Tuesday, May 7, 2013

Cinta Kita Ibarat...Bunga&Gula-gula Kapas!


 

2.     A Flower & Cotton Candy  *byS7eo

Delivery for you, Miss...
Thanks.”
Selesai Kyra tandatangan, pemuda bertopi itu terus minta diri dan berlalu pergi.  Kyra renung sekuntum bunga ros dan bungkusan gula-gula kapas bentuk hati. Setiap minggu, setiap hari Sabtu, Kyra akan menerima bunga dan gula-gula kapas. Apabila ditanya siapa yang membuat pesanan untuk Kyra itu, si penghantar berkeras enggan menjawab. Amanah katanya.
Kalau masa mula-mula dulu, memang dia seronok terima bunga dan gula-gula kapas setiap minggu. Yalah, merasa juga dia layanan istimewa oleh orang yang mahu dia rasa bahagia menerima hadiah sebegitu. Tetapi, bila ianya berlarutan sehingga hampir dua tahun, dia jadi bingung. Rasa ingin tahu yang membuak-buak hari demi hari membuatkan dia rasa nak berhenti belajar dan terus jadi pengintip sepenuh  masa untuk menyelesaikan misteri sekuntum bunga dengan gula-gula kapas!
“Siapa, Kyra?” soal Puan Suhana yang sedang duduk istirehat di ruang tamu.
Delivery boy...”
“Dapat bunga dengan cotton candy lagi ke?”
Kyra sudah duduk di sofa berhadapannya. Cotton candy warna merah jambu itu disuap ke mulut. Manis!
“Jangan lupa check gigi tu.. Asyik makan benda tu je...”
Kyra angguk-angguk sebelum angkat muka. “Mak nak?”
Wanita yang masih nampak anggun walaupun hanya berblaus putih dan berseluar merah jambu itu pantas menggeleng. “Bunga apa dapat hari ni?” Puan Suhana menjengah, melihat bunga yang ada di riba Kyra.
Rose.. White rose.
“Bunga kegemaran Mak tu... Hehe.. Dah berapa jenis bunga dah Kyra pernah dapat?”
“Entah.”
“Dari siapa agaknya ye...” Puan Suhana tersenyum sinis. “Ada secret admire anak Mak ni..”
“Mak tak tahu ke?” Riak Kyra bertukar serius.
“Tahu apa?” Puan Suhana ikut serius.
“Yang anak Mak ni cantik?” Kyra sengih. Puan Suhana dah tergelak. “Orang tahulah orang tak cantik, Mak.. Orang budak nerd... Sebab tu Mak tak sangka orang ada secret admire kan?”
“Cantik tu bukan dari luaran je tau! Dan siapa kata Kyra tu tak cantik? Kyra cantik... Cuma Kyra je yang tak tahu..”
Kyra senyum segaris. Tiba-tiba teringat kata-kata yang Lutfie pernah tulis untuknya. ‘KHAS BUAT BUDAK NERD YANG TAK SEDAR DIA TU CANTIK.’  Pernah terdetik di hatinya, mungkinkah Lutfie yang menghantar bunga dan cotton candy untuknya selama ini tetapi Lutfie jauh nun di Ireland. Sejak pemergiannya hari itu, Lutfie langsung tidak menghubunginya. Dia cuma masih berpegang kepada nota ringkas Lutfie untuknya tentang 10 perkara terutama sekali perkara terakhir yang Lutfie tulis; WAIT FOR ME. I REPEAT. WAIT FOR ME. Dia memang setia menunggu. Dia tidak pernah melupakan Lutfie tetapi sudah lupakah Lutfie kepadanya?
“Haa....terkenangkan siapa?”
Suara Puan Suhana menariknya semula ke tanah sebelum dia terus terbang. “Tak...” Cepat-cepat dia menggeleng. “Takda siapa-siapa.” Kyra segera membetulkan letak bingkai cermin mata di batang hidung. Habits yang tak pernah ditinggalkan walaupun cermin mata itu memang betul di tempatnya.
“Lagi dua minggu Kak Kyna balik.”
“Balik cuti ke?” Kyra teruja.
“Haa.. Lama dah tak balik, kan...”
