Tuesday, May 7, 2013

Cinta Kita Ibarat...Pelangi!



3. Rainbow    *byAepyAoki

Pearl Beach – 5.20 petang
Danish meraup muka. Kepala kemudian dihantuk-hantuk ke stereng. Kenapa dia bodoh sangat, senang-senang percaya orang? Dan kenapa seorang yang begitu dipercayai boleh saja mengkhianati? Dan sekarang siapa dapat bala? Siapa dapat susah? Dia.
“Daddy, i’m so sorry. I promise. It will never happen again.”
“Boleh ke Daddy percayakan Danish? After all that happen? Danish pertahankan orang yang salah. Disebabkan kesilapan Danish, kita dah rugi 1.5 million, Danish. 1.5! Dan bukan kerugian tu saja yang buat Daddy kecewa. Yang paling Daddy kecewa ialah etika kerja Danish. Kenapa Danish boleh senang-senang lepas tangan kepada budak Hazeeq tu? This is your project.. Your task. Why let others intefere? And decide on your behalf? Mana rasa tanggungjawab Danish?”
“Daddy. Danish minta maaf. Memang tak sangka Hazeeq sanggup  buat macam tu. Betray the company. Betray me.”
And he’s the one that you call bestfriend?? Fix everything. Yang Daddy tahu, marketing unit should do something to increase our selling. I want 20% increase by end of this year. Byhook or bycrook. ” Pintu dihempas kuat oleh Tuan Danial.
Dan selepas itu, Danish terus keluar dari pejabat. Rasa tertekan dek perbuatan rakan baik sendiri. Sebab itu dia berada di sini sekarang. Di kaki lima Pearl Beach. Dia rasa malu pada Tuan Danial. Baru saja Tuan Danial dapat mempercayai dirinya yang baru berubah, dia diuji lagi dengan sikap  Hazeeq yang telah membocorkan rahsia syarikat demi wang ringgit. Sungguh dia kecewa dan tertekan.
Dia keluar dari perut kereta dan  melangkah menuju ke pantai. Di situ, dia cuba mencari ketenangan. Matanya ditala ke arah laut yang terbentang luas.  Dan dia lihat ada pelangi di langit. Hujan panas sebentar tadi menyebabkan kejadian indah itu terhasil. Mata Danish mengikut arah pelangi dan tiba-tiba, dia terpandang sebuah stal mini di hujung pantai. Stal itu berwarna pelangi. Payung stal mini itu juga berwarna pelangi. Dan Danish lihat seorang gadis sedang menghulurkan mangkuk aiskrim warna pelangi kepada seorang kanak-kanak yang datang. Dan baju gadis itu ada corak pelangi.
Danish senyum. Entah dari mana senyum itu datang. Entah apa isyarat yang otak dia terima yang membuatkan bibirnya tersenyum di saat kepala dan hatinya terbeban dengan rasa kecewa di pejabat tadi. Semuanya jadi hilang. Dan entah bila kakinya sudah  menapak di hadapan stal mini warna pelangi itu.
“Aiskrim?” Gadis bertopi merah jambu itu tersenyum.
Danish tanpa sedar membalas senyuman itu.
“Nak flavor apa?”
Danish tanpa sedar merenung wajah itu tanpa kedip.
“Encik?”
Danish tanpa sedar menuding jari ke arah menu aiskrim di hadapannya. Menuding ke arah perisa aiskrim secara rawak.
“Encik nak Special Rainbow? Sebentar!” Gadis itu tersenyum. Aiskrim pelangi dicedok dan dimasukkan ke dalam mangkuk putih. Sirap strawberi dituang. Coklat Smarties dengan chocolate rice warna pelangi ditabur. “Siap!”
Dan tanpa sedar, not RM50 dikeluar dan dihulurkan kepada gadis itu.
“Banyak sangat ni, Encik! Encik takda duit kecik ke?”
Keep it. Keep the change.”
Are you...serious???”
Danish angguk dan terus menapak pergi. Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima. Kakinya patah balik ke stal mini. “Nak tak?”
Giliran gadis itu memandangnya tanpa kedip. Pelik!

