1. Cinta Kita Ibarat...Naik Rollercoaster! *byS7eo
“Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!”
Air mata dah merembes laju macam kena buli masa Darjah 1 dahulu. “Gilaaaaaaaaaa
wey!!!!!!!!!”
Angin
menampar-nampar wajah putih mulus. Kaca mata bingkai hitam yang tadinya kemas
terletak di batang hidung dah beberapa kali nak terbang cecah awan tetapi jari
telunjuk memang tak penat jadi penyelamat abadi. Mulut yang ternganga memang
dah makan angin secara percuma. Kalau angin itu dikira macam kira isipadu air,
mahu dah cecah berapa ratus ribu liter dah. Perut dah boleh meletup!
Terhoyong-hayang
kemudian dia melangkah menuruni anak tangga dari benda alah macam kereta api
tetapi canggih dengan berpusing terbalik, laju tapi tak berbumbung. Memang
gila.
Pening yang amat! Kyra
melabuhkan punggung di bangku tidak jauh dari rollercoaster yang kembali menggila. Jeritan penumpang
keretapi-terbalik-berpusing itu menyengat telinga.
“Okey
ke? Tadi nak sangat?”
Kyra
jeling tajam ke arah si empunya suara. “Okeylah!” Air mineral yang diunjuk
segera dirampas. “Mana janji?”
“Janji
apa?” Pemuda berbaju T Gun ‘n’ Roses itu jungkit kening.
“Kalau
ikut naik benda gila tu dapat RM200..”
“Bila
masa?”
Kyra
mengetap bibir geram. “Ingat orang senang ke nak naik benda macam tu? Ni dah
kali ke berapa dah...”
“Tadi
cakap tak takut cabaran.”
“Tapi
tadi cakap ada ganjaran.”
Jemari
si gadis nerdy diraih. “Nah..upah.”
Not RM200 dimasukkan ke dalam tangan Kyra.
“It’s not upah, okey.. It’s my prize!” Empat keping not RM50
dimasukkan ke dalam poket seluar denim. Selamatlah
untuk makan minum untuk sebulan kut..tak payah mintak duit Mak and Abah..
“Samalah…”
“Mana
boleh sama. Orang bukan kerja untuk awak!”
“Habis
kalau kena suruh buat benda lepas tu dapat duit, bukan sama macam kerja dapat
upah ke? Dahlah. Esok jumpa tempat sama. Pergi balik. Orang nak jalan lagi.”
Adrenalin
naik sampai ke muka. Rasa sangat bertenaga. Rasa segar. Rasa gembira. Yang
pasti kepuasan itu ada. Lutfie tersenyum sendirian meninggalkan Kyra yang masih
duduk di bangku di taman tema.
Cinta kita ibarat…
“Kau
nak ke mana, Kyra? Nak temankan dia lagi
ke?” Mina sudahpun melangkah mengiringi. Gadis Pan-Asia itu nampak menarik
walaupun hanya berbaju T putih dan
berseluar denim kelabu.
“Aku
nak balik. Nak rehat. Malam karang aku pergi temankan dia pulak.. Aku kan dah
macam LO dia.. Aku kena bertugas laa...” Fail dipekup kemas ke dada. Sling bag yang mahu jatuh dari bahu
segera dibetulkan. Beg berat sangat ke aku yang dah low battery tak mampu nak bawak beg?
“LO
teman main kat theme park ke?”
Erk! Mina tahu ke aku selalu ke situ? Kyra menelan
air liur. “Dia anak kawan parent akulah.
Kalau tak kerana parent aku, aku tak
lalu nak layan. Lagipun, dia selalu bagi aku...” Kyra mencari perkataan yang
sesuai menggantikan ‘upah’. “...Dia selalu belanja aku. Aku tak keluar satu sen
pun!”
“Dia
buat kau macam kau tu dia punya... Kau kenal dengan dia sejak kecik ke?”
Kyra
angguk. “Tapi masa kecik dengan masa sekarang mana sama... Aku dah tak biasa
dengan dia. Bila dia balik Ireland nanti kerja aku selesailaa..”
“Budak
mata kelabu tu buat apa kat sini? Cuti?”
“Katanya
cuti. Tiba-tiba muncul depan rumah aku pulak tu. Alone. Siapa yang tak terkejut. Berapa belas tahun dah tak jumpa
tiba-tiba muncul macam tu. Dahlah rumah aku bukannya besar sangat pun nak bagi
orang tumpang-tumpang ni. Nasib baik kakak aku kerja kat Sabah nu ha.. Kalau
tak, terpaksala dia menginap kat ruang tamu rumah aku tu.”
“Tapi
kakak kau kan tak bagi orang masuk bilik dia sesuka hati?”
“Sebab
tulah aku yang terpaksa pindah ke bilik kakak aku tu. Dia pulak stay bilik aku. Lantak diala tengok pink!” Kyra sengih.
“Hahaa..
Apasal dia tak nak jalan-jalan by himself
ye? Umur 26.. Takkan tak tahu nak jaga diri lagi kut?”
“Kau
tak kenal lagi dia tu siapa, Mina....” Kyra sudahpun membuka pintu kereta. “Dia
tu macam budak-budak tau.. Aku yang baru 23 tahun ni macam lebih pandai fikir
dari dia...”
“Iye?”
Mina tersenyum penuh makna. “Kalau dia macam budak, kaulah yang dewasakan dia.
Yang kau ikut macam budak tu kenapa?”
Entah. Sebab rasa seronok? Kyra
membetulkan letak kaca mata di batang hidung. “Aku pergi dulu. Betul kau tak
nak aku hantar ni? Shakir dah sampai mana sekarang?”
“Dah
nak sampai dah. Kejap lagi sampailah tu..” Mina tersengih. Kalau cakap pasal
Shakir memang riak wajah itu akan berubah jadi gembira dan bahagia. Teman
lelakinya itu memang tip top gentleman. Siapa yang tak sayangkan Mina
dan bersungguh-sungguh untuk jadikan gadis itu rasa istimewa. Gadis itu dahlah
cantik, wajah eksotik tetapi kemelayuan itu masih tetap ada.
“Kalau
macam tu, aku pergi dulu.. Bye!”
Sampai
di rumah, pemuda itu tiada. Macam biasa. Kyra segera mandi dan membersihkan
diri. Solat Asar segera didirikan. Selesai melipat sejadah dan telekung, rambut
yang masih basah tadi kini dilap lagi dengan tuala yang tadinya dicampak ke
atas katil. Segarnya rasa....
“Kyra..”
Pintu bilik dikuak. Terpacul wajah Puan Suhana. “Lutfie cakap dia tunggu kat
tempat biasa lepas Maghrib.” Puan Suhana sudah melabuhkan punggung ke katil di
sisi Kyra.
“Penat
betullah layan budak tu...” Kyra mengeluh kecil. Tangannya masih tidak berhenti
mengelap rambut, laju, bukan setakat dapat kering, macam boleh terbakar rambut
dek geseran dengan tuala Kyra.
“Kalau
ye pun marah, janganlah sampai lap rambut macam tu sekali...” Puan Suhana
mengambil tuala dari tangan Kyra. Dia mengambil alih tugas Kyra, rambut Kyra
diusap lembut, dilap dengan penuh kasih sayang. Anak bongsunya itu amat manja
sebenarnya. Dia kenal sangat dengan Kyra, memang dia akan cakap macam-macam
ikut suka dia, tetapi Kyra tidak pernah melawan kata. Anaknya itu selalu
berusaha untuk tidak menyusahkan dia dan suami tercinta, Encik Madzlan.
“Bila
dia tu nak balik, Mak? Lama lagi ke dia cuti kat sini? Uncle Hisyam dengan
Aunty Anna tak rindu dia suruh balik Ireland ke?”
Puan
Suhana tergelak kecil. “Bukan selalu. Mak pun rindukan budak Lutfie tu.. Lama
tak jumpa. Tadi sebelum Lutfie keluar, Uncle Hisyam dan Aunty Anna ada call. Mereka pun nak balik sini...”
“Untuk
selamanya ke, Mak?”
“Entah.
Tapi Lutfie balik ni pun untuk survei rumah kat sini...”
“Kenapa
dia tak duduk hotel je..” Gadis yang ringkas berbaju T kelabu kosong dan
berseluar track suit itu mencemik.
“Kyra
ni.... Dia kan tetamu kita. Bagus apa kalau tetamu datang rumah. Kata orang,
kalau tetamu datang bawak rezeki tau... Lagipun, apa salahnya dia tumpang duduk
sini. Bukan untuk selamanya pun..”
