4. Cinderella Story *byAepyAoki
Langkah
kaki dipercepatkan. Cap hitam
dikepala ditarik ke bawah sedikit, melindungi wajahnya dari terik panas. Baju-T
biru sudah terasa melekat di badan
disebabkan peluh. Kalau tahu cuaca macam ni, memang dia takkan keluar dari
rumah.
Feeqo
merengus. Ni semua sebab Kimi. Kecoh nak jumpa ajak berbincang, tapi batang
hidung pun tak nampak. Janji Melayu macam tu lah.
Pintu
Bad’s Kitchen ditolak. Pandangan diliarkan ke sekeliling restoran. Tengah hari
macam ni jangan haraplah nak tengok kedai makan kosong. Dia cepat-cepat
mengambil tempat di meja untuk dua orang yang terletak di satu sudut yang
sedikit tersorok. Beg gitar di letakkan di kerusi hadapan.
“ Abang
nak makan apa?” Seorang pelayan perempuan sudah berdiri di tepi meja dengan tangan
memegang buku nota, sedia untuk mencatit pesanan dari pelanggan. Bibirnya
terukir sebuah senyuman. Mana taknya, dapat pelanggan hensem, senyum kena lebih
sedikit.
“ Spaghetti bolognese and ice blended Milo.”
ujar Feeqo tanpa senyuman biarpun gadis di hadapannya tersenyum bukan main
lebar dengannya.
“Okay,
tu je ke?”
“ Hmm.”
Feeqo jawab tegas.
Dan
gadis pelayan itu melangkah pergi meninggalkan mejanya.
Feeqo menanggalkan
cap di kepala lantas di letak atas
meja. Dia membetulkan rambutnya yang sedari pagi disembunyikan di bawah topi.
Rambut itu disisir dengan jari sebelum tangannya memain peranan menyerabaikan
lagi rambutnya. Rambut pendeknya itu sentiasa dibiarkan tidak terurus. Bukan
kerana dia tidak menjaga, tapi kerana dia suka. Messy look. Kena dengan dirinya yang selesa dengan jeans dan baju-T.
Setelah
hampir 20 minit menunggu, pesanan Feeqo pun sampai, dihantar oleh gadis yang
sama yang mengambil pesanannya sebentar tadi.
“ Aku order ice blended Milo, yang kau bagi
Milo ais biasa ni apahal?” gelas berisi Milo ais itu ditolak sedikit kasar.
Suaranya masih lagi terkawal.
“ Eh
abang order ice blended Milo ke?
Bukan Milo ais?”
“ Lain
kali, buat kerja betul-betul. Tu lah kau, tersenyum-senyum tersengih-sengih
dapat pelanggan lelaki, lepas tu kerja pun entah ke mana.”
Berubah
terus riak wajah gadis pelayan itu bila kena marah macam tu. Dia mengaku dia
berasa teruja semasa mengambil pesanan Feeqo yang baginya cukup menarik. Dia
dah perhatikan Feeqo sejak dari Feeqo melangkah masuk ke dalam Bad’s Kitchen. Tak
sangka pulak Feeqo perasan akan perbuatannya.
“ Aku
tak nak air tu. Ambil balik.” arah Feeqo lantas menarik pinggan spaghetti bolognese.
“ Sorry bang.. Memang saya yang..”
“ Blah
lah. Aku nak makan.” Feeqo mendengus.
Dahlah
kena berpanas tunggu Kimi yang tak muncul-muncul, lepas tu datang sini nak isi
perut, boleh pulak pelayan hantar minuman yang salah. Feeqo paling tak suka
orang buat hal masa dia tengah lapar.
Gadis
itu terdiam bila kata-katanya dipotong kasar. Perlahan dia menapak pergi membawa
sekali dulang berisi Milo ais. Hendak bertanya sama ada lelaki itu mahukan
minuman lain atau tidak pun dia sudah tidak berani. Mulutnya terkumat-kamit,
mengutuk lelaki itu. Harap muka je hensem, perangai buruk!
Selepas
membaca doa makan, Feeqo terus menjamu selera.
“ Sorry bro..”
Feeqo
mengangkat muka. Kimi sudah mengalih beg gitar dikerusi hadapan sebelum
melabuhkan punggung ke kerusi tersebut. Beg gitar diletakkan ke atas lantai.
“ Kau
gaduh dengan pelayan ke?” Kimi sengaja memperlahankan langkahnya untuk
menyaksikan pertengkaran kecil Feeqo dengan gadis pelayan sebentar tadi.
“ Lembap
sangat.”
Kimi
tertawa kecil. “ Kau tu yang baran sangat.”
“ Lain
yang aku order lain yang sampai.”
dengus Feeqo.
Kimi
geleng kepala. Dia kenal Feeqo bukannya baru sehari dua. Dah lama sangat dah.
Dah arif sangat dengan perangai Feeqo yang panas baran dan kasar. Kasar Feeqo
langsung tidak mengira lelaki ke perempuan. Boleh dikatakan, dia belum pernah
melihat kawan baiknya itu melayan perempuan dengan elok. Bukan tak ditegur,
sudah banyak kali tapi Feeqo langsung tidak berubah. Feeqo boleh dikategorikan
sebagai seorang yang no manners. Tapi
syukur, tidak kepada orang yang lebih berusia dari diri dia. Sebab tu Kimi
masih boleh tahan dengan perangai Feeqo. Kalaulah Feeqo kurang ajar macam ni
dengan orang yang pangkat pak cik, mak cik, datuk atau nenek, memang dia
sendiri tidak fikir banyak kali untuk turut memarahi kawan baiknya itu.
“ Macam
mana kau tahu aku kat sini?” soal Feeqo.
“ Aku
main teka je. Nasib baik terus jumpa. Kau tunggu lama ke tadi?”
“ Lama
tak lama, basah jugak baju aku ni.”
Kimi
sengih bersalah. “ Sorry wey. Aku ada
emergency tadi.”
“ So, nak bincang apa?” Feeqo tolak
pinggan yang sudah kosong. Kimi dipandang.
“ Eh kau
tak order air ke? Aku hauslah. Nak
kena minum dulu ni, baru boleh discuss.”
“ Kau
nak, kau orderlah. Aku malas. Nanti order Coke, yang datang 100plus.”
Begitulah
Feeqo, sekali orang buat salah kat dia, sampai bila-bila pun dia takkan percaya
kat orang tu. Kimi berani kerat jarilah, lepas ni Feeqo memang takkan jejak
kaki ke Bad’s Kitchen ni lagi.
“ Dik!”
Kimi memanggil pelayan untuk memesan minuman.
Cinta kita ibarat…
Sweater disarung ke tubuh yang hanya dibaluti baju-T hitam kosong. Erika melihat dirinya dalam cermin. Seperti biasa, wajahnya pucat tanpa sebarang make-up. Rambutnya dibiarkan mengurai menyembunyikan sedikit wajahnya.
Erika
cuba untuk mengukir senyuman. Tapi tidak sampai beberapa saat, senyumannya itu
padam. Dia rasa macam orang macam dia tak layak untuk tersenyum. Kerana itulah,
dia tidak pernah mengukirkan senyuman. Kalau ada pun, senyuman nak tak nak,
senyuman terpaksa, senyuman yang tak ikhlas dan yang sama erti dengannya.
Erika
cepat-cepat melangkah keluar dari rumah banglo tiga tingkat yang indah hanya di
luaran itu. Meninggalkan rumah itu membuatkan hatinya lapang, walaupun untuk
seketika. Bagi orang lain, rumah adalah syurga mereka. Tapi bagi dia, rumah itu
neraka.
Erika
menghentikan langkah apabila sampai di hadapan PeterVsHook Café. Dia tidak pernah memijakkan kaki ke café ini.
Dengar cerita, tiap-tiap malam ada kumpulan yang akan menyanyi di sini dan
kumpulan itu cukup terkenal dengan muzik rock
mereka. Dan rasanya suara dari kumpulan itu yang menghentikan langkah Erika
sekarang ni.
Erika
tidak masuk ke dalam café. Dia mencari port
sendiri di luar café tersebut, yang boleh membuatkan dia mendengar dengan jelas
nyanyian dari dalam. Dia tidak suka orang ramai. Dia suka bersendiri. Macam
sekarang ni. Duduk di bersandar di tepi PeterVsHook Café.
Suara nyanyian
itu sudah hilang. Erika masih setia ditempatnya, menunggu sambungan nyanyian.
Dah hampir satu jam dia duduk di situ dan mendengar beberapa buah lagu
dendangan band yang tidak diketahui
nama itu.
“ Ehem!”
Erika
terus mendongak bila terdengar orang berdehem. Tidak jauh dari tempatnya, berdiri
seorang lelaki dengan baju-T hitam dan seluar denim biru muda. Erika dapat
melihat sebatang rokok terselit dicelah jari kanan lelaki dengan rambut messy itu.
“ This is my territory.”
Huh?
Erika kerut dahi. Lelaki ni nak apa sebenarnya??
Cinta kita ibarat…
“ Feeqo!”
Feeqo
angkat muka. Dia menganggukkan kepala bila Kimi menunjukkan botol mineral
kepadanya. Tangannya cekap menyambut botol mineral yang dibaling oleh Kimi
selepas itu. Air itu diteguk rakus. Menyanyi lima lagu tanpa henti memang
memeritkan tekak. Tapi dia rasa puas, dan tidak menyesal.
“ Ada
budak cari kau.” Kimi ambil tempat sebelah Dino, drummer mereka dan berhadapan dengan Feeqo
“
Siapa?”
“ Entah”
“
Lelaki?”
Kimi
geleng. “ Perempuan. Hot jugak.” dia
sengih.
Feeqo
tidak memberi apa-apa reaksi, sebaliknya dia bangkit dan mula mengorak langkah
untuk keluar dari pintu belakang PeterVsHook. Rasanya dia tak pernah punya
kawan perempuan jadi tak perlulah dia berjumpa dengan perempuan yang Kimi cakap
tadi tu. Dia yakin, perempuan tu tak penting pun. Seperti perempuan-perempuan
sebelum ini. Fangirls kata Kimi. Heh.
Ingat dia artis ke nak ada fans-fans
bagai?
Sambil
berjalan, Feeqo menarik keluar sebatang rokok dari kotak Dunhill sebelum kotak
itu dimasukkan semula ke dalam poket seluar jeansnya.
Api rokok dinyala dan kemudiannya dia mula membentuk asap menjadi ‘O’.
Perbuatannya terhenti bila dia terpandang seorang gadis yang sedang duduk
bersila sambil bersandar di dinding PeterVsHook. Langkah kaki diperlahankan.
Dia
berdehem, untuk menyedarkan gadis yang nampak macam terleka dengan sesuatu. Dan
bila gadis itu mengangkat muka memandangnya, Feeqo melangkah setapak ke
belakang. Dia tak tahu kenapa. Lama dia memerhati wajah pucat dihadapannya itu
sebelum dia bersuara..
“ This is my territory.”
Cinta kita ibarat…
Erika lantas berdiri sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki dihadapannya itu. Dia sebenarnya tak faham apa maksud lelaki tu. Kawasan dia? Erika meliarkan pandangan ke sekeliling tempatnya. Tak ada nama siapa-siapa pun kat sini. Ke....lelaki ni owner PeterVsHook?
“ Awak
buat apa kat sini?” Wajah pucat dan pandangan yang nampak sedikit sayu gadis
itu membuatkan Feeqo tidak sanggup berkasar dengannya. Kata hatinya mengatakan
yang gadis itu tidak harus dikasari.
Tanpa
berkata apa-apa, Erika berpaling, hoodie
dipasang dan dia terus melangkah pergi. Meninggalkan lelaki yang entah
siapa-siapa itu. Bila terdengar suara lelaki itu tadi, hati dia rasa lain
macam. Rasa yang sama bila mendengar band
dalam PeterVsHook tengah menyanyi. Lelaki tu vocalist band tu ke?
