“Dari mana, Luna?” Puan Mega menjengah
dari dapur. Luna yang baru hendak menaiki anak tangga pantas bertukar arah
menuju ke arah ibunya.
“Dari kolej, Mama.”
“Ada jenguk butik?”
Luna menggeleng sambil tangannya sempat
mencuit adunan tepung berwarna merah jambu lalu disua ke mulut.
“Uuu…strawberry..
Nak buat apa?”
“Cupcake.
Kak Myra kan suka cupcake ni..”
“Ah, ya! Kak Myra balik terus ke, Ma?
Pukul berapa flight?”
“Malam nanti.. Balik cuti.. Apasal Luna
tak ke butik? Stok kan sampai hari ni?”
“Fazrin kan ada kat butik tu, Ma. Luna
dah pesan kat dia dah..”
“Luna percaya sangat dengan budak tu..”
“Mama.. Dia kawan sekolah Luna, Ma..
Luna kenal dia. Dia orang susah.. Sebab tu Luna tolong dia. Luna tahu, dia
takkan sia-siakan peluang yang Luna bagi untuk dia..”
“Luar baik, Luna.. Dalam Luna tak tahu.
Jangan cepat percayakan orang.” Puan Mega cuba mengingatkan anaknya. Luna
memang lurus orangnya, ceria dan tak banyak hal cuma agak manja. Lebih-lebih
lagi dengan Papa nya, Tuan Irshad.
“Ada ke Duncan hari ni?” Puan Mega
sempat mengerling ke arah anaknya yang sudahpun melompat duduk di atas meja
kabinet. Mangkuk adunan diletakkan di atas meja lain di situ.
“Nope!”
“Aik..hari-hari ke sana, hari ni tak
pulak? Kenapa?” Puan Mega bernada sinis, sengaja menekan-nekankan suaranya
mengusik anak bongsunya itu. “Mama nak ke sana tengok pemuda idaman Luna tu
boleh?”
“Eh, janganlah, Ma! Mama kan dah
janji! Hmm… Kalau ikutkan hati, memang
nak ke sana. Hari ni Luna busy
sangat, Ma. Banyak assignment nak
kena settle cepat. Sebab tu Luna
duduk dalam library je sampai
petang…”
“Rindulah lelaki idaman Luna tu kat
Luna…” Luna mencebir.
“Mananya nak rindu. Luna ada ke, takda
ke, bukannya dia perasan pun. Luna….tak wujud.” Nada Luna bertukar perlahan.
Puan Mega yang sedar dengan perubahan Luna itu segera meletakkan tangannya ke
atas bahu Luna. Rambut anaknya yang panjang dan hitam itu kemudian diusap
lembut.
“Takpa, Luna. Luna muda lagi. Banyak
lagi masa nak kejar apa yang Luna nak.. Relax..
Kalau dah tu jodoh Luna, tak ke mana… Tengok macam Kak Myra dan Abang Shairy,
lima tahun bercinta, tiga tahun berpisah, tup tup jumpa balik dan bertunang.. Next year
dah nak kahwin. You see how Time play its
role?”
Luna mendongak ke wajah Mama nya yang
bersungguh-sungguh cuba meyakinkannya. Bercakap soal jodoh membuatkan Luna rasa
dewasa, dan kenyataan itu membuatkannya ketawa.
“Apasal Luna gelak?”
“Jodoh? Luculah, Ma.”
“Apa pulak yang lucu?”
“Luna muda lagi. Baru 22 tahun, nak
cakap soal jodoh.. Haha..” Luna geli hati.
“Gelak pulak dia…” Puan Mega geram. Pipi
Luna dicubit hingga kemerahan.
“Adui! Mama!!” Luna bingkas bangun. Giliran
Puan Mega tergelak melihat kedua belah
pipi Luna yang putih gebu kini bertukar kemerahan. “Sakit..!”
“Dah.. Pergi naik atas, solat Asar.
Karang terlepas pulak waktu..”
“Baik, Puan!” Luna tabik hormat.