“Kyra
penat jadi LO dia.”
“Hm...
Kalau macam tu, nantilah Mak cakap kat Lutfie.”
“Betul
Mak nak cakap dengan dia?” Lengan wanita dengan sanggul satu itu digoncang.
Puan Suhana angguk. “Terima kasih, Mak!”
Cinta kita ibarat…
Tin
kosong dipijak sebelum disepak. Tup! Masuk longkang. Lutfie memeluk tubuh. Jam
di tangan kiri direnung sejenak. Sudah pukul 8.00, batang tubuh gadis dengan
kaca mata kanta tebal bingkai hitam itu masih tidak kelihatan. Gerbang taman
tema tidak pernah lengang. Pengunjung tidak berhenti keluar masuk sejak ianya
dibuka tadi.
“Lambat.”
Lutfie menekan batang hidung mancung gadis yang tercungap-cungap berdiri di
hadapannya. “Pergi mana? Orang cakap lepas Maghrib kan..”
“Orang
lepas jumpa Mina. Hantar buku.”
“Betul?
Ke jumpa boyfriend?”
“Mana
ada!”
“Bawak
sini telefon.”
“Apasal
pulak?”
“Bagi
je la...” Telefon bimbit dari poket seluar Kyra diambil lalu dimasukkan ke
dalam poket seluar pendek camouflage nya.
“Kunci kereta?”
“Apa
ni? Rompak orang ke?!” Kyra memeluk sling
bag ke dada.
“Orang
simpan la. Malam ni orang macam ramai.. Orang takut pick pocket aim orang
macam awak tu..” Beg berjaya dirampas dan kunci kereta segera dimasukkan ke
dalam poket seluar yang satu lagi. Hoyeah!
“Awak
takut orang lari macam hari tu kan?” Kyra mencebik sebaik mendapat begnya
semula.
Lutfie
diam. Wajah Kyra yang masam mencuka di hadapan direnung lama.
“Tengok
apa? Nak kena makan??!” Kyra menjegilkan mata, walaupun tak nampak sangat garang
dek kanta kaca mata yang tebal. Haa...gerenti
kau takut lepas ni. Sebab selalu aku macam lemah, tak pandai nak marah kan...
Haa..tau bisu dengar aku marah! Rasakan.....!
Lutfie
kemudian tergelak. “Kenapa lah nak buat jugak muka comel macam tu... Jom masuk!”
Darah
rasa tersirap sampai ke muka. Kyra bengang. Comel?
Aku takda muka marah ke tadi? Dah cukup garang apa biji mata aku sampai nak
keluar tadi tu? Dia boleh kata aku buat muka comel????!
“Malam
ni tak nak main benda pening-peninglah.” Kyra akhirnya bersuara sebaik mereka
berhenti di tapak Outer Space.
“Apasal
pulak?”
“Pening
hari tu belum hilang la..”
“Malam
tadi kan dah bagi awak rehat.”
“Mana
cukup. Tengah-tengah malam awak ketuk pintu bilik orang lagi. Suruh buat kopi
lah, apalah..”
“Orang
kan tetamu.”
“Orang
macam servant je.”
“Dah
orang ni tetamu.”
“Habis
orang ni kena jadi servant ke? Orang
kan tuan rumah.”
“Awak
anak tuan rumah.”
“Anak
tuan rumah pun ada hak.”
“Tetamu
pun ada hak.”
Kyra
mengeluh berat. Matanya ditala ke langit yang ditaburi bintang. Aku sepak jugak budak ni karang...
“Nak
main benda alah ni ke?”
Cepat-cepat
Lutfie mengangguk. “Nak berapa? Cakap.”
“RM1000.”
“Deal.”
“Gi...la!”
Rahang jatuh.
Lutfie
menutup mulut Kyra yang dah ternganga. “Tapi bayar ansur. Deal!” Kepala Kyra ditekan-tekan agar seakan gadis itu menggangguk.
“Hoyeah!” Lengan Kyra ditarik agar
membuntutinya.
Gadis
itu dah macam patung bernyawa. Dipimpin ke hulur ke hilir, disuap cotton candy dan disuap bertih jagung.
Malah masa Lutfie ke tandas, Kyra berdiri di luar macam jaga. Kyra ke tandas,
Lutfie peluk tubuh tunggu di luar macam bodyguard.
“Penat!!!!!!!!!!”
“Ish!”
Lutfie menutup telinga kiri. Tangan kanan sibuk mengawal stereng. “Kenapa jerit
dalam kereta macam ni! Buka cermin tingkap tu..! Biar orang kat luar tu pun
dengar..”
“Orang
penatlah! Orang tak naklah teman awak lagi!”
“Hish!”
Telinga Kyra dijentik. “Berani betul cakap tak nak teman orang lagi kan...
Sampai hati..”
Kyra
diam. Macam mana tak sampai hati, hampir
setiap hari kena teman buat benda-benda aku tak suka... Penat. Main
rollercoaster, Space Gun. Rumah hantu tu pun aku naik hafal tang mana hantu
akan keluar... Kenapa suka sangat ke theme park? Kenapa suka sangat
rollercoaster?
“Kenapa
diam? Cermin tingkap dah buka tu.. Jeritlah lagi. Orang seronok dengar. Betul
ni!”
Sarkastik! Kyra mencemik.
Cermin tingkap ditutup semula. “Kenapa awak suka sangat ke theme park? Theme park yang
tu dah masuk tiga kali kita pergi. Theme
park kat SevenStreet di StarDust dah masuk empat kali. Nasib baik StarDust
tu jauh.. Kalau tak, berkali-kali jugaklah muka ni masuk theme park kat sana..” Kyra menuding jari ke muka.
“I’ll build one someday.” Lutfie senyum
segaris.
“Kat
mana? SummerShine ni?”
Lutfie
angguk. “Yang lebih menarik dan extreme.
Theme park ni belum cukup extreme!”
“Town kecil je pun.. Tak payah nak ada theme park international level bagai...”
Gadis berbaju T biru tua dan berseluar denim kelabu itu memeluk tubuh.
“Tak
suka theme park ke?” Sempat sepasang
mata galak itu mengerling ke gadis berkaca mata di sisi. Misi menukar topik
berjaya. Kyra sudah lupa soalan asalnya sebentar tadi.
“Suka.”
“Jadi
kenapa susah hati masa temankan orang?”
“Sebab
awak suka main benda gila.”
“Kalau
tak main benda macam tu, mana thrill.”
“Thrill merill... Kepala ni pening tau
tak..”
“Nanti
sampai rumah orang boleh tolong picitkanlah.. Tak rasa seronok dan bertenaga ke
lepas main benda thrill? Adrenaline full
blast tu...”
Huh...Tolong picitkan konon... Dah
sampai rumah, bisu... Tak banyak cakap dengan aku pun... “Cepatlah drive. Orang nak tidur.. Penat.”
“Tidur
je la. Nanti orang kejutkan.”
“Tak
nak. Bahaya.”
“Bahaya
apa nya?” Lutfie mengetap bibir geram. Sudah beberapa kali gadis itu membuat
dia rasa tidak dipercayai.
“Tak
nak jadi macam hari tu.”
“Hari
tu orang ronda cari things to snack on lah...
Sebab tu bawak awak ronda town...
Bukan sengaja nak culik awak dengan kereta awak pun... Awak pun tengah tidur
kan... Tak naklah kejut bagitau orang nak ronda dulu lepas balik dari theme park tu...”
“Haa...malam
ni nak cari things to snack on jugak
ke?”
“Tengoklah
nanti...” Lutfie sengih.
“Huh...”
Lutfie
jadi budak baik malam itu. Mereka sampai rumah tempat jam 11.00 malam, tidak
lebih dari pukul 12.00 seperti selalu. Buka saja pintu, Encik Madzlan duduk di
ruang tamu, tengok filem kung fu Cina klasik. Lutfie terus bersalaman sebelum
minta diri masuk bilik.
Bertapalah tu... Kyra
mencemik. Bilik kakaknya, Kyna terletak bersebelah biliknya; tempat di mana
Lutfie tidur. Mereka sama-sama menaiki anak tangga menuju ke bilik, sama-sama
berhenti di luar pintu bilik dan berpandangan sesama sendiri.
