Tuesday, June 4, 2013

Pink Smile 4


“Eh..tutup?”
Luna memintal tali pada hoodie putih Nike yang tersarung di badan. Jam di tangan dipandang sekilas. Selalunya Time-Time macam ni dah bukak.. Hari ni tutup ke? Tapi it’s Friday... Kalau Sunday tu logic la jugak...
Luna mengeluh kecil. Dingin makin terasa diisebabkan hujan yang turun lebat pagi itu. Bersusah payah Luna keluar dari kereta hanya kerana ingin menjenguk Duncan CoffeeHouse. Pintu Duncan CoffeeHouse terkunci rapat, di luar tiada papan hitam bertulis menu dengan harga istimewa hari ini, dan yang paling penting, tiada kelibat pemilik Duncan CoffeeHouse di kaunter.
“Hari ini Duncan tutup.”
Luna tersentak. “Oh... Ya ke? Awak tahu kenapa?”
“Sebab bos dia balik kampung.”
“Balik kampung? Kat mana?”
Should I tell you? Do you deserve to know?” Agak kasar, tapi dia berniat hanya untuk menguji.
Luna menelan air liur. Pemuda berkemeja dark blue itu memeluk tubuh. Gadis di sisinya tersenyum nipis.
“Kasar la cakap macam tu...” Akhirnya gadis berkurung moden itu bersuara. “Awak cari Kaz eh?”
Kaz? Nama dia Kaz? Ada hikmah jugak datang jenguk sini. Hehehe... “Tak! Tak!” Cepat-cepat Luna menggeleng. “Saya...saya craving for mini milo doughnut. You know lah, Duncan je ada the best mini milo doughnut..” Luna segera berdoa dalam hati. Oh, mini milo doughnut! Please save me dari kekantoian...!
“Ya ke? Laa... Hari ni tutup. Try pergi Monday nanti, okey? Rasanya, by that time, Duncan dah bukak..”
“Oh, kalau macam tu, saya minta diri.” Luna senyum segaris. Pemuda dan perempuan cantik itu membalas senyumannya.
“Comel, kan?” Rysa menyiku Ari yang masih memandang ke arah Luna yang baru sahaja masuk ke dalam perut keretanya.
“Ha’ah.”
“Comel dari Rysa?”
“Rysa comel lagi. Rysa comel, anggun, bergaya. Don’t worry my dear...” Menyedari Rysa yang sedikit cemburu, Ari cepat-cepat menjernihkan air yang mulai keruh. Hujung lengan baju kurung Rysa ditarik, masuk ke dalam kedai cenderamata bersebelahan Duncan CoffeeHouse.
“Ya lah tu...”
“Betullah... Budak tu sesuai dengan Kaz.”
“Apasal cakap macam tu?”  Kristal berbentuk hati diletakkan semula ke rak. Rysa memandang tepat ke wajah Ari di sisinya.
“Sebab Kaz belum berpunya. Ari rasa dia sukakan Kaz. Tak salah kan?”
Rysa mengangguk-anggukkan kepalanya. “Tapi, boleh ke Kaz jatuh cinta kat budak macam tu?”
Who knows?”
But you know lah Kaz tu macam mana, taste dia macam mana..”
“ Rysa tahu ke taste Kaz tu macam mana?”
Rysa terdiam seketika. “Kita kawan dari U, Ari.. Takkan la Ari tak tahu Kaz tu macam mana.. I think Kaz tu choosy. Kalau tak, takkan sampai sekarang masih belum ada steady girlfriend..
Maybe.” Jawab Ari ringkas. “So, Rysa nak cari souvenir macam mana untuk kawan Rysa dari Jepun tu? Tak pasal-pasal Ari kena isi borang kebenaran keluar pagi-pagi macam ni.”
“Laaa.. kenapa tak cakap pergi breakfast je? Tadi masa keluar baru pukul 10.00 kan?”
“Sebab dah nyata-nyata dok breakfast nasi lemak di pantri dengan bos sekali tadi, nak breakfast apa lagi..” Jelas Ari. Bingkai gambar dengan ukiran batik diteliti. Halus ukirannya. Rysa di sisi tersenyum nipis.
Sorry lah sebab terpaksa susahkan Ari..”
“Takpa.. Dah, cepatlah pilih. Ari kena sampai office before 11.00..”
“Okiedokie!”


