Hujan lebat di luar. Kaz masih sibuk
menggarap kertas putih dengan beberapa lakaran rambang. Point note kuning terang melekat kemas di dinding berhadapan meja
kerjanya tertulis deadline komik bersiri
Disappear, komik bersiri yang keluar di majalah Fusion setiap bulan.
“Arrgggghhhh!!!!” Kepala digaru-garu
kasar. Rambut dah mula serabai. Wajah diraup beberapa kali. Kopi panas yang
dibancuh tadi kini bertukar sejuk. Betapa ianya sudah lama dilupakan dek
keasyikan Kaz dengan dunia fantasi komiknya.
Saat itu juga loceng pintunya ditekan.
Ditekan dan ditekan beberapa kali. Siott!
Mana Ari ni?? Tak reti nak bukak pintu!!!
Selamat sudah Ari dimaki di dalam hati.
Kaz membuka pintu bilik, melangkah laju ke pintu utama apartmen tiga bilik itu.
Daun pintu dibuka.
“Assalamualaikum.” Seorang gadis
bertudung litup tersenyum nipis.
“Wa’alaikumsalam, Rysa. Kejap ye..”
Pintu dibiarkan terbuka. Kaz melangkah laju ke bilik Ari. Pintu bilik Ari
diketuk beberapa kali. “Ari! Rysa kat luar tu ha..” ujar Kaz sebaik pintu bilik
terbuka. “Kau tidur tak ingat dunia ke?”
“Penat semalam belum habis daa..”
Matanya dipisat-pisat. Jersi Argentina berwarna biru lembut disarung ke badan,
padan dengan seluar pendek putih. Penat seharian menguruskan futsal tournament dua hari
berturut-turut belum usai. Ari kemudian berlalu meninggalkan Kaz, menuju ke
arah Rysa. Kaz kembali ke biliknya.
“Awak..” Ari tersenyum nipis. Gadis itu
membalas senyuman seraya mengunjuk beg plastik KFC. “Apa ni?”
“Bonusnya question! KFC laa.. apa lagi..”
“Maksud Ari, untuk apa ni?”
“Dinner
untuk Ari dan Kaz malam ni.”
“Buat susah-susah je. Kitaorang boleh
makan kat luar nanti.”
“Nak tunggu Kaz keluar dari bilik ke?
Kebulur la tunang Rysa..” Ari tersengih. Di hati rasa amat beruntung kerana
memiliki tunang sebaik Rysa. “Rysa balik dulu.”
“Nak balik dah?”
“Abang Mie tunggu kat bawah.”
“Oh, Abang Mie temankan Rysa ke sini
rupanya..” Ari lihat Rysa mengangguk. “Kalau macam tu, sampaikan salam Ari pada
Abang Mie.”
“Okey! Assalamualaikum!”
“Wa’alaikumsalam! Take care!” Sebaik Rysa hilang dari pandangan, pintu segera
ditutup. Ari duduk di ruang tamu. Butang power
pada remote control televisyen ditekan.
Terpampang wajah Nicole Kidman di televisyen. Filem Bewitched sedang
ditayangkan di TV3.
“Apasal Rysa tadi?” Muncul Kaz dengan mug
kosong di tangan. Kopi O sudah selesai tugas membasahkan tekak dan membekalkan
kafein di badan, bekalan untuk sesi stay
up untuk menyiapkan komik.
“Hantar dinner..” Seketul ayam goreng spicy
mula diratah. “Kau tak nak ke?”
“Kau makanlah dulu. Lepas tu, tinggal
dua ketul untuk aku..”
“Dua ketul je?”
“Kenapa? Ada banyak ketul ke?”
“Satu..dua..tiga….hm..enam! Kau tiga,
aku tiga.”
“Ikut suka kaulah. Rysa beli untuk kau,
bukan untuk aku..”
“Dia beli untuk kita lah..”
“Baik betul tunang kau tu, kan?”
“See
the kaki lah, bro!”
“Berlagak.” Kaz segera ke dapur,
membancuh kopi buat kali ke berapa entah, dia sendiri tidak tahu. Dia kemudian
melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan Ari.
“Disappear tak siap lagi ke?” soal Ari
sambil matanya tidak beralih dari memandang skrin televisyen dengan mulut sibuk
mengunyah cebisan-cebisan ayam goreng spicy.
