Tuesday, May 28, 2013

Pink Smile 2


Terkocoh-kocoh Kaz masuk ke lobi Klinik Pergigian Shine. Semua mata memandang ke arahnya. Kaz kembali tenang.
Appointment…” Kaz mengunjuk kad klinik gigi kepada jururawat yang bertugas di kaunter.
“Sepatutnya Encik datang awal.. Appointment Encik ni two hour ago…”
“Tuuulah.. Masalahnya, saya ada hal yang tak dapat nak dielakkan tadi. Bukan saya suka-suka nak datang lewat ni…” Kaz memberi alasan. Walaupun hakikatnya aku lambat sebab overslept tadi! Heh!
“Hm.. Encik duduk dulu..” Wanita lingkungan 30-an itu senyum segaris. Kaz mengambil tempat duduk di hujung sekali, tidak jauh dari mesin gula-gula. Klinik gigi dengan mesin gula-gula? Sehingga hari ini Kaz tidak pasti dengan motif kenyataan itu.

“DARE TO HAVE, DARE TO LOSE”

Kaz tersenyum sendirian mengamati nota kecil di atas mesin gula-gula tersebut. Sarkastik buat penggemar gula-gula yang boleh merosakkan gigi dengan pengambilan berlebihan. Semua orang tahu tentang kenyataan itu tetapi  mengambil  kenyataan itu acuh tak acuh.
“Eh, awak??!”  Kaz tersentak saat seorang gadis bergaun labuh lengan panjang warna turqoise berdiri di hadapannya. Kaz mengangkat muka. Gadis itu hampir jatuh longlai tetapi sempat disambut oleh Kaz. Apasal dengan budak ni….? Kenapa dia selalu nak pengsan???
“Awak ni okey ke tak okey?” Kaz mendudukkan Luna ke kerusi bersebelahannya.
“Ah..okey, okey!” Luna telan air liur. Tak okey siot! Lemah lutut.. Jantung macam lepas race 1000 pusingan, laju je…Dah macam tak sempat nak pam darah dan rasa nak pitam everytime tengok kau! Kau tanya aku okey ke tak okey? Kenapalah aku boleh jatuh cinta dengan kau. Padahal aku bukannya kenal kau pun!
“Awak..buat apa kat sini?” soal Luna selepas melihat Kaz tidak mengucap sepatah kata pun kepadanya.
“Cuci gigi.”
“Saya check my braces..” Tukas Luna tanpa ditanya. “Lama dah ke tunggu ke sini?”
No.” Ringkas jawapan itu. Harap-harap dia ni sedar, yang aku takda masa nak layan dia… Menyibuk je la…!
“Ah, sekejap!” Luna mengeluarkan sekeping not RM10 kepada Kaz. Pemuda dengan baju T merah hati dan seluar pendek hitam itu kehairanan. “Ini duit latte malam tu!”
It’s okay.” Kaz bingkas bangun, ingin pergi dari situ.
“Eh, nak ke mana tu?”
“Nak lari jauh dari awak.”
“Apa salah saya?”
“Salah awak sebab nak berkawan dengan saya. Saya tak perlukan kawan perempuan macam awak.”
“Tapi…”
Enough.” Kaz terus berlalu pergi.
Luna mengeluh berat.  “Mak cik…” Luna menoleh ke arah seorang wanita lingkungan 40-an dengan seorang budak lelaki dengan seragam tadika yang duduk selang satu kerusi daripadanya. “Saya ni hodoh ke, mak cik, sampai dia tak nak kawan dengan saya?”
Wanita dan kanak-kanak itu tersenyum. “Kamu cantik.. Cuma dia belum nampak…” Balas wanita itu ikhlas.
Luna tersengih, menampakkan pendakap gigi berwarna merah jambu nya.  Luna rasa sedikit hampa. Semalam merupakan kali pertama dia bercakap dengan pemuda yang selama ini menjadi pujaan hatinya tetapi hari ini telah membuktikan pemuda itu langsung tidak berminat dengannya. Kenapa dengan budak Duncan tu agaknya… Apa masalah dia dengan aku ni?? Kenapa dia tak nak kawan dengan aku?