Cepat-cepat
Kyra bersuara sebelum dia terus tenggelam dalam renungan mata galak Lutfie.“Malam
ni jangan kacau orang tidur.” Tombol pintu bilik dipulas.
“Orang
nak kacau jugak. Orang peduli apa. Sila ready.”
Balas Lutfie bersahaja. Pintu bilik sudah dibuka.
“Orang
pakai earphone dengar lagu. Orang
takkan dengar. Wek..” Kyra cepat-cepat masuk bilik dan menutup pintu.
Lutfie
tergelak kecil. “We’ll see...”
Cinta kita ibarat…
SILA KLUA KLAU X NK ORG KETUK PINTU KUAT2.
SMS itu datang
apabila Kyra tidak mempedulikan panggilan di telefon bimbitnya. Dengan malas,
dia bangun juga membuka daun pintu. Di situ, Lutfie sudah berdiri peluk tubuh.
“Kata
pakai earphone dengar lagu...” Hidung
Kyra ditekan. “Ni apa ni... Awak tentu belum tidur lagi kan? Masih pakai spec ni... Awak mesti baca novel kan?”
Ya, aku memang baca novel. Sejak kau ni
ada, aku takda masa untuk novel-novel aku tu...! Gadis
berpijama kotak-kotak rona kelabu itu menepis tangan Lutfie. “Nak apa???” soal
Kyra separuh berbisik, tidak mahu mengejutkan Encik Madzlan dan Puan Suhana
yang tentunya sudah lena tidur di bilik berhadapan mereka. “Dah pukul 2.00 ni,
awak nak apa? Karang Mak dan Abah orang dengar awak tu yang susah tau..!”
“Masih
pening lagi ke?”
“Peninglah!”
Kyra memicit dahi. Dia tidaklah pening mana pun, cuma dia harap Lutfie tidak
mengganggunya. Sebab itu, dia rela berlakon. “Esok orang nak cuti!”
“Cuti
pergi kelas ke? Eloklah! Dapat temankan orang jalan-jalan...” Pemuda berbaju T
kosong warna putih dan berseluar pendek kotak-kotak itu tersengih.
“Huh!
Cuti dari temankan awaklah...! Orang nak rehat.”
“Mana
surat mintak cuti?” Lutfie menadah sebelah tangan.
Pap!
Tangan Lutfie ditampar. “Ingat kerja pejabat ke? Orang teman sukarela pun dah
cukup bagus tau!”
“Tapi
orang bagi upah. Mana ada sukarela tu......”
“Ish!
Dahlah-dahlah. Orang nak masuk tidur balik. Esok pukul 8.00 orang ada kelas!”
“Temankan
orang tengok bola.”
“Banyak
cantik......!!”
“Kalau
tak pun, buatkan orang hot choc.
Lepas tu boleh masuk tidur.”
“Buat
sendirilaa......... Awak tu kalau tak susahkan orang tak boleh ke.....” Kyra
menghentak kaki.
“Kalau
tak, orang kejutkan Puan Suhana suruh buat.”
“Berani
betul?”
“Selama
ni orang tak cukup berani ke?”
Kyra
menelan air liur. Lutfie bukan jenis orang yang ‘cakap tidak serupa bikin.’
Kalau dia dah cakap, dia memang betul-betul lakukannya.
“Tik...tok....tik....tok...Masa
berjalan.”
“Hish!
Yalah! Yalah! Orang buat!” Kyra cepat-cepat menuruni anak tangga menuju ke
dapur.
Lutfie
duduk di atas meja kabinet, memerhati Kyra yang sedang sibuk mencapai mug,
mengambil hot choc sachet, menuang
air panas dan mengacau campuran air dan serbuk coklat Cadbury itu sebelum
diunjuk kepadanya.
“Terima
kasih...” Lutfie tersenyum puas sebelum melompat turun dari meja kabinet.
Huluran mug dari tangan Kyra disambut.
“Huh!
Tidur dulu!”
“Goodnight.” Sepapan Panadol ActiveFast
diletakkan di telapak tangan Kyra. Kepala Kyra kemudian digosok lembut. Habis
serabai rambut yang diikat jambul satu itu. Lutfie kemudian terus ke ruang
tamu, meninggalkan Kyra yang masih terpaku kemas di situ, macam perhiasan
dinding yang tak lagi mencecah lantai.
Cinta kita ibarat…
“Menung
apa Cik Kyra...?” suara lunak Mina mengejutkan Kyra dari lamunan. Gadis
berblaus ungu dan skirt labuh rona sama itu sudahpun melabuhkan punggung di
bangku bersebelahan Kyra di pondok menunggu itu.
“Kau
dari mana?”
“Tadi
aku jumpa Puan Hamidah kejap.. Hantar assignment.
Kau punya dah siap ke?”
“Assignment yang mana?”
“Programming.”
“Dah,
semalam.”
“Dah
agak dah! Budak pandai macam kau ni tak payah dapat carry mark banyak pun confirm
lulus! Top student Software
Engineering tu........”
“Heh..Pandailah
kau...!!”
“Santai
kau hari ini.. Dah pukul 5.00 tak balik rumah lagi. Lepak sini buat apa? Takda ‘tugas’
ke malam ni?” Mina tersenyum sinis, suka mengusik Kyra.
Gadis
berambut pendek paras bahu itu menggeleng. “Hari ni aku cuti.” Letak bingkai
kaca mata dibetulkan sedikit.
“Cuti?
Budak celup tu dah balik Ireland ke?”
“Kau
cakap memang tak sedar diri kan? Kau pun celup jugak!” Gadis ringkas berbaju T
kosong kelabu dan berseluar denim hitam itu tergelak.
Mina
jungkit bahu. “Bagi aku, aku Melayu.. Haha..”
“Hahahaa..
Iyalah tu! Kau dengan dia pun sama je.. Celup, tapi perasan Melayu tulen...”
“Heh..”
Mina tersengih. “Dia pun macam tu ke?”
“Ha’ah.
Bezanya, kau putih.. Dia sawo matang. Colour
mata je tak boleh nak sorok... Mana ada Melayu mata colour grey... Tu genetik Mama dia... Mama dia pure orang Ireland. Hehe.. Aku ingat kalau orang duduk lama-lama
kat tempat orang putih, lidah pun ikut beku macam cuaca kat sana. Dia fasih
yang amat siot.”
“Sebab
apa, eyh?” Mina menggendang dagu dengan jemarinya yang runcing.
“Sebab
di rumah mereka memang cakap Melayu. Uncle Hisyam tu jenis tak nak anak dia
lupa daratan. Lutfie tu kawan dengan budak-budak Malaysia di Universiti sana.
Dia memang tak nak lupa asal usul.”
“Dia
pun tak nak lupakan kau, kan?”
Kyra
mencebik. “Ke situ pulak...”
“Alaa...
aku tahu. Childhood hero kau tu sukakan kau... Untungla.. Cinta lama
datang balik.. haha..”
“Tu
dulu, okey...” Kyra menggaru kepala yang tak gatal. “Agak-agak dia tu buta ke
apa nak sukakan aku bila dah tengok aku sekarang.. Dahlah nerd macam ni.. Mana tahu bergaya macam kau tu... Mustahil lah!
Banyak lagi perempuan lain kat luar tu..”
“Tapi
kalau dia nak kau, macam mana?”
“Hish!!!
Malaslah nak layan imaginasi kau yang merewang entah ke mana tu, Cik Mina! Aku
nak blah...”
“Nak
balik dah? Temankanlah aku.......” Rengek Mina manja.
“Malaslah.
Lepas Syakir datang nanti, kau terus lupakan aku.”
“Alaa...
bosanlah duduk sorang-sorang tunggu kat pondok ni.”
“Bosan?
Tu, Jaga Nepal tu boleh temankan kau... Haha..” Kunci kereta cuba dicapai dari
dalam sling bag di bahu tetapi entah
di mana.
“Kenapa?”
“Entah
mana aku letak kunci kereta aku....” Isi beg dimuntahkan di atas meja pondok.
“Mana ye...”
“Biar
betul kau ni, Kyra...”
“Betul...
Selalu memang aku letak si.....” Kyra menepuk dahi. Isi beg kembali dimasukkan
semula.
“Kenapa?”
“Aku
baru teringat..”
“Teringat
apa?”
Serentak
itu, sebuah kereta Perodua MyVi warna merah jambu berhenti betul-betul di
hadapan pondok menunggu. Hon dibunyikan.
“Tu
bukan kereta kau.......ke?”
“Haa.....”