Puan Mega menghantar pemergian gadis
berbaju T turquoise kosong dan seluar
panjang denim berwarna hitam itu sehingga dia hilang dari pandangan. Wanita
40-an itu kemudian mengukir senyuman. Betapa cepat masa berlalu. Kedua-dua anak
gadisnya sudah menjangkau usia remaja. Satu hari nanti, kedua-duanya akan
meninggalkannya sebaik berumah tangga. Myra insyaAllah akan bersama Shairy.
Luna? Puan Mega mengeluh kecil. Siapa
agaknya dapat menjaga Luna? Menerima dia seadanya?
“Ari.. Aku rasa aku nak balik kampung
jumpa Mak dan Babah aku lah..”
“Bila?”
“Maybe
this weekend..Hm..aku rasa aku nak bertolak petang Jumaat. So Jumaat ni aku tak bukak Duncan lah..
Cuti.. Kau nak ikut aku tak?”
Pemuda dengan jersi Barcalona itu
menggeleng. “Weekend ni aku ada event dengan family Rysa.”
“Event?”
Kaz yang tadinya bersandar di kabinet dapur segera melabuhkan punggung ke
kerusi berhadapan Ari di meja makan. “Event
apa?” Kaz menghirup 100Plus. Penat lepas bermain futsal bersama Ari tadi
masih terasa.
“Ada makan-makan.. Family aku pun ada nanti. Terlanjur cakap ni, hari Jumaat ni mereka
sampai. Aku nak mintak izin kau bagi parent
and
adik aku stay kat sini..”
“Oh, itu no hal. Nanti kita kemas bilik Dean tu.. Adik kau yang lelaki ke
perempuan?”
“Dua-dua, bro..Asif dengan Aina...”
“Kalau macam tu, kau suruh je adik perempuan
kau tidur kat bilik kau. Kau dengan adik lelaki kau tidur kat bilik aku. Parent kau boleh tidur kat bilik Dean
tu...” cadang Kaz yang hanya berseluar pendek paras lutut.
“Boleh ke? Bukan bilik kau tu ala-ala
bilik kebal ke? Hahahaa..” Ari tertawa sebelum mengelap muka dengan tuala kecil
di bahu. Kaz tersenyum.
“Boleh je.. Asal tak usik meja kerja
aku, dahla..”
“Okey, bos!” Ari menepuk-nepuk dada. “You can count on me.”
“Yalah tu..”
“Amacam Pink Smile?”
“Entah. Dah masuk tiga hari tak tengok
kat Duncan.” Balas Kaz bersahaja. Berkerut dahi Ari memandang wajah Kaz di
hadapannya. “Apasal?”
“Aku cakap pasal menu Pink Smile
kau..kau cakap pasal......” Ari angkat kening double jerk. “Apa cerita ni...........?” Ari tersengih.
Kaz telan air liur. Ah, sudahhh.... Alamat kena makan Ari lah malam ni..........! “Kau
jangan nak fikir bukan-bukan, okey....!” Kaz meraup muka. Apasal boleh sesat cakap pasal budak tu plak?? Ni mesti gara-gara
obses nak add menu baru Pink Smile tu lah ni...! Adoyai......!
“Rilek la, Kaz... Yang kau gelabah
apasal? Hahaha..” Ari ketawa. Lucu. Inilah kali pertama dia melihat Kaz dengan
reaksi sebegitu.
“Mana ada aku gelabah. Dahlah, aku nak
pergi mandi. Nak tidur... Nak revenge tidur
yang tak cukup lately...”
“Nak larilah tu...” Ari senyum sinis.
“Nak lari apanya.. Dahlah, Ari. Malas
nak layan kau. Esok nak kena bangun awal lagi..” Kaz bingkas bangun. Tin
100Plus yang sudah kosong sempat dilempar ke dalam tong sampah di tepi sinki.
Di hati, dia menyalahkan diri sendiri. Macam
mana boleh cakap pasal budak pink braces tu depan Ari??? Hari ni Ari...Kalau
tak esok, lusa confirm Rysa plak tolong Ari ulam aku.. Takda satu benda pun
yang Ari rahsiakan dari Rysa. Apa pulak yang Rysa akan fikir tentang aku nanti?
But does it matter?
ha... kaz!? huhu dah jatuh suka kew??
ReplyDeletenak part4..hehe...xsabar nk bca...
ReplyDeletekeep on reading k~ tq so much~~ ^^v
ReplyDelete