbagai spekulasi dibuat…” sambung Adam Benjamin bersungguh-sungguh.
Adam Haicarl duduk di sofa bersebelahan Adam Benjamin. “Persoalannya sekarang, sekolah apa yang Mya pergi tu? Sekolah hantu???”

SM Sri Melati

“Sekolah….hantu??” Mya menutup mulutnya yang terlopong sebaik mendengar cerita Rafeeq Afzal. “Awak ni, biar betul…”
Rafeeq Afzal tersenyum nipis. “Rupanya awaklah budak baru yang sering mereka bualkan…”
“Ha?”
“Awaklah pelajar yang mereka katakan akan turut menemani saya… dying here…” ujar Rafeeq Afzal perlahan. Kepalanya disandar ke kerusi yang disusun di dalam bilik stor itu.
Mya duduk di sebelahnya. Masih mencongak kebenaran. “Mereka…cakap tentang saya?”
Rafeeq Afzal angguk. “Mereka takkan lepaskan awak. Seperti saya, mereka nak awak stay di sini, dengan mereka…”
“Tapi…”
“Memang macam tak logik, kan? Tapi awak perasan tak dengan riak muka setiap warga sekolah setiap kali mereka melihat awak? Awak lihat muka mereka yang pucat? Senyuman mereka yang sinis? Tangan mereka yang sejuk?”
“Tapi itu tak membuktikan mereka tu hantu. Saya tahu! Ini semua gurauan je kan?”
Rafeeq Afzal tergelak kecil. Tali leher di kolar kemeja ditarik malas lalu dibalut di buku limanya yang kemerahan, lebam.
“Masa tu, masa kelas Biologi. Saya dan pelajar lain duduk di dalam lab. Semua mata memandang tepat ke papan hitam, Cikgu Asmah sedang mengajar sambil berlegar di dalam lab. Saya bermain dengan pensel di tangan, dan dengan tak sengaja, pensel saya jatuh. Saya tunduk mengambilnya. Saya lihat dari celah kaki saya, kaki Cikgu Asmah yang sedang melangkah di belakang saya tak cecah lantai. Saya rasa saya bermimpi, lalu saya minta kebenaran untuk ke toilet.
Dalam perjalanan, saya tak lihat sekolah ni macam sekolah yang saya tengok sebelum ni. Semuanya perlahan-lahan bertukar usang, hitam… Saya tahu, ada sesuatu yang tak kena. Saya ingin keluar dari sekolah ni tapi mereka dapat macam dapat tahu apa yang saya sedang rancang. Dan sejak hari itu, saya sering diugut.. Masa awak jumpa saya di perpustakaan tu, saya tengah bersembunyi dari mereka tapi macam yang awak dah tengok, saya masih tetap dijumpai dan dibelasah teruk. Mereka rasa saya takkan dapat lari dari sekolah ni tetapi entah mengapa, semalam mereka membelasah saya teruk dan mengambil keputusan untuk mengurung saya dalam stor, tempat di mana awak jumpa saya tadi…”
Meremang bulu roma Mya mendengar cerita Rafeeq Afzal. Hujan semakin lebat di luar.
“Awak masih tak percaya lagi? Mak Lela,Pak Samad dan Suria tu bukan manusia… Awak tak percaya?”
“Kenapa mereka baik dengan saya?”
“Mungkin sebab awak baik dengan mereka?”
Mya tunduk memandang lantai. “Apa yang kita lihat sebelum ni…semuanya… tak betul?”
“Mereka kaburkan mata kita. Dulu pun, saya boleh balik rumah dan ke sekolah semula seperti pelajar sekolah biasa. Tetapi, lepas saya tahu kebenaran tentang SM Sri Melati, mereka tak benarkan saya pergi. Mereka roh jahat yang tak tenteram.”
Air mata Mya mula bergenang. Takut dan sedih menyelubungi dirinya. Mengapa itu harus terjadi pada dirinya? Apa yang mampu dia lakukan?
Habis Zaheen…yang aku jumpa, teman aku berbual hari-hari sebelum ni tu, bukan manusia? Ya Tuhan! Kenapa ini harus terjadi? Apa yang harus aku lakukan? Aku tak nak mati di sini!
Dari dalam stor, Rafeeq Afzal dan Mya dapat mendengar ramai suara dari luar. Kedengaran satu suara garau sedang menyoal Pak Samad, Mak Lela dan Suria.
“Suara siapa tu?” soal Mya separuh berbisik.
“Itu suara Encik Zaquan!” balas Rafeeq Afzal.
Mereka terus mendengar perbualan antara Encik Zaquan dan keluarga Pak Samad. Pak Samad menidakkan kehadiran Rafeeq Afzal dan Mya di kantin sekolah dan mencadangkan Encik Zaquan meninjau kawasan padang. Mya rasa bersyukur dan harapan untuk segera meninggalkan sekolah itu semakin menggunung.
“Mereka takda kat sini.”
Mya tersentak. Dia kenal benar dengan suara itu. Itu suara Zaheen Irfan.