Feeqo
menghantar pemergian gadis itu dengan pandangan penuh pertanyaan. Rokok
ditangan sudah lama dibuang bila melihat gadis itu nampak kurang selesa dengan
asap rokok. Selalunya, dia tak ambil peduli. Kalau nak merokok, dia akan
merokok. Biarpun kat depan dia ada seribu orang gadis yang buat muka tak selesa
dengan asap rokoknya, dia tidak pernah kisah. Tapi gadis tadi tu...
Feeqo
menutup matanya dengan tangan kiri. Menghalang diri dari terus melihat gadis
itu melangkah pergi. Tapi tidak sampai seminit, dia sudah merenggangkan
jari-jemarinya dan melihat gadis itu dari celah jari.
Senyuman
terukir dibibir.
Walau
siapa pun gadis itu, Feeqo akan sentiasa mengingatinya.
Feeqo
masih memandang jalan yang sudah kosong. Gadis dengan wajah pucat, pandangan
sayu tapi masih nampak sangat cool
(apatah lagi semasa dia memasang hoodie
dan melangkah pergi) itu sudah hilang dalam pekat malam.
She’s really....something.
Cinta kita ibarat…
“ So,
macam mana Feeqo? Made up your mind?”
Kimi bertanya sebaik sahaja mereka selesai berbincang. Dino; drummer mereka sudah bersetuju, cuma
Feeqo yang masih tidak memberi apa-apa kata putus. Feeqo merupakan lead vocalist dan juga guitarist band mereka. Jadi sedikit
sebanyak, keputusan Feeqo akan mempengaruhi keputusan mereka yang lain.
Sebelum
ni, Kimi dah pernah berbincang soal ini dengannya di Bad’s Kitchen. Masa tu
dalam kepala dia memang dah nak bersetuju, tapi Kimi melarangnya untuk membuat
keputusan terus, jadi dia tidaklah menyuarakan kata persetujuannya.
Dan
sekarang bila Kimi meminta kata putus darinya, wajah gadis yang ditemui di
belakang PeterVsHook terus menyapa ingatan. Selepas hari itu, hari-hari dia
menunggu di belakang PeterVsHook, mencari gadis itu. Dah seminggu berlalu,
gadis tu tak datang balik. Tapi Feeqo tak putus asa. Dia masih akan menunggu
dan terus menunggu.
Feeqo
menghembuskan asap rokok ke udara sebelum berpaling ke arah Kimi. “ Kalau aku
tak setuju?” dan kali ini dia melihat satu persatu wajah disekelilingnya. Dia
tahu kesemua wajah itu mengharapkan kata persetujuan darinya.
“
Kenapa?” Dino menyampuk.
Feeqo
angkat bahu dengan wajah bersahaja dan menjawab, “ Sebab aku rasa tak nak.”
Kimi
mengeluh. Dia tahu, dia akan berhadapan dengan situasi sekarang ini. Berhadapan
dengan Feeqo yang degil. Selalu sahaja dia mengalah kalau dengan Feeqo. Malas
nak terus bertengkar kerana dia tahu, pengakhirannya tetap sama. Feeqo akan
menang. Tapi dalam hal yang sekarang ni, susah untuk dia beralah.
“ Orang
sini dah kenal kita, Feeqo. Dah lama sangat dah kita kat PeterVsHook ni. Orang
pun dah mula bosan. Kita kena terima offer
kat Bougainvillea tu. Kena cari makan, bro. Takkan selama-lamanya kau nak
bertapak kat sini?” Kimi mula memujuk.
Walaupun
leka dengan rokoknya, Feeqo masih mendengar setiap butir bicara Kimi dan kepala
ligat berfikir. Lama dia terdiam sehinggalah suara Dino mencelah lagi.
“ Kalau
kau tak nak, kitaorang boleh cari vocalist
and bassist baru. Kau stay je lah
kat sini..” Dino mula hilang sabar. Memang dia bukanlah seorang yang boleh
menguruskan orang yang degil macam Feeqo. Selalu saja dia dan Feeqo bertengkar,
masing-masing tak nak kalah. Yang menjadi pendamai mestilah Kimi.
“ Boleh
jugak.” Feeqo pantas bersetuju.
“ Wey
Dino, kau cakap apa ni?” Kimi dah meninggi suara. “ Mana nak cari vocalist and bassist baru wei? Kau ingat
senang ke?? Ambil masa sebulan dua jugak nak cari yang betul-betul ngam dengan
kita. Hishh tak boleh tak boleh!”
“ Tapi
aku memang tak nak pindah dari sini.” Feeqo masih tetap dengan keputusannya.
“ Feeqo,
come on! Kau tak kesiankan kitaorang
ke?”
“ Dino
boleh nyanyi apa? Dia boleh ganti aku sementara cari orang baru.” Feeqo
membuang rokok ke tanah dan hujung Macbeth Langley yang tersarung di kakinya
pantas memijak potongan rokok yang sudah pendek itu.
Dino
garu kepala, stress. Sebenarnya tadi dia main-main je, cuba nak psycho si Feeqo ni. Tapi lelaki tu
memang tak makan psycho. Sekarang ni,
dia pulak yang dah rasa menyesal sebab keluarkan cadangan.
“ Please Feeqo... Aku bagi kau masa untuk
fikir lagi..” Kimi masih mencuba.
Feeqo
menggeleng. “ Bagilah aku masa sampai tahun depan sekali pun, aku tetap tak
nak. Kimi, kau kenal aku dah lama kan?”
Kimi
mengeluh, hampa. Cubaan memujuk gagal. Sekarang, dia dan Dino yang perlu berfikir
sama ada berpindah ke Bougainvillea, atau kekal di sini dengan Feeqo yang keras
kepala.
Feeqo
mengeluarkan sebatang lagi rokok lantas menyalakan api. Sebentar kemudian dia
sudah mula membuat habitnya iaitu
membentuk bulatan dengan menggunakan asap rokok. Dia tidak mempedulikan dua
pasang mata disebelahnya yang masih menunggu jawapan, masih berharap yang dia
akan mengubah fikiran.
Sorry, Kimi, Dino. Tapi aku kena tunggu dia.
Aku mesti tunggu dia. Aku yakin dia akan datang.
Cinta kita ibarat…
“ Oi!”
Erika
mengangkat muka dari iron board.
Seorang gadis yang hanya berseluar pendek dan berbaju singlet, sudah berdiri dihadapannya sambil menghulur sehelai baju.
“ Kau iron ni. Cepat! Aku dah lambat!” bila
Erika tidak mengambil baju dari tangannya, gadis itu terus melontar baju itu ke
atas papan seterika. Dia kemudiannya berdiri bercekak pinggang.
“ Iron sendirilah.” Erika menepis baju
milik Edina, kakak tirinya.
Melihat
bajunya yang sudah jatuh ke lantai, membuatkan mata Edina buntang dan dadanya
sudah turun naik, menahan nafas yang mula tidak menentu disebabkan marah.
“ Kau
lawan aku??!” Edina menarik lengan Erika membuatkan seterika yang masih berada
dipegangan Erika terjatuh dan menimpa kaki adik tirinya itu.
“ Damn!!” Erika menyepak seterika yang
menimpa kaki dan terus terduduk di lantai. Sakitnya. Bahagian atas kaki
kanannya sudah melecur disebabkan seterika panas tadi tu.
“ Siapa
suruh kau berani lawan aku?” Edina sudah tersenyum penuh kemenangan apabila
melihat Erika yang sedang kesakitan. Dia melangkah setapak mendekati. “ Ni aku
tambah lagi.” kaki kiri Erika dipijak-pijak sekuat hati membuatkan gadis itu
terjerit kesakitan.
Dengan
sepenuh kudrat yang ada, Erika menolak tubuh tinggi Edina sehingga Edina
mengundur ke belakang, hampir-hampir terjatuh. Dia kemudiannya bangkit berdiri,
tidak mempedulikan kedua-dua belah kakinya yang masih sakit.
Baju
Edina di atas lantai di ambil dan di letak atas papan seterika. Seterika yang
jatuh juga di ambil, suhu diletakkan ke paras maksimum.
Edina
yang mula geram bila Erika menolaknya, kini mula tersenyum melihat Erika yang
sudah mengalah. Nak sangat lawan aku! Kan elok kalau tak melawan, tak adalah
kaki tu melecur. Melawan pun kau masih kalah, Erika!
Bila
seterika sudah terlebih panas, Erika terus meletakkannya ke atas baju Edina.
Lama. Sehingga bau hangus menerjah hidungnya.
“
Erika!!”
“
Oopps!” Erika mengangkat seterika dari baju Edina yang sudah berlubang. “ Sorry.” kata maaf diungkap tanpa
sedikitpun rasa bersalah. Dalam hati terasa puas bila berjaya melawan.
“ How dare you??!!!” Edina mengambil
bajunya yang sudah berlubang. Air mata sudah mula menitis melihat baju yang
baru dibeli semalam itu sudah berlubang besar.
“ Apa
bising-bising ni?”
“
Abang!!” Edina berlari mendapatkan abangnya di muka pintu.
Eyrik
masih dengan boxer dan tidak berbaju,
menyatakan yang lelaki itu baru bangun dari tidur. Mungkin tersedar disebabkan
bunyi bising yang dihasilkan oleh dua orang adiknya itu.
Erika
buat muka menyampah. Suis seterika dimatikan. Bajunya yang belum siap
diseterika di ambil. Telinga mendengar segala aduan yang dibuat oleh Edina
kepada abang kesayangannya. Erika tersenyum meluat. Itu je lah cara dia. Dah
kalah, mengadu dengan abang. Kalah je mengadu dengan semua orang. Dasar anak
manja!
“ Hei,
kau apahal??” Eyrik menolah tubuh Erika bila Erika hendak keluar melepasi
pintu. “ Baju yang kau rosakkan tu bukannya murah tau tak? Kalau jual semua
baju dalam almari buruk kau tu pun, belum tentu dapat ganti baju adik aku ni!
Kau sedar tak??” kepala Erika ditunjal.
Erika
masih dengan muka bersahajanya. Ini bukan pertama kali. Dan dia tahu, ini bukan
juga kali terakhir dia akan dapat tunjalan, tolakan dan segala perbuatan kasar
itu semua. Dia sudah lali. Nak melawan pun rasa malas sebab dah bosan. Bosan
ulang benda yang sama hari-hari.
“ Kau
diam apahal??” dagu Erika dipaut kasar.
Erika
melawan pandangan mata Eyrik yang berapi. Dia merenung ke dalam mata abang
tirinya itu dengan pandangan kosong. Tidak ada rasa ingin meminta simpati.
Tidak ada rasa ingin meminta maaf. Dia sudah immune.
Melihat
Erika yang langsung tidak melawan tapi memandangnya dengan pandangan yang cukup
menjengkelkan membuatkan Eyrik menolak tubuh gadis itu kuat, sehingga gadis itu
tersungkur.
“ Ni
sebab kau buat adik aku nangis.” tubuh Erika disepak sekali. “ Ni sebab kau
rosakkan mood aku awal-awal pagi
macam ni.” dan sekali lagi sepakan dihadiahkan. “ Jom dik!” tangan Edina
ditarik dan mereka berdua meninggalkan Erika yang masih mengerekot di lantai.
Tak
sakit. Tak sakit. Tak sakit.
Erika cuba
memujuk dirinya walau hakikatnya sepakan di belakang dan perutnya itu sangat
menusuk. Ditambah lagi dengan kakinya yang melecur sebentar tadi.
Erika,
kau kuat. Kau takkan nangis sebab benda kecik ni. Erika kuat.