Cinta  kita ibarat


Pearl Beach - 5.30 petang
Dari jauh Kisha boleh lihat seorang pemuda sedang melangkah menuju ke arah stal mini aiskrimnya. Seperti biasa, lelaki itu datang lengkap berkemeja dan berseluar slack. Tali leher rona sepadan kemas tergantung di leher. Jarang orang datang Pearl Beach lengkap berkemeja dengan tali leher. Tapi sepanjang dia kenal lelaki tu, tidak pernah dia lihat lelaki itu datang dengan pakaian santai. Sentiasa smart. Pakai baju kerja macam orang kerja tak kira masa.
            Kisha mengerling sekilas jam dipergelangan tangan. Dan seperti hari-hari sebelum ni jugak... pukul 5.30..
            “ Hai..” Kisha menyapa dengan ceria, walaupun wajah pemuda itu masam mencuka. Pelanggan tetap pelanggan. Kalau sebelum ini dia rasa macam tak nak je nak senyum dengan orang muka serius memanjang macam lelaki kat depan dia ni, tapi sekarang bagaikan sudah menjadi rutinnya untuk senyum dengan lelaki itu. Entah. Macam kedua belah hujung bibir ditarik, automatik senyum.
            “ Nak flavor apa?” Kisha bersuara lagi, masih dengan senyuman di bibir. Lelaki dihadapannya itu langsung tak memandangnya. Hanya melihat menu aiskrim yang bermacam-macam perisa di hadapan.
            “ Special Rainbow.”
            “ Okay..” Kyra mahu tergelak tapi segera ditahan lantas dia berdehem, menyembunyikan tawa yang mahu terbit. Tengok aiskrim bukan main lama tapi tetap pilih perisa yang sama. Hari-hari...!
            Kisha meneruskan kerjanya. Tiga scoop aiskrim Rainbow diletakkan ke dalam bekas sederhana besar yang juga berwarna pelangi itu. Strawberry syrup. Smarties. Sesudu rainbow chocolate rice dan sebatang sudu warna merah jambu. Siaaaaappp!
            Special Rainbow dihulur pada lelaki itu.
            Pemuda itu mengambil ais krim dengan tangan kanan dan menghulur not RM10 dengan tangan kiri.
            “ Thank you, come again~” ucap Kisha sebaik sahaja selesai memberi duit baki.
            I will. Pemuda itu mengangguk dan terus berlalu pergi.
            Kisha mengira langkah kaki pemuda itu. Tiga.. Empat.. okay, dia akan pusing balik lepas ni... Kisha langsung tidak melarikan pandangan matanya apabila lelaki itu berpusing dan melangkah ke arahnya semula. Dia masih setia melihat segala pergerakan lelaki yang sudah dapat diagak itu. Lepas ni confirm dia akan tanya, ‘Nak tak?’ dengan muka malu-malu....
            “ Nak tak?”
            Kisha gelak dalam hati. Rasa lucu bila dia berjaya menghafal setiap pergerakan lelaki dihadapannya itu.
            Kisha geleng kepala. “ Tak nak.” kalau sebelum ini, dia hanya mengambil ais krim itu, kali ini dia nak cuba bagi reaksi yang lain pulak. Yalah, asyik menerima je. Sekali-sekala menolak, tak salah kan?
            Lelaki itu merenung Kisha lama. Mungkin tidak menyangka yang kali ini Kisha akan menolak pemberiannya.
            “ Encik beli ais krim tapi lepas tu encik bagi kat saya. Kenapa?” soal Kisha, betul-betul ingin tahu.
            “ Awak nak tak?” tanpa mengendahkan soalan Kisha, lelaki itu mengunjuk lagi aiskrim di tangannya. Ada kerutan terlakar didahinya.
            “ Tak nak.” Kisha masih bertegas. Dia simpan senyum. Sebenarnya dia geli hati bila tengok riak wajah lelaki itu. Muka macam tak tentu arah campur malu-malu sikit lepas tu tambah kecewa sikit. Tiba-tiba jadi comel. Eh, apa ni Kisha!
            Lelaki dihadapannya itu tunduk sekejap dan selepas tu angkat muka tengok ais krim yang dah mula cair di dalam bekas. Ada riak kecewa diwajahnya. Mungkin kecewa kerana pemberiannya ditolak oleh Kisha.
            “ Encik kenapa?”
            “ Betul tak nak?” dia tanya lagi.
            “ Yalah-yalah, saya nak saya nak..” tidak sanggup lagi terus melihat riak wajah kecewa itu, Kisha mengambil juga aiskrim dari tangan lelaki itu. “ Happy?”
            Wajah yang tadinya kecewa, kini beransur pergi diganti dengan wajah gembira. Walaupun tidak ada senyuman di bibir lelaki itu, tapi jauh di sudut hatinya dia gembira. Sebelum dia gagal mengawal diri sendiri untuk tersenyum, seperti hari-hari sebelum ini, dia cepat-cepat berpaling dan melangkah pergi. Dan tersenyum selebar-lebarnya sepanjang perjalanan meninggalkan Pearl Beach.
            “ Hari-hari layan dia tu boleh gila aku!” Kisha geleng kepala.
            Dia merenung sekejap aiskrim di tangan, sebelum menoleh semula melihat lelaki pelik yang semakin jauh meninggalkan tapak mini stallnya. Entah kenapa, dia rasa gembira tiba-tiba. Special Rainbow dirasa sedikit, sambil mata masih merenung lelaki itu. Senyuman terukir di bibir.
            “ Haaa senyum sorang-sorang! Baru dua minggu kerja, dah gila ke?”
            “ Ren!” Kisha tarik tubuh lelaki itu supaya berdiri dekat dengannya. “ Kau tengok lelaki depan tu..”
            “ Lelaki mana?”
            “ Tuu! Yang pakai baju kaler biru..”
            “ Yang smart tu?”
            “ Haa!”
            “ Kenapa dengan dia?”
            “ Kau kenal dia?”
            “ Tak.. Kau kenal ke?”
            “ Dia pelikla, Ren.”
            “ Pelik yang macam mana tu?”
            “ Dia datang sini hari-hari, beli Special Rainbow lepas tu dia bagi aku.”      
            “ Dia suka kat kau la tu. Apa yang peliknya?”
            “ Pelik sebab.. peliklah! Kau tak tengok macam mana rupa dia..”
            “ Tak handsome ke?” Ren masih memerhati lelaki itu. “ Macam okey je aku tengok.”
            “ Handsome tapi macam orang tak betul.” Kisha mengeluh. “ Siapa jaga dalam?”
            “ Danny.. Eh hari ni kau tutup awal sikit la sebab malam karang ada orang nak buat birthday party kat DCIC tu.. Kau tolong sikit-sikit kat dalam...”
            “ Saya yang menurut perintah, bos!” Kisha buat tabik hormat kat Ren yang merupakan pengurus Daisuki Cake and Ice Cream cawangan SummerShine. Dia mengambil keputusan untuk bekerja di mini stall Daisuki Icecream sebab dia rasa macam bosan duduk rumah sementara nak tunggu masuk ambil Degree. Dia masih ada baki empat bulan cuti lagi.
            “ Bagus.” Ren tepuk lembut kepala Kisha, pekerja merangkap sepupunya itu.
            “ Aku masuk dalam dulu..” Ren memandang sekali lagi ke tempat di mana lelaki smart yang dikatakan pelik oleh Kisha tadi berdiri. Sekarang lelaki tu dah duduk sambil main pasir dengan jari.
            “ Dia harmless kan? Dia takkan apa-apakan kau kan?” risau pulak Ren dengan keselamatan Kisha. Maklumlah, dunia sekarang bukannya selamat lagi. Keluarga sendiri pun boleh buat jahat dengan kita, inikan pulak orang yang tak ada pertalian darah langsung.
            Kisha turut sama memandang ke arah lelaki itu. Dan dengan yakinnya dia mengangguk seraya tersenyum. “ He’s a good guy. Don’t worry.”