“Mungkin betul cakap, Pak Samad. Mereka tahu kita akan mencari mereka di kantin ni sebab kantin nilah yang paling dekat dengan stor lama tu.” Zaheen cuba meyakinkan Encik Zaquan.
“Baiklah. Kita kena cari sampai dapat. Saya pengetua di sini! Mereka tak akan tinggalkan sekolah ini tanpa kebenaran saya!”
Seram. Mya meraup wajahnya yang nyata kaget. Rafeeq Afzal menyentuh bahunya.
“Kita akan tinggalkan tempat ni.” Rafeeq Afzal cuba meyakinkan Mya yang seperti hilang semangat. Mya angguk.
Keadaan di luar senyap kembali. Rafeeq Afzal perlahan membuka pintu stor, meninjau keadaan di luar kantin. Pak Samad, Mak Lela dan Suria sedang bercakap-cakap, seperti membincangkan sesuatu. Rafeeq Afzal menutup pintu semula apabila seorang pelajar lelaki mendekati keluarga Pak Samad.
“Macam mana?”
“Ssshhh!” Cepat-cepat Rafeeq Afzal menutup mulut Mya. “Ada seorang pelajar lelaki di luar dengan keluarga Pak Samad.”
Tiba-tiba, pintu bilik stor dibuka. Di situ, berdiri Pak Samad dan Zaheen Irfan. Mya dan Rafeeq Afzal masing-masing berpandangan sesama sendiri.
“Zaheen dan keluarga pak cik akan tolong kamu berdua tinggalkan tempat ni. Encik Zaquan tak boleh simpan kamu di sini, dengan kami… Pak cik takkan benarkan tu berlaku. Cepat tinggalkan kantin ni, Zaheen akan tunjukkan jalan keluar.” Arah Pak Samad.
Sebelum meninggalkan kantin, Mya menoleh ke arah Pak Samad, Mak Lela dan Suria yang sedang melambai ke arah mereka. Mya rasa sedih. Alangkah bagusnya, kalau dia mampu menghentikan semua ini. Alangkah bagusnya semua ini hanya mimpi. Keluarga Pak Samad memang baik hati. Mengapa itu harus menjadi takdir mereka.
“Cepat, Mya..” Rafeeq Afzal menggenggam erat jemari Mya. Zaheen melangkah di hadapan sekali, meninjau keadaan blok kelas, takut gerak geri mereka dikesan. Hari sudah beranjak malam. Hujan masih turun mencurah-curah. Keadaan semakin genting untuk Mya dan Rafeeq Afzal.
“Itu mereka!”
Pekikan itu membuatkan Zaheen, Mya dan Rafeeq Afzal bertambah panik. apabila Mereka berlari meninggalkan blok kelas itu menuju ke kawasan padang. Dalam perjalanan, Rafeeq Afzal tersungkur. Saat itu, sekumpulan besar pelajar yang diketuai Encik Zaquan sudah menghampiri mereka.
“Tolong, Zaheen.. Bawa Mya pergi dari sini! Jangan biarkan mereka apa-apakan Mya.”
“Tapi, Rafeeq…” Mya serba salah.
“Cepat!!!” Tegas Rafeeq Afzal. Mya dan Zaheen berlari pergi, bersembunyi di sebalik tangga blok. Rafeeq Afzal tertiarap di padang sekolah apabila  satu tendangan hinggap di rusuk kirinya.
Zaheen memandang tepat ke wajah Mya. Gadis itu berlinangan air mata melihat Rafeeq Afzal dibelasah teruk.
“Awak nak selamatkan dia?” Perlahan suara itu menyapa Mya. Mya lantas mengangkat muka.
“Dah tentu!”
“Awak boleh selamatkan dia...tapi…”
“Tapi apa, Zaheen? Kita kena cepat! Kalau tak, dia akan mati, Zaheen! Dia akan mati!” Mya menekan-nekan suaranya.
“Awak kena tinggal dengan saya..di sini.” Bulat mata Mya memandang ke arah Zaheen di sebelahnya. Wajah pucat dan mata yang redup itu tidak lagi menenangkan Mya tetapi membuatnya berasa seram.
“Apa..yang awak cakap ni, Zaheen?” Jemari Mya diraih. Mya cuba menepis tetapi genggaman Zaheen sangat kuat. Mya tidak mampu melawannya.
“Saya sayangkan awak.” Air mata mengalir dari mata yang redup itu.
Mya rasa terharu. Dia juga sayangkan Zaheen tetapi semua itu tidak mungkin. Zaheen tidak lagi hidup dan bernafas sepertinya.“Cepat selamatkan Rafeeq! Saya akan tinggal dengan awak!” Akhirnya, kata-kata itu terkeluar dari mulut Mya. Tidak sanggup dia melihat Rafeeq Afzal dibelasah sehingga mati di hadapan matanya. Dia harus menghentikannya.
“Awak tinggal dengan saya.” Zaheen tersenyum memandang wajah Mya yang hanya mampu melinangkan air mata.
Itulah kata-kata terakhir daripada Zaheen sebelum dia keluar dari tempat persembunyian, menuju ke arah pelajar-pelajar yang sedang mengerumuni Rafeeq Afzal. Dari jauh, Mya lihat Zaheen sedang bercakap sesuatu dengan kumpulan pelajar itu. Mereka membawa Rafeeq Afzal ke suatu tempat. Sebelum itu, Zaheen sempat memberi isyarat untuk Mya mengekori mereka.