Erika
mendongak ke atas. Itu sajalah caranya untuk menghalang air mata daripada
jatuh. Walaupun caranya itu sering kali menemui kegagalan, dia masih percaya
dengan cara mendongak kepala itu.
Dengan
sepenuh kekuatan, Erika berdiri. Dia masih ada banyak lagi kerja yang kena
disiapkan. Lecuran di kaki dan sepakan yang terkena di tubuh, tidak boleh
dijadikan alasan untuknya lari dari melakukan kerja-kerja itu semua. Walau dia
sudah tenat sekali pun, tidak mustahil untuk penghuni rumah ini untuk
mengarahnya melakukan kerja. Bagi mereka, kesihatan Erika tidak penting, tubuh
badan Erika juga tidak penting, yang penting kepuasan diri mereka.
Erika
mengelap air matanya yang jatuh juga akhirnya bila terkenangkan nasib diri yang
tidak bertuah macam orang lain. Dia menggeleng kepala sambil mengesat kasar
pipi yang basah.
Jangan
menangis, Erika. Menangis air mata darah sekalipun, nasib kau takkan berubah.
Dan dia
terus melangkah menyambung kerja-kerjanya seperti biasa.
Cinta kita ibarat…
“ Tak takut ke
sorang-sorang kat sini?” Feeqo tenang menyandar di dinding yang sama tempat di
mana gadis berhoodie cyan blue itu duduk mencangkung dan
bersandar.
Erika angkat muka, sedikit terkejut bila suara itu
menyapa. Seorang lelaki dengan rambut pendek messy sudah berdiri disebelahnya.
Lelaki ni lagi.... Huh.
Ditangan lelaki itu ada sebatang rokok yang menyala.
Pantas Erika beralih ke tepi sedikit, menjauhi lelaki itu. Kalau kena rokok tu
tak ke naya? Hishh lelaki ni..
Feeqo lantas membuang rokok ke tanah dan memijaknya apabila
melihat Erika yang menjauhkan diri sebaik terpandang rokok di tangannya,. Terlupa
yang gadis itu tidak selesa dengan asap rokok. Wajahnya masih bersahaja.
“ Kenapa tak masuk?” soal Feeqo ingin tahu.
Erika terus bangkit dan mengorak langkah pergi. Dia tidak
kenal lelaki itu. Dan dia tidak mahu berkenalan dengannya. Lebih baik dia
pergi.
Feeqo mengekori langkah kaki gadis yang nampak
tergesa-gesa bagaikan melarikan diri daripadanya. Feeqo senyum nipis. Nak
lari-lari kenapa? Ada buat salah? Ke muka aku ni macam muka penjahat?
Mendengar derap langkah yang masih mengikutinya, Erika
pantas berhenti dan berpaling dengan wajah yang sengaja dibuat garang, supaya
lelaki yang mengekorinya itu takut.
“ Kenapa ikut saya??”
“ Awak nak pergi mana?” Feeqo juga menghentikan langkah,
hanya beberapa tapak dihadapan gadis itu.
“ Saya nak balik rumah lah!”
“ Baliklah. Siapa larang?”
“ Jangan ikut saya!” Erika bagi amaran keras sebelum
berpaling ke hadapan semula dan meneruskan langkah.
Feeqo tersenyum geli hati. Dia meneruskan langkah sebaik
sahaja gadis itu berjalan. Langsung tidak mempedulikan amaran gadis itu.
Langsung tidak gentar. Apa sajalah yang gadis itu boleh buat kat diri dia?
“ Saya dah cakap jangan ikut saya kan??”
“ Siapa ikut awak??” Feeqo menjawab bersahaja tanpa
langsung menghentikan langkahnya.
Erika mengetap bibir geram. Dia berpaling semula dan langkahnya
dilajukan.
“ Jauh lagi ke?”
“ Baliklah!” Erika merengus geram tanpa perlu berpaling
melihat Feeqo.
“ Jauh lagi ke??”
Erika menghentikan langkah lagi. “ Awak peduli apa??”
“ Saya tak nak esok awak jadi tajuk utama berita. Dah
lewat dah ni. It’s better safe than sorry.”
Feeqo dah berdiri betul-betul di sebelah Erika.
Cuak pulak Erika mendengarnya. Tapi... “ Awak nak buat
jahat kat saya ke??” dia tak kenal lelaki tu jadi tak mustahil kalau lelaki tu
pun menyimpan niat jahat ke atasnya. Dunia sekarang, kaum keluarga sendiri pun
tidak boleh dipercayai.
Feeqo gelak. “ Kalau saya nak buat pun, saya takkan
bagitau awak.”
“ You better not
sebab saya terer martial arts!” Erika
dah buka kuda-kuda. Biar nampak pandai, walau hakikatnya dia tak reti pun.
Feeqo geleng kepala. Kepala Erika ditepuk lembut. “
Simpan kehebatan awak tu. Now,
cepat-cepat jalan balik. Anggap je saya tak ada. Anggap je saya ni
bayang-bayang awak sendiri.”
Erika terus kaku bila tangan itu menepuk lembut
kepalanya. Siapa lelaki pelik ni? Kenapa sentuhan dan kata-kata dia buat Erika
rasa selamat?
“ Kalau saya nak buat jahat kat awak, tadi-tadi lagi saya
dah buat.” Feeqo senyum lagi. Senang betul bibirnya nak mengukir senyuman bila
senyuman itu untuk gadis dihadapannya itu.
Erika meleraikan kuda-kudanya dan melangkah setapak ke
belakang bila menyedari yang jarak antaranya dengan lelaki itu agak rapat.
Entah kenapa, jantung berdegup laju bila lelaki itu senyum dengan melihat terus
ke matanya.
“ Go.” Feeqo
mengangguk kepala, menyuruh gadis itu meneruskan langkah.
Erika menurut, langkah kaki diteruskan. Dan dia tahu
lelaki itu masih mengekori setiap langkahnya. Sebab sekarang lelaki tu siap
bersiul-siul. Langkah dihentikan bila tiba di hadapan rumahnya. Erika merenung
lama rumah banglo mewah yang sudah gelap itu. Dan keluhan terlepas keluar.
Boleh tak kalau tak nak masuk? Boleh tak kalau tak nak
balik? Untuk selama-lamanya?
“ Mengeluh pulak dia...”
Erika cepat-cepat menoleh, baru teringat yang hari ini
dia ada ‘bayang-bayang’ extra!
“ Esok datang lagi?”
“ Datang mana??”
“ Tempat awak lepak tadi tu lah.”
“ Awak stalk
saya??”
“ Nope! Tapi
awak lepak kat kawasan saya.”
Erika tunduk sekejap. Lupa pulak tentang itu. Ayat
pertama yang keluar dari mulut lelaki itu ketika pertama kali mereka berjumpa, ‘This is my territory.’
“ Fine. Saya
tak datang lagi.”
“ No. You can come.
Tomorrow. Day after tomorrow. Everyday. Saya bagi kelonggaran untuk awak
pecah masuk kawasan saya.”
Entah kenapa hati Erika jadi lapang bila mendengar
kata-kata dari lelaki yang masih tidak diketahui nama itu. Tambah-tambah lagi
dengan senyuman dibibir lelaki itu yang tidak pernah hilang bila berbicara
dengannya. Kalau sebelum ni, dia masih bersyak wasangka, sekarang semua
perasaan itu sudah hilang. Tiba-tiba dia rasa gembira bila ada orang yang
sanggup menjadi ‘bayang-bayang’ demi untuk menjaga keselamatannya. Sungguh,
Erika tidak pernah mendapat layanan sebaik ini. Keluarga sendiri juga tidak
pernah menjaganya malah menyakitinya hari-hari. Lelaki kat depan dia ni, orang
luar yang langsung tidak mempunyai pertalian dengannya, tapi berjaya membuatkan
Erika berasa terlindung.
“ Saya Feeqo.” Feeqo memperkenalkan diri.
Erika teragak-agak untuk membalas senyuman Feeqo. Wajah
lelaki itu dipandang lama. Siapa lelaki ni? Kenapa dia baik sangat?
“ It’s okay if you
don’t want to tell me your...”
“ Erika.” perlahan Erika bersuara.
“ Sorry?” Feeqo
tidak mampu mendengar dengan jelas.
“ E.Ri.Ka.” Erika sebut satu-satu supaya lebih jelas.
Feeqo mengangguk seraya tersenyum lebih lebar. “ E.Ri.Ka.”
dia mengulang nama tersebut berkali-kali. “ Masuklah, E.Ri.Ka.”
Erika terus berpaling untuk masuk ke dalam rumah.
Feeqo menghantar pemergian Erika dengan pandangan penuh
tanda tanya. Sebaik sahaja Erika sudah masuk ke dalam rumah, matanya meliar
memandang sekeliling rumah banglo mewah tersebut.
Erika.
Erika yang memakai sweater
lusuh yang dah koyak di bahagian siku kanan. Jeans lusuh yang juga sudah koyak sedikit di bahagian lutut. Dan sneakers banyak bekas tampalan dan
jahitan.
Erika itu yang tinggal dalam rumah mewah ni?
Unbelievable.
She’s really
something.
Cinta kita ibarat…
“ Awak.”
Erika tersentak bila lelaki yang mengenakan baju-T merah
dan seluar bermuda hitam sudah melabuhkan punggung di sebelahnya. Macam mana
boleh jumpa lelaki ni kat sini? Taman permainan ni pun territory dia ke??
“ Buat apa sorang-sorang kat sini?” Feeqo tersenyum
memandang Erika yang seperti biasa, hanya menggunakan baju-T dan jeans lusuhnya. Sweater cyan blue itu juga tersarung ditubuh walaupun hari tengah
panas terik.
Erika hanya mengangkat bahu, tidak tahu nak menjawab
soalan Feeqo. Kalau jumpa dia kat mana-mana pun, dia tetap akan berseorangan.
Tak pernah berteman.
“ Dah makan?”
Erika tertunduk sekejap bila mendengar soalan itu.
Sungguh. Rasanya Feeqo adalah orang pertama yang nak ambil tahu samada dia
sudah makan atau tidak. Sebelum ini dia tidak pernah menerima soalan berbaur
ambil berat seperti ini.
Ya, dia tinggal dengan keluarganya. Dia masih ada papa,
mama tirinya, Edina dan Eyrik. Tapi sekali pun tak pernah diaorang tu tanya dia
dah makan ke, sihat ke, atau apa-apa sahaja yang berbaur ambil berat. Apa yang
dia dengar hari-hari cuma arahan dan makian.
Setiap hari dia akan menyediakan sarapan pagi dan makan
malam untuk penghuni rumah itu. Kalau ada lebih makanan-makanan tu, dapatlah
dia makan. Kalau tak ada, dia hanya akan mengalas perut dengan roti kering yang
dia simpan sembunyi-sembunyi dalam bilik. Dia tidak dibenarkan mengambil
barang-barang dalam rumah itu tanpa izin.
Dan hari ini... tiada sarapan pagi untuknya. Dia hanya
mampu menelan air liur bila melihat Edina dengan sengaja membuang segala
lebihan sarapan pagi ke dalam tong sampah.
“ Kalau belum, jom kita pergi makan nak?” Feeqo bersuara
lagi bila Erika langsung tidak menjawab soalannya.
Erika memandang diri sendiri. Dengan sweater dan jeans yang
dah lama ni, takkanlah dia nak keluar makan dan duduk semeja dengan lelaki yang
masih nampak kemas walaupun dengan rambut messy
disebelahnya ini? Lelaki itu walaupun simple,
tapi kemas dan.. wangi. Heypp Erika! Apa wangi-wangi! Tapi memang betul pun.
Dan Erika suka bau lelaki kat sebelah dia ni.
Feeqo yang memerhati segala pergerakan Erika, tersenyum.