Cinta  kita ibarat

            “ Kenapa selalu balik lambat?” Dania melentokkan kepalanya ke bahu lelaki disebelahnya yang hanya mengenakan singlet biru dan seluar pendek hitam itu.
            Busy sikit..” Danish jawab tanpa sedikit pun memandang Dania. Dia masih leka dengan komputer ribanya.
            “ Daddy pun tak busy sangat macam abang..” Dania mencebirkan bibir.
            “ Daddy big boss memangla tak busy..”
            “ Tapi daddy cakap abang tak ada kat office pun?” kali ni Dania terus memusingkan badannya dan duduk menghadap Danish. Mahu melihat reaksi pemuda itu. “ Abang busy dengan benda lain ehh?”
            “ Benda lain apa nyaa..” Danish berusaha untuk mengekalkan riak di wajahnya. Tidak mahu Dania mengesan apa-apa. Belum tiba masanya untuk Dania tahu tentang gadis penjual aiskrim di Pearl Beach.
            “ Abang, abang tak buat lagi clubbing semua tu kan? Abang dah janji nak berubah kan?”
            “ Adik, adik tak percaya abang ke?” Danish memandang Dania.
            Ya, dulu dia memang liar. Tapi dia dah berjanji dengan diri sendiri, dan dia sudah berjanji dengan keluarganya yang dia akan berubah. Dia tak mahu lagi syarikat menanggung kerugian disebabkan kesalahannya. Dan dia tidak mahu terus menjadi seorang yang hidup tidak tentu arah. Sebab dia takut... ‘pelangi’nya juga akan membencinya bila tahu yang dia seorang yang liar.
            “ Yalah yalah. Adik percaya..” Dania sengih. “ Habis tu abang busy apa? Oooo, abang dah ada girlfriend ehh?” Dania masih cuba mengorek rahsia.
            “ Adik boleh tak jangan sibuk?”
            “ Tak boleh. Adik nak sibuk jugak.”
            “ Dania please.”
            “ Danish please.”
            “ Shut up.”
            Dania sengih. Lengan abang kembarnya itu dipeluk erat dan kepala dilentokkan semula ke bahu itu. “Abang, jangan kahwin.”
            Danish berhenti membuat kerja dan melentokkan kepalanya ke kepala Dania. Satu-satunya adik yang dia ada di dunia ni. Dia hanya ada Daddy, Mama dan Dania. Dan dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang cukup membahagiakan. Dania yang lahir lewat lima minit dari dia cukup memahami dirinya walaupun Dania tu perempuan dan dia lelaki. Mungkin sebab dia membesar dengan Dania. Mereka tidak pernah berpisah dalam jangka masa yang lama. Dari tadika bersama sehinggalah menyambung pelajaran di luar negara pun sama.
            Bagi dia, Dania adalah orang pertama yang akan tahu apa-apa yang terjadi dalam hari-harinya. Begitu juga Dania. Dania akan menceritakan apa-apa saja yang terjadi kepadanya. Dia tahu siapa cinta pertama Dania dan dia juga adalah orang yang melihat air mata pertama adiknya itu jatuh setelah dipermainkan cinta. Dia dan Dania sangat rapat sehingga ada yang tersalah anggap mengatakan mereka itu pasangan kekasih.
            “ Kalau abang kahwin, Dania dah tak ada kawan lagi dah..”
            Danish ketawa kecil. “ Kalau abang kahwin, Dania pun kahwin jugak laa.. Nanti kita kahwin sama-sama, okey?”
            Dania menggeleng. “ Kita hidup macam ni je la selama-lamanya.”
            “ Mana boleh...” Danish tersenyum. Entah kenapa wajah gadis penjual aiskrim terlintas di kepalanya. Wajah itu sudah menjadi pengunjung tetap di mindanya. Tak cukup masa dia jaga, masa dia tidur pun gadis tu datang masuk dalam mimpi. Dan dia suka dengan semua itu. Rasa macam ditemani oleh gadis itu tiap-tiap masa.
            “ Omaigad! Omaigad!” Dania terjerit kecil. Baru perasan yang ini kali pertama Danish tidak bersetuju bila dia ajak Danish hidup macam begini sampai bila-bila. Ini kali pertama Danish bagaikan tidak sabar hendak berkahwin. Dan ini kali pertama Danish tersenyum dengan wajah yang bagaikan bercahaya itu.    
            “ Abang! Siapa dia??” Dania yang dapat menangkap senyuman di bibir abangnya terus bertanya dengan nada suara yang agak tinggi disebabkan terkejut dan teruja.
            Danish mengangkat bahu. “ Abang tak kenal..”
            “ Nama??”
            “ Abang tak tahu..” Danish masih tersenyum.
            “ Oh god...” Dania tepuk dahi. “ Abang ni lembablah!”
            Danish sengih. “ I’ll let you know..someday.”
            Dania senyum seraya mengangguk. “ Adik tak sabar nak tengok dia. Kalau mama tahu mesti mama happy!”
            “ No!” Danish terus menegah. “ Jangan bagitau mama dulu. Abang tak nak mama mengharap. Lagipun masih terlalu awal ni.. I didn’t even know her name. Who knows maybe she’s somebody girlfriend?” Danish tersenyum kelat selepas itu. “ I hope she’s not.”
            Dania menepuk-nepuk bahu abangnya. “ Cool laa.. Suami isteri pun boleh bercerai inikan pulak girlfriend-boyfriend.” dia tersengih nakal.
            “ Adik, tak baik cakap macam tu..”
            “ Hehe, sorry.. Abang jumpa dia kat mana?”
            “ Tu rahsia..”
            “ Abangggg...”
            “ Nantila abang bagitau.. Dahlah pergi tidur sana. Abang nak buat kerja ni..”

Cinta  kita ibarat

            “ Bosannya..” keluh Kisha.
            Dah hampir sepuluh minit dia duduk goyang kaki saja di mini stall. Pelanggan terakhirnya adalah sekumpulan pelajar sekolah. Dan sehingga sekarang, masih belum ada lagi pelanggan lain. Bosan! Bosan! Bosan!
            Jam di tangan dikerling lagi.
            5.15..
            “ Lagi 15 minit...” dia mengeluh lagi.
            Dia tak tahu kenapa setelah hampir dua minggu lelaki pelik itu buat rutin harian peliknya, dia jadi tertunggu-tunggu kedatangan lelaki itu. Adakalanya dia tak sabar-sabar nak pergi bekerja sebab nak jumpa lelaki itu. Tak sabar-sabar nak tunggu pukul 5.30. Lelaki tu letak jampi ke kat dalam aiskrim tu?
            Eh bila masa pulak dia sempat nak jampi apa semua.. Kisha, tak baik buruk sangka.
            Habis tu kenapa dia jadi begini? Kenapa dia jadi penunggu lelaki pelik tu pulak?
            Sebenarnya dah dua hari dia tak jumpa lelaki pelik tu. Sebab dua hari berturut-turut hujan lebat membasahi bumi pada sebelah petang. Dan kebiasaannya, kalau hari hujan, mini stall memang tak beroperasi.
            Dan kerana dua hari itu... dia yang dulunya jadi penunggu, sekarang sudah mula berubah menjadi perindu.
            Perindu kepada rutin harian pelik milik lelaki pelik itu.
            Entahlah. Mungkin dia rindu nak tengok lelaki tu melangkah ke arahnya dengan muka tak tentu arah.
            Mungkin dia rindu nak tengok wajah malu-malu lelaki itu.
            Mungkin jugak dia rindu nak tengok lelaki itu leka memilih perisa aiskrim (dan selepas itu akan memilih perisa yang sama seperti hari-hari sebelumnya.)
            Dia mungkin rindukan dialog biasa lelaki itu; ‘Nak tak?’.
            Sekarang ni kalau dia dengar ‘nak tak?’ dari sesiapa, dia pasti akan teringatkan lelaki pelik tu. Dan lepas tu dia senyum sorang-sorang.
            Tiba-tiba dia rasa macam dia dah tak normal. Dia dah tak macam dia tiga minggu yang lepas. Tiga minggu yang lepas dia belum jumpa lagi lelaki pelik tu sebab dia baru mula bekerja.
            Dia juga dah bukan lagi dia yang dua minggu yang lepas. Dua minggu yang lepas, lelaki pelik tu mula datang. Dan dia dok kata lelaki pelik tu gilalah apalah. Tapi sekarang dia dah tak cakap macam tu lagi dah.
            “ Kisha, kau kenapaaa..!” Kisha ketuk kepala diri sendiri. Menyedari yang dirinya asyik memikirkan orang yang sama. Jam dikerling lagi. Lagi 2 minit. Yeay!
            Kisha jadi bersemangat tiba-tiba. Dia bangkit dari duduk. Meliarkan pandangan ke sekeliling. Boleh tahan ramai pengunjung hari ni...
            “ Kisha, nak vanilla caramel dua. Medium size.”
            “ Eh hai Min!” sempat Kisha menyapa Jasmin yang merupakan kawan Ren. Dia kenal Jasmin pun sebab Jasmin ni memang selalu lepak dengan Ren. “ Sorang je ke?” ujarnya sambil tangan lincah bekerja.
            “ Dengan Bad.. Dia pergi toilet kejap..” Jasmin tersenyum.
            “ Ohh..” Bad tu boyfriend Jasmin. Hensem tau. Macam Aaron Aziz sikit-sikit. Padanlah dengan Jasmin yang berwajah pan-asean tu. “ Two vanilla caramel for you~” Kisha menghulur dua bekas sederhana besar kepada Jasmin. Selepas itu dia mencapai not RM 10 yang diletakkan Jasmin di atas kaunter sebentar tadi.
            “ Just keep the change, Kisha..”
            “ Serious?”
            Jasmin mengangguk seraya tersenyum. “ Bye!”
            “ Thanks! Bye~”
            Kisha menghantar pemergian Jasmin dengan senyuman. Muka cantik, tak sombong, pemurah pulak tu.. padanlah dapat Bad yang hensem dan gentlemen tu. Aii tak sabar pulak nak tengok pasangan sejoli ni kahwin. Mesti cantik kan?
            Agaknya, boyfriend aku nanti hensem tak? Harap-harap dapat yang muka macam Nichkhun ke.. Song Joong Ki ke..
            Kisha tertawa sendiri. Sedar yang angan-angannya terlalu tinggi. Mana nak dapat lelaki macam Nichkhun dan Song Joong Ki kat sini? Memang tak akan ada.
            Tak apa, Kisha. Muka tu tak penting. Yang penting, hati. Kalau muka je handsome, tapi kita tak bahagia dengan dia, tak guna jugak. Biar muka tak handsome tapi hari-hari boleh senyum sampai telinga, barulah bahagia hidup bercinta.
            Kisha geleng kepala. Menghentikan segala angan-angannya. Dah pukul berapa dah ni?
            Jam di kerling lagi.
            5.38?
            Dah lewat 8 minit. Mana dia??
            Kisha meliarkan pandangan lagi. Tapi tak jumpa lelaki pelik tu. Lelaki pelik tu dah tukar rutin ke? Dah ada hobi baru ke? Kenapa dia tak datang lagi?
            Kisha dah mengeluh. Kecewa tiba-tiba.
            5.40.
            Kisha cuba untuk tersenyum. Jalan sesak kut. Sebab tu la dia lambat. Fikir positif, Kisha!
            5.53.
            Takkan la jalan masih sesak lagi? Selalunya sharp je dia datang pukul 5.30. Kenapa hari ni lewat pulak? Mungkin ada kemalangan kut, sebab tu la kesesakan lalu lintas jadi lebih teruk. Hmm, masuk akal jugak.
            6.20.
            Okay. Mungkin dia ada hal.
            Kisha kembali melabuhkan punggung ke kerusi. Hampa.
            6.30.
            Tak apa, Kisha. Esok masih ada.
            Encik Pelik, saya akan tunggu awak. J