SM Sri Melati

“Pak Cik ke yang terselamat daripada kebakaran sekolah tu?” soal Adam Benjamin bersungguh-sungguh. Lelaki lingkungan 40-an  itu merenung ke rintik hujan lebat di luar rumah. Dia kemudian menyuruh isterinya menutup pintu rumah batu dua tingkat itu.
“Macam mana kamu berdua tahu alamat aku ni?” Soal lelaki itu selepas isterinya siap menghidangkan teh panas berlalu masuk ke dalam semula.
“Kami siasat latar belakang Pak Cik melalui akhbar tahun 1977.” Jawab Adam Haicarl. “Kami nak tahu tentang kebakaran SM Sri Melati. Sekolah tu sebenarnya wujud atau tak?”
Lelaki dengan kumis nipis itu tergelak kecil. “Seperti yang kamu baca, sekolah tu dah musnah dalam kebakaran akibat letupan bahan kimia. Bermula dari makmal sekolah, ke blok kantin dan kelas-kelas. Sekolah tu mana ada wujud lagi. Tu..tapaknya kat atas bukit tu pun dah hampir 100% musnah ditelan masa. Hutan je yang ada!”
Adam Benjamin dan Adam Haicarl berpandangan sesama sendiri. Agak lama juga mereka mencari lelaki itu, yang dianggap mereka satu-satunya pelajar SM Sri Melati yang berada di tempat kejadian dan terselamat pada hari kebakaran berlaku. Ada juga mangsa lain yang terselamat tetapi kebanyakannya sudah berhijrah ke tempat lain yang jauh dari situ. Lewat petang tadi, mereka terus bergegas ke Bougainvillea Hill dan kembali semula ke SevenStreet sebaik mendapati, orang yang mereka cari itu sudah berpindah ke SevenStreet.
Demam Mak Jah yang berlarutan merisaukan Pak Mael. Kebetulan, Pak Mael mengarah Adam Benjamin untuk menjenguk Mya di sekolah kerana dia menjaga Mak Jah yang dimasukkan ke hospital. Lantas Adam Benjamin memberitahu Pak Mael, Mya akan tidur di rumahnya malam ini. Dia tidak mahu misteri kehilangan Mya membuatkan Pak Mael dan Mak Jah bertambah risau. Keadaan Mak Jah mungkin akan bertambah buruk.
“Jadi, SM Sri Melati tak didirikan semula?” soal Adam Haicarl, cuba mencipta harapan bahawa sekolah di mana Mya bersekolah itu sememangnya wujud. Lelaki yang lebih senang dipanggil Pak Cik Ilham itu diam sejenak menikmati teh panas yang baru dihidang. Dingin yang membungkam terasa sedikit reda.
“SM Sri Melati digantikan dengan SM Sri Meranti. Pada mulanya, nak didirikan di tapak yang sama tapi entah mengapa, setelah fasa pertama siap, ianya dirobohkan semula. Mereka cakap tempat tu keras. Jadi mereka pindah, bina sekolah tu kat tapak lain..”
Adam Benjamin dan Adam Haicarl berpandangan sesama sendiri. Mya masih tidak dapat dihubungi. Risau menular dalam diri mereka.  Jam di dinding menunjukkan pukul 8.30 malam. Kalau tidak kerana Adam Benjamin dan Adam Haicarl bertungkus lumus mencari maklumat tentang SM Sri Melati dan menyiasat mangsa yang terselamat, mereka tidak akan mencari Mya selewat ini. Mereka malah telah ke tapak SM Sri Melati yang lama. Memang tidak ada apa-apa di situ. Cuma hutan tebal bersama tembok-tembok simen usang yang mungkin merupakan fasa pertama SM Sri Menanti yang tak diroboh 100%.
“Macam mana Pak Cik boleh terselamat sedangkan banyak yang lain tak dapat selamatkan diri?” Pak Cik Ilham menarik nafasnya dalam-dalam.
“Kami yang selamat ni tak sampai sepuluh orang pun. Mungkin belum sampai ajal.. Kami panjat tembok sekolah. Itupun dengan sepenuh kudrat nak hidup. Dengan kuku-kuku patah sebab perlu cakar tembok masa mendaki.. Memang sengsara... Aku ingat lagi dengan seorang kawan aku tu. Nama dia Zaheen..” Pak Cik Ilham tunduk. “Kalaulah dia tak balik semula ke asrama hari tu, tak mustahil dia pun hidup macam aku sekarang... Tapi dia nak balik jugak.. Ada barang tertinggal katanya... Zaheen.. Zaheen..” Pak Cik Ilham diam sejenak. Air matanya sedikit bergenang. Cepat-cepat dia menyeka air mata yang mahu tumpah. Tragedi hitam itu masih segar dalam ingatan. Malah dia sendiri masih bermimpi ngeri tentang tragedi malang itu sehingga kini.