Kyra bingkas bangun.
“Yang
drive kereta kau tu.....”
“Haa...Dialah...
Lutfie.” Kyra mengeluh berat. “Aku lupa, dia yang hantar dan jemput aku hari
ni... Bala dah sampai. Aku pergi dulu.”
“Bye, Kyra.. Hati-hati.” Mina tersenyum
pahit. Kesiannya kawan aku.... Seksa
sangat ke layan mamat tu?
Lutfie
masih membunyikan hon kereta walaupun sudah melihat Kyra melangkah mendekatinya.
“Orang
dah sampai ni, nak tekan-tekan hon jugak kenapa?” Bebel Kyra sebaik pintu
kereta dibuka.
“Hon
ni bunyi sedap.”
Kyra
mengeluh. Aku kalau dah tak tahan, sampai
jugak Converse di kaki ni di muka tu karang....
“Boleh
tak kalau masuk kereta tu terus pasang seat
belt...” Giliran Lutfie membebel. Tali pinggang keledar Kyra segera
dipasang. Seperti biasa, Kyra mematung, membisu seribu bahasa. “Dah..dah... Jom
pergi hi tea.”
“Hari
ni orang kan cuti?” Terkebil-kebil mata
Kyra memandang pemuda berbaju T ungu gelap dan berseluar denim kelabu itu.
“Cuti
la... Cuti dari pergi theme park.”
Trucker cap di kepala diletakkan di atas kepala Kyra. “I don’t need to ride
rollercoaster. You’ll be my adrenaline booster.”
“Hah?”
Cinta kita ibarat…
“Just stay right beside me... Then you already done a great job... Saya
tak perlu awak untuk bawak saya ke sana ke mari because i’ll take you. Just
stay.”
Kyra
masih terdiam membisu sejak dia menapak ke dapur kurang sepuluh minit yang lalu.
Puan Suhana yang sedang meletakkan karipap panas yang baru siap digoreng ke
dalam pinggan dipandang tembus. Kata-kata Lutfie malam tadi masih
terngiang-ngiang di telinga.
“Mana
Lutfie, Mak?” Tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari mulut.
“Apa?
Kyra cakap apa tadi?” Kini, teko putih Giacomo dicapai dari kabinet. Dua uncang
teh dimasukkan ke dalam sebelum air panas dituang.
“Lutfie
keluar dengan Abah. Kejap lagi baliklah tu. Kita minum petang sama-sama. Kenapa
tanya?”
“Selalu
Sabtu macam ni, orang memang whole day dengan
dia...”
“Haaaaaaaa...
Rindu ke?”
“Hish!
Apa Mak ni!” Kyra yang duduk berteleku di meja makan mencemik.
Wanita
berblaus merah jambu dan berseluar putih itu tersenyum. “Mak dah cakap kat dia
apa yang Kyra suruh Mak cakap hari tu..”
“Cakap
apa?” Kyra membetulkan duduk. Gusar.
“Yang
Kyra tak nak temankan dia lagi...”
Kyra
tegak membisu. Aku ada suruh Mak cakap
macam tu ke?
“Kenapa?
Menyesal?”
“Menyesal
apa?” Cepat-cepat Kyra membuang riak sesal dan menggantikan dengan wajah
gembira. “Baguslah kalau macam tu!” Ego.
“Assalamualaikum.”
Jantung
bagai nak gugur mendengar sapaan itu. Perut tiba-tiba rasa sakit. Kyra sedaya
upaya tidak mahu angkat muka. Apasal
dengan aku ni? Macam tak biasa dengar suara tu??
“Wa’alaikumsalam...
Haa..dah sampai pun, Lutfie. Uncle Madzlan mana?”
“Ada
kat ruang tamu.”
“Kenapa
ke dapur? Cari Kyra?” Usik Puan Suhana. Teko air dan cawan sudah siap disusun
di atas dulang.
Lutfie
menggaru kepala yang tak gatal. “Lutfie nak mintak izin Aunty untuk kahwin
dengan Kyra.”
Rahang
jatuh. Kyra bingkas berdiri. Bahu Puan Suhana digoncang. Dia kemudian
mendapatkan Lutfie. Bahu pemuda itu turut digoncang. “Awak tak boleh buat semua
ni kat saya..........!!!” Kyra menjerit.
“Hey....budak
ni...” Hidung Kyra ditekan-ditekan. “Bangun..! Bangun!” Lutfie mahu tergelak.
Puan Suhana sudah lama keluar dari dapur. Hanya Kyra yang masih duduk di meja
makan, mengelamun.
“Ha?
Awak cakap apa kat Mak orang tadi?” Kyra bingkas bangun. Wajahnya diraup
perlahan. Berkhayal ke aku? Kedua
belah pipi ditepuk-tepuk. Apasal boleh
imagine benda macam tu pulak! Nasib baik tak menjerit betul-betul tadi... Tak
boleh jadi ni.......!
“Orang
cakap, lebih kurang dua minggu lagi parent
orang sampai. Kami dah jumpa rumah.” Balas Lutfie dengan riak bersahaja.
“Ha..iye
ke??”
“Ha’ah.
Happy?”
Kyra
senyum segaris. “Ha...happy. Apasal
pulak tak happy? Orang dapat balik
bilik orang!”
“Tak
sedih langsung ke?”
Kyra
membisu. Senyuman Lutfie masih belum pudar. Wajah gadis comel itu direnung
lama.
“Kamu
berdua buat apa lagi kat sini ni?” Puan Suhana muncul di muka pintu dapur.
“Kyra, Mak suruh Kyra bawak pinggan karipap ke ruang tamu tadi kan?”
“Haa...
Kyra bawaklah ni...” Cepat-cepat Kyra meninggalkan ruang dapur dengan dua
pinggan karipap di tangan.
“Lutfie..
Jom. Minum sama-sama...”
“Baik,
Aunty... Kejap lagi Lutfie datang.”
Cinta kita ibarat…
Kyra
merenung kosong siling putih polos. Matanya beralih ke arah jam loceng di meja
sisi katil. Baru pukul 10.00 pagi. Selesai sarapan, dia terus ke bilik.
Bertapa. Bilik Kyna dengannya tidak jauh beza. Semua perabot di bilik itu
berwarna putih, sama seperti di biliknya. Cuma dinding Kyna dicat ungu,
manakala biliknya dicat merah jambu lembut. Kata Kyna, ‘Pink is for a girl. Purple is for a true lady.’
Bosannya...! Kenapa hari Ahad selalu
bosan macam ni? Lutfie tengah buat apa agaknya kat sebelah tu... Kyra menepuk
dahi, memejam celik mata dan menampar-nampar pipi. Gila ke apa nak sibuk fikir pasal dia?
Kyra
akhirnya keluar dari bilik. Di ruang tamu, Encik Madzlan dan Puan Suhana sedang
menonton televisyen.
“Kyra..
Nak ke mana tu?” sapa Puan Suhana.
“Bosan.
Nak cuci kereta.”
“Nak
cuci apa lagi.. Lutfie dah cucikan dah..”
Erk...! Lutfie dah cucikan? Kyra
menjengah ke luar dari tingkap. Pemuda yang hanya mengenakan seluar pendek
kelabu itu sudah siap mengelap bersih keretanya. Kereta merah jambu itu nampak
bersih dan berkilau. Alhamdulillah...
Cantik balik dah kau Miss Pinky.. Terima kasih Encik Lutfie..!!
“Nak
tengok-tengok dari situ je ke? Pergilah tolong...” saran Encik Madzlan. Puan
Suhana mengiakan.
“Nak
tolong apanya.. Dah nak settle pun...”
“Pergilah
tengok.. Tolong apa yang patut. Lutfie dah susah payah tolong cuci..” Puan
Suhana bersuara.
“Bukan
ada orang suruh pun. Lagipun, selama ni dia dah susahkan Kyra apa... Ke sana,
ke mari.. Tu baru cuci kereta.. Kyra
dah selalu penat apa layan dia..”
“Tak
baik cakap macam tu, Kyra..” Nasihat Encik Madzlan bernada tegas.
“Uncle,
Aunty..” Lutfie sudahpun berdiri di muka pintu. “Cakap kat Kyra, mulai hari ni,
dia tak payah nak susah-susah temankan Lutfie lagi. Lutfie dah boleh jalan-jalan
by myself.” Pemuda itu kemudian terus
melangkah laju menaiki anak tangga menuju ke bilik.
Gulp! Kyra menelan air liur. Aura merajuk tu........ Terasa ke?