Tangannya lantas bekerja, tubuh Erika dipaling supaya menghadapnya. Rambut
lurus paras bahu milik gadis itu disisir dengan jarinya. Letak duduk sweater diperkemaskan.
Erika terkelu bila saja tangan itu menyentuh rambut dan
juga mengatur sweater di badan. Dia
cuba untuk menepis, tapi Feeqo menahan tangannya. Dia hanya mampu membiarkan
segala perbuatan Feeqo. Kenapa Feeqo sanggup sentuh dia? Kenapa Feeqo nak dekat
dengan dia? Tak jijik ke tengok dia pakai pakaian yang koyak dan bertampal
sana-sini ni?
“ Awak dah cukup cantik dah.”
Dan sekali lagi Erika tersentak bila Feeqo mencuit
pipinya. Setiap sentuhan Feeqo penuh kelembutan. Langsung tidak mengasarinya.
Tidak seperti keluarganya. Mata rasa panas tiba-tiba.
Senyum di bibir Feeqo hilang bila Erika merenungnya dengan
mata bundar yang nampak berkaca-kaca. Seperti sebelum ini, Feeqo dapat melihat
kesedihan di wajah itu. Ada sesuatu yang terjadi kepada gadis ini. Feeqo akan
cuba mencungkil semuanya, sehingga dia mampu untuk membuat gadis itu tersenyum.
Sehingga dia mampu untuk menyerlahkan kecantikan gadis itu. Sehingga dia mampu
mewarnai hari-hari gadis itu.
“ Jom, pergi makan?” ajak Feeqo lagi.
Erika terus melarikan pandangannya. “ Saya tak lapar.”
“ Awak kena makan. Nanti kalau awak tak makan, awak akan
sakit.”
Erika menggeleng lagi. Tolong jangan ambil berat pasal
dia. Sebab mungkin nanti dia akan mula terbiasa sebab Feeqo adalah satu-satunya
orang yang sudi mengambil berat. Dia takut satu hari nanti Feeqo pergi dan dia
jadi tercari-cari.
“ Okay, ni kunci kereta saya.” Feeqo menyerahkan kunci
keretanya kepada Erika. Erika tidak mengambil. Lantas Feeqo menarik tangan
Erika dan meletakkan kunci diatas tangan gadis itu. “ Myvi. The black one. Awak masuk dalam, kunci pintu, dan tunggu
sampai saya datang. Saya pergi beli makanan. Okey?”
Erika memandang Feeqo, tidak percaya yang lelaki ini
mempercayainya dengan begitu mudah. Macam mana kalau dia bawak lari kereta
Feeqo?
“ Go. Tunggu
saya okey?”
Cinta kita ibarat…
Erika hanya melihat Feeqo meletakkan beg kertas berwarna coklat
di ribanya sebaik sahaja Feeqo mengambil tempat di tempat duduk pemandu.
“ Saya tak tahu awak suka makan apa, so saya beli apa yang saya suka makan. Taste saya pun boleh tahan.” Feeqo sengih. “Double cheese burger.” ujar Feeqo sambil tersenyum.
Erika mengeluarkan burger dari beg kertas. Burger yang
masih berbalut itu dipusing-pusing 360 darjah.
“ Nak makan dalam kereta je ke?” Feeqo menyoal dengan
hati tertanya-tanya bila melihat Erika yang bagaikan tidak pernah melihat
burger.
Erika mengangguk. Kertas balutan burger dibuka. Ohh
memang sebijik sama macam yang dia selalu tengok dalam iklan. Tak sangka dapat
makan ni hari ni.
“ Awak suka?” Feeqo tidak dapat meneka samaada Erika suka
atau tidak dengan makanan yang dibeli itu.
Erika mengangguk lagi. “ Saya selalu tengok ni dalam
iklan kat tv.”
“ Tengok je? Makan?”
Erika menggeleng perlahan. Malu pun ada nak mengaku, tapi
itulah sebetulnya.
Feeqo tersenyum pahit. Terbit rasa simpati dalam dirinya.
Tinggal dalam rumah mewah tapi tidak pernah makan double cheese burger McDonald. Sungguh. Ini kali pertama Feeqo
mendengarnya. Padanlah dari tadi muka macam tak percaya je tengok burger tu.
Rasa sedih tiba-tiba bila melihat Erika. Macam mana agaknya hidup gadis itu
sebenarnya?
“ Sedap tau.”
Feeqo mengalih beg kertas yang masih berisi french
fries dan juga burger BigMac dari riba Erika dan diletakkan ke tempat duduk
belakang. “ Kejap ya, saya letak sos. Awak tahan pedas tak?”
“ Saya makan apa-apa je.”
Feeqo tersenyum
mendengar jawapan Erika yang selamba. Roti bahagian atas burger di alih.
Sepaket sos cili dibuka. “ Kalau saya, saya tak makan benda hijau tu.”
“ Kenapa?” Erika hanya menjadi pemerhati Feeqo
mengerjakan burger di atas ribanya.
“ Tak sedap.”
“ Saya pun tak nak lah.”
Feeqo tertawa kecil lantas mengalih pickles dengan tangan kiri. Kemudian barulah dia memicit sos ke
atas kepingan keju yang menimpa kepingan daging. Roti diletak balik ke tempat
asal.
“ Makan.”
Erika terus mengambil burger dan menggigit double cheese burger pertamanya. Selepas
itu dia mengangguk. “ Sedap.”
“ Kalau awak nak
lagi, awak bagitau saya. Nanti saya pergi beli..” Feeqo belum menyentuh
makanannya, dia jadi leka melihat Erika yang nampak sangat berselera. “ Awak
berapa umur?”
“ 20.” Erika hanya menjawab selepas habis mengunyah.
Feeqo mengangguk. Muda empat tahun dari dia. “ Saya 24.”
“ Ohh..”
“ Tak sambung belajar?”
Kunyahan Erika terhenti sejenak bila mendengar soalan
Feeqo. Ya, dia tahu, umur macam dia memang sepatutnya sedang sibuk menyambung
pelajaran, sibuk menimba ilmu. Tapi bukan dia.
Erika hanya menggeleng kemudiannya. Sedih bila dia tidak
dibenarkan menyambung pelajaran. Dia hanya dibiarkan terperap di rumah dan
menjadi orang gaji kat rumah agam tersebut. Kalau ada masa terluang macam
sekarang ni, memang dia akan keluar dari rumah. Sebab nak lapangkan
hati.Walaupun seketika.
“ Sorry kalau
saya tanya benda yang tak patut.” Feeqo senyum serba salah.
Feeqo mengambil beg kertas di tempat duduk belakang dan
mengeluarkan BigMac sebelum meletakkan beg kertas ke tempat duduk itu semula. “
Yang saya makan ni, namanya BigMac.”
Erika menilik isi kotak kecil ditangan Feeqo itu untuk
melihat burger yang bernama BigMac.
“ Awak nak rasa tak?”
Erika pantas menggeleng. “ Awak makan je lah.”
“ Alaa rasalah sikit. Sedap tau!” Feeqo masih menyua
burgernya dengan Erika. “ Please??”
Dan akhirnya Erika menggigit sedikit burger kepunyaan
Feeqo.
“ Sedap kan?”
Erika mengangguk.
“ Lepas ni awak nak makan apa lagi?” Feeqo jadi seronok
melayan Erika walaupun gadis itu tidak banyak cakap. Hanya banyak mengangguk
dan menggeleng.
“ Kita akan jumpa lagi ke?”
“ Mestilah! Nanti saya bawak awak makan tempat yang
sedap-sedap lagi, okey?” janjinya.
Erika senyum pahit. “ Tapi saya tak ada duit.”
Feeqo tertawa dengan kelurusan gadis itu. “ Tak apa, awak
bayar dengan senyuman je. Boleh?”
“ Boleh ke?”
“ Senyum untuk sayalah. Bukan senyum dengan cashier tu nanti.”
“ Ohh...”
Feeqo terus menjamu selera. Sesekali dia menjeling Erika
di tempat duduk sebelah yang sudah selesai menghabiskan burgernya. Feeqo
perasan yang gadis itu terus mendiamkan diri selepas telefon bimbitnya berbunyi
sebentar tadi. Air minuman yang diletakkan di tempat meletak air yang berada di
antara tempat duduk Feeqo dan Erika pun tidak disentuh. Feeqo cepat-cepat
menghabiskan burgernya.
“ Awak... kenapa tak minum?” Feeqo menghulur Coke kepada
Erika.
Erika menggeleng. “ Saya perlu balik.” dia sudah mendapat
‘panggilan pulang’ jadi dia perlu pulang segera.
“ Saya hantar.”
Cinta kita ibarat…
“ Tepilah!”
Pappp!
Tubuh Erika dilanggar kuat sehingga menyebabkan dia
terjatuh dan terhantuk pemegang tangga.
“ Tolak sikit pun jatuh. Lemah!” ejek Edina dan terus
masuk ke dapur, untuk sarapan, seperti biasa.
“ Morning!” Eyrik
menyapa adiknya yang mengambil tempat di kerusi sebelah. “ Buat apa tadi?” soal
Eyrik yang mendengar suara Edina bercakap dengan Erika sebelum masuk ke dapur.
“ Senaman pagi!” jawab Edina dengan sengih jahat. “ Mama
dengan papa mana?”
“ Tengok jam la dik oi. We’re living with the most busiest business man and business woman.
Awal pagi dah lesap.”
“ Bukan macam abang, pemalas.”
“ Kau tu rajin sangat lah??”
“ Tak payah rajin pun duit masuk. Yang kat luar tu rajin,
baju buruk jugak.”
Dan mereka berdua mengekek ketawa.
Tanpa berfikir, kalau tidak kerana kerajinan yang memakai
baju buruk itu, tidaklah mereka dapat merasa sarapan pagi yang sedap tiap-tiap
hari. Tidaklah mereka bersenang lenang keluar masuk rumah tanpa memikirkan
kerja-kerja rumah. Semuanya diserahkan kepada Erika. Erikalah yang bertanggungjawab
ke atas banglo tiga tingkat yang langsung tidak mempunyai pembantu rumah
walaupun pemiliknya mampu menggaji lebih dari sepuluh orang pembantu.
Erika mengetap bibir, menyampah bila mendengar perbualan
abang dan adik pemalas yang tak guna tu. Dahi diraba. Sakit. Nasib baik tak
berdarah. Dia meneruskan langkah ke biliknya.
Seperti biasa, sweater
disarung ke tubuh. Menyembunyikan kesan-kesan lebam di tubuh yang masih belum
hilang. Hari-hari kena tambah, macam manalah nak hilang semua. Hari ni tambah
kat dahi pulak.
Cap dicapai
lantas disarung ke kepala untuk melindung lebam di dahi yang akan menyerlah
sekejap nanti. Dia tidak mahu orang tahu.
Tugas pagi sudah selesai. Dia perlu melapangkan jiwanya.
Cinta kita ibarat…
“ Your highness~”
Feeqo buat tunduk hormat di hadapan Erika yang sedang duduk bersila di bangku
taman permainan. Dia sudah mula ada rutin harian baru, iaitu memeriksa taman
permainan kawasan perumahan Erika, mencari kelibat gadis itu setiap pagi.
Terbit rasa gembira di hati Erika bila Feeqo tiba-tiba
muncul menyapa. Kalau sebelum ini dia menghabiskan masa lapangnya seorang diri,
tapi sejak berjumpa dengan Feeqo, lelaki itu selalu sahaja menemaninya.
Feeqo mengambil tempat disebelah Erika. “ Dah breakfast?”
Erika mengangguk.
Feeqo menilik penampilan Erika. Hari ini ada penambahan. Cap dikepala. Mungkin untuk berselindung
dari panas. Gadis itu tetap cantik dimatanya.
“ Breakfast apa
tadi?”