Cinta  kita ibarat

            Berkali-kali jam di pergelangan tangan dikerling dan berkali-kali jugalah keluhan terlepas keluar. Danish hanya tersenyum hambar bila daddy nya disebelah memandangnya hairan.
            Lama lagi ke meeting ni nak habis....
            Jari-jemari mengetuk-ngetuk permukaan meja. Dia mendengar apa yang Pengurus Pemasaran, Encik Kamal bentangkan dihadapan tapi sepatah haram pun dia tidak faham. Mendengar hanya sekadar mendengar. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Keluar sahaja dia dari bilik mesyuarat ni nanti, tanyalah apa-apa sahaja pasal apa yang terjadi dalam meeting, dia yakin dia tak akan mampu menjawab. Sebab fikirannya tidak berada disitu. Boleh dikatakan yang ada di dalam bilik mesyuarat itu hanyalah jasadnya manakala rohnya sudah merayau-rayau di Pearl Beach.
            Permukaan jam ditatap lagi.
            5.40.
            Dah lewat 10 minit.
            Tanpa Danish sedari, jari-jemarinya semakin laju mengetuk-ngetuk permukaan meja dan menimbulkan bunyi yang sedikit mengganggu.
            “ Danish..”
            Pergerakan jari-jemari Danish terhenti sebaik sahaja daddynya, Tuan Danial, bersuara perlahan memberi amaran. Danish tersengih kelat. Sedikit malu apabila sedar yang banyak mata sedang memandangnya.
            Dan mesyuarat diteruskan lagi. Hanya setelah 40 minit berlalu, barulah mesyuarat selesai.
            6.20.
            Danish mengeluh. Dia meraup muka seketika.
            “ Danish ni kenapa?”
            “ Hah?” Danish tak sedar yang daddynya masih berada di dalam bilik itu.
            “ Are you okay?”
            “ Haa okay.. okay..” Danish senyum nipis.
            Dinner kat rumah hari ni?”
            I don’t think so.. Danish dah janji nak dinner dengan kawan.” Alasan. Padahal dia nak pergi jenguk Pearl Beach.
            “ Jangan balik lewat sangat.”
            “ Alright, daddy..”
            Danish tidak menunggu lama untuk keluar dari pejabat, selepas menunaikan solat Maghrib, dia terus memecut ke Pearl Beach walaupun jam di dashboard kereta sudah 7.10 minit.
            Kereta diparkir di tempat biasa. Dia kemudiannya tergesa-gesa melangkah keluar dari kereta. Berlari-lari anak ke tapak mini stall gadis itu. Langkah kaki semakin perlahan bila dari jauh dia boleh melihat stall itu sudah gelap, bermakna masa operasinya sudah tamat. Danish tetap meneruskan langkah, hanya berhenti betul-betul dihadapan gerai comel bercat warna pelangi itu.
            Tak apa, Danish. Esok masih ada.
            Hanya dengan melihat stall mini itu sahaja sudah cukup untuk mengubat rindu di hati Danish. Senyum terukir di bibirnya. Betullah kata orang. Orang jatuh cinta ni, penyakitnya pelik sikit. Kalau tak dapat tengok orangnya pun, tengok bumbung rumah pun sudah cukup untuk mengubat rindu. Kalau dulu dia tidak faham perasaan itu. Tapi sekarang...
            Danish menepuk lembut mini stall tersebut. Dapat tengok stall ni pun jadilaaa..
            Pelangi, tunggu saya.. J