Hiruk pikuk pagi di pekan kecil SummerShine mencetus idea Kaz untuk berkarya. Sehelai demi sehelai kertas dilakar dengan ilustrasi-ilustrasi untuk episod Disappear seterusnya. Sengaja dia ingin menyiapkannya awal walaupun deadline masih lama lagi. Idea yang tiba-tiba datang tidak boleh dibiarkan pergi sebelum sempat dia menzahirkannya di atas kertas putih dengan sebatang pensel.
Hello, bro!” Muncul Ari dan Rysa di hadapan mejanya membuatkan pemuda itu tersentak.
“Eh, Kak Rysa dan Abang Ari!” Kaz sengih sambil kembali tunduk melakar di atas kertas.
“Sejak bila mak aku lahirkan kau!” Ari melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Kaz. Rysa duduk di sisinya. Gadis itu tersenyum dengan gurauan tunangannya dengan sahabat baiknya itu.
“Kau buat kerja kat sini, kaunter siapa handle?” Ari menjengah ke kaunter Duncan CoffeeHouse. Seorang pemuda berkaca mata sedang sibuk melayan pelanggan yang membuat pesanan. “Tu siapa?” Ari menjuihkan bibir.
“Aku ada hired budak baru, Tim.. Budak lepas SPM.. Bekas bendahari Persatuan Usahawan Muda.. P.U.M… Heh..” balas Kaz tanpa mengangkat muka. “Habis Disappear ni, aku rasa, aku nak tambah lagi kaunterlah.. Senang nak order.”
“Bagus idea tu, Kaz…! Service okey, makin ramailah orang akan datang sini..” celah Rysa. Kaz mengangkat muka dan tersenyum.
“Korang berdua ni dari mana?” Kaz tidak lagi dapat menumpukan perhatian lantas dia berhenti membuat lakaran. Tumpuannya kini hanya untuk dua sahabatnya itu.
“Aku dari office. Rysa dari butik.. Tiba-tiba rasa nak makan doughnut!”
Kaz mengerling jam di dinding. “Dah pukul 11.00 pagi.. Selalu kalau keluar office pukul 10.00 kan?”
Ari tersengih. “Sengaja aku keluar lewat sikit pagi ni.. Lepas ni terus tak balik office. Aku nak temankan Rysa bayar bil-bil..”
“Oh… Ni dah order ke belum ni?”
“Belum lagi.”
“Nak apa? Aku orderkan.”
“Bagi aku black coffee and Snow ball. Rysa nak latte and Oreo doughnut, Oreo doughnut dengan extra choc..” Ari mengusap lembut kepala Rysa. Rysa angguk kepala, tak sabar untuk menikmati doughnut kegemarannya.
“Okey! Korang pergi lah duduk meja lain. Meja aku ni berselerak dengan kerja.. Macam mana nak makan kat sini.. Aku pun belum menjamah lagi ni. Aku gi order jap!” Kaz bingkas bangun menuju ke kaunter. Ari dan Rysa segera berpindah ke meja di tepi tingkap.
Dari jauh, Kaz memerhati Ari dan Rysa yang sedang asyik berbual. Sesekali, Rysa tergelak. Jauh di sudut hati Kaz ingin mengulang waktu, di masa Rysa masih belum ada yang punya. Namun, jodoh menentukan Rysa kini milik Ari. Dan sehingga hari ini, rasa yang pernah ada untuk Rysa dari Kaz masih menjadi satu rahsia, tiada siapa yang tahu. Rasa yang telah lama dipadam oleh persahabatannya dengan Ari. Hampa yang membuatkannya melupakan cinta.
Here’s your meal…” Kaz menghidang makanan di meja.
“Wah..bos Duncan sendiri hidangkan untuk kita. Specialnya kita kan?” Rysa menyiku Ari di sebelahnya. Pemuda berkemeja biru itu tersengih. Kaz sudahpun melabuhkan punggung di kerusi berhadapan mereka.
“Apa cerita hari tu?”
“Apa?” Bulat mata Kaz memandang ke arah Ari.
“Perempuan yang datang masa kau stay up kat Duncan hari tu lah…”
“Oh! Budak pelik tu!” Mini Milo doughnut selamat ke perut.
“Budak pelik?” Giliran Rysa berkerut dahi. Wajah Ari dan Kaz dipandang satu persatu. “Siapa?”
“Entah apa nama entah, dah tak ingat dah. Bila tengok muka aku je, pengsan. Hari tu jumpa kat klinik gigi, nak pengsan jugak. Entah apa sakit dia aku pun tak tahu.”