“Another
two episodes..” Ayam bahagian kepak dikunyah.
“Yang kau tengah siapkan ni episod ke
28, which means next next month dah complete habis lah kan?” bulat mata Ari memandang Kaz di
sisinya. Kaz angguk.
“Nak Pepsi kau sikit..” Gelas kertas
segera bertukar tangan. “Rysa datang dengan siapa tadi?”
“Abang dia..”
“Abang dia yang tak suka dengan kau tu
ke?”
“Hmm… Dia tu lah..”
“Masih lagi ke dengan perangai pelik dia
tu?”
“Memang takkan habis punyalah dendam dia
kat aku..”
“Pelik betul. Macam budak kecik..”
“Memang pun. Malas aku nak fikir.
Asalkan aku dengan Rysa baik-baik je.. Rysa pun tahu abang dia tu macam mana…”
“Jadi ke langsung tahun depan?”
“Kalau ikut plan, macam tu lah, Kaz.. Doa-doa je lah takda apa-apa…”
“Amin!” Kaz angkat punggung, selesai
meratah dua ketul ayam.
“Aih! Dua ketul je?”
“Satu simpan dapur. Karang aku makan..
Aku nak sambung kerja..” Mug kopi di atas meja dicapai sebelum pemuda yang
hanya mengenakan board short dan baju
T putih kosong itu berlalu pergi meninggalkan Ari sendirian di ruang tamu.
“Kaz!! Esok jangan lupa appointment!!!” Jerit Ari tiba-tiba. Kaz
yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik undur beberapa tapak ke belakang.
“Appointment
apa??”
“Doktor gigi!”
“Ah!” Kaz menepuk dahi. “Thanks, bro!”
“Aku kan secretary kau! Tu lah… Suruh cari girlfriend, tak nak. Kan senang kalau kau ada girlfriend… Taklah menyusahkan aku!” bebel Ari berbaur gurauan.
Kaz tergelak sebelum melangkah masuk
semula ke biliknya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Girlfriend? Buat susah je.. Tambah pening adalah… Tak nak aku!
“Kau nak ke mana?” Ari yang sedang tekun
menonton perlawanan bola sepak di televisyen menoleh ke muka pintu di mana Kaz
sedang menyarung selipar hitam Teva ke kaki.
“Nak keluar kejap.” Beg sandang Nike
Oranje berwarna hitam dipaut ke bahu.
“Ke mana?”
“Hm…Duncan kut!”
“Kenapa? Tak cukup ke kopi kat rumah
ni?”
“Dah kering idea, Ri.. Apa-apa hal, cari
je aku kat situ.”
“Kunci Duncan ada kat kau ke?” soal Ari
lagi.
Kaz seluk saku depan beg sandang. “Ada, bro!”
“Kunci kereta? Karang tak pasal-pasal
ulang alik kau naik lif ke sini.. Sakit pelupa kau tu bukannya aku tak tahu!” Kata-kata
Ari membuatkan Kaz tersengih seraya menayang kunci Mini Austin kepada Ari. Ari
buat muka bersahaja.
“Aku pergi dulu!” Kaz berlalu pergi
meninggalkan Ari sendirian di apartmen tiga bilik itu. Apartmen itu sudah dua
tahun mereka diami bersama. Dulu, ada seorang lagi rakan serumah mereka, Dean,
tetapi pemuda itu pindah setelah mendapat pekerjaan tetap di luar negara.
Apartmen itu milik Kaz tetapi bilik yang
lagi dua disewakan kepada Ari dan Dean, sahabat baik Kaz sejak di universiti
lagi.
Lima belas minit memandu, Kaz selamat
tiba di tempat parkir kereta, tidak jauh daripada blok kedai Duncan Coffeehouse. Sebaik pintu kereta
kesayangan dikunci, Kaz mengatur langkah ke kedai kopi miliknya yang terletak
di Blok 14, di hujung sekali. Dia masuk menggunakan pintu belakang. Lampu
bahagian dapur kedai dibuka. Mesin pembancuh latte dipasang. Malam ini, dia
ingin bekerja di Duncan CoffeeHouse sahaja, bertapa di tempat sunyi dengan
aroma kopi dalam sesi mencari idea memang satu perkara biasa bagi Kaz.