Cinta  kita ibarat

            Kisha merenung titis-titis hujan yang tidak henti-henti membasahi bumi dari sejak pagi tadi. Kalau dulu, dia tidak kisah kalau hari hujan walau seminggu berturut-turut sekalipun. Tapi sekarang, sejak dia kenal lelaki pelik tu, hujan yang turun membuatkan dia jadi resah memanjang. Macam sekarang ni..
            “ Kau tunggu siapa, Kisha?” Ren mendekati sepupunya yang dari tadi bagaikan tengah menunggu sesuatu.
            Nothing.” Kisha sengih. “ Need help?” Kisha meliarkan pandangan ke sekeliling kedai sederhana besar yang cukup indah di matanya itu.
            Daisuki Cake & Icecream bertemakan tujuh warna pelangi. Daripada perabot sehinggalah kepada warna pakaian para pekerja. Kedai ini memang akan menarik perhatian sesiapa yang memandangnya. Lebih-lebih lagi pelancong. Tambahan pula, rasa aiskrim dan kek disini semuanya sedap-sedap.
            Ren menggeleng. Pengunjung tak ramai jadi dia tak perlukan Kisha sebagai pembantu tambahan. Dia dah suruh si Kisha ni duduk berehat di rumah je, tapi Kisha berdegil nak ikut sama.
            Kisha mengerling jam di pergelangan tangan. Tubuhnya tegak tiba-tiba bila melihat jam sudah menunjukkan pukul 5.30.
            Ren yang melihat Kisha yang sudah terjengok-jengok melihat pantai, mengerutkan dahi kehairanan. Dia pasti yang gadis itu memang sedang menunggu sesuatu. Ataupun seseorang. Tunggu duyung datang naik ke darat ke?
            Dia!
            Kisha cepat-cepat bangkit bila matanya menangkap imej seorang lelaki yang nampak smart yang baru sahaja melangkah keluar dari kereta.
            Ren hanya mampu memerhati setiap pergerakan Kisha. Sekarang Kisha dah di kaunter. Sekejap tadi gadis itu menjerit memesan Special Rainbow dan sekarang tengah menunggu pesanannya siap.
            Thanks!” Kisha cepat-cepat mengambil bekas berisi Special Rainbow itu dari tangan Danny. “ Ren, pinjam payung.” payung yang juga berwarna pelangi itu dicapai, tanpa menunggu balasan dari Ren, dia terus melangkah keluar dari kedai.
            Tetapi belum sampai lima langkah dia meninggalkan kedai, dia lihat lelaki itu masuk ke dalam kereta semula dan tidak sampai seminit, Range Rover hitam itu terus meninggalkan kawasan Pearl Beach.
            Langkah kaki Kisha terus terhenti. Dia hanya mampu merenung kereta yang sudah bergerak jauh meninggalkannya.

Cinta  kita ibarat

            Walaupun hujan, Danish tetap dengan keputusannnya. Dia tidak mampu lagi menunggu hari esok tiba. Dia memandu laju ke Pearl Beach dengan harapan dia akan berjumpa dengan gadis itu walaupun dia tahu mini stall Daisuki Icecream memang tak akan beroperasi masa hujan. Tapi tidak salah kalau dia mencuba kan?
            Sekarang, keretanya sudah berhenti di parkir Pearl Beach tetapi dirinya masih belum keluar dari kereta. Dia mencari mini stall itu. Keluhan terlepas keluar bila mini stall itu kelihatan bertutup. Bukannya kelihatan, tetapi memang tutup.
            Danish berpaling melihat Daisuki Cake & Icecream yang terletak di hujung kanan pantai. Kedai itu pun nampak sunyi. Beginilah kalau hari hujan. Kawasan pantai memang akan sunyi tak berpengunjung.
            Hujan masih turun tetapi tidak selebat tadi. Hanya rintik-rintik kecil.
            Danish melangkah keluar dari kereta. Tak apa kalau orangnya tak ada, dapat tengok stall tu pun jadilah..
            Baru sahaja Danish nak mengorak langkah, telefon bimbit dalam poket seluarnya berdering.
            “ Ya, ma? What?? Okay, Danish datang sekarang.”
            Danish masuk semula ke dalam kereta. Terpaksa memadam niatnya nak berkunjung ke stall gadis itu. Kereta diundur keluar dari kotak parkir sebelum dipandu agak laju meninggalkan Pearl Beach.
            Dia?
            Danish memperlahankan pemanduan bila dia terlihat imej seseorang yang sedang berdiri sambil memegang payung dari cermin pandang belakang. Di tangannya nampak seperti memegang sesuatu.
            Imaginasi aku je kut..
            Danish menggeleng kepala. Parah sangat dah aku ni...
            Dan pemanduan diteruskan.
Kisha & Danish
            “ Betul tak apa-apa ni?” tidak cukup sekali, Danish membelek lagi tubuh adiknya, memastikan yang Dania betul-betul tidak cedera di mana-mana.
            “ Ya, betul..” Dania pulak yang rimas bila abangnya tak habis-habis menyoal benda yang sama. Sudahlah kejap tadi mama memeriksanya dari atas ke bawah, sekarang ni Danish pula melakukan benda yang sama.
            “ Macam mana boleh accident?” Danish melabuhkan punggung di sebelah Dania, di birai katil milik adiknya itu.
            “ Hari hujan, jalan licin.. Sebab tu lah..” jawab Dania ringkas sebab tadi dia dah bercerita sepenuhnya kepada mama dan daddy. Malas nak mengulang benda yang sama kepada abang pula.
            “ Mesti adik drive laju kan?”
            “ Mana adaaa..”
            “ Elehh, macamlah abang tak tahu adik tu drive macam mana. Macam orang nak masuk F1.. Tengok apa dah jadi? Nasib baik tak ada apa-apa.. Orang yang adik langgar tu okey?”
            “ Mana ada adik langgar orang. Adik langgar kereta laa..”
            “ Habis tu, dalam kereta tu tak ada orang? Adik langgar kereta kontrol ke apa?”
            Dania ketawa mengekeh. Sempat pulak abang dia nak buat lawak.
            “ Gelak!” hidung Dania ditarik lembut. “ Seronok la dapat buat satu rumah ni panic bila balik dengan kereta remuk macam tu?”
            Dania sengih. Lengan abangnya dipeluk manja. “ At least adik tahu yang orang rumah ni sayang adik..”
            “ Ohh bagus sangatla buat macam tu.. Esok abang pun nak cuba jugaklah.. Nak test orang rumah ni sayang abang ke tak..”
            “ Hishh nak jugak. Abang tak payahlah.. Abang balik dari mana ni? Jumpa dia tu eh?”
            Keluhan terlepas keluar bila soalan itu diungkapkan oleh Dania. Masuk hari ni, dah empat hari tak jumpa gadis tu. Ada saja halangan setiap kali dia nak pergi buat rutin harian dia tu.
            “ Kenapa? Dia dah ada boyfriend?”
            Danish geleng. “ Abang dah lama tak jumpa dia.”
            “ Kenapa??”
            “ Entah.. Tak ada jodoh kut..” Danish senyum kelat.
            Empat hari. Ada saja halangan yang menyebabkan dia tak berjumpa dengan gadis pelangi tu. Kalau tak hujan, dia terperangkap dengan mesyuarat. Agaknya, gadis tu tunggu dia datang ke tak?
            “ Jangan la cakap macam tu. Show some effort la bang.. Perempuan suka tau kalau lelaki berusaha untuk mendapatkan mereka..”
            “ Ye ke?”
            “ Yalah.. Kadang-kadang benda simple pun boleh buat perempuan terharu..”
            “ Contoh?”
            “ Contohnya..bersesak-sesak beli tiket konsert artis K-pop untuk bagi kat girlfriend diaorang.”
            Danish terus mencemik. “ Macam budak-budak!”
            “ Tulah abang tak tahu.. Benda tu yang kita katakan sebagai effort! Sanggup bersusah payah demi untuk membahagiakan orang yang kita sayang. Faham?”
            “ Daripada berhimpit-himpit tengok konsert, lebih baik tengok dalam TV je..”
            Dania buat muka menyampah. Danish memang anti-kpop. Itu fakta. Malah Dania sendiri sebenarnya bukanlah penggemar muzik K-pop. Tetapi dia bukan juga anti-kpop macam sesetengah orang yang tak boleh tengok orang Korea sikit, terus nak melenting tak tentu pasal. Bila di tanya kenapa, mereka akan cakap mereka anti k-pop. Tanpa mengetahui yang bukan semua Korea itu K-pop. K-pop itu hanyalah genre muzik. Tapi diaorang ni, tengok orang layan drama Korea pun diaorang akan cop sebagai K-poppers. Entah apa-apa.
            “ Abang, dia cantik?”
            “ Cantik.” Danish senyum. “ Macam pelangi.”