“ Nasi goreng.” Erika menjawab. Dia berpaling memandang
Feeqo. Lelaki itu hanya mengenakan baju-T biru tua dan jeans biru lusuh. Feeqo tak kerja ke? Atau masih belajar? Dia jadi
tertanya-tanya.
“ Kenapa tengok saya macam tu?”
Erika terus berpaling ke arah lain. Kantoi!
Feeqo tersenyum lebar. “ You free today?” Feeqo mengerling sekilas jam di tangan. 11.40
minit pagi.
Erika angguk. Biasanya tengah hari tak akan ada yang
makan di rumah. Semua ada temu janji di luar. Sarapan pagi dan makan malam
sahaja yang memerlukan khidmat dia. Walaupun kadang-kadang semua masakannya
langsung tidak disentuh. Dia tidak kisah, yang penting dia telah menjalankan
tugasnya.
“ Jom ikut saya.”
Cinta kita ibarat…
“ Nak masuk tak?” Feeqo pandang Erika.
Erika menilik dirinya. Dengan semua pakaian yang sudah
nampak lusuh dan buruk, dia malu nak melangkahkan kaki masuk ke dalam butik
pakaian yang nampak mahal itu.
“ Jom!” Feeqo tarik tangan Erika memasuki Roxy &
Quiksilver. “ Cantik tak?” sehelai baju-T berwarna hitam berlambang Roxy
dihadapan ditayang kepada Erika. Erika hanya mengangguk. “ Nak?”
Cepat Erika menggeleng. Tengok kedai je tahu mahal-mahal.
Mana dia nak dapat duit? Makan tengah hari tadi pun Feeqo yang belanja.
“ Nak lah.. Please?”
Feeqo memujuk, masih menghulur baju itu kepada Erika.
“ Tak nak.” Erika bertegas.
“ Please? Saya
belanja.” Feeqo masih bersungguh-sungguh. Dia bukannya apa, dia kesian melihat
Erika memakai baju-baju yang sudah lusuh itu.
Erika yang tidak suka dipaksa terus melangkah keluar dari
butik Roxy & Quiksilver tersebut. Langkah kaki dihayun tanpa arah tuju.
Feeqo mengeluh. Dia hanya melihat Erika yang dah
melangkah keluar. Baju-T Roxy di tangan diangkat lagi sebelum diserahkan kepada
sales girl yang melayannya. Dia
memilih beberapa helai lagi baju-T dan dua pasang sweater dan sepasang jeans.
Saiz pun dia main anggar je. Dia tidak peduli sama ada Erika nak atau tak, yang
penting dia beli semua ini ikhlas untuk Erika.
Cinta kita ibarat…
“ Orang kedai tadi tu cakap, vanilla caramel ni boleh buat orang senyum.”
Erika angkat muka bila bekas aiskrim sederhana besar
dihulur padanya. Feeqo berdiri dihadapannya yang sedang duduk di kerusi rehat
yang disediakan di kaki lima premis-premis di dalam shopping mall tersebut. Tangan kiri Feeqo membimbit beg kertas
tertulis Roxy.
“ Ambiklaa..” ujar Feeqo lagi.
“ Awak beli apa?” Erika menyoal, curiga.
“ Barang sayalah.” bohong Feeqo lantas mengambil tempat
disebelah Erika yang masam mencuka. “ Nah laaa... Sedap ni.” bekas aiskrim
disua lagi.
Erika mengambil bekas aiskrim dari tangan Feeqo. “ Betul
barang awak?”
“ Iyaaa. Makanlah aiskrim tu.. Penat bawak diri kan?”
Erika menyuap sesudu aiskrim ke dalam mulut. Sedap.
Sesudu lagi dan seterusnya. Hanya berhenti bila terasa ada mata yang memandang.
Dia berpaling. “ Awak tak nak?” baru perasan yang Feeqo hanya menjadi pemerhati
disebelah.
Feeqo tersenyum seraya menggeleng. Sebenarnya tadi dia
leka memerhati Erika yang dok tenung orang beli aiskrim kat kiosk Just Ice-Cream. Sebab itulah dia
beli satu untuk Erika. Hari tu Erika pertama kali merasa Double Cheese Burger,
tengah hari tadi Erika pertama kali merasa ayam KFC, dan tak mustahil kalau
aiskrim itu adalah aiskrim pertama bagi Erika.
Haihh, Erika-Erika. Ada apa pada gadis itu sehingga
membuatkan dia sentiasa mahu menggembirakan gadis itu? Feeqo rasa macam nak
beli semua benda yang Erika pegang, semua benda yang Erika pandang dengan mata
yang bercahaya. Feeqo nak bagi semua benda tu kat Erika untuk buat gadis itu
gembira. Sungguh, Feeqo ingin melakukan semua itu.
“ Awak marah saya?” soal Feeqo perlahan.
Erika geleng. “ Awak malu jalan dengan saya?”
“ Sumpah tak!” Feeqo siap angkat tangan bersumpah. “
Kenapa awak cakap macam tu?”
“ Sebab awak paksa saya beli baju tadi tu.. Awak malu
kan?”
“ Serious tak
malu.” Feeqo beria-ia meyakinkan Erika. “ Janganlah fikir macam tu.. Saya cuma
nak belanja awak.. Salah ke?”
“ Kita baru je kenal. It’s
too much.” Erika tak nak nanti orang ingat dia kikis Feeqo pulak. Biarlah
dia tak berduit, hidup dengan baju-baju lusuh dia ni, yang penting dia tak
mengemis ataupun mengikis harta orang.
“ Mana ada too much.
Murah je lah baju-baju tu semua.”
“ Murah ke?” Erika sendiri sebenarnya tidak melihat price tag di baju-T yang Feeqo tunjukkan
tadi. Dia cuma main teka je, sebab premis tu nampak mahal.
“ Murahlah. Saya beli banyak ni untuk awak.” Feeqo
mengangkat beg kertas yang dibimbitnya tadi. Dia dah tanggalkan tag-tag harga
semua barang yang dia beli, supaya Erika tidak tahu harga sebenar.
“ Tadi kata barang sendiri?”
Feeqo sengih. Kantoi. “ Saya tipu tadi tu. Ni saya beli
untuk awak. Janganlah marah eh? Saya ikhlas nak beli.”
Erika menjenguk beg kertas yang diserahkan Feeqo
kepadanya. Terbeliak matanya bila melihat bukan sehelai baju-T yang ada dalam
beg kertas tersebut tapi ada enam helai semuanya, dan dua pasang sweater. Serta seluar jeans.
“ Awak gila ke??”
“ Sebenarnya saya beli tiga je. Sehelai baju tu harganya
RM15. Tiga helai baru RM45. Kedai tu tadi ada promotion. Beli tiga, percuma lagi tiga. Haaa sebab tu la banyak. Sweater tu pun buy one free one. Murah je sweater
tu, RM20 je. Jeans tu pun RM19 je.”
lancar sahaja mulut Feeqo menipu Erika.
Dia tahu kemungkinan untuk Erika menolak semua
pemberiannya adalah sangat tinggi jika dia berterus terang yang harga semua
barang yang dia beli tu hampir mencecah RM800. Jadi, biarlah Erika tidak tahu.
“ So, awak ambik je lah.” Feeqo senyum. “ It’s a gift from a nice guy.”dia
angkat kening dua kali sambil senyum berlagak.
“ Terima kasih.” Erika tidak tahu lagi macam mana nak
menolak bila Feeqo bersungguh-sungguh ingin menghadiahkannya semua itu.
Cinta kita ibarat…
“ Kenapa kau nak stay
kat sini, Feeqo?” Isqandar, pemilik PeterVsHook menuang Coca Cola ke dalam
gelas berisi ais.
“ Sebab aku suka.” jawab Feeqo bersahaja sambil tangannya
sibuk mengatur tali-tali gitarnya.
“ Okey jugak lah kau stay
sebab kau dah ada peminat kat sini. Ramai yang datang semata-mata nak dengar
kau nyanyi.” tukas Isqandar seraya tersenyum. Dia sendiri merupakan salah
seorang peminat Feeqo yang bersuara husky
itu. “ Tapi lately kau dah tak rock lagi eh? Apa cerita?”
Feeqo tertawa kecil. “ The Idiot tu kan dah rock. Aku nak jugak try lain genre.” The
Idiot merupakan band yang
menggantikan band Feeqo bersama-sama
Kimi dahulu yang sudah berpindah ke Bougainvillea.
“ Ke kau dah jatuh cinta ni? Huhh?” Isqandar cuba untuk
meneka isi hati pemuda yang nampak bersahaja tapi bahaya itu. Dia pernah
menjadi saksi pemuda itu membelasah sekumpulan budak remaja yang datang
PeterVsHook untuk buat hal. Ganas jugak Feeqo ni.
“ I still sing a
rock song what..”
“ A rock song
yang dah dislowkan. But it’s nice
actually. Especially yang tadi tu.. 30 Seconds To Mars’s punya The Kill slow version. Good job dude!” bahu Feeqo ditepuk.
Feeqo tersenyum, menerima pujian dari kawan yang
merangkap bos nya itu. “ Kalau aku nyanyi One Direction punya lagu, kau pengsan
tak?”
Isqandar yang sedang minum terus tersedak.
Feeqo ketawa geli hati. Dia memang sudah menyangka reaksi
Isqandar. “ Cool laa.”
“ Are you
serious??”
Feeqo angkat bahu.
“ Anuar Zain’s songs pun not bad.”
“ Oh god! You’re in
love. Feeqo’s in love, man!!”
Feeqo tergelak
cuma. Malas nak menyangkal kerana itulah sebetulnya. Hanya dengan mengingati
atau menyebut nama Erika sahaja sudah membuatkan hatinya tersenyum bahagia.
“ Who’s the lucky
one?”
Feeqo angkat bahu. “A
girl.”
“ Apa punya jawapan daaa. Tahulah a girl! Specific! A model? Stewardess? Actress? Mesti hot kan? Body perghhh tak?”
Pertama kali berjumpa dengan Erika, gadis itu hanya
memakai sweater yang sudah koyak dan
juga jeans serta kasut yang tidak
kurang lusuhnya. Kalau dia bagitau Isqandar pasal tu rasanya mahu pengsan si Isqandar
ni.
Feeqo tersenyum. “ Orang-orang hot macam tu layak untuk kau je, Isqandar. Bukan aku.”
“ Elehhh. Kau lagi banyak fans dari aku walaupun aku ni hensem banyak dari kau. Kau tu je
yang jual mahal.”
“ Whatever. Ni
bila nak bagi payment ni?”
“ Rilek aaa. Tak ada payment
pun kau takkan mati kebulur.”
Isqandar bukannya tidak tahu latar belakang keluarga
Feeqo. Apalah sangat bayaran Feeqo menyanyi di PeterVsHook kalau nak
dibandingkan dengan elaun bulanan lelaki itu. Walaupun Feeqo tidak menunjuk,
tapi dia tahu semua tu. Walaupun Feeqo hanya selesa memandu MyVi, Isqandar
tetap tahu yang Feeqo lebih dari mampu untuk memandu Ferrari. Cuma lelaki itu
memilih untuk hidup sederhana dalam segala hal. Kalau dia jadi Feeqo, rasanya
sekarang dia dah simpan perempuan keliling pinggang, pandu kereta sport mahal dan berfoya-foya tiap-tiap
malam. Tapi dia bukan Feeqo. Dia bukanlah seorang Feeqo yang tidak sedar dirinya
dilimpahkan dengan kemewahan.
“ Kau sampai bila nak nyanyi kat sini?” soal Isqandar
lagi.
Feeqo angkat bahu. “ Sampai aku rasa nak stop.”
“ Bapak kau tak bising?”
Feeqo mencapai gelas minumannya. Air diteguk sebelum
menjawab soalan Isqandar. “ As long as
aku tak kacau hidup siapa-siapa. That’s
all that matters.” dia bangkit. “ Smoking
jap.”