“Yay! Ada orang teman borak..” Cebisan terakhir cotton candy sudah selamat masuk dalam mulut. Kalau dulu dia selalu dapat adrenaline boost kerana Lutfie sering mengajaknya naik rollercoaster, sekarang dia dapat sugar shot pulak dek cotton candy yang manis itu.
“Kyra bila berangkat ke Jepun?”
Kyra tepuk dahi. Baru dia teringat tentang course trip  yang akan diadakan minggu depan. “Laaa....tak sempatlah jumpa Kak Kyna. Kak Kyna cuti berapa lama?”
“Tiga minggu.”
“Haa..sempat lagi!” Wajah sedih tadi segera bertukar ceria. “Hm... Abah mana, Mak?”
“Abah keluar memancing dengan Uncle Hisyam.”
Kyra tersenyum nipis. Memang seronok dapat bersama semula dengan sahabat lama. Disebabkan persahabatan antara Abah dengan Uncle Hisyam, Mak pun jadi sahabat baik dengan Aunty Anna. Aunty Anna belajar cakap Melayu dan banyak belajar masakan Melayu pun dari Mama. Dan kerana persahabatan mereka jugak, aku kenal Lutfie... Lutfie.. Agaknya apa yang tengah dia buat sekarang.....

Cinta  kita ibarat…

 “Kahwin??” Rahang jatuh. Kyra rasa bermimpi. “Orang kena kahwin dengan siapa? Apasal tiba-tiba?” Kyra meraup muka, menggaru kepala yang tak gatal dan bernafas macam orang tak cukup nafas. Dia diserang panik. Wajah Encik Madzlan dan Puan Suhana dipandang silih berganti.
Kyna sudah mengekek ketawa melihat reaksi Kyna yang macam orang dah tak betul. Pinggan berisi puding karamel sebagai pencuci mulut lepas makan malam itu dihidang di atas meja ruang tamu. “Yay! Orang dapat cincin sebab Kyra langkah bendul! Yay!” Kyna dah bersorak riang. Dia kemudian jadi tukang rasmi puding karamel di atas meja.
“Kak Kyna jangan main-main okey!” Kyra duduk di sofa bersebelahan Kyna. Encik Madzlan dan Puan Suhana tersenyum. Reaksi anak bongsunya itu memang sudah dapat dijangka.
“Main-main apanyaa.......? Malam tadi ada orang datang merisik.”
“Orang baru balik trip ni......! Merisik apanyaa....??? Orang tak tau apa-apa pun! Penat pun belum hilang lagi ni!” Memang Kyra baru sampai SummerShine petang tadi. Course Trip – Final Semester ke Jepun dan Korea selama dua minggu itu agak memenatkannya. Berita yang baru diterimanya itu membuatkannya bertambah penat! Can i just go back to Japan...or.. Korea... or.... anywhere else in this world??
“Untunglaa..ada orang nak. Tak tau bersyukur betul budak ni!” Hidung mancung Kyra yang hanya berpijama corak teddy bear itu dicubit.
“Sakitlah, kak!” Kyra mencemik.
“Kalau Kyra dah kahwin, tak payahlah orang, Abah dan Mak risau pasal Kyra lagi.. Haa..”
“Apa cakap macam tu, Kak Kyna.. Selama ni, orang ni menyusahkan ke....” Nada Kyra berubah rajuk.
“Alalalalala........! Comelnya bakal pengantin ni! Hahaha!”
Kyra menelan air liur yang terasa berpasir. Kah...win? Abis Lutfie??? Lutfie macam mana??? Eh, tapi siapa yang sibuk-sibuk merisik bagai ni?? Nak kata aku ni terhangat di pasaran...absolutely NOPE! But how can this thing happen????? Aku. Tak. Nak. Kahwin. Fullstop.
“Abah dan Mak terima ke?” Kyra dah melompat duduk di lantai beralas permaidani. Lutut Puan Suhana dipaut. Mak...tolong cakap kat orang yang Mak dan Abah tak terima lamaran tu! Orang dah janji dengan Lutfie akan tunggu dia....! Tapi...Lutfie belum tentu tengah tunggu orang. Ah, tak kisahlah! Orang memang tak nak kahwin dulu!  “Mak, Abah.. Apa kata lamaran tu orang pass kat Kak Kyna je?!” Kyra petik jari. Lagak macam idea dialah yang paling hebat masa itu.