Adam Benjamin dan Adam Haicarl yang menyedari Pak Cik Ilham sedang membaca al-Fatihah buat arwah turut berbuat yang sama. Pak Cik Ilham kemudian menyambung ceritanya.
“Hmm....Tapi kudrat nak hidup buat kita lupa tentang sakit... Ni, kaki aku ni… Tak sekuat dulu. Bukannya tulang, besi kat dalam ni!” Pak Cik Ilham menepuk-nepuk betis kirinya.
“Sekolah tu memang ketat pengawasannya. Kami ada pengetua yang sangat tegas dan garang. Dialah yang mengarah agar tembok dibina di sekeliling sekolah. Pagar masuk ke sekolah bukan main lagi tinggi... Berada dalam sekolah tu, kamu takkan dapat tengok kawasan luar, melainkan kamu berada di tingkat paling atas blok.
Encik Zaquan. Nama tu takkan pernah aku lupakan. Masa persekolahan, pintu pagar utama akan dikunci. Itulah satu-satunya pintu keluar dari kawasan sekolah tu. Gila tak gila? Dan masa kebakaran tu pula, pengawal yang bertugas menjaga pintu pagar tu takda di pondok pengawal. Entah ke mana dia pergi dengan kunci pintu pagar tu sekali. Kamu beritahu aku, macam mana mereka nak lepaskan diri? Masa tu, Bougainvillea Hill mana ada balai bomba. Ada pun yang terdekat, makan masa dekat nak sejam baru boleh sampai. Sebab tu, mereka tak dapat diselamatkan. Korang tak pernah tengok Bougainvillea Hill yang dulu.. memang jauh sangat perbezaanya dengan hari ini... Hmm...
Aku dan beberapa orang kawan aku sempat turun bukit sebelum kami dengar satu letupan besar… Masih terngiang-ngiang di telinga, jeritan pelajar-pelajar dan warga sekolah tu. Amat dahsyat. Semuanya berlaku begitu pantas. Sekelip mata je, semuanya musnah.” Air mata Pak Cik Ilham bergenang. Cepat-cepat dia meraup wajahnya, menyembunyikan kesedihannya. Dia sendiri tidak menyangka, dia masih dapat melihat dunia hari ini.
“Di mana tapak sebenar SM Sri Melati?” Adam Benjamin bersuara. Dia ingin memastikan kedudukan sebenar SM Sri Melati walaupun tadi mereka sudah ke sana. Dia yakin Mya ada di sana.
“Di atas Bukit Raya. Kenapa kamu berdua ni berminat sangat tentang SM Sri Melati sampai sanggup menyiasat tentang aku dan cari aku di sini?” Akhirnya, soalan itu diajukan oleh Pak Cik Ilham setelah bercerita panjang lebar.
“Kami..kami nak buat kajian tentang letupan yang memusnahkan SM Sri Melati.” Balas Adam Haicarl, berdalih.
“Ya ke? Dengar cerita, letupan tu memang mereka anggap disebabkan tumpahan bahan kimia di makmal kimia, macam yang aku cakap tadilah.. Aku tak tahulah apa nama saintifik bahan kimia yang menyebabkan kebakaran dan letupan tu. Aku dulu bukannya terer kimia sangat pun! Masa tu, matapelajaran Kimia bukannya penting pun..”
Adam Benjamin dan Adam Haicarl tersenyum nipis.
“Kalau macam tu, kami nak minta diri dululah, Pak Cik. Terima kasih kerana sudi bercerita panjang dengan kami ni. Pak Cik memang banyak membantu!” Adam Benjamin dan Adam Haicarl bingkas bangun dan bersalaman dengan Pak Cik Ilham.
Adam Benjamin dan Adam Haicarl kemudian berlari masuk ke dalam kereta.
“Macam mana ni, bang? Pak Cik Ilham tu cakap tadi, SM Sri Melati memang atas bukit tu!”
“Adik pun tengok tadi masa kita pergi tempat yang Mya bawa kita pergi semalam,kan? Memang takda apa-apa kat situ.” Adam Benjamin sudahpun memecut meninggalkan perkarangan banglo Pak Cik Ilham.
“Kita pergi tengok sekali lagi. Mungkin mata kita yang dikaburi… Kenapa Pak Mael yang hantar Mya pagi-pagi boleh nampak sekolah tu, kita tak boleh?” Daiym Benjamin menjungkit bahu.
“Kita ke Bougainvillea Hill sekarang.”
Kereta kemudian dipandu semakin laju menuju ke Bougainvillea Hill. Hujan lebat yang turun sejak petang tadi mulai reda.