Cinta  kita ibarat

             “ Kisha Kisha!”
            Kisha melambai pada pemuda yang bernama Azrol, penjaga kaunter di 7-Eleven itu. Azrol memang kenal dengan dia sebab dia selalu datang 7-Eleven ni beli Ribena. 7-Eleven ni je yang dekat dengan rumah, dan kalau malam-malam dia mengidam Ribena, dia pergi 7-Eleven ni laa.
            Selepas mengambil sebotol Ribena, Kisha melangkah semula ke kaunter.
            “ Sorang je ke malam ni?” soal Kisha.
            “ Sekarang sorang laa.. Kejap lagi adalah orang teman..” Azrol tangkas membuat kerjanya.
            “ Siapa teman? Dia yang pakai baju putih rambut panjang tu?”
            “ Amboi mulut kau Kishaaa.. Karang ‘dia’ yang sama teman kau balik rumah lepas ni baru kau tahu....”
            “ Okay, shut up Azrol!” Kisha cepat-cepat mengambil duit baki dari tangan Azrol.
            Azrol gelak. “ Tahu takut!”
            Kisha buat muka. “ Aku chaow dulu. Kirim salam kat Azrol yang lagi sorang tu eh?”
            “ Dia Azri laa..”
            “ Bagi aku kau Azrol, dia pun Azrol. Muka sebijik sama.” Kisha sengih.
            Azrol ni memang ada kembar seiras, dan kembar dia tu pun kerja dekat 7-Eleven ni jugak. Adakalanya Kisha keliru mana Azrol, mana Azri. Tapi dah lama-lama, dia tahu membezakan. Kalau Kisha masuk je 7-Eleven, dan ada orang dah sebut nama dia dua kali, haa itu Azrol. Kalau Azri, pemuda itu pendiam sedikit. Hanya murah dengan senyuman.
            “ Hati-hati, Kisha..” sempat Azrol memesan.
            Kisha hanya melambai dan melangkah keluar dari 7-Eleven. Dia menarik zip sweaternya. Sejuk. Langkah diteruskan ke arah skuter yang terparkir elok dihadapan kedai.
            Baru sahaja dia hendak membelok keluar dari simpang, skuternya terasa dilanggar dari belakang dan membuatkannya jatuh bila gagal mengawal skuter tersebut.
            “ Ya Allah! Sorry sorry sorryyy... Are you okay?”
            Kisha mendongak, melihat siapakah gerangan orang yang melanggarnya dan juga orang yang sama yang sedang menolong mengangkat skuternya dan juga dirinya sendiri.
            Dan pandangan mata mereka bersatu.
            “ Ahhh!” Kisha terhempuk semula ke jalan bila lelaki itu tiba-tiba melepaskan pegangan. “ Sakitlah!!”
            “ Pelangi..?”
            “ Mana ada pelangi malam-malam ni.. Hishhh..” Kisha mengetap bibir geram. Dah lah buat langgar orang, lepas tu buat orang jatuh, sekarang ni tiba-tiba sebut pelangi. Gila ke lelaki ni? Eh kejap...
            Kisha mendongak semula. Dan pandangannya bersatu lagi dengan pemuda yang masih memandangnya itu.
            “ Awak!”
            “ Pelangi.”
            “ Tolong!” Kisha hulur tangan. Senyuman sudah terukir di bibirnya. Entah kenapa rasa sakit bagaikan terus hilang bila mengetahui siapa yang melanggarnya.
            Danish menarik Kisha supaya bangkit. Dia melihat gadis itu mengibas-ngibas seluarnya dan mengatur rambut. Baru Danish perasan yang gadis itu tidak memakai topi keledar. Ya Allah, bahayanya. Nasib baik dia langgar sikit je tadi.
            “ Ada cedera kat mana-mana?” soal Danish, bimbang. Dia tak pernah terfikir untuk mengasari gadis dihadapannya itu. Tidak pernah ada dalam list-to-do nya untuk selama-lamanya. Kalau dia tak leka dengan telefon bimbit tadi, mesti dia tak langgar gadis itu. Nasib baik gadis tu nampak okey je, kalau teruk memang dia tak akan maafkan diri sendiri.
            “ Awak cederakan sweater kesayangan saya.” Kisha menunjukkan bahagia lengan kiri Roxy merah jambu yang sudah terkoyak sedikit, mungkin disebabkan geseran dengan jalan tar tempatnya terjatuh.
            “ Awak?”
            “ Hmm?”
            “ Awak okey?”
            Kisha mengangguk. Masih dengan senyuman di bibir. Dia tak tahu kenapa dia rasa macam nak senyum memanjang je sekarang ni. Padahal baru lepas accident. “ Just ni!” Kisha menunjuk tangannya yang tercalar sedikit.
            “ Awak tunggu kejap.” Danish melangkah ke arah keretanya dan datang semula selepas mengambil sesuatu. “ Saya ada ni.” Danish menunjukkan plaster kepada Kisha. “ Nak tak?”
            Semakin lebar senyuman dibibir Kisha bila mendengar dialog itu. Kalau sebelum ini, dialog itu diungkapkan bila Special Rainbow dihulur, tapi kali ini Special Rainbow diganti dengan plaster.
            Danish mengoyakkan kertas pembalut plaster. “ Tengok.”
            Kisha melihat plaster yang Danish gawang-gawangkan.
            “ It’s rainbow.”
            Kisha tergelak kecil bila melihat Danish yang begitu seronok memberitahunya tentang corak plaster ditangan. “ Awak memang suka pelangi, kan?”
            Danish mengangguk pantas. “ Sangat suka.” wajah gadis dihadapannya itu direnung lama. “ Lebih-lebih lagi pelangi yang kat depan saya ni.”
            Kisha mengerutkan dahinya, tidak memahami maksud disebalik kata-kata lelaki yang masih tidak diketahui namanya itu.
            Danish tersenyum, geli hati melihat Kisha yang nampak blur. Tangan gadis itu kemudiannya dicapai dan plaster dilekatkan ke atas luka kecil ditangan itu.
            Kisha terpegun seketika, sebab rasanya ini kali pertama dia melihat lelaki pelik itu mengukir senyuman. Dan hanya tersedar bila terasa tangannya ditepuk perlahan.
            “ Lain kali, wear your helmet.”
            Kisha sengih, tahu yang dirinya bersalah sebab tidak memakai topi keledar keselamatan. Jarak rumahnya dengan 7-Eleven tu dekat je, sebab tu dia rasa macam tak perlu pun nak pakai topi keledar keselamatan.
            “ Rumah dekat sini je kan?”
            “ Haa.” Kisha angguk.
            “ Jom, saya hantar.”
            “ Skuter ni?”
            “ Awak bawak skuter ni, saya follow dari belakang.”
            “ Awak takkan langgar saya lagi kan??”
            “ Tak tak tak, sumpah tak!” Danish siap angkat tangan bersumpah. Lepas ni, dia takkan main handphone lagi dah masa drive. Tak nak kejadian malam ini berulang lagi.
            “ Hehehe jom!”
            “ Err awak..”
            “ Yeap?”
            “ Awak ada nama?”
            “ Hahaha semua orang ada namalah.. Kenapa? Awak nak nama saya?”
            “ Nak. Boleh?”
            Kisha simpan gelak dalam hati. Dia cuma mampu tersenyum. Comelnya lelaki kat depan dia ni... “ Saya Kisha. ”
            “ Kisha.” Danish mengulang nama tersebut. Nama secantik orangnya. “ Saya pun ada nama. Nak tak?”
            Akhirnya ketawa Kisha pecah jugak. Dia tak sangka dialog ‘nak tak?’ boleh jadi lawak dan comel macam ni.
            Ya Allah, cantiknya dia... Danish terpegun seketika bila melihat Kisha itu tertawa gembira. Tiba-tiba wujud satu rasa dalam dirinya. Rasa bahagia. Bahagia setelah berjaya membuat gadis itu ketawa. Kalau nak buat Kisha ketawa macam ni hari-hari boleh tak?
            So, nama awak apa?”
            “ Danish.”
Cinta  kita ibarat