“Hish!!!!” Kyna dah angkat kaki. Dari gaya sopan kaki rapat ke bawah, terus duduk bersila di atas sofa. “Kyra ni dah gila ke apa?? Mana boleh nak pass pass bagai? Ingat main bola ke?” Sudahnya Kyna membidas marah.
“Dah kebetulan Kak Kyna balik cuti panjang, Kak Kyna kahwin terus je la... Senang!”
“Abis Abang Ikmal nak letak mana?????” Rasa lucu dengan saranan adiknya membuatkan Kyna akhirnya tergelak kecil.
Kyra memuncungkan mulut. Baru dia teringat. Ya....Tunang Kak Kyna yang masih belajar di oversea tu macam mana? Mereka pun dah plan kahwin tahun depan. Haiii......tak dapatlah nak jadikan Kak Kyna sebagai pengganti...
“Lamaran tu untuk Cik Nur Shakyra binti Madzlan okey. Bukan Cik Nur Shakyna.” Celah Puan Suhana. Kyna tersengih lantas mengangguk mengiakan.
Wah..wah.. Berganding bahu nampaknya Mak dengan Kak Kyna....! Kyra rasa macam dah tak dapat nak bernafas. Oksigen....! Oksigen........! “Siapa yang sibuk pinang-minang Kyra ni, Abah? Mak? Orang belum confirm graduate lagi dah sibuk bagai. Kalau orang fail last paper nanti macam mana??”
“Esok empunya diri akan jumpa Kyra.” Tukas Encik Madzlan seraya menghirup kopi yang sudah suam. Encik Madzlan memang tidak pernah jauh dengan kopinya. Kalau Encik Madzlan itu robot, maka kopilah minyak yang menambah tenaganya untuk terus berfungsi!
Si empunya diri?? Epik sungguh.......! “Laaaaaaaa.........apasal tak cakap je siapa? Nak kena sorok-sorok bagai? Artis ke apa? Malaslah nak jumpa-jumpa..”
“Kalau tak jumpa, macam mana Kyra nak tahu?”
“Abah, Mak dengan Kak Kyna kan dah tahu siapa. Cakap je lah siapa. Tak payah orang nak jumpa-jumpa apa segala... Please...........” Kyra merayu.
“Dah si empunya diri yang letak syarat macam tu...”
Kyra menjulingkan mata ke atas. Here we go again.....si empunya diri!
“Kalau Kyra nak bagi keputusan, Kyra kena bagitau empunya diri tu sendiri.. Kalau tak, dia akan anggap Kyra bersetuju dengan lamaran dia.”
Sekali lagi rahang jatuh. “Ada pulak letak syarat macam tu, Abah??” Kyra menggaru-garu kepala yang tak gatal. Stress!!!!  “Dia nak jumpa orang kat mana?” Nak tak nak kena jumpa jugak si empunya diri.......................!
“Summer Theme Park.”
Kyra rasa pelik. Kenapa theme park?

Cinta  kita ibarat…

Kyra rasa tidak percaya apabila melihat pemuda yang sedang berdiri berdekatan pintu gerbang taman tema. “Lutfie??” Kyra telan air liur. Lutfie ke tu? Kaca mata ditanggalkan lalu dilap dengan hujung baju T sebelum diletakkan semula ke mata yang dah tadinya dah tak nampak apa-apa. Kabur. Sekali lagi wajah pemuda yang berdiri di tepi pintu gerbang taman tema itu diamati. Mustahil.. Tapi memang macam Lutfie!
Pemuda itu angkat tangan. Tanpa sedar, kaki Kyra sudah melangkah laju mendekatinya. Dan sebaik berada betul-betul di hadapan pemuda itu, kakinya terus memaku di tanah. Mulut dah macam dijahit dengan jahitan paling halus di dunia, tertutup rapat dan terus terkunci. Bisu seribu bahasa. Sudah lama dia tidak melihat wajah bersahaja itu, mata kelabu itu, senyuman itu...
“Tak nak sapa orang ke?” Lutfie membongkokkan badannya sedikit untuk menatap wajah Kyra yang sudah tunduk. “Hoi, budak.” Gadis itu masih tidak mahu memandangnya.