SM Sri Melati

Zaheen menawarkan diri untuk menjaga Rafeeq Afzal yang terkulai di hadapan blok pentadbiran sementara pelajar-pelajar lain masih berlegar-legar di kawasan sekolah mencari Mya. Mya hanya bersembunyi di atas pokok berdekatan dewan utama. Dari situ, dia dapat melihat Rafeeq Afzal dan Zaheen Irfan.
“Aku jaga budak ni. Korang cari perempuan tu. Aku rasa, dia masih ada dalam sekolah ni.”
“Tapi kalau budak lelaki ni lari macam mana?”
“Kau tengok dia ada tenaga ke untuk lari? Mampu ke dia lari?” kata-kata Zaheen meyakinkan pelajar lain dalam kumpulan itu. Mereka kemudian beredar. Zaheen memberi isyarat untuk Mya pergi dari pokok itu dan bersembunyi di kawasan pondok pengawal. Mya menurut.
Zaheen membantu Rafeeq Afzal melangkah menuju ke pondok pengawal. Mya tentu sudah berada di  situ.
“Kau suka kat, Mya tu ke?” soal Rafeeq Afzal tiba-tiba semasa mereka duduk bersembunyi di belakang dewan sekolah.
“Ya.” Ringkas sahaja jawapan itu. “Aku tolong kau ni pun sebab dia.”
“Tapi kau bukan manusia… Mana boleh dengan dia tu. Dia tu macam aku ni tau.. Berdarah. Bernafas. Berpijak di tanah.”
Zaheen memandang tepat ke wajah Rafeeq Afzal yang masih lagi mampu tersenyum saat-saat begitu.
“Kau nak ke orang yang kau sayang jalani hidup yang kau jalani sekarang?”
“Dia akan tinggal dengan aku. Dahlah! Kita gerak sekarang.” Zaheen membantu Rafeeq Afzal melangkah meninggalkan kawasan belakang dewan sekolah menuju ke pondok pengawal. Zaheen mengeluh kecil. Kata-kata Rafeeq Afzal tadi seakan-akan menyentap hatinya. Aku ni terlalu pentingkan diri sendiri ke…? Aku tak boleh buat begitu kepada orang yang aku sayang… Patut ke aku biarkan dia pergi?
“Ini kunci skuter!” Mya meletakkan kunci skuternya ke dalam tangan Rafeeq Afzal. “Awak kena cepat!”
“Awak ingat dia boleh bawa skuter awak tu dalam keadaan dia macam ni ke?”
Mya memandang tepat ke wajah Zaheen Irfan. Tadi, bukan ke aku yang telah menggantikan nyawa Rafeeq Afzal dengan nyawa aku? Zaheen nak aku tinggal bersamanya di sini. Zaheen dah ubah fikiran?
“Awak dan dia akan tinggalkan tempat ni....bersama.”
Bulat mata Mya memandang wajah Zaheen di hadapannya. “Terima kasih, Zaheen!” Mya mencapai jemari Zaheen Irfan. “Terima kasih!”
“Sekurang-kurangnya awak boleh hidup untuk saya.”
Sayu jawapan itu menyentuh hati Mya. Air matanya mula bergenang.
“Kau buat keputusan yang bijak. Aku akan jaga dia untuk kau.” Bisik Rafeeq Afzal ke telinga Zaheen Irfan. Zaheen memandang wajah Rafeeq Afzal disebelahnya. Senyuman kemudian diukir.
“Aku nak kau buat sesuatu untuk aku.” Ucap Zaheen kepada Rafeeq Afzal. Mya turut memberikan perhatian.
“Apa dia?”
“Aku nak kau jumpa keluarga aku, dan bagi mereka ni.” Zaheen mengunjuk seutas gelang kristal kepada Rafeeq Afzal. “Ini untuk adik aku, Irish Rasya. Sepatutnya, aku balik ke rumah pada hari kebakaran tu berlaku untuk bagi dia ni, sempena hari lahir dia. Dia nak sangat gelang ni. Tapi, aku dah tak boleh...” Zaheen tidak menghabiskan kata-katanya.
Rafeeq Afzal  menyimpan gelang kristal ke dalam poket seluarnya. “You can count on me, my ghost friend!” Rafeeq Afzal menepuk-nepuk bahu Zaheen Irfan.
“Dan satu lagi…”
“Apa lagi?”
“Buat seperti apa yang kau bisik pada aku tadi!”
Rafeeq Afzal tersengih.
“Apa yang awak cakap kat Zaheen?” soal Mya ingin tahu. Rafeeq Afzal dan Zaheenhanya membalasnya dengan senyuman. Persahabatan mereka seakan sudah lama terjalin. Jauh di sudut hati Mya dan Rafeeq Afzal, perasaan sedih terbit untuk Zaheen Irfan.
“Zaheen! Ini kunci pagar sekolah!” Pak Samad tiba-tiba muncul membuatkan Zaheen Irfan, Mya dan Rafeeq Afzal tersentak. “Cepat! Mak cik dan anak pak cik sedang lengahkan pengawal tu!”
“Cepat, Mya! Awak dan Rafeeq kena tinggalkan tempat ni sekarang!” Arah Zaheen.
“Terima kasih, Zaheen. Sampaikan ucapan terima kasih saya pada Mak Lela dan Suria juga!” Ucap Mya.
“Terima kasih banyak!” Rafeeq Afzal turut bersuara.
Mya dan Rafeeq Afzal segera menuju ke arah tempat skuter Mya diparkir. Dia menghidupkan enjin skuternya pantas. Serentak itu, pengawal yang sedang berlegar berdekatan pagar utama sekolah menoleh. Rafeeq Afzal melompat ke atas skuter. Mya memecut laju ke pintu pagar sekolah. Pengawal itu cuba menghalang perjalanan mereka menyebabkan Mya tidak dapat mengimbangi skuternya. Mereka terus terjatuh.
Rafeeq Afzal semakin panik. Ah!! Shite!!!!! Aku tak boleh mati hari ni! Hari ini saja peluang untuk aku keluar dari sekolah ni!!
Dari jauh kelihatan Encik Zaquan dengan warga sekolah sedang menuju ke arah mereka dengan wajah yang bengis dan menakutkan. Mya dan Rafeeq Afzal kaget. Pak Samad, Mak Lela dan Suria segera menahan pengawal tersebut daripada mendapatkan Rafeeq Afzal dan Mya yang sedang cuba menghidupkan skuter semula manakala Zaheen sibuk membuka pintu pagar utama sekolah.
“Berhenti!!!!” Pekik Encik Zaquan.
Mya dan Rafeeq Afzal tidak boleh dibiarkan pergi meninggalkan SM Sri Melati selepas mengetahui kebenaran mengenai warga sekolah yang sudah tidak wujud lagi itu.
Mya sempat memandang ke arah kumpulan pelajar yang semakin hampir. Shite!!! Time ni jugaklah kau ni nak jatuh… Nyawa kami dalam tangan kau wahai Encik Skuter!
Mya dan Rafeeq Afzal cepat-cepat naik ke atas skuter semula. Pintu pagar utama sekolah akhirnya dibuka. Mya cuba menghidupkan enjin skuter tetapi masih gagal. Why now?!!!! Why????!!
“Mya! He’s coming!! Mereka dah datang dekat tu!! Cepat!!” Rafeeq Afzal menepuk-nepuk bahu Mya di hadapannya.
“Awak buat saya makin panik la, Rafeeq!” Mya berdoa dalam hati agar skuternya dapat dihidupkan dengan segera.
“Maaf, tapi si Zaquan tu betul-betul ada kat bela.......”
Encik Zaquan hampir saja menyentuh belakang Rafeeq Afzal apabila enjin skuter dapat dihidupkan. Tanpa berlengah, Mya terus memecut keluar.
Zaheen mengunci semula pintu pagar tersebut sebelum membuang kunci itu ke luar sekolah. Kali ini, pintu pagar SM Sri Melati tidak akan dibuka untuk sesiapa lagi! Selamat tinggal, Mya…
Hujan sudah reda tetapi angin masih bertiup kencang. Sayup-sayup kedengaran jeritan dan tangisan dari SM Sri Melati. Mya seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dilaluinya. Dia menarik nafasnya dalam-dalam. Mya dan Rafeeq Afzal menoleh ke belakang, ke arah SM Sri Melati. Tiada pintu gerbang di mana tertulis gah SM Sri Melati, tiada lagi tembok tinggi mengasingkan kawasan sekolah, tiada lagi pintu pagar besi yang tinggi dan bangunan sekolah yang suram dan usang. Yang ada cuma hutan dan kegelapan.
Selamat tinggal SM Sri Melati.. Selamat tinggal, Zaheen….