Lampu di sudut kanan kedai dibuka sebaik
saja secawan kopi latte siap dibancuh. Aroma kopi berkrim menerawang ke ruang
kedai. Komputer riba segera dikeluarkan daripada beg sandangnya.
“Idea
searching………….” Kaz menarik nafasnya dalam-dalam sebelum memejam matanya
rapat. Kertas A4 putih dan pensel mekanikal kegemarannya tersedia di atas meja.
Tiba-tiba, cermin kedai diketuk. Hampir
tersedak Kaz yang sedang menghirup kopi latte. Lagu No One Knows nyanyian Queen
Of The Stone Age yang ke udara sedari tadi melalui speaker komputer riba diperlahankan. Kaz mengeluh berat. Ni siapa pulak yang ketuk-ketuk pagi-pagi buta ni…?!
Kaz membiarkan ketukan itu berterusan
sebelum dia bingkas bangun, melangkah ke tingkap. Perlahan, langsir putih
dikuak sedikit. Seorang gadis berhoodie hitam
dan berseluar jeans biru pudar berdiri di tepi tingkap. Sebaik Kaz menampakkan
mukanya, gadis itu nampak begitu terperanjat lalu jatuh pengsan. Kaz bergegas
ke luar, mendapatkan gadis itu lalu didukung masuk ke dalam kedai.
Kaz segera ke dapur, mengisi mangkuk
dengan air sebelum direnjis ke arah gadis itu. Gadis itu akhirnya terjaga. Kaz
segera menjauhkan diri.
“Kenapa dengan awak? Apa awak buat time macam ni kat sini?” soal Kaz lantas
memeluk tubuh. Dia sedikit terperanjat saat gadis itu menyeringai tersenyum,
menampakkan pendakap gigi berwarna merah jambu di giginya, membuatkan Kaz
tergelak kecil. Tiba-tiba, hatinya digeletek. Gadis itu pantas berubah wajah
lantas Kaz berhenti ketawa.
Perlu pertolongan ke budak ni? Kaz mengerling ke arah jam di dinding berdekatan meja kaunter. Tepat
pukul 1.15 pagi. Kaz kemudian kembali menatap wajah gadis itu yang sedang menyusun
sepuluh jari.
“Kenapa?”
“Help!”
Gadis itu menyusun sepuluh jari. Hood
dibuka dari terus menyelubungi kepala, menampakkan rambutnya yang ikal berwarna
hitam pekat itu.
Kaz masih ragu-ragu. Nampak macam innocent… Kaz tarik nafas
dalam-dalam. Mintak-mintak bukan hantu…
Heh!
“Nak apa?” Kasar Kaz menyoal.
“Pinjam phone boleh? Kereta saya rosak kat depan tu ha..” Gadis itu
menjuihkan bibir. “My handphone low batt!”
Gadis itu mengangkat telefon bimbit iPhone
dengan casing merah jambu.
“Saya nak balik rumah, dari rumah kawan tadi, lepak. Tertidur kat sana. Then, saya terbangun, saya nak balik.
Saya perlu balik, kalau tak parent saya
marah… Sebab tu lah, saya drive
sensorang.. Tiba-tiba pula kereta mati tengah jalan. Saya nak call pun tak dapat. Jadi saya jalanlah
sampai sini. Tengok lampu kedai ni yang masih bukak. Sorrylah kalau ganggu. But I
really need help.”
“Dah habis?”
“Hm?”
“Cerita awak dah habis?” soal Kaz sinis.
Gadis itu tersengih.
“Awak boleh tolong saya?”
“Nah.” Telefon bimbit Nokia 3310 diunjuk
kepada gadis di hadapannya. Gadis itu tiba-tiba tergelak. “Kenapa gelak?”
“Zaman macam ni pun masih ada orang
pakai telefon bimbit ni ke? Mereka masih keluarkan ke model ni?” Gadis itu
gelak lagi.
Berderau darah Kaz terus ke muka. “Ni
nak mintak tolong ke program hina-bina
ni??”
Kecut perut gadis itu terpampang di riak
wajahnya. Tawanya terus padam. “Er, maaf!”
“Ni nak guna handphone ke tak nak? Kalau tak nak, boleh blah..” Tegas Kaz.