“Ish,
Kyra ni! Ni mesti Lutfie dah dengar apa yang Kyra dah cakap tadi...” Puan
Suhana mencubit lengan Kyra yang sedari tadi sudahpun duduk di sisinya.
Gadis
bercekak rambut itu membetulkan letak bingkai cermin mata. Lutfie kecil hati ke?
“Tapi betul apa...Orang penat. Lagipun, Mak dah cakap kat dia kan, yang orang tak nak temankan dia lagi?”
“Tapi betul apa...Orang penat. Lagipun, Mak dah cakap kat dia kan, yang orang tak nak temankan dia lagi?”
“Mak
belum cakap la.. Tak sampai hati. Lagipun, bukan lama Lutfie kat sini. Kyra
bertahanlah sampai dia balik nanti..”
Kyra
mengeluh kecil. Rupanya Mak tak cakap
lagi... Tapi kenapa hati tiba-tiba rasa lega?
“Kyra
pergi mintak maaf kat Lutfie.” Arah Encik Madzlan. “Dia tetamu tau. Nanti kalau
Uncle Hisyam dan Aunty Anna tahu macam mana?”
Kyra
mengeluh lagi. Malaslah... Nak mintak
maaf bagai... Tu pun nak merajuk ke? Nak report kat parent dia? Macam budak
kecik...
“Pergi
mintak maaf cepat. Tak elok perangai macam tu. Berkira bagai...” Sekali lagi
Encik Madzlan menegaskan.
“Tapi,
Bah...”
“No tapi.”
“Dia
bukan budak kecik lagi yang nak merajuk apa segalaa...”
“Dia
kecil hati lah tu..”
“Kecil
hati apa nyaaa...”
“Dah..
Pergi.. Pergi...”
“Nanti-nantilah...!”
“Siaplah
Kyra kalau tak mintak maaf.”
“Abah
nak buat apa?”
“Your car..”
“Laaaaaaaaaaaaaaa.......”
Lengan Puan Suhana digoncang lembut. “Janganlah... Tu kan hadiah hari jadi...”
“Pun
belum habis bayar tu tau... Untuk kemudahan Kyra sebab Abah tak larat nak hantar,
jemput Kyra ke sana ke mari.. Kelas memasak la, taekwando la.. Tak jugak pandai
masak, tak jugak jadi superwoman ke
apa... Masih jugak manja macam selalu..”
“Kenapa
susah sangat nak mintak maaf ni...” Puan Suhana mencelah. “Mak tak ajar Kyra
jadi orang yang tak nak mengaku salah tau.” Kepala Kyra diusap lembut.
“Yalah..yalah..
Orang pergi.. Orang pergi....” Kyra bingkas bangun. Nak pujuk mamat ni lah pulak... Tambah
penat!
Cinta kita ibarat…
Sudah
tiga hari, Lutfie tidak bertegur sapa dengannya. Encik Madzlan dan Puan Suhana
dilayan seperti biasa. Hanya dia yang dilayan seperti tak wujud dalam rumah
batu dua tingkat itu. Bukan dia tidak pernah memohon maaf, tetapi pemuda itu
langsung tidak mempedulikannya.
Kenapa rasa bosan sangat dua tiga hari
ni ye? Macam takda tenaga... No excitement... Sebab tak lepak main
rollercoaster ke? Dan sekarang, mata pun merajuk tak nak tidur pulak.... Kyra
memintal-mintal hujung rambut sambil matanya ligat mengikut putaran kipas
siling di dalam bilik. Jam loceng di sisi katil dipandang sekilas. Sudah pukul
12.30 malam. Mak dan Abah dah tidur ke?
Gadis
berpijama corak teddy bear itu
melangkah keluar bilik dan berlari anak menuruni anak tangga. Dia ke bilik
bacaan, menjenguk ke dalam, kalau-kalau Encik Madzlan masih membuat kerja
pejabat, bolehlah dia melepak di sana. Gelapnya...
Seram...! Cepat-cepat Kyra menutup semula pintu.
Langkahnya
kemudian diatur ke ruang tamu. Kedengaran bunyi televisyen masih terpasang. Dan
tiba-tiba dia terdengar jeritan kecil melaung ‘Gol!’ Kyra menelan air liur. Tu mesti Lutfie...
Dia
bertukar arah secara automatik. Langkah laju tetapi senyap tanpa bunyi diatur
menuju ke dapur. Nak minum susu lah...
Mana tau dapat tidur lepas ni...
Tiba-tiba
rasa ada satu aura aneh dari belakang. Kyra menelan air liur. Gelas berisi susu
segar yang baru hendak disua ke mulut diletakkan semua di atas meja. Kaki dah memaku
di lantai. Kalau ada angin kencang datang menerpa, nescaya hanya Kyra yang
masih berdiri, kekal di situ. Hendak menoleh ke belakang pun, dia dah tak
sanggup.
Lutfie
sudahpun berdiri di hadapannya. Kyra cuba tersenyum. Pemuda berbaju T kosong
warna kelabu dan berseluar pijama biru tua itu hanya memandangnya tanpa riak. Sesungguhnya,
pandangan mata kelabu itu nampak sangat menggerunkan ketika itu.
“Nak....minum?”
Gelas diunjuk.
“Nak
hot choc.”
Gelas
berisi susu lantas diletakkan semula ke meja. Cepat-cepat Kyra mengambil mug
dari kabinet, sachet Cadbury Hot Choc
dari bekas Tupperware, dan sudu. Minuman itu segera dibancuh sebelum dihulurkan
kepada Lutfie yang duduk menunggu di kerusi meja makan.
“Nah.”
“Terima
kasih.”
“Err...
Tengok bola ke?” Kyra cuba memulakan perbualan sebaik Lutfie dilihat seperti
tidak mahu berganjak daripada dapur.
“Awak
stalk orang ye?”
“Hish!
Mana ada!” Cepat-cepat Kyra mengangkat kedua belah tangan dan menggeleng. Ish, apasal nak takut sangat dengan Lutfie??
Kalau dia sekodeng sekali pun apa salahnya, itu rumah dia. Dia bebas ke sana ke
mari...!
“Habis
tu? Macam mana tahu?”
“Orang
dengar.”
“Bila?”
“Tadi,
masa nak ke dapur.”
“O.”
“Ok.”
Kyra ingin terus pergi tetapi lengannya ditarik. Nak apa lagi ni...??
“Duduk.”
Macam
dipukau, gadis itu menurut. Dia duduk berhadapan Lutfie. Pemuda itu merenungnya
lama sambil menghirup coklat panas.
“Lama
tak duduk sembang, spec dah hilang dah?” Akhirnya, Lutfie bersuara. Hidung
Kyra sempat dijentik. Gadis itu seperti baru ditekan butang ‘Bercakap.’
“Spec kat
atas. Ingat nak turun minum susu je tadi..”
“Lain
kali spec jangan tanggal.” Ujar
Lutfie tiba-tiba.
“Apasal
pulak?”
“Nanti
orang lain jatuh suka.”
Kyra
mencemik. “Biarlah..”
“Tak
boleh.”
“Apasal
pulak?”
“Tak
boleh je lah. Nak tanya banyak-banyak buat apa..” Mug berisi hot choc diletakkan di atas meja.
Matanya tidak beralih dari memandang wajah Kyra di hadapannya. Gadis itu mula
tidak senang duduk. Kekok.
“Ingat.
Jangan tanggalkan spec.”
Kyra
mengetap bibir. Suka hati oranglah nak
buat apa pun.. Pakai spec ke, tak pakai spec ke, pakai contact lense colour
pelangi ke... Siapa dia nak sekat buat tu buat ni??
“Tak
nak mintak maaf sebab hari tu ke?”
“Hari
tu orang mintak maaf awak buat tak tau je..”
“Lepas
tu putus asa?”
“Bukan
putus asa.”
“Habis
tu?”
“Malas.”
“Kalau
betul-betul ikhlas, tak boleh malas tau.”
Kyra
mencebik. “Sorry.”
“Apa
dia? Tak dengar.”
“Haa..tak
dengar sudah.”
“Tak
ikhlas.”
“I...am...sorry......” Perkataan itu
diucap satu-satu sambil sepuluh jari disusun kemas.
Lutfie
tersengih. “Okey. Accepted.”
“Fuuhh...”
“Lega?”