Dalam hati berharap yang akan ada seorang perempuan
sedang duduk bersila sambil bersandar di dinding port merokoknya nanti.
Cinta kita ibarat…
“ Mana kau dapat
semua ni??” sehelai demi sehelai baju-T jenama Roxy itu di ambil dan di tilik
penuh teliti. Mencari mana-mana kerosakan atau apa saja yang boleh membuktikan
yang baju itu semua dikutip atau dibeli di reject shop atau apa saja, bukan
original. Tapi langsung tak ada.
Bahu Erika ditolak kasar. “ Aku tanya ni! Mana kau dapat
duit beli baju mahal-mahal ni??” suara Edina bagaikan guruh berdentum, bergema
di ruang bilik tidur Erika yang kecil itu.
“ Bagi baliklah! Kau sibuk apasal??” Erika cuba merampas
baju dari tangan Edina tapi gagal bila Edina bertindak mengangkat tangannya
tinggi ke atas.
“ Kau curi eh?? Kau curi duit siapa?? Cakap!” kepala
Erika ditolak.
“ Aku tak curi lah!! Bagi balik!”
“ Kau tak layak nak pakai semua ni, Erika. Baju mahal
macam ni hanya untuk orang macam aku. Roxy ni pun standard baju untuk aku tidur je. But still it’s expensive. It’s not for you.” dengan bersahaja Edina
menyimpan balik semua baju-T dan juga sweater
ke dalam beg kertas Roxy. “ Ni aku sedekah dengan kau.” jeans di baling kepada Erika. Dia dan Erika tak sama saiz.
“ Wey bagi balik la! Tu aku punya! Kau banyak duit, kau
pergi la beli sendiri! Yang kau nak ambil barang orang miskin macam aku ni
apahal??” Erika cuba merampas beg kertas dari tangan Edina.
“ Don’t!!”
tubuh Erika ditolak kasar. “ Sebab kau tak layak pakai semua ni. Nanti kalau
dah koyak nanti, aku pass kat kau,
okey? Selamat malam.” dengan wajah riang gembira Edina melangkah keluar dari
bilik tidur Erika.
Cinta kita ibarat…
“ So
good to see you here.” Feeqo menegur Erika yang duduk mencangkung di tempat
biasa. Sebelum tadi dia keluar untuk merokok, Erika tidak ada di situ. Sekarang
setelah dia selesai membuat persembahan, hatinya gembira bila melihat ada orang
yang sedang duduk mencangkung di situ. Penantian yang tidak sia-sia.
Erika tidak terus mengangkat muka bila suara itu
menegurnya. Dia sudah tahu siapa. Bila suara yang menyanyi dalam PeterVsHook
itu hilang, pasti lelaki ini akan muncul disebelahnya. Jangan-jangan..... Erika
pejam mata, menunggu Feeqo bersuara lagi.
Feeqo duduk mencangkung di sebelah Erika. “ Dah makan?”
Erika terus mencelikkan mata. Suara itu. “ Feeqo, awak
kenal siapa yang nyanyi kat dalam tu?” tanpa mempedulikan pertanyaan Feeqo, dia
menyoal.
Feeqo mengerutkan dahi. “ Kenapa?”
“ Awak kenal?”
“ Saya yang nyanyi. Why?”
Jadi selama ini suara yang membuatkan Erika tenang itu
adalah suara Feeqo? Padanlah masa pertama kali suara itu menegurnya, dia dah
rasa lain macam. Rupa-rupanya suara itu memang milik Feeqo.
“ Nothing.”
“ Tak best ke
saya nyanyi? Kalau awak tak suka, I’ll
stop.”
“ No. Saya tak
cakap macam tu pun.”
Feeqo senyum nipis. “ Nah, untuk awak.” beg kertas
sederhana besar dihulur kepada Erika.
Erika mengeluh. “ Apa lagi ni Feeqo?” beg kertas itu
diambil.
“ Bukalah.”
Erika menurut. Isi beg kertas tersebut dikeluarkan.
Sehelai baju-T berwarna merah jambu dengan smiley
senyum berwarna hitam. “ Ni berapa pulak harganya? Seringgit?” sindir Erika.
Segala benda yang Feeqo bagi sebelum ni semuanya mahal-mahal. Kalau Edina tak
cakap, Erika takkan tahu. Sampai bila-bila pun Erika percaya yang semua tu
murah macam yang Feeqo sebut hari tu.
Feeqo senyum. “ Tu tak ada harga.”
“ Kenapa pulak?”
“ Saya design
sendiri. Especially for you. Tengok
ni...” Feeqo menunjukkan namanya yang tertulis di sudut kanan bawah bahagian
depan baju-T tersebut. “ Ada nama saya lagi.. So, don’t worry. Ni tak mahal.”
“ Kenapa awak buat semua ni, Feeqo?”
“ Sebab saya suka awak.” Feeqo senyum.
“ Awak kesiankan saya kan? Kesian tengok diri saya macam
ni?”
“ Erika, ada saya cakap macam tu? Ada saya cakap yang
saya kesiankan awak? Tak ada kan?”
“ Saya tahu... Baju saya ni buruk, sebab tu awak beria-ia
bagi saya baju. Awak kesian tengok saya.”
“ Fine. Then don’t
wear it. Just keep it.” Feeqo masih tersenyum. “ Simpan lama-lama sampai
baju tu buruk, lepas tu awak pakai. Okey?”
“ Feeqo, please..
Jangan baik sangat dengan saya.” Erika dah rasa macam nak menangis. “ Saya tak
layak terima semua layanan baik awak, Feeqo. Saya tak layak pakai semua benda
yang awak bagi tu. Saya ni taraf
baju-baju yang dah lusuh yang dah koyak je.” Erika mengulang semula kata-kata
yang selalu Edina lemparkan padanya.
Hilang senyum Feeqo mendengar suara Erika yang bagaikan
marah itu. “ Siapa cakap??”
“ Awak tak kenal saya, Feeqo. Awak belum cukup kenal saya
lagi.”
“ So kenalkan
diri awak pada saya.” Feeqo bersuara, tegas seperti nada suara Erika. “ Kenapa
awak tak layak pakai cantik-cantik? Tell
me.”
“ Sebab saya buruk.” Erika tunduk. Membiarkan rambut
menutupi sisi wajahnya yang sentiasa pucat. Topi masih tersarung di kepala,
menyembunyikan lebam di dahi.
“ Semua orang cantik, Erika. Tak ada orang buruk kat
dunia ni. Banyak mana pun orang cakap seseorang tu buruk, akan ada orang dalam
dunia ni yang sentiasa anggap dia cantik. Siapa cakap awak tak cantik? Bagitau
saya.”
Feeqo memusingkan tubuh Erika, supaya menghadapnya.
“ Awak tak perlu malu dengan diri sendiri... Cap ni semua tak perlu..” Feeqo
menanggalkan topi di kepala Erika. Dan dia tersentak bila terpandangkan lebam
di dahi Erika.
Erika cepat-cepat merampas topinya dari tangan Feeqo dan
menyarungnya semula ke kepala. Menyembunyikan dahinya dari tatapan Feeqo.
Mata Feeqo beralih pada tubuh Erika yang sentiasa
tersarung sweater tidak mengira siang
malam. Kalau cap dipakai untuk
menyembunyikan lebam kat dahi, jadi sweater
ni....
Tangan Feeqo pantas menarik sweater Erika yang dibiarkan tidak di zip.
“ Awak buat apa ni??!” Erika cuba menahan.
“ Biar saya tengok.” suara Feeqo sudah mula bergetar
menahan amarah. Darah terasa mendidih bila tahu Erika disakiti sehingga
meninggalkan kesan sebegitu rupa.
“ Sakitlah!” jerit Erika.
Gerakan tangan Feeqo terhenti. Bagaikan baru tersedar
yang perbuatannya itu telah menyakiti Erika.
Erika cepat-cepat menarik balik sweater yang sudah terlondeh.
“ Siapa buat awak macam ni??” biarpun Feeqo tidak melihat
apa yang Erika cuba sembunyikan di tubuhnya, tapi Feeqo pasti, benda tu sama je
macam apa yang ada kat dahi Erika sekarang ni. Atau mungkin lebih teruk dari
itu. “ Who did this to you??!”
Erika bangkit, cuba untuk melarikan diri tapi Feeqo
pantas menahan lengannya.
“ Lebih baik awak bagitau saya, Erika.”
“ Saya jatuh.”
“ I’m not a kid.”
“ Awak tak perlu
tahu, Feeqo. Just stay out of this.
Ini hidup saya.”
“ Saya dah nampak lebam kat dahi awak tu and it’s not that easy for me to stay out of
whatever happen in your life right now, Erika.” Feeqo bersuara tegas.
“ Lepaskan saya.” Erika cuba melepaskan tangannya tapi
gagal bila pegangan Feeqo semakin kuat.
“ I don’t wanna
hurt you. So please?” Feeqo bersuara bagaikan merayu.
Erika yang dapat merasakan genggaman tangan Feeqo di lengannya
sudah tidak sekuat tadi pantas menarik tangannya. Dia berundur setapak demi
setapak ke belakang. Bila Feeqo juga sudah mula membuka langkah, dia pantas
berhenti dan menahan.
“ Jangan.”
“ Please?”
Feeqo masih memaksa. “ Saya tahu kat mana awak tinggal, Erika. Saya boleh pergi
sana dan tanya pasal ni. Awak pun belum kenal siapa saya. Saya boleh buat benda
yang awak tak pernah terfikir saya akan buat. Jangan cabar saya.” Feeqo cuba
untuk mengugut.
“ Kalau awak pergi rumah saya, awak akan tambah segala
benda kat badan saya ni. Believe me, you
better don’t. If you really don’t want to hurt me, then just stay out of this.”
Erika mengukirkan senyuman nipis sebelum melangkah laju meninggalkan Feeqo.
Feeqo hanya memandang tubuh itu melangkah pergi dan mula
menghilang dari pandangan.
Cinta kita ibarat…
“ Erika, aku nak cake.”
Erika yang baru selesai membasuh pinggan, berpaling. “ Cake?”
“ Yeap. Kau pergi beli.” Edina mengarah.
“ Hari hujan lah.”
“ Payung kan ada? Kau jangan nak jadi pemalas!”
Erika buat muka. Diri sendiri yang semua benda nak arah
orang tu rajin sangat lah? Edina ni kadang-kadang macam tak faham maksud
‘pemalas’. Bukannya kadang-kadang, memang tak faham langsung kut.
“ Cepatlah. Kat depan sana kan ada kedai kek? Kau beli
kek coklat.” gesa Edina lagi. Dia bukannya nak sangat makan kek sebenarnya,
cuma suka menyusahkan hidup Erika. Bosan duduk rumah ni. Lagi seronok kalau
buli Erika. Walaupun dia tahu Erika tidak sihat. Dia dengar Erika asyik
batuk-batuk dan suara gadis itu juga lain mungkin disebabkan selsema.
“ Tak naklah.”
“ Kau tau tak, duit Eyrik hilang. Dia tuduh kau curi. Aku
pun rasa kau yang ambik. Kan? Kau curi duit Eyrik untuk beli baju Roxy semua tu
kan? Baju pink tu pun kau beli pakai
duit curi tu kan?”
“ Eh tak ada lah! Mana ada aku curi!”
“ Alaaa kau jangan nak tipulah. Eyrik malas nak besarkan
hal ni. Kalau dia bagitau papa, teruklah kau kena belasah, Erika.” Edina cuba
menakut-nakutkan Erika. Padahal cerita duit hilang tu rekaan semata-mata.
“ Sumpah aku tak curi!”
Edina mencemik. “ Kalau kau tak nak aku bagitau papa
pasal ni, kau pergi beli kek sekarang.”