            “ Danish.”
            Okay, who’s Danish?” Puan Kirana meletakkan gelas berisi jus epal dihadapan anak tunggalnya itu.
            “ Yang langgar Kisha semalam.”
            “ Yang Kisha sebut nama dia sambil senyum-senyum macam tu kenapa?” Puan Kirana memicingkan mata memandang anak gadisnya. Lain macam je senyum anak dara dia ni... Haii, tak lama lagi dapat menantulah dia.
            “ He’s funny.” teringat semula cara Danish bertanyakan namanya. Dengan dialog ‘Nak tak?’ tu... Setiap kali dia teringat pasal tu, mesti dia akan tersenyum sendiri.
            “ Nasib baik Kisha tak apa-apa semalam.. Tu lah.. Berani sangat keluar dengan skuter tu malam-malam..”
            Kisha sengih. “ Ma, kalau mama tengok dia mesti mama suka.”
            “ Siapa?”
            “ Danish tu lah..”
            “ Okay, kenapa mama mesti suka?”
            “ Sebab dia comel, ma..”
            “ Tadi cakap dia funny, now dia comel pulak dah.. Anak mama ni dah jatuh cinta ya?”
            “ Kisha tak tahu macam mana rasa jatuh cinta.”
            Puan Kirana tersenyum. Dia tahu anaknya itu tidak pernah bercinta. Bukannya tidak ada orang yang suka, banyak, cuma Kisha yang langsung tidak ambil kisah. Bila ditanya tentang perasaan, Kisha pasti akan menjawab yang dia tak rasa apa-apa pun kepada mana-mana lelaki yang menaruh hati padanya.
            “ Tapi ma..Danish lain.”
            “ Okay, cerita kat mama, apa kelebihan Danish tu sampai boleh buat anak mama ni senyum memanjang.”
            “ Danish hari-hari datang mini stall orang, ma.. Lepas tu dia akan beli aiskrim Special Rainbow dan bagi kat Kisha.. Kalau Kisha tak ambik, dia akan sedih. Sampai Kisha rasa macam tak sampai hati nak tolak pemberian dia. Kitaorang dah enam hari tak jumpa..”
            “ Amboi, sampai kira berapa hari tak jumpa...” usik Puan Kirana.
            “ Sebab Kisha tunggu dia.” Kisha sengih. “ Yang semalam tu, dia langgar Kisha, baru tu lah kita jumpa balik.. Bila Kisha perasan yang orang yang langgar Kisha tu adalah dia, Kisha rasa macam happy tiba-tiba. Rasa sakit lepas jatuh tu terus hilang. Kisha rasa nak senyuuuuummm je. Is that love, ma?”
            Ask yourself, sweetheart. Kita kena define love tu sendiri. Kita tak boleh nak tanya orang lain sebab lain orang, lain rasa, lain cara.”
            “ Semalam dia hantar Kisha sampai depan rumah.. Bila Kisha tengok kereta dia pergi, Kisha rasa kehilangan. Kisha rasa macam tak nak suruh dia pergi. Kisha nak dia depan mata Kisha je tiap-tiap masa. Ini first time Kisha rasa macam ni ma...”
            “ Normal, sayang. Mama dulu pun rasa macam tu jugak masa bercinta dengan papa..”
            “ Normal kan ma? Kisha takut Kisha gila..”
            Puan Kirana tergelak kecil. “ So, bila mama boleh jumpa dengan Danish ni?”
            Kisha jungkit bahu.
            “ Kisha dengan dia tak tukar number phone ke?”
            Kisha geleng. “ Tak terfikir pulak tentang tu..”
            “ Asyik tenung muka dia je, memang lah tak terfikir..”
            “ Mana adaa..”
            “ Eleh.. Bakal menantu mama tu handsome tak? Ada macam Jericho Rosales tak?”
            “ Tak. Dia handsome lagi dari Jericho mama tu.. Kisha nak turun kerja dah ni..”
            “ Awal lagi ni..?”
            “ Nak tunggu bakal menantu mama!”