SM Sri Melati

“Itu Mya!” Adam Benjamin segera memutar stereng, hajatnya untuk ke tapak SM Sri Melati dimatikan apabila melihat Mya lalu di tepi keretanya. Dia menyaingi skuter Mya.
“Benjy!” Mya sedikit terperanjat. “Korang berdua buat apa kat sini?” Mya meninggikan suaranya agar didengari Adam Benjamin dan Adam Haicarl yang berada di dalam kereta. Skuternya diperlahankan.
“Kami cari kau! Kau takkan percaya dengan apa yang kami nak bagitau kau!” tukas Adam Benjamin.
“Dan korang takkan percaya dengan apa yang dah aku lalui!” Balas Mya bersungguh-sungguh.
“Tapi, Mya sebelum tu, siapa kat belakang kau tu?” Aju Adam Benjamin sebaik melihat pemuda berpakaian sekolah seperti Mya sedang terkulai di belakang Mya.
“Ni Rafeeq! Budak SM Sri Melati..” Adam Benjamin dan Adam Haicarl berpandangan sesama sendiri. Tak mungkin sebab SM Sri Melati tidak wujud!
“Err….apa-apalah! Dia pengsan tu!” tukas Adam Haicarl bersungguh-sungguh.
Mya tersentak. Patutlah dia sedap terlentok kat belakang aku, rupanya dia pengsan! God, Rafeeq!
“Kau pindahkan sajalah dia tu ke kereta kami ni, kami akan drive ke hospital terdekat.” Cadang Adam Benjamin.
“Tak apalah, Benjy! Aku nak cepat! Kereta kau tu besar sangat, susah nak get through traffic. Kita jumpa di hospital!” Mya meletakkan kedua belah tangan Rafeeq Afzal di pinggangnya sebelum memecut laju meninggalkan kereta Adam Benjamin dan Adam Haicarl.
Sepuluh minit kemudian, mereka sampai di Hospital Kenanga Mega. Rafeeq Afzal segera dirawat lalu dimasukkan ke wad.
“Kau okey, Mya?” Adam Benjamin mengunjuk gelas kertas berisi kopi panas kepada Mya yang sedang duduk di kerusi menunggu di luar bilik wad.
Thank,God I’m okay! Thanks for the coffee!” Kopi panas itu dihirup perlahan. Dingin yang tadinya mencengkam reda sedikit.
“Kau tahu tentang SM Sri Melati tu??” soal Adam Benjamin lagi. Mya angguk.
“Haicarl dah ceritakan semuanya pada aku masa kau pergi beli kopi tadi… Memang gila, kan? Patutlah baju seragam aku ni lusuh semacam.. Baru hari ni aku nampak semua…” Mya tersenyum seraya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia masih tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dilaluinya.
“Aku ingat, si Rafeeq tu hantu SM Sri Melati!” Kata-kata Adam Haicarl membuatkan Mya tergelak.
“Dia sama macam aku, stuck dalam dunia lain. Sounds crazy, right? But that’s the truth! Rupanya, dah hampir seminggu dia hilang…” jelas Mya. “Mereka dah pun hubungi keluarga dia.”
“Ceritalah kat kami pengalaman kau tu!” Adam Benjamin sungguh-sungguh menunjukkan minatnya. Tangan dimasukkan ke dalam poket depan sweater kelabu yang tersarung di badan.
Mya tergelak kecil. “Nantilah aku cerita. Penat ni!”
“Yalah, abang ni..” Pemuda yang berbaju T gambar Pink Floyd yang duduk di sebelah Mya menepuk bahu Adam Benjamin. “Kalau ya pun, bagilah dia habiskan kopi tu dulu!”
“Aku nak balik rumah dululah. Nak mandi. Nak jumpa Mak Jah dan Pak Mael nanti, takut mereka syak pula tengok aku macam ni. Korang cakap aku tidur di rumah korang kan?” Mya memandang keadaan dirinya yang tidak terurus, dengan pakaian seragam yang lembab dan kotor.
“Kalau macam tu, kau dengan Benjy naik kereta. Biar aku bawa skuter kau tu. Kau tidur di rumah kami je lah malam ni. Nanti aku beritahu Mummy and Daddy…”
“Betul ni, Haicarl? Tak menyusahkan ke?”
“Taklah! Skuter kau ni tinggal kat hospital ni dululah... Esok kau ambil balik. Kita ke SeventStreet naik kereta.” Adam Haicarl menjelaskan cadangannya.
“Okiedokie! After all that happen today, aku pun tak berani nak sleep alone!” Mya tersengih.
“Pakai sweater ni dulu.” Adam Benjamin menanggalkan sweater dari badannya lalu diberikan kepada Mya. Baju T Nike berwarna hitam yang dikenakannya sudah cukup untuk mengurangkan kedinginan malam. Baginya, Mya lebih memerlukan. “Nanti demam pulak kau nanti..”
Thanks! Baik pula korang dengan aku malam ni, kan? Hehe…”
Adam Benjamin dan Adam Haicarl hanya membalas kata-kata itu dengan senyuman. Mereka memang sayangkan Mya seperti adik mereka sendiri.
“Korang tunggu sini sekejap, aku nak jumpa Rafeeq.”
“Okey!”
Mya melangkah masuk ke bilik wad. Rafeeq Afzal sedang terbaring di katil. Pakaiannya sudah ditukar dengan pakaian pesakit di hospital tersebut. Luka-luka dibadannya sudahpun dirawat dan ditampal dengan plaster.
“Ingatkan awak dah balik..” Rafeeq Afzal mengukir senyuman.
“Saya cuma nak tengok keadaan awak. Lepas ni, saya akan ke SevenStreet, tinggal dengan sepupu saya untuk sementara waktu.”
“Oh. Awak tak nak tinggal kat Bougainvillea Hill ni lagi ke?” soal Rafeeq Afzal ingin tahu.
“Tak tahu lagi.”
“Sekurang-kurangnya awak kena tinggal di sini beberapa hari lagi dan berjumpa dengan saya.”
And why should I?” Berkerut dahi Mya memandang ke arah Rafeeq Afzal. Pemuda itu tersenyum.
“Temankan saya untuk tunaikan permintaan akhir Zaheen?” Perlahan, Rafeeq Afzal mengingatkan Mya.
Mya tunduk. “Ya. Permintaan sahabat kita yang seorang tu…” Mya terasa sebak mengingat semula pertemuannya dengan Zaheen dan hari-hari yang mereka lalui bersama selepas itu. Semuanya seperti sebuah mimpi.
“Awak okey, Mya?”
I’m okay. Saya dah hilang seorang kawan baik.. Susah nak dapat kawan baik macam Zaheen…”
“Saya kan ada? Awak tak nak kawan dengan saya ke?”
Mya tersenyum. Rafeeq Afzal memang seorang yang peramah dan ceria, walaupun setelah apa yang dilaluinya.
“Doktor ada cakap bila awak boleh keluar dari hospital ni?” Mya mengubah topik.
“Esok.”
Is it? Macam mana saya nak jumpa awak?”
“Hm, esok pukul 12.37 petang di Thai Flava Restaurant. Saya belanja awak lunch.”
“Thai Flava Restaurant tu takda masalah cuma…why 12.37pm?”
“Sebab saya suka nombor tujuh??”
Mya tergelak.
“Lucu sangat ke?”
“Awak memang extraordinary..” balas Mya. Tawanya masih berbaki. “See you tomorrow then! Get enough rest, yah!
“Hey!”
Mya yang baru sahaja membuka pintu bilik wad, pantas menoleh.
Thanks! For everything.” Ucap Rafeeq Afzal ikhlas. Kalau tiada Mya, dia mungkin tidak akan keluar dari SM Sri Melati selama-lamanya. Dia berhutang nyawa dengan Mya. Tiada benda lain atau wang ringgit yang boleh membalas jasa Mya kepadanya. Gadis itu sanggup menggadai nyawa untuknya. Semudah itu Mya melupakan semuanya hanya kerana ingin menyelamatkan Rafeeq Afzal. Siapa sangka ada insan semulia itu?
Always welcome, Rafeeq! See you tomorrow!