Hampir dua tahun telah berlalu. Keluarga Lutfie sudah berpindah ke SummerShine, hanya Lutfie yang tidak ikut pindah sama sebab perlu menghabiskan pengajian di universiti di Ireland. Entah kenapa tadi Kyra rasa betul-betul teruja, jantung rasa berdebar. Sekarang, rasa sakit hati pula menerpa. Entah. Perasaan itu bercampur baur. Just forget it, Kyra! Buat macam takda rasa apa-apa. Lagipun, Lutfie bukan sesiapa untuk kau rasa sedih, marah, sakit hati, berdebar apa segalaaaaa...........!
“Awak..buat apa kat sini? Bila awak balik?” Akhirnya soalan itu diaju perlahan.
“Minggu lepas. Awak pergi Jepun tak cakap kat orang pun.”
“Macamlah selama ni awak tu ada contact orang!” Kyra mencemik. Ambik kau! Eh...lupa pulak. Aku tak seharusnya tunjuk apa-apa emosi. Cool, Kyra.. Keep it cool..... Tapi kenapa dada rasa nak pecah, badan rasa panas macam nak demam???!
Memang Lutfie tidak pernah menghubunginya selepas pemergiannya ke Ireland tetapi Kyra tidak pernah melupakan segala yang Lutfie pesan. Entah kenapa dia terus berharap dan menunggu kedatangan Lutfie. Bodohkah dia? Lutfie sudah terang-terangan melupakannya. Yalah, kalau Lutfie masih ingatkan dia, pentingkan dia, Lutfie takkan biarkan dia menunggu tanpa berita. Hendak bertanya dengan Encik Hisyam dan Puan Anna tentang Lutfie, dia malu. Sudahnya, dia hanya memendam rasa.
Lutfie tiba-tiba tersenyum lantas kepala Kyra diusap lembut. Gadis itu tergamam di situ.
“Buat apa kat sini?”
Soalan Lutfie macam panahan petir di kala ribut kencang. Tepat mengenai Kyra. Kepala tiba-tiba rasa pening tak tahu nak jawab apa. “Err....” Kyra serba salah hendak menjawab. Nak jawab apa? Malam ini janji temu dengan si empunya diri yang sibuk merisik......melamar...........Haaaishhh..
“Err....err....” Ajuk Lutfie. “Jom temankan orang.”
“Pergi mana?”
“Jadi LO orang laa.. Macam dulu.”
“Tapi....”
No tapi.”
Lengan Kyra sudah ditarik membuntutinya. Kyra dah macam kena pukau. Ikut saja ke mana Lutfie pergi. Lupa terus tentang tujuan utama dia ke taman tema setelah berjumpa Lutfie. 
Mereka kemudian berhenti di hadapan tapak rollercoaster, menunggu giliran. Lutfie memandang ke arah Kyra di sisi dengan ekor mata. Rambut. Tak kemas sangat, tak messy sangat. Check. Spec. Check. Baju-T. Check. Jeans. Check. Flipflop. Check. Nothing is change. Lutfie mengangguk-anggukkan kepala. “Bagus.”
“Apa yang bagus?” Kyra mengerling sekilas.
Lutfie senyum segaris. “Takda apa yang berubah. Macam yang orang pesan.”
Darah tiba-tiba rasa menerpa ke muka. Sama macam saat Lutfie usap kepalanya di luar tadi. Jantung berdegup kencang. Dada rasa nak pecah. Padahal belum naik rollercoaster lagi. Kyra menelan air liur. Tidak tahu reaksi apa yang hendak diberikan kepada Lutfie di sisi.
Do you wait for me macam yang orang request hari tu?” Lutfie memandang ke arah Kyra yang sudah duduk di sebelahnya. Rollercoaster dah siap hendak berlepas.
Should i?”
“Yes, you should!”
“Why should I?”
“Because I’m here today because of you.” Dan dua pasang mata itu terus bertaut. Rollercoaster sudah mula bergerak. Perlahan dan kemudian semakin laju.
Dan keadaan senyap dan sunyi antara mereka selepas itu. Kemudian, mereka menghabiskan masa bersiar-siar di kawasan taman tema. Bersiar-siar tanpa arah tuju. Di mana mereka harus bermula? Masing-masing mencari butir bicara.