Cinta  kita ibarat

            5.25 petang.
            Danish mengatur rambutnya melalui cermin pandang belakang. Setelah memastikan yang penampilannya terurus, dia mencapai beg kertas di tempat duduk sebelah.
            Kisha, saya datang.
            Dengan senyuman, Danish melangkah mendekati mini stall berwarna pelangi itu.
            “ Hai.”
            “ Err hai.” Danish melambai.
            “ Special Rainbow?” Kisha meneka.
            Danish tersenyum seraya mengangguk. “ Saya ada ni..” dia mengangkat beg kertas ditangannya.
            “ Oh, apa tu?”
            “ Awak tengoklah sendiri.” beg kertas diserahkan kepada Kisha.
            “ Untuk saya?” Kisha berasa sedikit teragak-agak untuk membuka.
            Danish mengangguk. “ Bukalah.”
            Hanya setelah itu, Kisha membuka beg kertas tersebut. “ Whoa~” Sweater Roxy itu dikeluarkan dari beg kertas. “ For me?”
            “ Yeap, ganti yang ‘cedera’ semalam tu.”
            Really? Err awak tak perlu ganti pun sebenarnya sebab koyak kecik je..”
            “ Eh tak apa-tak apa. Saya memang nak bagi awak pun..” ujar Danish bersungguh-sungguh, risau jika Kisha menolak pemberiannya. Masa lunch hour hari ni, dia dah heret si Dania tu pergi shopping mall semata-mata nak cari sweater untuk Kisha. Dia bawak Dania sebab dia rasa saiz Dania dengan Kisha sama. Membebel jugak Dania bila masa lunch kena ganggu oleh abangnya yang dah kena penyakit angau.
            “ Betul?”
            “ Ya, betul.”
            “ Thank you~” Kisha melipat semula sweater tersebut dan memasukkannya ke dalam beg kertas. Dia pasti sweater tersebut akan menjadi salah satu barang kesayangannya nanti. Sangat pasti! J
             “ Okay, hari ni saya belanja awak aiskrim!”
            “ Eh tak payah lah. Saya boleh beli..”
            “ Saya nak belanja jugak..” Kisha terus bekerja menyiapkan Special Rainbow untuk Danish. “ Hari Sabtu pun awak kerja ke?”
            “ Tak..”
            “ Habis tu, kenapa pakai smart macam ni?” sebenarnya dari dulu lagi Kisha ingin bertanya pasal tu. Sebab sebelum ni pun Danish pernah datang dengan pakaian macam ni masa hujung minggu. Datang pakai smart-smart macam ni masa hari biasa pun dah nampak agak pelik, inikan pulak ketika hujung minggu.
            “ Saya nak awak kenal saya.”
            “ Hah?”
            “ Tak.. Saya just takut kalau saya pakai baju lain nanti awak tak kenal saya..” Danish sengih. Memang itu pun sebabnya. Ketika minggu pertama dia mulakan rutin ini dulu, dia pernah pakai baju-T dan seluar pendek je tapi dah setengah jalan, dia pusing balik ke rumah untuk tukar baju. Dia jadi takut kalau-kalau gadis itu tidak mampu mengecamnya.
            Kisha ketawa. “ Ada pulak macam tu..” Kisha menghulur Special Rainbow kepada Danish. “ Saya kenal awakla, Danish.”
            “ Ya?”
            Kisha angguk. “ Lepas ni awak akan pusing, jalan lima langkah, lepas tu pusing balik dan bagi aiskrim kat saya. Kan?”
            “ Awak hafal?”
            “ Hari-hari awak buat benda yang sama...” Kisha masih dengan senyumnya. Dia rasa macam nak senyum je kalau berhadapan dengan Danish yang malu-malu kucing ni. “It’s good to see you here after 6 days, Danish..
            “ Kisha, awak..” Danish macam nak melompat kegembiraan. Kisha tahu dia menghilang 6 hari. Dan Kisha juga perasan yang dia selalu datang ke mini stall itu dengan baju kerjanya. Hari Sabtu dan Ahad pun dia datang dengan baju kerja semata-mata nak Kisha ingatkan dia. Nampaknya, usahanya selama ini tidak sia-sia.
            “ Saya apa?”
            “ Awak tunggu saya?”
            “ Saya tak tunggu awak. Saya tunggu orang bagi saya aiskrim free.” jawab Kisha berseloroh.
            Danish dah ketawa kecil. “ Awak nak?” Special Rainbow dihulur pada Kisha.
            Kisha geleng. “ Awak makanlah, saya belanja.. Danish, saya ada kerusi lebih..” Kisha menepuk kerusi di sebelahnya. “ Nak tak?”
            Dan bermula dari hari itu, rutin harian Danish mula berubah. Kini, selepas bekerja dia akan cepat-cepat pergi ke mini stall tersebut dan akan menemani Kisha sehingga gadis itu habis bekerja. Penat bekerja seharian seolah-olah hilang bila dia melihat wajah gadis itu. Lepak kat Pearl Beach sampai malam pun dia rela kalau ada Kisha menemani.
            Kisha pulak gembira bila Danish sentiasa menemaninya. Sekarang ni dia dah jadi orang yang tak sabar nak pergi kerja. Bangun pagi je rasa macam nak terus pergi Pearl Beach. Sebab ada Danish. Dia senang bila ada lelaki itu menemaninya. Macam-macam cerita dikongsikan dengan Danish menjadikan hubungan mereka bertambah rapat hari demi hari.

Cinta  kita ibarat

            “ Cantiknya pelangi..”
            Danish tersenyum, memandang Kisha disebelah yang leka melihat pelangi. Sebentar tadi hujan membasahi bumi tapi sekarang hujan dah berhenti dan pelangi yang indah sudah mula menampakkan diri.
            “ Sekarang ni ada dua pelangi.”
            “ Dua?” Kisha berpaling tengok Danish. “ Mana lagi satu?”
            “ Kat sebelah saya ni.”
            Kisha terus melarikan pandangannya. Dia malu bila Danish cakap macam tu jadi dia buat-buat tak dengar dan sambung tengok pelangi.
            “ Engkau tiba bagaikan pelangi... Tak bercahaya namun kau berseri...”
            Kisha memejam mata dan menahan gelak bila Danish menyanyi betul-betul ditepi telinganya. “ Danish, stop it!”
            Danish tergelak kecil. Dia tahu Kisha memang tidak tahan dengan ayat-ayat jiwang. Kalau dia cakap jiwang sikit, Kisha akan gelakkan dia. Tapi dalam masa yang sama, kulit muka Kisha terus bertukar rona jadi pink. Malu lah tu. Comel!
            “ Kisha, shall we stay like this sampai bila-bila?”
            “ No.”
            “ Kenapa?”
            “ Sebab lepas ni saya nak sambung belajar and saya takkan ada kat sini lagi dah..”
            Then promise me that you’ll be my rainbow sampai bila-bila?”
            “ Your rainbow?”
            Danish angguk. “ Be the only reason I smile when I’m having a bad day. Awak tahu tak masa pertama kali saya tengok awak dulu... Masa tu saya rasa teruk sangat.. I can’t even smile.. Tapi lepas tu tiba-tiba saya nampak awak. Dan bila tengok awak je, saya rasa semua pressure tu hilang.. And I got my smile back. Because of you. Sebab tu la saya datang sini hari-hari. Saya nak tengok pelangi saya.”
            “ Awww..” Kisha tutup muka dengan kedua-dua belah tapak tangan. Sungguh, dia rasa terharu.
            Danish menarik kedua-dua belah tangan yang menutup muka Kisha. Tangan itu kemudiannya digenggam erat.
            Perlahan Kisha membuka matanya.
            “ Will you be my rainbow, Kisha?”
            “ How can I say no?” Kisha membalas genggaman tangan Danish. Dia tersenyum sambil mengangguk. “ I’ll be your rainbow if and only if you promise me that you will be my plaster. Boleh?” Kisha tertawa kecil.
            Danish turut tergelak seraya mengangguk. “ Be your plaster pun boleh... Promise to be there everytime you get hurt..” kepala Kisha diusap lembut. “ I love you.”
            “ I love you too..”      
            And the rest is history.

*Tamat Kisah Danish&Kisha*

post signature

9 comments:

  1. auchh..comelnya! :)

    ReplyDelete
  2. sweet sesangat citer nie ... thumbs up aepyaoki ~

    -mlove

    ReplyDelete
    Replies
    1. i know its kinda late to reply this but thanks mlove!!

      Delete
  3. Omg best nyaa... eh cik writer ni mesti minat nichkhun kan?? Minat kpop jgk ek ? Heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. s7eo smpaikan salam Aepy Aoki :
      mrs_Breezy13, i do like nichkhun but im not kpoppers n am not anti kpoppers either.. =)

      btw, s7eo n aepy aoki both lyn Running Man.. >.<v heheehee..

      Delete
    2. wa.....satu lg cite yg best!!!haha,same la kite.sye x tgk drama korea pun,lg pun x bape lyn sgt tp sye mmg minat running man..hehehe

      Syahira_Ira

      Delete
    3. Syahira, thanks for reading! check out http://dayangnurshafira.blogspot.my/ for more! hehe once a Runner, forever a Runner! MC shipper here. :D

      Delete

I don hate comment.. ^^