“Nak! Nak!” Telefon bimbit itu bertukar
tangan. Gadis itu melangkah jauh sedikit daripada Kaz sebelum membuat
panggilan. Lima minit kemudian, dia kembali mendekati Kaz yang bersandar di
pintu yang memisahkan dapur dan ruang makan Duncan CoffeeHouse. “Terima kasih!” Ucap gadis itu dengan senyum
mesra di bibir mungilnya.
Kaz menyimpan telefon bimbit ke dalam
poket seluar pendek. “Dah ada orang nak jemput?” Kaz lihat gadis itu mengangguk.
“Kalau macam tu, awak boleh pergi
sekarang!”
“Eh..eh! Kejap!”
“Nak apa lagi?”
“Nak kopi, boleh?” Bulat mata Kaz
memandang wajah gadis di hadapannya itu. “Sementara menunggu, elok minum kopi.
Saya memang selalu ke Duncan ni. Sedap kopi kat kedai ni. Awak buat apa selalu kat
sini? Awak owner kedai ni ke?”
Kaz pandang wajah gadis di hadapannya
tanpa riak. Banyak cakapnya perempuan ni…
Karang aku tinggal macam tu, aku ni lelaki tak baik pulak… Terngiang-ngiang
pulak di telinga pesan Mak, lindungi kaum Hawa.. Tetapi kenapalah Hawa yang
sorang ni tiba-tiba jadi sangat menyakitkan hati?!
“Tunggu sini! Jangan masuk. Nanti tak
pasal-pasal kena cekup!” Gadis itu menurut. Kaz datang semula mendapatkannya
dengan secawan kopi latte.
“Terima kasih!!!” ucap gadis itu
gembira. “Awak siapa nama?” Kaz tidak menghiraukan soalan itu.
“Awak cepat minum dan pergi dari sini.
Saya banyak kerja awak tau tak? Saya bukan datang sini nak berkenalan ke apa.
Saya dah tolong awak, saya harap awak faham. Awak tu perempuan, dan saya ni
lelaki. Kalau orang jumpa macam mana?”
“But
I’m a girl in need… Tentu mereka akan faham. Takkan nak biarkan gadis macam
saya ni seorang diri time macam ni?
Kalau jadi apa-apa kat saya, awak tak rasa tanggungjawab ke??” ujar gadis
berkulit cerah itu bersungguh-sungguh. Kaz dilihat terdiam. “Haa.. betul kan
cakap saya? Baik awak temankan saya sampai orang jemput saya kat sini. Awak
tunggu kat dalam, saya tunggu kat luar ni. Takpa. Saya tak sejuk. Saya ada hoodie!” Hood kembali disarung di
kepala.
“Hm, awak tunggu kat dalam. Biar saya
kat luar!”
Gadis itu tersengih. Aku tau kau tu baik… And kopi ni memang
sedap! Tak sangka, ini rupanya hikmah kereta rosak.. Heheehe.. Tak pasal-pasal
dapat jumpa my dream boy. Oh, my dream boy!!
Kaz duduk di luar pintu kedai sebelum
telefon bimbitnya berdering. Dia mendapatkan gadis itu yang sedang duduk di kerusi
berhadapan meja bar.
“Awak Luna ke?” soal Kaz dingin. Gadis
itu angguk. “Panggilan untuk awak.”
Setelah berbual seketika, gadis itu
memulangkan telefon bimbit itu kepada Kaz. “Saya pergi dulu! Thanks for the accompany, and the latte!”
“Dah ada orang jemput?” soal Kaz masih
dingin.
“Saya dah bukan tanggungjawab awak lagi. Don’t worry!” Gadis itu tersenyum
sebelum berlalu pergi. Kaz mengunci semula pintu sebaik gadis pelik itu hilang
dari pandangan. Kaz mengeluh kecil sebelum berlari anak ke meja kerjanya.
“Get
back to work! Work! Work!!!”
i think cerpen td.. tk sbar nk taw yg selanjutnya.. huhu.. baik btol kaz and rysa.. haha..
ReplyDeletelelaki ni walaupun nmpk nakal dan 'kejam' tp mereka berperikemanusian...hehe
ReplyDeletecpt smbg eh writer..
Syahira_Ira
Heehe..masing2 ada character..kne tunggu that characters grow.. Tqvm 4 leavin coments~ ^^v
ReplyDeleteho yeahh :)
ReplyDelete