“Babah mana, Mak?” Kerusi di meja makan ditarik. Sejurus selepas itu, Hajah Aini mencedok nasi goreng kampung ke pinggan di hadapan Kaz. Nasi goreng kampung dengan sambal goreng ikan bilis itu memang kegemaran Kaz sejak kecil lagi. Anaknya itu jarang pulang ke kampung. Biarlah dia memasak segala makanan kegemaran Kaz selagi dia mampu.
“Ke rumah Imam Sharif. Semalam, cucunya si Ismi tu sakit lepas main kat hutan hujung kampung tu ha..”
“Uish...” Kaz memuncungkan bibir. Tok Penghulu ni memang baik hati.. Melawat anak orang kampung sakitlah, apalah.. Kesihatan sendiri entah terjaga entah tidak.. Babah..Babah... “Sakit? Ada misteri-misteri nusantara ke hutan hujung kampung tu, Mak??” Kaz menunjukkan minat.
Berkerut dahi wanita bersanggul satu itu sebelum bahu Kaz segera ditampar. “Ke situ pulak!”
“Hehehee..” Nasi goreng yang masih panas ditiup-tiup dahulu sebelum disuap ke mulut. “Habis apasal dia sakit? Ismi tu umur berapa tahun, Mak?”
“Tujuh tahun.. Doktor cakap dia kena sengat binatang...”
“Ooooo...... Ingatkan kes besar punyaaa...” Pemuda berbaju T Macbeth dan berseluar pendek camoflage itu mengangguk-anggukkan kepala.
“Bukannya Kaz tak tahu Babah tu macam mana.. Memang sentiasa ambil berat...”  tukas Hajah Aini. Matanya masih tertumpu ke arah Kaz yang sedang makan dengan penuh selera.
“Mak dah sarapan?” soalan itu diaju sebaik melihat Hajah Aini sibuk memerhatinya menikmati sarapan pagi itu. “Kalau belum, makanlah sekali, Mak.. Bosan makan sensorang macam ni.. Mak asyik perhati je... Malulah Kaz, Mak!” Kaz tergelak kecil.
“Tu tandanya Mak rindukan Kaz...” Hajah Aini mengusap kepala Kaz lembut.
 “Terima kasih, Mak... Hehe...Mak dah sarapan ke belum?” soal Kaz sekali lagi.
Hajah Aini menjuihkan bibir. “Jangan nak tanya Mak dah sarapan ke tak. Mak dah nak makan tengahari je lagi tunggu Kaz bangun!”
“Eleh....sekarang baru pukul 9.00, nasi pun masih suam...”
Hajah Aini tersengih, menampakkan baris giginya yang masih tersusun rapi. “Dah. Kaz makan dulu. Mak ada date dengan pokok-pokok bunga Mak kat luar tu..” Hajah Aini segera bangun dari kerusi bersebelahan Kaz.
Date?” Kaz tergelak kecil. Busy sangat ke Babah sampai Mak jadi macam ni? Astaghfirullahalazim!
“Orang cakap, kita perlu bercakap dengan bunga-bunga yang kita tanam, barulah dapat tumbuh subur, berbunga, cantik, tak layu... Baja kena bagi, jangan lupa siram... Faham?” Jelas Hajah Aini bagai dapat menduga persoalan dalam kepala Kaz.
“Faham, Cikgu Aini!” Kaz tersengih. Hajah Aini hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum sebelum melangkah ke luar rumah dari pintu dapur.
Morning.
“Oh, morning, anak raja...” balas Kaz bersahaja sebaik suara itu menyapanya.
“Apalah abang ni.. Asyik panggil orang anak raja..anak raja...” Tudung saji dibuka.
“Dah pemalas sangat. Anak raja lah tu..” Air teh panas dihirup sedikit-sedikit.
“Apasal nak cari gaduh ngan orang awal-awal pagi ni?” Tudung saji ditutup kasar.
“Sebab bosan?” Kaz memandang ke wajah Ery yang sudah merah menahan marah. “Rileklaa..... Abang gurau je. Temankan abang ronda kampung petang nanti?”
“Huh! Malaslah!”
“Alaaa..janganlah macam ni. Abang kan dah lama tak balik kampung..”
“Abang ronda sensorang laa.. Ery ada date.”
Amboi....... Mak ada date, budak umur 15 tahun ni pun ada date ke? “Cakap sapa lelaki malang tu?”
Gadis itu mencerun memandang ke arah Kaz yang sudah pun tergelak besar. Adiknya yang seorang itu memang cepat marah dan kerana ini Kaz gemar mengusiknya. “Orang ada date dengan Sims la..Karang tak pasal-pasal rugi Simoleon!”
Kaz ketap bibir geram. Laa.. Sims rupanya.. Tak lain tak bukan.. FB lah ni! Kalau setakat Simoleon yang tak boleh nak belanja tu, wonder why lah people on this earth ketagih nak dapat banyak Simoleon tu?? “Try la tak nak teman abang.. Abang cut streamyx.” Tukas Kaz dengan wajah tak beriak. Ery terdiam. “Time tu, bye bye lah Sims awak tu.....”
Ery menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Stresss....! Abang aku ni!! Ugutan maut!! Kalau abang cut, confirm lah Babah dan Mak tak sambung balik. Abang bab IT -IT ni jauh lebih berkuasa. Senang je influence Babah.. Mak pulak ikut je. Tak boleh biarkan ni...bosan la karang kalau takda internet....hm!!!
“Yalah! Yalah! Orang temankan!” Baru saja Ery hendak melabuhkan punggung ke kerusi bersebelahannya, Kaz pantas menahan lengan gadis berpijama merah jambu itu. “Apa lagi ni, Abang Kaz.......??” Ery mengeluh berat. Kalau abangnya ini pulang ke kampung, memang sengsara dibuatnya.
“Mandi dulu, baru sarapan.”
“Tapi..”
NO tapi-tapi. I can’t stand the smell of budak bangun tidur, dengan bau air liur basi nya lagi... Ish! Not when I’m having my breakfast!
“Urghhh!!” Mahu tidak mahu, gadis itu menurut.
Kaz tersenyum puas, menghantar pemergian Ery menaiki anak tangga ke tingkat atas. Semasa di SummerShine, memang dia rindu hendak membuli Ery.  Hubungannya dengan Ery agak rapat walaupun umur mereka jauh berbeza. Anak bongsu keluarganya itu memang agak manja.
“Ery!!! Cepat!! Kalau tak, abang habiskan nasi ni!!!!!!”
“Janganlah!!!!!” Jerit Ery dari biliknya.
Kaz ketawa sendirian.

post signature

No comments:

Post a Comment

I don hate comment.. ^^