Hampir saja Kyra terlupa. Dahi segera ditepuk. Lutfie kehairanan.
“Kenapa, nerdy?”
Sempat Kyra mencemik sebelum menjawab. Sakit hati dipanggil begitu oleh Lutfie. “Have to go.” Dia ke situ untuk berjumpa si empunya diri yang sudah melamarnya. Dia harus memberi keputusan kepada si empunya diri untuk menamatkan segalanya. Si empunya diri... Abah punya pasal, aku ke hulur ke hilir dengan perkataan ‘si empunya diri’ berlegar sakan dalam kepala.... Getus Kyra dalam hati. Macam kalau otak Kyra itu segiempat, setiap penjuru dan dinding otaknya akan ada perkataan itu. Tapi jumpa saja Lutfie, ‘si empunya diri’ terus lenyap, macam angin.
“Tunggu!” Lutfie kejar Kyra dari belakang. “Awak nak ke mana?” Bahu Kyra dipaut.
Gadis ringkas berbaju T merah jambu dan berseluar denim hitam itu berhenti melangkah lalu menoleh. “Orang...orang perlu jumpa someone.” Jawabnya tersekat-sekat.
Someone?” Lutfie angkat kening. “Who?”
“Awak tak perlu tahulah.”
Boyfriend?” Bahu Kyra dilepas perlahan.
“Muka macam ni? Kyra menuding ke arah dirinya sendiri. “Muka macam ni ada boyfriend?”
“Cantik.”
“Dahlah.” Kyra tarik muka takda perasaan. Takkan cair dengan mulut manis macam gula-gula kapas tu........
“Betul bukan boyfriend?”
Kyra masih tidak berubah riak. Lantaklah nak cakap apa pun....
“Okey. Kalau bukan boyfriend, siapa?”
Penyibuk betul budak Lutfie ni....! Kyra mengetap bibir geram. “Orang sendiri pun tak kenal lah.. Yang orang tahu, orang perlu jumpa dia nak settle benda.”
“Benda apa?”
Kyra mengeluh. Nak kena bagitau jugak ke?
“Kalau tak cakap, orang akan bagitau Uncle Madzlan dengan Aunty Suhana, awak dating dengan orang dekat theme park. Orang akan bagitau yang awak tu girlfriend orang. Biar semua orang tahu.” Ugut Lutfie.
“Siapa bagi mandat hire orang jadi girlfriend ni?”
“Macamlah orang pernah mintak mandat untuk hired awak tu jadi LO orang sebelum ni.”
“Tu kira fitnah.”
Do i look like i care?
“Haaaaiih...Malaslah nak layan.”
“Cakaplah awak nak jumpa siapa.. And kenapa perlu jumpa orang tu.. Penting sangat ke? Cepat cakap.  Jangan sampai orang paksa.”
Kyra jadi rimas. Okey, kena angkat bendera putih ni. Kalau tak, sampai esok aku kat sini.. Karang tak settle pulak bussiness dengan si empunya diri..... “Orang dah kena lamar.” Akhirnya Kyra bersuara seraya berpaling ke tepi, tidak mahu terus menatap wajah Lutfie di hadapannya.
Lutfie terdiam selepas itu.
Kyra mencari keberanian untuk terus berkata-kata. “Orang dah kena lamar. Ada orang datang merisik. Orang ke sini sebab nak bagitau keputusan orang dengan si empunya diri tu.” Kyra berdehem. Suara rasa tersekat di kerongkong padahal sebelum ke sini tekak tak ada rasa atau tanda-tanda nak sakit pun. Bila ada Lutfie, semuanya jadi tak betul. Dia dapat rasa Lutfie sedang memandang tepat ke arahnya macam singa lapar. Pandangan tajam macam bilah pisau itu seakan sedang menyiat-nyiat Kyra sedikit demi sedikit.
Si empunya diri? Kyra.. Kyra.. Entah mana dia dapat perkataan tu... Lutfie mahu tergelak tetapi segera ditahan. Wajahnya kekal serius dengan pandangan mata yang mencerun. “Awak kenal siapa ke? Awak tahu siapa nama dia??”
Kyra menggeleng.
“Habis tu macam mana nak jumpa kalau dah tak kenal? Dia tak contact awak?”