“ Hujan lebat lah!” Erika masih berdegil. Hujan lebat
gila kat luar sana, kalau pakai payung pun masih tetap basah kuyup.
“ Okay fine.”
Edina mengeluarkan telefon bimbit untuk menelefon papanya.
“ Yalah yalah! Aku pergi!”
“ Ten minutes!”
Erika melangkah laju meninggalkan Edina yang siap bagi
masa untuk dia menyelesaikan tugas.
Payung dicapai sebaik sahaja dia keluar dari rumah. Hujan
yang lebat itu diredahi jua dengan rasa marah, geram, sedih bercampur baur.
Dia tak takut kena belasah, cuma kalau boleh dia nak
elakkan dari terus dipukul. Lebih-lebih lagi oleh papa. Eyrik dan Edina dia
tidak kisah sangat tapi kalau papa... sakitnya luar dan dalam. Sakitnya
meninggalkan kesan yang lebih lama dari biasa. Segala pukulan papa bukan sahaja
menyakiti tubuhnya, tetapi juga hatinya. Hatinya yang remuk bila tangan lelaki
yang bergelar bapa kandungnya itu memukul tubuhnya, kaki itu menerajangnya.
Dia tidak tahu sampai bila dia harus bertahan. Sudah 20
tahun. Belum pernah sekalipun dia dilayan dengan baik oleh keluarganya. Dia
masih kecil ketika ibu kandungnya meninggal dunia. Ibunya merupakan isteri
kedua papa. Tapi Eyrik dan Edina kuat mengatakan yang dia adalah anak perempuan
simpanan. Anak haram. Sebab itulah dia dibenci. Bukan sahaja dibenci keluarga
tiri, tapi juga dibenci oleh papanya sendiri.
Itulah hidupnya.
Cinta kita ibarat…
Terus tegak duduk Feeqo bila terpandangkan Erika yang
melangkah keluar dari rumah. Dia sudah menjadi pemerhati setia banglo mewah itu
sejak dua hari yang lepas. Selepas kejadian hari tu, dia langsung tidak
berjumpa dengan Erika. Gadis itu tidak lagi pergi ke taman permainan dan
PeterVsHook. Erika seolah-olah mengelak dari berjumpa dengannya. Kerana itulah
Feeqo bertekad untuk mengintip di depan rumah Erika.
Feeqo hanya melihat Erika yang melangkah laju dengan
payung yang dipegang kuat ditangan. Belum jauh Erika berjalan meninggalkan
rumah, Feeqo nampak payung yang dipegang Erika terbang disebabkan angin kuat.
Dan Erika langsung tidak cuba untuk mengambil semula payung tersebut. Hanya
terus melangkah.
Hampir sahaja kaki Feeqo menekan pedal minyak, tapi
pantas dia menahan dirinya. Erika tidak boleh tahu dia mengintip pergerakan
gadis itu.
Setelah lima belas minit, Erika muncul semula dengan
membawa kotak sederhana besar. Feeqo menajamkan pandangannya untuk melihat
tulisan yang tertulis pada kotak itu.
Kaoru Cake House.
Meredah hujan hanya untuk beli kek?
Wajah Erika kosong tidak beriak. Langsung tidak
mempedulikan dirinya yang basah kuyup. Kotak kek itu juga basah. Entah macam
manalah rupa bentuk kek di dalamnya.
Erika terus masuk ke rumah.
Feeqo mengeluh. Belum sampai sepuluh minit selepas Erika
masuk ke rumah, gadis itu melangkah keluar semula. Kali ini dengan rupa diri
yang serabai. Mukanya dipenuhi dengan... kek??
Feeqo tidak mampu lagi untuk hanya melihat.
“ Erika!!”
Cinta kita ibarat…
Feeqo menghentikan kereta di bahu jalan. Tisu dicapai.
Wajah Erika di angkat dan tangannya bekerja mengelap wajah basah yang dipenuhi
dengan ising kek coklat itu. Wajah Erika selesai dibersihkan tapi air mata
Erika masih mengalir. Dan bila melihat tubuh gadis itu yang basah kuyup, Feeqo
mengeluh kasar.
“ Stop crying.” suaranya
bergetar menahan marah.
Erika mengelap air matanya dan mendongak kepala, cuba
untuk menghentikan tangis tapi tidak berjaya. Air matanya semakin deras
mengalir.
“ I said stop!!”
“ Awak pun nak marah saya?? Nak tengking saya?? Nak pukul
saya??”
Feeqo menarik nafas dalam. Erika direnung tajam.
“ Kenapa semua orang nak pukul saya? Jumpa saya je terus
belasah. Terus nak marah. Saya ni memang tempat untuk orang lepaskan kemarahan
ke? Marah je, cari saya! Marah je, sepak saya. Terajang saya.”
“ Siapa?” Feeqo mencengkam lembut bahu Erika yang
terhenjut-henjut menahan esak tangis. “ Siapa yang buat awak macam tu, bagitau
saya!”
“ Semua orang..”
“ Diaorang pukul kat mana?”
“ Semua tempat.” Erika pejam mata. Tidak sanggup untuk
terus memandang Feeqo. Malu. Malu bila Feeqo melihatnya dalam keadaan teruk
seperti sekarang.
Feeqo menarik Erika ke dalam dakapan dengan lembut dan
berhati-hati. Khuatir jika perbuatannya itu menyakiti Erika. Tubuh itu dipeluk
penuh kasih. “ It’s okay.. You’re safe
with me now, sayang.”
Erika tersentak bila Feeqo memeluknya dan memanggilnya
sayang. Untuk pertama kali. Pertama kali dia dipeluk sebegitu. Dan seperti
sebelum ini, Feeqo buat dia rasa terlindung. Buat dia rasa selamat. Air mata
semakin deras mengalir.
Cinta kita ibarat…
“ You okay?” wajah
Erika yang sedikit pucat itu direnung. Senyuman terukir di bibir bila melihat
pakaian Erika yang tadinya basah kuyup sudah ditukar. Feeqo sempat singgah ke
pusat membeli belah untuk membeli pakaian baru untuk Erika.
Erika mengangguk dan tersenyum. Senyuman yang ikhlas
hanya untuk Feeqo. Selepas menangis tadi, Feeqo membawanya ke funfair. Walaupun dia tidak sihat,
digagahkan jua dirinya untuk bermain segala permainan yang ada. Baginya, itu
salah satu cara untuk menghilangkan stress. Dia gembira apatah lagi dengan
adanya Feeqo disisi.
“ Tunggu sini kejap.”
Erika mengangguk. Dia menyoroti langkah kaki Feeqo. Feeqo
berhenti di kedai menjual gula-gula kapas. Erika tersenyum hambar. Gula-gula
kapas.
Teringat semula ketika dia berumur 10 tahun. Mereka sekeluarga
ke taman tema. Papa membeli gula-gula kapas untuk Eyrik dan Edina tapi tidak
untuknya. Dia hanya melihat dua adik-beradik itu menikmati gula-gula kapas. Dia
tidak pernah merasa walaupun sedikit. Sehinggalah sekarang.
“ Cotton candy.”
Feeqo menghulur gula-gula kapas yang berwarna merah jambu itu kepada Erika. “
Ambik laa..”
Erika menyambut huluran Feeqo.
“ Makan.” arah Feeqo lagi bila Erika hanya merenung
gula-gula kapas itu. Dia sudah mengambil tempat di sebelah Erika. Mereka duduk
di bangku yang disediakan di funfair tersebut.
Erika tersenyum nipis lantas menurut arahan Feeqo. “
Manisnya.”
“ First time?”
teka Feeqo. Erika mengangguk. “ First
time pergi funfair jugak?”
Erika menggeleng. “ Pernah pergi dulu.”
“ Dengan siapa?”
“ Dia orang.”
“ Diaorang yang pukul awak tu?”
Erika hanya tersenyum hambar mendengar soalan dari Feeqo.
“ They’re family...after all.”
Feeqo mengeluh
berat. Keluarga apa kalau dah dera orang sampai macam tu sekali. Keluarga
sepatutnya memberi kasih sayang, perlindungan, sokongan. Bukannya sepak
terajang.
“ Erika, awak tak
pernah terfikir nak lari?”
“ Pernah.”
“ Then kenapa
tak lari?”
“ Tak ada tempat nak dituju. Diaorang je yang saya ada.
Sebab tu lah saya tahan je. Apa-apa yang dia buat kat saya, saya biar je. Selagi
saya masih mampu bertahan, saya akan bertahan.”
“ Sampai bila?”
Erika angkat bahu. Tidak ada jawapan untuk soalan Feeqo
itu.
“ Boleh pinjam handphone?”
“ Kenapa?”
“ Pinjam kejap.”
Erika menyerahkan telefon bimbitnya kepada Feeqo. Telefon
bimbit jenama Nokia yang sudah uzur itu memang menjadi peneman setianya sejak
dia belajar di sekolah menengah lagi. Sekarang ni pun telefon tu dah siap kena
lilit dengan getah bagai untuk menghalang bahagian belakangnya tertanggal.
Erika melihat Feeqo menaip sesuatu dalam telefon
bimbitnya. Selepas itu, telefon bimbit itu dipulangkan semula kepadanya.
“ Saya dah save my
phone number dalam tu. Kalau apa-apa jadi, just give me a call. Jom balik.” Feeqo bangkit lantas menghulur
tangannya pada Erika.
Erika sedikit teragak-agak untuk menyambut huluran tangan
itu.
“ Jom.” Feeqo masih bertegas.
Akhirnya Erika menyambut tangan itu dan sepanjang
perjalanan ke kereta, tangannya digenggam erat oleh Feeqo.
Erika hairan bila Feeqo memberhentikan kereta di hadapan
sebuah banglo mewah. Itu bukanlah kediaman Erika.
“ Tu rumah saya.”
Erika sedikit terkejut. Rumah Feeqo?? Jadi, Feeqo ni pun
anak orang berada jugak lah?
“ Kalau rasa nak lari nanti, lari ke sini. Saya tunggu.”
Cinta kita ibarat…
Pintu Duncan CoffeeHouse ditolak. Feeqo melangkah
mendekati kaunter. Americano dipesan. Feeqo menunggu di situ sementara menanti
pesanannya siap. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling kedai. Tidak ramai
pelanggan sebab baru jam 7 pagi. Kalau dulu nak minum atau makan benda istimewa
di Duncan CoffeeHouse kena tunggu pukul 8.00. Sekarang, mereka dah mula beroperasi
24 jam. Senang buat pengunjung setia Duncan CoffeeHouse macam Feeqo.
“ Your Americano,
sir.”
Feeqo mengambil pesanannya dan menghulur duit bayaran.
Selepas mendapat duit baki, dia berpusing dan mula melangkah untuk pergi.
Baru sahaja Feeqo hendak menolak pintu, pintu itu sudah
ditarik dari luar. Feeqo memerhati gadis yang masih menahan pintu. Gadis itu
memandangnya lalu tersenyum. Feeqo langsung tidak mengendahkan senyuman itu,
apa yang menarik perhatiannya adalah baju yang tersarung di tubuh gadis
tersebut.
T-shirt pink
dengan smiley.
Pantas Feeqo mencari namanya di sudut bawah baju
tersebut. Dan memang sah. Ada namanya tertulis di situ.
“ Mana kau dapat baju tu?”
Gadis itu tersentak bila Feeqo bertanya dengan suara
kasar. Nyata ada riak tidak puas hati di wajahnya.
“ Kenapa?”
“ Aku tanya mana kau dapat??”
Terkebil-kebil Edina memandang lelaki dihadapannya itu.
Padanlah tengok dia lama-lama. Tengok baju dia rupanya! Heh!
“ Belilah!”
“ Tanggalkan sekarang.” Feeqo merenung Edina tajam.