SM Sri Melati

Masih terbayang-bayang di mata Mya saat Puan Irish Rasya merangkul tubuhnya erat. Pada mulanya, wanita lewat 30-an itu tidak percaya akan cerita Mya dan Rafeeq Afzal. Selepas mereka memberikannya gelang kristal berwarna merah jambu, barulah Puan Irish Rasya percaya.
Gelang kristal bertatah emas itu milik Puan Irish Rasya, hadiah pemberian ayahnya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, gelang itu disimpan oleh Zaheen kerana arwah berpesan, gelang kristal itu hanya akan dihadiahkan kepada Puan Irish Rasya semasa hari lahirnya yang ke-18. Sebab itulah Zaheen sentiasa membawa gelang itu ke mana sahaja dia pergi. Dan semua itu sudah tertulis pada wasiat arwah ayahnya berpuluh tahun dahulu.
Rafeeq Afzal dan Mya dipeluk erat oleh semua ahli keluarga Zaheen sebelum mereka berdua meninggalkan rumah banglo dua tingkat itu. Masing-masing mengalirkan air mata. Sedih mengenang pemergian satu-satunya anak lelaki keluarga itu. Mya turut merasa kesedihan itu. Zaheen digambarkan sebagai seorang yang taat perintah orang tua walaupun kadang-kadang agak nakal. Sayangnya pada Puan Irish Rasya amatlah tinggi, melampaui segalanya.
“Zaheen tentu gembira kalau dia tahu, adik dia dah dapat apa yang sepatutnya dia dapat darinya…” Rafeeq Afzal memulakan perbualan. Sesekali, dia menyudu kek mint cheese ke dalam mulutnya. Keadaan di Mika Cake House agak penuh dengan pengunjung. Petang-petang begini, kedai kek itu memang sering menjadi tumpuan di Bougainvillea Hill.
“Tentulah.” Ringkas jawapan itu. Mya masih mengenangkan Zaheen Irfan. Mereka tadi sempat ke tapak SM Sri Melati selepas ke rumah keluarga Zaheen di Bougainvillea Hill. Mya dan Rafeeq Afzal tidak lagi dapat melihat kewujudan sekolah itu. Yang ada cuma hutan dan tiang-tiang usang, tapak SM Sri Menanti yang tidak sempat disiapkan. Dan di hutan itu, di bawah sepohon ara, di mana Mya dan Rafeeq Afzal menjumpai beg sekolah mereka.
“Awak okey, Mya?” soal Rafeeq Afzal menyedari tingkah laku Mya yang lebih banyak mendiamkan diri selepas kunjungan mereka ke rumah Zaheen tadi.
“Hm? Yea, sure! Do I look not okay?
“Ya?”
Do I?” Bulat mata Mya memandang wajah tampan Rafeeq Afzal. Wajah kacukan Filipina dan Melayu itu terzahir jelas di wajah Rafeeq Afzal. Mana tidaknya, ibunya berketurunan Filipina manakala ayahnya berketurunan Melayu.
Ofcourse! Kenapa dengan awak ni? Cakaplah… Saya sudi mendengarnya.” Rafeeq Afzal menopang dagu, memandang tepat ke wajah Mya di hadapannya.
Mya tergelak kecil. “Nothing. I’m okay.” Gadis berbaju Mango Basic Tee warna hijau itu pantas menjawab.
“Ya ke? Macam tak okey je…” Rafeeq Afzal menduga. “Hm, Mya.. Saya hairanlah. Macam mana awak boleh ke SM Sri Melati?”
“Oh, it’s actually my driver’s fault. Dia silap dengar. I don’t blame him 100% lah because my mummy buat panggilan jauh. Mungkin tak berapa clear… So, dia salah dengar. Sepatutnya SM Sri Meranti…”
Really? And bagaimana reaction dia bila dia tahu yang sekolah tu tak wujud?”
Surprise lah ofcourse! Dia rasa betul-betul bersalah tapi saya cakap kat dia, it’s okay. I have great experience there…” jelas Mya bersungguh-sungguh. “Dia pun mangsa.. Entah macam mana dia mendaftar, dapat baju sekolah dan buku teks untuk saya.. Saya pulak tak perasan yang buku teks kita tu buku versi lama.. Kalau saya perasan pun, tentu saya tak kisah sebab saya rasa mungkin sukatan pelajaran di sekolah biasa lain daripada sekolah saya sebelum ni..”
Pemuda berbaju kemeja kotak-kotak rona merah itu tersenyum. “Mummy and Daddy awak macam mana? Mereka tahu tentang apa yang berlaku di sini?”
Mya menggeleng. “Biarlah ini menjadi rahsia. Lagipun saya percaya, tak ramai yang boleh percaya dengan apa yang kita dah lalui, don’t you think?”
That’s right!” Rafeeq memetik jari.
“Awak pula? Bagaimana boleh ke SM Sri Melati?”
“Hm, lebih kurang macam awak. Saya silap sekolah… It’s my own fault. Kita sama-sama dikaburi agaknya, kan?”
Mya angguk.
“Tetapi pengalaman di SM Sri Melati memang satu pengalaman yang tak mungkin dapat saya lupakan. Ianya, somehow...sangat istimewa.” Sambung Rafeeq lagi. “Cuba fikirkan, saya berada di sekolah hantu. Terperangkap di sana dan tiba-tiba ada awak, ada Pak Samad, Mak Lela, Suria dan juga Zaheen…Tiba-tiba ada Zaheen. Saya tak kenal Zaheen sebelum saya kenal dengan awak.. Nasib baik ada Zaheen..”
“Zaheen Irfan..” Mya mengeluh berat. “Kalau arwah masih hidup, dia tentu dah sebaya Pak Cik Ilham yang Benjy dan Haicarl ceritakan tu..Tak sangka Zaheen tu kawan Pak Cik Ilham..”
“Kalau arwah masih hidup, awak...bercinta dengan lelaki 45 tahun lah kiranya?”
Mya menampar lembut lengan Rafeeq Afzal. Pemuda itu tergelak kecil. “Kita patut menziarahi kubur mereka yang dah takda.” Cadang Mya.
Rafeeq Afzal angguk setuju. Mya dan Rafeeq Afzal kemudian menziarahi pusara warga SM Sri Melati yang terkorban. Kesedihan serta merta menyelubungi mereka sebaik mereka menjejakkan kaki di sana. Tepat pukul 5.00 petang, Mya sampai di Morning Glory Apartment. Dia segera ke biliknya. Beg sekolahnya direnung lama. Mya membelek-belek buku teks miliknya. Tiada lagi buku latihan SM Sri Melati di dalam begnya itu. Di dalam beg itu juga dia menjumpai sehelai sweater berwarna putih. Mya terus mengalirkan air mata. Itu hadiah pemberiannya untuk Zaheen Irfan.
Zaheen pernah mengenakan sweater itu dihadapannya. Terbayang-bayang di mata Mya bagaimana Zaheen sering mengusiknya semasa dia sibuk menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran, bagaimana Zaheen tergelak dan tersenyum serta renungan mata redup itu. Mya tidak dapat melupakannya. Sweater putih itu dipeluk erat. Mya menangis teresak-esak. Entah mengapa, dia tidak dapat menahan rasa sebaknya sebaik mencium sweater putih itu. Baginya, Zaheen hidup sebagai pelajar lelaki sebayanya walhal realitinya, Zaheen jauh lebih tua.
Mya bingkas bangun menuju ke bilik air, membasuh mukanya dengan air paip. Dia kemudian melangkah keluar dari bilik, mendapatkan Mak Jah dan Pak Mael yang sedang duduk berehat di ruang tamu.
“Mak Jah, Pak Mael, kemaskan barang-barang semua. Kita pindah balik ke SevenStreet hari ni juga!”