“Ada ke macam tu? Hahaa..” Ari tergelak. Rysa juga begitu.
“Cantik ke?” soal Rysa yang cukup anggun berkebaya ungu.
“Hah.....hm…..entah!” Kaz menjungkit bahu. “Dah tak ingat muka dah.” Tipu Kaz. Padahal, dia masih ingat wajah gadis itu.  “Satu je aku ingat..” Sambungnya lagi.
“Apa?” Ari menunjukkan minat.
“Dia pakai braces colour pink!”
Really??” Rysa tergelak lagi. “She must be cute to wear such thing, especially on her teeth! My instinct saying that she’s cute!
“Entahlah, Rysa! Tak penting pun..” balas Kaz acuh tak acuh. “Ah, suddenly aku ada idea untuk menu baru Duncan!” Kaz memetik jari.
“Apa?” soal Ari selepas menghirup beberapa kali Black Coffee iaitu espresso kegemarannya. Pahit tapi Ari gemarkannya.
“Pink Smile!”
And Pink Smile tu apa?”
“Hmm… Maybe ice cream..or doughnut or cupcake or…hm.. Yang tu nanti aku figure!”
“Kadang-kadang aku hairan lah dengan kau ni. Study kulinari, kerja kartunis, lepas tu ada kedai kopi lagi, esok kau ada apa pulak?”
“Kulinari dan komik dua benda yang berbeza. Aku suka culinary art sebab aku suka makan and aku nak benda yang aku makan tu sedap dan cantik... Aku suka melukis komik sebab aku suka dunia yang aku cipta dalam kepala aku, yang orang lain tak dapat nak figure what will happen next.. Kejayaan aku adalah apabila watak yang aku reka dalam komik tu hidup bagi peminat komik aku. Yang apabila mereka see something or do something, mereka akan cakap.. ‘Oh, yang ini macam yang si Izzy dalam Disappear selalu buat tu, masa dia sedih.’ Aku suka dengar orang lain cakap macam tu. Orang yang ikut aku dalam dunia komik aku.”
“Hmm… Tapi keputusan kau untuk beli Duncan ni dari Iqbal memang berbaloi. Duncan ni memang ada pelanggan dia sendiri. Walaupun dulu Duncan CoffeeHouse ni is a diner, sekarang pelanggan lama dia memang dah dapat terima menu yang dah berubah tu.. Kau patut berterima kasih dengan Iqbal. Kalau tak kerana dia berpindah ke Dubai dan menjual Duncan ni, Duncan ni takkan jadi milik kau hari ini.”
“Dan nasib baik jugak kau dan Rysa tolong aku cari modal.”
“Tu tak jadi masalah, bro…! Yang penting Oreo doughnut ni dedicate khas untuk aku, kan?” Rysa tersenyum lebar.
“Dan black coffee dedicated to me!” Ari menjuihkan bibir.
“Nantilah aku create something untuk kau, Ari! Jangan merajuk!!”
“Aku nak yang stylo!
“Yalah..yalah! Nanti aku fikirkan. Buat masa ni, tolong aku habiskan mini milo doughnut ni.. Menyesal pulak order sedozen…”
No problem! Aku dan Rysa boleh tolong habiskan. Heheee….”
Kaz menghirup mocha dari cawan sambil matanya melilau, melihat keadaan sekeliling Duncan CoffeeHouse. Sesungguhnya dia amat bersyukur dengan pulangan yang dia dapat sejak dia mengambil alih kedai itu. Langsung tiada sekelumit rasa kesal kerana mengambil alih perniagaan milik rakan sekelasnya semasa di universiti dulu, Iqbal.
Kaz mengeluh kecil seraya mengusap dagu. Pink Smile… Apa yang perlu ada untuk menu Pink Smile. Tiba-tiba rasa excited pulak nak add menu baru.. Tapi, apa yang aku tahu tentang Pink Smile? Habis je Disappear, aku akan proceed cari karakter Pink Smile… Hari ni takda pulak budak perempuan dengan braces pink tu muncul.. Bukannya aku tak perasan dia selalu ke Duncan. . Cuma hari tu aku berdiri betul-betul di hadapannya dan kerana tu ke dia hampir pengsan? Ada ke orang macam tu? Pelik!

post signature

1 comment:

  1. pink smile. budak braces pink.hehe

    ReplyDelete

I don hate comment.. ^^