“ Kau ni apahal? Gila ke??”
“ Aku tahu tu bukan baju kau. You better take it off now.”
Cinta kita ibarat…
“ Erika, kau bagitau aku mana kau dapat baju pink tu??” Edina yang masih bengang
setelah dimalukan sebegitu rupa oleh lelaki yang entah siapa-siapa kat Duncan,
terus sahaja menyerang Erika sebaik tiba di rumah.
“ Baju pink
mana?” Erika menarik lengannya yang Edina pegang.
“ Baju yang semalamlah!”
“ Beli.”
“ Tipu! Baju tu orang bagi kan? Lelaki bagi kat kau
kan??” jerkah Edina lagi.
Erika telan liur. Macam mana Edina dapat tahu tentang
itu?
“ Ohh sekarang kau dah pandai main cinta pulak ye kat
luar tu?? Kau tau tak apa yang boyfriend
kau tu dah buat kat aku??”
Buntang mata Erika memandang Edina. “ Dia buat apa??”
“ Ohh jadi memang betullah tu boyfriend kau??”
“ Dia buat apa kat kau??”
“ Edina, kenapa ni?”
Edina berpaling. Dato’ Erman sudah mendekatinya. “ Papa,
papa tau tak dia ni dah pandai bercinta sekarang ni!” kepala Erika ditunjal.
Dato’ Erman memandang Erika penuh kebencian. “ Bercinta?”
“ Ya, pa.. Tadi boyfriend
dia datang serang Dina.. Dina tak tahu apa-apa pun, pa. Dia serang Dina in public, pa. Dina malu! Ni mesti
pompuan ni yang dah mengadu macam-macam kat boyfriend
dia tu..”
“ Kau dah pandai mengadu sekarang ya?” Dato’ Erman
memulas tangan Erika. Tidak dipedulikan bila gadis itu mengaduh kesakitan. “
Apa lagi yang kau cakap kat dia tu?? Kau nak burukkan nama aku? Burukkan
keluarga aku?? Hah?? Kau ni tak habis-habis menyusahkan hidup aku!” tubuh Erika
dipukul. “ Dari kau lahir sampai sekarang kau tak pernah senangkan hidup aku!”
kakinya menyepak tubuh gadis yang lemah itu.
Erika cuba untuk bangkit tapi gagal bila kaki itu masih
lagi bekerja menyepak tubuhnya bertalu-talu.
“ Sama macam mak kau! Menyusahkan hidup aku!”
“ Erman, stop it!
You nak bunuh budak tu ke?” Datin Suzanne menarik suaminya sekaligus
menghentikan segala perbuatan Dato’ Erman. “ Pukul sikit-sikit dahlah. I tak
nak you jadi pembunuh pulak nanti.”
Dada Dato’ Erman turun naik, menahan kemarahan. Kemarahan
yang sentiasa akan bangkit bila dia melihat Erika. Walaupun Erika tidak berbuat
apa-apa salah sekalipun, baginya Erika tetap menimbulkan kemarahan.
Erika mengambil peluang itu untuk berdiri. Dia mengetap
bibir, menahan sakit. Matanya tajam merenung satu persatu wajah di hadapannya.
“ You tengok! Tengok macam mana mata dia tengok kita.
Budak ni makin kurang ajar dah sekarang ni!”
Datin Suzanne sekali lagi menahan suaminya sebelum tangan
atau kaki lelaki itu hinggap lagi di tubuh Erika.
“ Dia dengan mak dia sama je!”
“ Mak aku yang kurang ajar, yang menyusahkan tu jugak
yang kau tidurkan. Kau tak ingat ke?”
“ Kurang ajar..sini kau!!”
“ Jangan sentuh aku.” Erika melangkah setapak ke
belakang.
Tiga pasang mata masih mencerlung memandangnya, mungkin
tidak percaya bila Erika yang selama ini hanya mendiamkan diri sudah pandai
melawan.
“ Kalau kau tak gatal, tak mengorat mak aku, aku tak akan
ada kat depan mata kau sekarang ni.”
“ Diam, Erika!!”
“ Aku ni memang kesilapan kau yang paling besar. Aku pun
sebenarnya tak ingin nak lahir sebagai anak kau. Lebih baik ada bapak yang papa
kedana tapi penuh dengan kasih sayang, daripada ada bapak yang duit banyak tapi
perangai macam binatang!”
Tersungkur Erika bila tangan Dato’ Erman sudah hinggap di
pipinya.
“ Kau keluar dari rumah ni!” suara Dato’ Erman bergema.
Erika pantas melangkah keluar dari banglo mewah yang
tidak pernah memberi kebahagiaan kepadanya. Tidak dipedulikan hujan lebat yang
sudah menimpa diri. Dia mahu cepat-cepat meninggalkan rumah itu. Langkah
terhenti di pagar banglo. Dia berpaling sekali lagi.
Aku tak akan pijak lagi rumah ni. Tak akan.
Dan dia kembali menapak.
Cinta kita ibarat…
Feeqo
merenung baju-T merah jambu yang diletakkan di atas meja kopi dihadapannya.
Baju-T yang dihadiahkan kepada Erika, tapi dipakai oleh gadis lain. Dia berjaya
paksa gadis itu untuk tanggalkan baju-T masa kat Duncan tadi. Nasib baiklah
gadis tu pakai singlet kat dalam, kalau tak, tak tahulah macam mana. Tapi,
padanlah dengan muka dia. Memandai pakai baju orang lain.
“
Feeqo.”
Feeqo
angkat muka. Daddy dah duduk di sebelahnya, turut sama merenung baju-T merah
jambu itu.
“ Sejak
bila pakai pink ni?”
“ Not mine.”
“ Bakal menantu daddy punya la
ni?”
“ Stop it, dad.”
Tan Sri
Wadiy tertawa kecil. “ Kenapa tak balik penthouse?”
“ Daddy
tak suka Feeqo kat sini ke?”
“ Setahu
daddy, Feeqo yang tak suka datang sini kan.. So, kenapa tiba-tiba?”
“ Tunggu
orang.”
“ Tunggu
siapa?”
“ Tuan.”
Feeqo
dan Tan Sri Wadiy terus berpaling ke arah suara yang mencelah. Pak Mus nampak
gelisah berdiri di muka pintu.
“ Kenapa
Pak Mus?” Tan Sri Wadiy sudah berdiri.
“ Ada
budak perempuan berdiri kat pagar tu, tuan. Saya tanya dia, dia langsung tak
nak jawab. Basah kuyup, muka dia lebam sa..”
Pak Mus
terus terdiam bila Feeqo tiba-tiba berlari menerpa ke arahnya.
“ Mana
dia, Pak Mus?”
“ Kat
pagar.”
Dan
Feeqo terus berlari keluar.
Cinta kita ibarat…
“
Feeqo..”
Feeqo
sudah berdiri memayungi Erika yang sudah basah kuyup.
Feeqo menyentuh
lembut hujung bibir Erika yang lebam. Dia lebih risaukan keadaan diri Erika
saat ini. “ Sakit?”
Erika
menggeleng. “ Saya dah tinggalkan semua sakit saya kat rumah tu.” dia senyum
dalam perit. “ Feeqo, saya dah tinggalkan rumah tu...” Erika bersuara dalam
tangisnya.
“ Awak
tinggalkan rumah tu?”
Erika
angguk.
“ Thank God.” Feeqo membalas senyum
Erika lantas memaut tubuh Erika ke dalam pelukan dengan tangan kirinya. “ Saya
dah tak tahan tengok awak kena dera macam tu, Erika. Nasib baik awak datang
hari ni, kalau tak saya memang dah pergi serang rumah tu.”
Memang
itulah rancangan Feeqo. Kalau Erika tidak datang hari ini, dia sendiri yang
akan pergi ke rumah itu. Dia sendiri yang akan membawa Erika keluar dari situ.
Biarlah orang nak kata apa, yang penting dia tahu apa yang dia buat. Erika dah
20 tahun terseksa, terperangkap dalam neraka itu. Sudah tiba masanya untuk
Erika keluar dari penjara.
Erika
berhak untuk hidup bahagia seperti orang lain. Kalau keluarga Erika sendiri
tidak mampu untuk membahagiakan Erika, biar Feeqo yang menggalas tugas itu. Dia
sentiasa bersedia untuk menggalas tugas itu. Dia sentiasa bersedia untuk
membahagiakan Erika.
“ I’ll
take care of you, Erika.”
“ Promise?”
Tubuh
Erika semakin erat dipeluk. “ Promise,
dear. Saya akan jaga awak. Saya akan lindungi awak. I’ll make you safe no matter where you are. Saya sayang awak. Now you’re no longer a cinderella, dear. From
now on, you’re a princess, Erika.”
Dahi Erika dikucup. “ My princess.”
And the rest is history.....
*Tamat Kisah Feeqo & Erika*
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebuat la smbungannya lagi... nk thu juga apa t'jdi dgn keluarga erika pas keluar dri umah 2... n nk thu juga adakah ayah feeqo dpt terima erika atau x... smbg plezzz...
ReplyDeletetq 4 coments..! nnti s7eo bgtau aepyaoki.. ^^
DeleteThanx cT maryAm! Sambungan? Yes, I'm working on it. ^^
Deletesampai sekarang masih tertanya2 siaapa s7eo dengan aepyaoki nie... kdg2 terfikir kedua2 penulis nie org yang sama atau bukan ? sebab gaya penulisan kedua2nya hampir sama....penuh selamba...fresh n menarik .... tak bosan ... thehehe tak sabar nak baca cerpen yg seterusnya . n hope ada sambungan untuk cerpen cinta kita ibarat cinderella n sm sri melati ^^
ReplyDelete-mlove
actly, s7eo n aepyAoki r sibling.. tq 4 support n coments mlove~ ^^v
DeleteOoohh...adk beradk rupenye....setuju ngan mlove,smbg ar cite ni ngan sm sri melati..x pun sm sri melati tu buat novel je trs..klu buat movie cite tu mst gempak kn???
Delete~Syahira_Ira~
X buat nvel sbb tkut drag pjg2,org jd bosan n org akn dpt agak..heheee..klu buat muvi, s7eo la plg hepi.. Hrp masin la mulut korang yg sbut2 sm sri melati ni jd film..hoho.. Tqvm ye..
Delete^_^
DeleteMlove, we're not the same person. S7eo n Aepy Aoki are completely different person. Haha. And yes, we're sibling.:)btw, thanks for reading~ fyi, I'm working on the kesinambungan of e cinderella story. Coming soon! ^^
ReplyDeleteohh i just love all your stories!! awesome habaq hang.hihi
ReplyDeleteHehee.. tnx a lot, nisa.. sbb sudi spend time bca.. ^^
DeleteDear, cerita ni sangat menyentuh hati.. bergenang baca kisah hidup Erika yg penuh dengan derita.. ada sambungan tak?? sebab still tertanya-tanya kenapa ayah Erika benci sangat kt dia..
ReplyDeletedis story written by my sis.. kami collaborate 4 Cinta Kita Ibarat.. u cn cek out her blog : dayangnurshafira.blogspot.com 4 mor of her.. ^^v
DeleteWowwwww....
ReplyDeletewow.....da da byk kali saya bce cerpen....sronok sgt...x de bhgn dua ke...nk tau jgk mcm mne ngn family si Erika nie....please wat sambungannya....
ReplyDeletethanks Ema! still working on it! will let you know when it's done! btw, check out http://dayangnurshafira.blogspot.my/ for more!
DeleteFinally jumpa cerpen ni. Last baca waktu sek ren kat web penulisan2u, sekarang dah 20-an. Tiba-tiba teringat sebab one of my fav cerpen. Gigih cari kat penulisan2u tapi dah takde. Thank u sebab menulis, harap ada sambungan hehehe.
ReplyDelete