SM Sri Melati

Mummy, Kolej Tan Sri Idris yang Mya nak masuk ni memang best art school in Lavender City?”
“Yeap. Susah nak dapat kekosongan di sana. Lucky you!”
“Memang wujud ke sekolah ni, Mummy?”
“Apa pulak tak wujud, sayang? Mummy sendiri yang cakap dengan Pengetua sekolah tu. Pengetua sekolah tu  rupanya kawan lama, Mummy..”
Mya tersenyum.
Just checking, Mummy… Mya dah ada pengalaman bersekolah di sekolah yang tak wujud, I don’t want  to experience it twice! Absolutely no way!
“Oh, is it? Kalau macam tu,baiklah, Mummy… Mya dah nak masuk bahagian Admin  ni, untuk penempatan kelas Mya. Hope this will be my last school.”
Mummy masih don’t get it. Kenapa Mya nak tukar sekolah lagi selepas SM Sri Meranti…”
“Mya rasa tak sesuai di sana. Mungkin sebab tak biasa dengan suhunya yang sejuk kut..” Mya tersengih.
Kalaulah Mummy dan Daddy tahu cerita sebenar, agaknya apa reaksi mereka? Hehe…
“Bukan suhunya lebih kurang SevenStreet ke?”
“Mana ada, Mummy! Bougainvillea Hill jauh lebih sejuk.”
“Hm,ya ke? Mummy tak pernah ke Bougain.. Kalau macam tu, baiklah. Pastikan yang ini yang terakhir.”
“Arahan diterima, Mum! Got to go! Bye and take care!” Talian mati di situ.
Seminggu berada di sekolah itu, Mya rasa selesa dan lebih tenang. Bandar Lavender City tidak jauh bezanya dengan SevenStreet cuma lebih sesak. Bandar utamalah katakan. Macam-macam ada di Lavender City. Di situ, Mya tinggal di villa milik keluarganya. Akhirnya, dia kembali ke sekolah golongan elit, menjalani kehidupannya seperti Mya yang dahulu sebelum dia melangkah ke SM Sri Melati.
Pagi itu, semasa bersarapan di dalam kelas, Mya disapa oleh satu suara yang amat dikenalinya.
“Sini ada orang duduk tak?” Mya angkat muka.
“Rafeeq? Rafeeq Afzal?!!” Rafeeq Afzal tersengih sebelum melabuhkan punggungnya ke kerusi bersebelahan Mya. “Awak pindah kat sekolah ni jugak?”
Rafeeq Afzal angguk. “Tak suka ke?”
“Suka! Saya ada kawan. Saya tak sangka akan jumpa awak kat sini, Rafeeq!” Mya teruja.
“Keluarga saya berpindah ke sini. Dengan adanya awak kat sini, dapatlah saya tunaikan permintaan Zaheen yang kedua.”
Bulat mata Mya memandang wajah Rafeeq Afzal di sebelahnya. “Permintaan keduanya yang dirahsiakan hari tu ke?” Rafeeq Afzal angguk. “Sebenarnya, apa permintaan arwah Zaheen yang kedua tu?”
“Dia nak saya jaga awak.”
Kata-kata itu jelas di pendengaran Mya. “Zaheen cakap macam tu pada awak?” Mya rasa terharu.
Rafeeq Afzal angguk. Air mata Mya perlahan mengalir. Wajah yang ingin dia lupakan itu kembali bermain di mata.
“Sudahlah tu. Kita dah jauh meninggalkan Bougainvillea Hill. Awak pun harus lupakan je SM Sri Melati. Life must go on. Arwah Zaheen tentu nak kita teruskan hidup dan berbahagia dan bukan mengenang nasibnya.”
Mya membisu. Air mata yang mengalir segera diusap.
“Kita berdua akan teruskan hidup seperti remaja lain dan berbahagia, kan, Mya?”
“Hmm!” Perlahan Mya mengangguk sambil tersenyum.
“Kita dah jauh dari Bougainvillea Hill, meninggalkan SM Sri Melati. Biarlah pengalaman pahit itu turut tinggal di sana.”
Mya dan Rafeeq Afzal akhirnya dapat melupakan peristiwa di SM Sri Melati selepas tiga tahun menjalani kehidupan seperti biasa. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di Kolej Tan Sri Idris dan meneruskan pelajaran di Ireland bersama-sama. Rafeeq Afzal benar-benar memakbulkan permintaan Zaheen satu ketika dahulu. Dia menjaga Mya dengan sepenuh hatinya. Bukan atas dasar tanggungjawab sahaja, tetapi atas dasar cinta.
Jauh di Bougainvillea Hill, nama SM Sri Melati semakin hilang ditelan zaman. Tapi masih ada penduduk dan perantau yang lalu di kawasan Bukit Raya mendengar loceng sekolah berbunyi dan ada juga yang mendengar tangisan dan rintihan di kawasan bukit itu. Semua itu menjadi perkara biasa di Bougainvillea Hill. Dan di suatu pagi yang hening dan dingin…
“Pak Cik, ini SM Sri Melati ke?”
Pengawal yang berdiri di tepi pintu pagar utama SM Sri Melati tersenyum kepada pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah itu. “Anak ni pelajar baru ke?”
“Ya, Pak Cik..”
“Selamat datang ke SM Sri Melati!”



The end
By s7eo
Created on 22 April 2009
Big thanks to family and friends for the making of SM Sri Melati.
Hope You people enjoy reading SM Sri Melati 
THOUGH ITS BEYOND YOUR IMAGINATION. ^^
TQ~

post signature

13 comments:

  1. memang wujud ke sekolah macam ni? menyeramkan betul. tp, mmg menyayat hati and best gila. kepada penulis, syabas diucapkan sbb dapat menghasilkan sebuah cerpen yang mmg diluar jangkaan... mmg best gila. good job =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x wujud pun.. hehee.. rekaan smata2.. tq azie.. ^^

      Delete
    2. walau pon cuma rekaan smata2, cerita tu mcm wujud, mcm real...
      mmg meremang bulu roma, lebih2 lagi kalau bace dah lewat pagi.

      Delete
    3. s7eo pun x pnh n xnk type/edit cte ni mlm2.. rs srm jgk kdg2 sbb kene imgn bagai.lbh2 lgi s7eo mmg suka imgne things.. XD

      Delete
    4. kan... betul2 great experience.

      Delete
  2. sedihnya....kesian kat zaheen. wlupun reality dia org tua umur 45 thn kan.hehe best sgt cerita ni. cik writer dah berjaya buat saya ternanti2 pe sbnrnya yg jadi. gud job :)

    ReplyDelete
  3. best nya!! first ingatkan pasal kisah pontianak..tapi rupanya lebih dari jangkaan saya..creepy bila ingatkan pasal kes terbakar tu!!tahniah penulis!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa..edward & bella? nooo..hehe.. tnx 4 reading~ ^^

      Delete
  4. haha .. best sngt ! xsangke jln cerite die mcm ni .. ingatkan sekolah berhantu tp rupe2nye sekolah hantu .. haha .. cerite yg buat pembace tertnye n ingin tau .. tp suprise bile da tau .. tahniah cik s7eo ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tnx once again Syafiqah~ klu bosan, dtglaa lepak bca kt inkpinks7eo lgi~ heheee.. ^^

      Delete
  5. Gila!!

    Cerita yang buat sy punya jantung macam nak terkeluar..

    Terbaek la writter!!! :D

    P/S : Klw keluarkan buku, pls2 let me know.. asfzlily@gmail.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Cik Asfz..sebab sudi spend time baca~ huu,,,
      smga rezeki murah, karya boleh dibukukan.. amin..
      masih byk kelemahan & kekurangan..
      thanks for the compliment & support~
      appreciate it..
      ^^v

      Delete

I don hate comment.. ^^