“Dia memang tak contact orang.. Datang meminang pun ikut suka dia je. Entah siapa entah. Dia cuma ada pesan kat Abah, yang malam ni, dia akan pakai  kemeja kotak-kotak warna merah, seluar jeans kelabu dengan trucker cap colour.....” Kata-kata Kyra mati di situ. Lutfie di sisi dipandang dari atas hingga ke bawah dan naik ke atas lagi. Mulut Kyra yang dah terlopong segera Lutfie tutup dengan tapak tangan. Pantas Kyra menepis. Tangan segera menggenggam buku lima. Rasa dipermainkan.
Lutfie tersenyum lebar. “Hai..!” Lutfie angkat tangan. “Orang laa si empunya diri tu. And may I know, what’s your answer, Miss Nur Shakyra binti Madzlan?
Kyra tepuk dahi. No wonder la tahu aku baru balik dari Jepun bagai... Macam mana aku boleh tak perasan....? Kyra memarahi diri yang lambat pick up dalam hati. “You are so dead!” Kyra mengunjuk buku lima ke muka Lutfie yang masih tidak lekang dengan senyuman.
I’m already dead and only get alive everytime I’m with you.”
Cinta  kita ibarat…

Memang Kyra hanya terdiam membisu sepanjang perjalanan pulang. Nasib baik dia yang memandu, dapat juga dia menumpukan sepenuh perhatian ke jalan raya. Kalau tidak, hatinya akan terus rasa tak keruan mengenangkan pemuda yang kini duduk menghadapnya di kerusi sebelah.
“Jangan tengok orang macam tu la.”
“Kenapa? Orang bukan kacau apa pun.”
“Hish!” Kyra mengeluh berat. Aku tendang keluar jugak budak ni karang...
“Nak tengok awak kena bagi upah jugak ke?”
“Orang tengah drive kan. Orang tak selesa.”
“Suka hati oranglah. Orang lama dah tak tengok.”
Erk... Tenang, Kyra...Tenang... “Ni dah cukup baik orang bagi awak tumpang tau. Jangan sampai orang tinggal tepi jalan.”
“Orang memang sengaja tak drive ke theme park tadi sebab nak awak tumpangkan orang balik lah.. Kenapa kedekut sangat dengan kereta ni?”
Kyra mencebik. “Kalau nak tumpang, duduk betul-betul la.”
“Orang kan dah cakap... Suka hati orang la.”
“Orang betul-betul tak selesa drive la.”
“Nak orang selesakan ke?”
Kyra terdiam. Keadaan sekarang memang macam masa dia dan Lutfie dalam perjalanan ke taman tema, masa Lutfie demam dulu. Masa malam terakhir Lutfie di SummerShine. Kyra memandang ke arah Lutfie di sisi.
“Dah. Tengok depan.” Pipi Kyra ditolak agar berpaling ke hadapan. “Orang tak nak mati dulu.”
Air mata Kyra dah nak bergenang. Lutfie seperti memang sengaja mengimbau kenangan mereka bersama. Kenapa rasa nak nangis pulak? Apa yang sedih sangat?? Cepat-cepat Kyra membuang rasa aneh dalam hati.
“Awak memang tak pernah rindukan orang ke?” soal Lutfie tiba-tiba.
Huh? Kyra memandang Lutfie sekilas sebelum membiarkan soalan Lutfie sepi tanpa apa-apa jawapan darinya.
“Dah sampai.” Kereta akhirnya dihentikan di luar pagar banglo dua tingkat di kawasan perumahan elit itu.
“Awak belum bagi jawapan dengan si empunya diri.”
Gulp! Ingatkan Lutfie dah lupa tentang jawapan lamaran tu....... “Err.... Nanti-nantilah.”
“Orang nak jugak jawapan tu, NOW. Kalau tak, orang tak nak keluar dari kereta ni.”
Kyra mengeluh berat. Lutfie memang tak pernah berubah. “Orang perlukan masa.”
“Berapa lama?”
“Tunggu je la.”
One week?
Kyra geleng.
One month?
Kyra geleng lagi.
A year?” Nada itu masih lagi tenang walaupun hakikatnya hati itu juga sudah tidak keruan. Dia betul-betul inginkan Kyra menjadi hak nya. Menjadi suri hidupnya. Dia tidak mahu Kyra terlepas ke tangan orang lain.