Kyra
terbatuk kecil. Air susu yang diminum rasa tersekat di kerongkong. Lutfie masih
tersenyum penuh makna. Cepat-cepat Kyra menghabiskan terus susu segelas.
“Seronok
ke cuti tiga hari?”
“Ha?”
Gelas kosong diletakkan di atas meja.
“Esok
start bertugas balik tau!”
“Kalau
orang tak nak?”
“Orang
paksa.”
“Huh...tak
gentleman langsung.”
“Siapa
cakap orang ni stok gentleman? Orang
stok kalau orang nak, orang akan make
sure orang akan dapat. Thanks for the
hot choc. Nah...” Mug yang sudah kosong disorong ke Kyra. “Cuci.” Lutfie
terus meninggalkan ruang dapur.
Kyra
masih di situ. Merenung mug hitam dengan sisa hot choc di tangan. Jauh di sudut hati rasa lega kerana Lutfie
kembali bertegur sapa dengannya tetapi dalam masa yang sama, satu perasaan aneh
turut menerpa dan meresap ke seluruh urat saraf dan mengisi setiap ruang dalam
badan. Mata rasa segar. Jantung berdegup kencang. Dada rasa nak pecah. Rasa
macam lepas naik rollercoaster!
Cinta kita ibarat…
“Abah
mana, Mak? Tak balik lagi?” Kyra mendapatkan Puan Suhana yang sedang menghidang
makan malam di atas meja makan.
“Abah
kan outstation ke Singapura.” Balas
wanita bersanggul satu itu. “Tolong Mak bancuh air sirap.”
Kyra
angguk “Abah buat apa kat sana? Berapa hari?” soal Kyra sambil tangannya sibuk
menuang air suam ke dalam jug yang sudah diisi kordial ros terlebih dahulu.
Campuran itu kemudian dikacau sehingga warna merah pudar tadi bertukar
betul-betul merah.
“Tiga
hari. Ada conference... Datuk Ikhwan
hantar Abah dengan Uncle Othman jadi wakil syarikat mereka.”
Uncle Othman? Oh! Kawan Abah yang rambut
putih tu... Got it. Kyra mengiakan dalam hati. “Conference apa?”
“Conference antara usahawan industri
halal.”
“O-okey.”
Kyra mengangguk-angguk. Sejak Abah naik
pangkat jadi Penolong Pengurus Bahagian Korporat, sibuk yang amat...
Alhamdulillah. Rezeki dari Allah... Cakap pasal rezeki, mana budak Lutfie ni?
Rezeki dah siap terhidang. Tak turun-turun lagi?
“Panggil
Lutfie.” Arah Puan Suhana.
“Nak
kena panggil jugak ke?”
“Lepas
jemaah tadi dia cakap dia nak lelap kejap. Pening kepala katanya. Cepat pergi
tengok..”
“Haa...”
Kyra mengatur langkah malas. Ada ke dia
cakap pening kepala? Tak dengar pun tadi!
Pintu
diketuk berkali-kali. Tiada jawapan. Kyra ambil keputusan untuk masuk sahaja. Lagipun bukan bilik orang lain pun, bilik
aku jugak!
“Sedapnya
tidur....” Kyra peluk tubuh melihat pemuda yang sedang baring di atas katil. “Bangun..”
Bahu Lutfie dicuit. “Bangunlah... Dinner dah
ready..”
Pemuda
berbaju T kosong warna merah hati itu bergerak sedikit tetapi matanya tidak
dibuka.
“Bangunlah.....er...Lutfie.” Kyra menelan air liur. Rasa kekok
memanggil pemuda itu dengan nama itu. Wajah pemuda itu kelihatan pucat. Demam ke apa budak ni?
Tangannya
ditekap ke dahi Lutfie. Panasnya!!
“Mak!!”
Kyra keluar dari bilik lantas menjerit.
“Ada
apa, Kyra??” Terkocoh-kocoh Puan Suhana keluar dari dapur.
“Badan
Lutfie panas. Demam agaknya...”
“Demam?”
Puan Suhana berlari anak menaiki anak tangga. Dia segera mendapatkan Lutfie.
Pemuda
itu membuka matanya sedikit. Kelihatan Puan Suhana sedang menekap tangan ke
dahinya. Lutfie cuba tersenyum tetapi badannya rasa betul-betul lemah. Seluruh
badannya rasa sakit-sakit.
“Lutfie..
Bangun..” Puan Suhana menggoncang lembut bahu Lutfie. “Kita ke klinik okey?
Lutfie demam ni.”
Lutfie
hanya mengangguk. Puan Suhana dan Kyra membantunya untuk bangun.
“Kyra pergi bawak Lutfie masuk kereta. Mak
pergi ambil purse kejap.” Arah Puan
Suhana sebaik mereka selesai menuruni anak tangga.
Beratnya... Kyra sedaya
upaya menampung berat Lutfie yang tidak mampu berdiri dengan betul. Tangan kiri
Lutfie melingkari bahunya. Bingkai hitam cermin mata dah terlurut sampai ke
tengah batang hidung.
Lutfie
selamat dibaringkan dalam kereta di tempat duduk belakang. Kyra kemudian segera
ke tempat duduk pemandu, menunggu Puan Suhana yang kemudian datang, lengkap
bertudung litup.
“Kita
nak ke klinik mana ni, Mak?” soal Kyra sambil menoleh ke belakang. Lutfie
kelihatan menggigil. “Kejap!” Kyra masuk semula ke dalam rumah sebelum keluar
dengan hoodie merah jambunya. Dia segera ke tempat duduk
belakang. “Pakai ni.”
“Mana
muat..” Lutfie menepis.
“Muat
la.. Saiz ni besar.. Orang sengaja beli besar. Size L ni.. Selesa.”
“Tapi...
it’s pink..”
“Nak
terus sejuk ke nak pakai ni?”
Lutfie
membisu. Dia kemudian membiarkan sahaja Kyra membantunya mengenakan hoodie merah jambu jenama Roxy itu.
“Duduk
diam-diam!”
Kyra
kembali ke tempat duduk pemandu. Puan Suhana senyum segaris. Gelagat Kyra dan
Lutfie mencuit hatinya.
Demam
panas. Itu yang Doktor Arif ulaskan tadi di hadapan Puan Suhana. Kyra hanya
menunggu di luar. Perjalanan balik ke rumah lebih tenang berbanding semasa
mereka pergi tadi.
Kyra
membantu Lutfie baring di atas katil. Puan Suhana segera menyelimutkan tubuh
pemuda itu dengan selimut tebal. Wajah Lutfie masih pucat seperti tadi.
“Kyra
tunggu sini. Mak pergi ambil air suam.” Tanpa menunggu jawapan Kyra, Puan
Suhana sudahpun berlalu pergi.
“Betul
ke demam ni?” Kyra mencebik.
“Habis
ingat orang suka-suka berlakon sakit ke?”
“Boleh
caya ke..” Kyra masih menduga.
“Dahlah.”
Lutfie memusingkan badannya ke tepi, membelakangi Kyra.
Sikit-sikit merajuk...! Budak Lutfie ni
kan... Kyra mengetap bibir geram. Tidak lama kemudian, Puan Suhana
kembali ke bilik Lutfie.
“Makan
roti ni dulu, Lutfie. Lepas tu makan ubat..” Puan Suhana membantu Lutfie
bersandar di kepala katil.
“Orang
keluar dulu, Mak..”
“Tolong
masak bubur untuk Lutfie, Kyra..”
Bubur? Kyra mengeluh
berat. “Kan dah makan roti tu...”
“Hish,
budak ni! Roti tu kenyang sekejap je.
Nanti dah lapar balik. Pergi siapkan je lah.. Apa yang malas sangat ni..” bebel
Puan Suhana.
“Haa..yelah..yelah!”
Cinta kita ibarat…
Jam
di telefon bimbit menunjukkan pukul 11.00 malam. Tadi dia sudah berehat di
bilik Kyna sebelum telefon bimbitnya berbunyi, menandakan ada SMS masuk.
LAPAR.
SMS ringkas daripada Lutfie. Kyra duduk
membatu di beanbag merah jambu di
satu sudut di biliknya. Lutfie sedang bersandar di atas katil sambil menikmati
bubur telur yang disediakan oleh Kyra tadi. Hmm...Putera
Lutfie sedang bersantap... Mata kemudian kembali tertumpu ke telefon
bimbit. Mina dan dia sedang rancak berSMS.
“Siapa
masak bubur ni?” soal Lutfie, sengaja. Padahal, dia dah dengar Puan Suhana
mengarah Kyra menyediakan bubur untuknya sebelum dia makan ubat dan tertidur
tadi.
“Kenapa?
Makan je lah.”
“Awak
dah makan ke?”
Kyra
angkat muka dan kemudian mengangguk perlahan. “Sorry kalau tak sedap.”
“Takda
siapa-siapa cakap tak sedap.”
“Sedaplah
ni?” Riak wajah Kyra bertukar gembira.
“Takda
siapa-siapa cakap sedap.”
Kyra
mencebik. “Makan je lah..!”
“Takda
siapa-siapa cakap tak nak makan, o-key?”
Bubur
semangkuk selesai dihabiskan. “Sorry sebab
susahkan awak dan Aunty..”
Kyra
sudah bangun mendekatinya. “Takpa.” Kyra meletakkan mangkuk dan gelas air suam yang
Lutfie hulurkan ke dalam dulang. “Awak kan tetamu...”
“Terima
kasih, Kyra.”
Ikhlas
kata-kata itu membuatkan hati Kyra sejuk, belum sampai tahap beku tapi cukup
sejuk untuk otaknya menghantar isyarat untuknya membalas ucapan itu dengan
senyum segaris. Sama-sama, Lutfie...
“Dah,
pergi tidur.” Lutfie berpaling ke tepi.
Erk.. Arahan ke tu? Kyra hanya
mengangguk sebelum melangkah keluar bilik. Get
well soon...
Cinta kita ibarat…
Kyra
memandang ke kiri dan kanan. Dia menekap telinga ke pintu bilik berhadapan
bilik Kyna. Tiada suara. Puan Suhana sudah tentu dah ke dapur menyediakan
sarapan. Kyra berhenti di hadapan pintu biliknya, bilik di mana Lutfie berada.
Perlahan,
tombol pintu dipulas. Seperti yang dah dijangka, Lutfie masih tidur dengan
selimut ditarik hingga paras dada. Tangannya ditekap ke dahi Lutfie. Panas dah
kurang. Kyra menaik nafas lega.
Saat itu juga, tiba-tiba Lutfie membuka mata.
Pandangan mereka bertaut. Tangan Lutfie menyentuh tangan Kyra yang masih
menekap dahinya. Rasa diterpa angin masa naik rollercoaster. Jantung berdegup kencang. Rasa nak menjerit untuk
membuang rasa gentar itu tetapi suara rasa tersekat di kerongkong.
“Kyra!
Takda kelas ke pagi ni? Sarapan dah sedia tu...!”
Suara
Puan Suhana memanggil dari tingkat bawah seakan paluan gong betul-betul di
telinga Kyra. Dia seakan terjaga dari mimpi. Tangan yang Lutfie sentuh serta
merta ditarik.
“Kyra.”
Langkah
mati di hadapan pintu bilik.
“Jumpa
malam nanti.”
“Malam
nanti?” Kyra membetulkan letak bingkai cermin mata di batang hidung.
“Nak
main rollercoaster dengan awak..”
“Awak
demam lagi lah..”
“Petang
nanti orang sembuh. Orang promise.”
Erk....ada ke macam tu? Kyra hanya
mengangguk sebelum berlalu pergi.
Kyra
hanya memikirkan Lutfie sepanjang kelas. Celoteh Mina tentang fesyen terkini,
hujah pensyarah tentang kod programming,
bebelan bendahari kelas mengutip wang untuk lawatan sambil belajar, semuanya
seakan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Gadis
berbaju T kuning air dan berseluar denim kelabu itu duduk bersandar di sofa
ruang tamu. Pandangan ditala ke siling kosong berukir ringkas.
“Bila
Kyra balik? Tak bagi salam ke masuk tadi?” sapa Puan Suhana seraya duduk di
sofa bersebelahan Kyra.
“Mak..”
Tangan Puan Suhana dicium. “Ada orang bagi salam tadi... Orang ingat Mak tengah
sembahyang sebab tu tak jawab salam. Selalu petang-petang macam ni, Mak ada kat
dapur. Takda minum petang ke hari ni, Mak? Hehe..” Kyra tersengih.
“Haa..betullah..
Agaknya tadi Kyra sampai masa Mak tengah solat. Mak dah siapkan bubur kacang
kat dapur tu. Kyra pergi bersihkan diri. Solat. Lepas tu kita minum sama-sama.”
“Lutfie
mana, Mak?” Terkeluar juga soalan itu yang sebenarnya Kyra ingin tahan, takut
dibau oleh Puan Suhana.
“Ambil
berat nampak? Dulu kata benci.”
“Orang
tanya je. Bukan maksud apa-apa pun..” Cepat-cepat Kyra minta diri. Lama-lama kat situ karang banyak pulak
bebelan Mak...
Cinta kita ibarat…
“Degil
betul Lutfie ni tau.. Sama macam masa kecik dulu. Tak berubah langsung...”
Telinga Lutfie ditarik.
“Sekali
ni je, Aunty.. Bukan selalu.” Pemuda ringkas berbaju T hitam dan berseluar
jeans biru pudar itu tersenyum.
Kyra
mahu ketawa. Bukan selalu??? Mana tempat
kau ni selalu lepak kalau tak ke theme park tu?
“Iye
ke bukan selalu?” Puan Suhana memeluk tubuh. Lutfie dilihat sudah menyarung
kasut Macbeth ke kaki.
Kyra
yang bersandar di kereta tersenyum. Go,
Mak, Go...! Bukan selalu konon..... Huh!
“Ingat..
Jangan balik lewat.. Karang demam yang dah nak kebah tu jadi teruk balik...” Puan
Suhana mengingatkan Lutfie dan Kyra. Kedua-duanya mengangguk.
“Pergi
dulu, Aunty.” Tangan Puan Suhana disalam.
“Pergi
dulu, Mak.” Giliran Kyra mencium tangan wanita awal 40-an yang berdiri di muka
pintu itu.
“Iye.
Hati-hati tau..”
“Iye,
Mak. Jangan risau.”
Sepanjang
perjalanan, Lutfie yang duduk di tempat duduk penumpang di sisi tidak berhenti daripada
merenungnya. Siap memusing badan, duduk menghadap ke arahnya lagi. Kyra
membetulkan letak bingkai cermin mata.
“Tengok
apa dari tadi ni? Tak penat ke?” soal Kyra tanpa menoleh.
Lutfie
tersenyum “Suka hati oranglah.” Balasnya bersahaja.
“Orang
tak selesa drive la.”
“Drive je la. Orang bukan kacau apa
pun..”
“Orang
tak selesa.”
“Nak
orang selesakan ke?”
Bulat
mata Kyra memandang ke arah Lutfie yang masih tersenyum.
“Tengok depan lah.” Pipi Kyra ditolak lembut
agar berpaling ke hadapan. “Orang tak nak mati dulu.”
Kyra
menutup mulut yang dah ternganga lalu kembali menumpu perhatian ke jalan raya. Demam Lutfie teruk sangat ke? Berhalusinasi
ke dia?Ya,Allah! Lindungilah aku!
“Fikir
bukan-bukanlah tu.” Lutfie tergelak.
Erk! Kyra akhirnya membuat keputusan untuk
berdiam diri. Sepuluh minit kemudian, kereta selamat diparkir di perkarangan
taman tema. “Dah sampai.”
“Bukaklah
pintu... Orang tak larat ni.”
“Kalau
dah tak larat, sibuk nak pergi theme park
buat apa...?”
“Orang
teringin. Tak kesian dengan orang ke?”
“Hish!”
Marah-marah Kyra, langkahnya tetap juga diatur ke tepi kereta. Pintu kereta
dibuka untuk Lutfie. Pemuda itu menghulur tangan. “Nak orang buat apa dengan
tangan tu?”
“Tolong
orang bangun la..”
Sakit tenat ke apa dah tak larat jalan
apa semua?! Geramnya! Tangan Lutfie tetap juga disambut.
“Jom!”
Kyra
masih tidak berganjak. Dia hanya memandang tepat ke wajah Lutfie yang kelihatan
sangat gembira hendak melangkah masuk ke taman tema.
“Tengok
apa?” Lutfie angkat kening.
Kyra
angkat tangan yang digenggam kemas oleh Lutfie.
“Kenapa?”
“Lepas.”
“Nanti
orang nak pengsan ke apa, senang.. Ada orang pegang..”
“Ni
siapa pegang siapa ni?”
Lutfie
tidak mempedulikan Kyra. Tangan Kyra ditarik dan terus dipimpin ke tapak rollercoaster. Di atas rollercoaster, Lutfie masih tidak
melepaskan pegangan tangannya. Kyra pula seperti hilang rasa takut. Dia dan
Lutfie hanya berbalas renungan.
Jeritan
pengunjung yang teruja bercampur takut menaiki rollercoaster menyedarkan Kyra dari lamunan. Cepat-cepat Kyra
berpaling ke tepi.
Tiba-tiba.
“Jadi girlfriend orang nak tak?”
Lutfie
ditenung lama dengan rahang yang dah jatuh. Biar
betul budak ni? Dah gila ke??
“Kalau
awak fikir orang tak serious, let me make
it clear.. I do serious. I’ve wait for so long. I’ve tried to forget but i’ve
failed. I am still hoping and still waiting since that day.. Sejak orang
budak lagi orang nak awak tu jadi hak orang.. Boleh tak janji ngan orang yang awak takkan berubah jadi orang
lain sampai orang datang jemput awak.”
Maksud? Seriously. Aku tak faham!! Kyra menelan
air liur yang terasa berpasir. “Cakap apa ni, Lutfie...”
“Janji
tau!” Kepala Kyra diusap lembut.
Kyra
kemudian tenggelam dalam perasaan yang bercampur-baur. Keadaan hingar-bingar di
atas rollercoaster kini menjadi
senyap dan sunyi. Hanya bunyi degup jantung Kyra yang kedengaran kian jelas.
Cinta kita ibarat…
“Jangan
sibuk nak bersolek, berfesyen ikut trend bagai.
Jangan tukar or bukak spec nerd awak tu..”
“Apasal?”
Kyra tidak puas hati.
“Orang
tak nak berebut awak dengan siapa-siapa. Orang tak nak orang lain jatuh suka
kat awak. Ingat.”
Itu
ucapan akhir Lutfie sebelum dia masuk tidur semalam. Paginya, entah mengapa,
Kyra boleh terlewat bangun tidur. Anak tangga dituruni satu demi satu.
“Ha..baru
bangun anak dara bertuah ni...”
“Morning, Mak..”
“Dah
gosok gigi belum?” soal Puan Suhana sebaik melihat anak gadisnya yang masih
berpijama corak Spongebob. Dia kemudian menuang milo panas ke dalam cawan di
hadapan Kyra. Gadis itu seakan mahu terlena di meja makan dengan kepalanya di
atas meja.
“Sudahlah,
Mak..” Kyra angkat muka. Aroma nasi goreng yang menerpa hidung menaikkan
semangatnya untuk tidak terus terlena. “Abah mana? Abah dah balik dari
Singapura lewat malam tadi kan?”
“Abah
ke town awal pagi lagi..”
“Buat
apa di StarDust?”
“Laa...
Abah pergi airport. Habis, Kyra ingat
SummerShine ni ada airport?”
“Airport lagi? Nak pergi mana lagi? Busy betul Abah sekarang... Tak sempat duduk
sarapan sama-sama pun..”
“Abah
dah sarapan dengan Mak, dengan Lutfie tadilah.. Kyra tu yang lambat bangun..”
“Habis
tu? Kenapa pergi airport?”
“Abah
hantar Lutfie.” Puan Suhana melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Kyra
sebelum menghirup milo dari cawannya.
“Lutfie??”
Nasi yang baru disudu ke mulut hampir tersembur keluar. “Lutfie balik hari ni?
Bukan parent dia nak datang sini ke?”
“Parent dia datang nanti laa... Dia
balik. Cuti dia dah habis.”
“Pukul
berapa flight dia? Kenapa dia tak
cakap kat Kyra pun??”
“Pukul
11.45.”
Jam
di dinding dapur dipandang sekilas. Sudah pukul 10.30 pagi. Kalau dia hendak
kejar pun, perjalanan ke StarDust mengambil masa dua jam. Sudahnya dia belum
mandi. Memang dah tak sempat. Kenapa kau
bangun lewat, Kyra?! Kenapa...... ? Habis... malam tadi malam terakhir dia
spend dengan aku, sebab tu beria-ia nak ke theme park walaupun demam??
“Kenapa,
Kyra?” Suara Puan Suhana menghentikan lamunan Kyra.
“Tak..takda
apa-apa.”
Wanita
itu senyum sinis. “Mak ingat Lutfie dah bagitau kat Kyra sebab korang berdua
macam rapat..”
“Takda,
Mak. Dia tak bagitau orang langsung pun! Itu yang orang hairan. Kenapa pergi
macam tu je? Takda adab langsung! Patutnya dia bagitau orang dulu.. Semalam
masa main kat theme park dia buat macam biasa je.. Ni, demam dia dah
sembuh ke tak tiba-tiba nak balik Ireland??”
“Yang
Kyra marah sangat ni apasal? Bukan Kyra orang yang paling happy Lutfie dah balik tinggalkan kita ke? Kyra tunggu kan saat
ni..? Saat Kyra dapat balik bilik Kyra.”
Erk... Kyra menelan air liur. Kenapa emosinya
harus tertumpah betul-betul di hadapan Puan Suhana, memang susah nak lap lagi.
Wanita itu pasti sudah dapat menduga.
“Kyra
pun suka kat dia ye.....”
“Mak...
Mak cakap apa ni?” Bulat mata Kyra memandang wajah Puan Suhana yang sudah tersenyum
sinis. Apa maksud ‘pun suka’ yang Mak
cakap tadi tu? Dia tahu Lutfie sukakan aku? Macam mana...
“Sebagai
penghargaan buat Kyra kerana jasa baik Kyra jadi LO Lutfie sepanjang tempoh dia
kat sini, Mak nak Kyra kemas bilik Kyra. Lutfie cakap dia tak sempat nak kemas
tadi. Dia pun hampir overslept.”
Tu ke maksud ‘penghargaan’? Hmmm... Kenapa
Lutfie tak overslept je? Boleh lepas flight... Haish! Kau cakap apa ni,
Kyra........!! Kyra meraup muka. “Orang pergi kemas
sekarang.”
“Waa...Rajinnya
anak Mak! Makan pun tak habis lagi....?”
Kyra
sudah berlalu pergi, laju macam angin. Puan Suhana tergelak kecil. Ada-ada saja budak –budak ni....
Cadar
tilam sudah kemas teratur. Tuala hampir kering tersidai di penyidai tepi pintu.
Sejadah terlipat kemas di birai katil dengan songkok di atasnya.
Cakap tak sempat kemas... Kemas je aku
tengok? Kyra menutup pintu bilik. “Waaaaa.....!” Dia melompat baring di atas
katil. Tangan dan kaki didepakan sebelum digerak-gerak, gaya macam berenang
dalam air. “Rindunya dengan kau Cik Katil...!” jeritnya sendirian.
Tiba-tiba
dia terlihat sesuatu di atas meja di sisi katil. Apa tu? Tangan segera mencapai sebuah kotak hadiah kecil warna
hitam dengan corak hati warna putih yang diikat riben merah jambu. Di riben itu
tersisip sekeping kad yang Kyra terus baca tanpa disuruh.
KHAS BUAT BUDAK NERD YANG TAK SEDAR DIA TU CANTIK.
Kyra
mencebik sebelum tersenyum. Isi kotak
kecil dijengah. Replika rollercoaster warna
perak dengan perincian warna merah jambu itu sangat cantik walaupun hanya sebesar
tapak tangan. Rasa hendak menjerit pun ada, entah kenapa. Apa yang seronok sangat dapat rollercoaster??Bukan dapat satu taman
tema pun! Isi kad terus lagi dibaca.
.1O THINGS TO DO WHILE I’M GONE.
DON’T FORGET ME.
DON’T TAKE OFF YOUR SPEC.
DON’T FORGET ME.
DON’T TRY TO BE BEAUTIFUL (because
you’re already are)
DON’T
FORGET ME.
DON’T DATE.
DON’T FORGET ME.
DON’T FORGET TO GET YOUR ADRENALINE
BOOST.
DON’T FORGET ME.
WAIT FOR ME.
I REPEAT.
WAIT FOR ME.
p/s : Hoodie pink orang tapaw bawak
balik, okey!
Dada
rasa nak pecah menahan rasa yang entah datang dari mana. Jantung berdegup
kencang. Rasa teruja dan gembira. Sama macam masa naik rollercoaster.
Orang akan tunggu awak.
*Tamat Kisah 1*