Just wait.”
Pemuda itu akhirnya melangkah keluar dari kereta. Tanpa menunggu, Kyra terus memecut laju meninggalkan kawasan perumahan elit itu. Lutfie menarik nafas dalam-dalam sebelum dilepaskannya perlahan. Marah ke Kyra dengannya? Atau Kyra memang dari dulu tidak pernah menunggu kepulangannya.
Cinta  kita ibarat…

“Dah jumpa Lutfie tadi?”
Kyra angguk.
“Habis kenapa muka masam?” Kyna sudah duduk menyertai adik kesayangan di meja makan. Susu segar rendah lemak dari kotak dituang ke dalam gelas kosong. “Kalah masam cuka.”
Gadis berpijama kotak-kotak itu menopang dagu sambil tangan kanannya mengacau coklat panas yang baru dibancuh dalam mug. Kyra mengeluh kecil.
“Bukan sepatutnya Kyra happy ke jumpa Lutfie? Mak cakap Kyra macam suka kat dia tu.”
“Mak cakap?” Kyra serta merta duduk tegak.
“Haa...” Kyna cepat-cepat angguk.
Kyra mencebik. “Kakak jangan percaya sangatlah cakap Mak. Dia gurau je tu!” Kyra cuba menangkis tuduhan berat itu walaupun hakikatnya, dia sendiri tidak tahu perasaan apa yang ada pada dirinya buat Lutfie. Semakin difikir, dia semakin bingung.
“Agaknya kenapa dia tiba-tiba nak lamar orang haa...” Akhirnya Kyra bersuara.
“Sebab dia suka?”
“Kak.. Tengoklah orang ni. Orang tak macam kakak tau. Kakak cantik. Ada kerjaya. Ada karisma. Ada keyakinan diri. Orang ni??” Kyra menepuk dada. “Budak nerd je! Macam mana lelaki macam Lutfie tu...... Haihhh...Mustahil, kak! Dia tu mesti nak main-mainkan orang.”
“Tak elok buruk sangka macam tu. Kakak kenal Lutfie dari kecik. Kyra dah lupa? Dia memang suka buli Kyra masa kecik dulu tapi dia langsung tak benarkan orang lain buli Kyra tau.”
“Nama pun buli kak.. Dia pun sama macam budak lain. Pembuli.”
Memang Kyna juga mengenali Lutfie yang sebayanya itu. Lutfie memang merupakan rakan sepermainannya tapi entah mengapa, Lutfie memang suka usik Kyra. Dan setelah apa yang dah terjadi, baru sekarang Kyna faham niat sebenar Lutfie.
“Sebelum dia pindah, dia tak cari orang lain untuk cakap selamat tinggal. Kyra jugak yang dicarinya sampai nyaris terlepas flight masa tu.” Gelas berisi susu segar disua ke mulut. Mata yang tidak dapat lelap harap dapat dilenakan selepas ini.
Amboi, beria-ia betul Kak Kyna berkempen? Dah kena bayar ke? Kyra mencebik. “Tu dulu.”
“Sekarang pulak apa yang lainnya?”
“Sekarang dia dah  besar. Otak dah berkembang. Orang yang otaknya dah berkembang akan  tahu berfikir waras.” Bidas Kyra, bunyi macam seorang professor sedang menjelaskan tentang otak kepada pelajar-pelajarnya.
Kyna memandang tepat ke wajah Kyra di hadapannya, mula menduga dalam hati. “Kyra ni macam marah sangat je dengan Lutfie.. Kenapa eyk?”
“Takda apalah.” Coklat panas direnung lama. Baru sahaja dia hendak menyua mug ke bibir, dia teringatkan Lutfie yang amat menggemari minuman coklat panas. Semasa menumpang di rumah itu dahulu, hot chocolate memang merupakan minuman yang dia selalu buat untuk Lutfie. Lutfie buat dia macam pelayan restoran. Lutfie hanya perlu buat pesanan. Nak atau tak nak, Kyra terpaksa turutkan semua permintaan Lutfie, si diktator!
Kyra tiba-tiba bangun dan melangkah menuju ke sinki. Minuman coklat panas dituang ke dalam sinki dengan wajah tanpa riak.
“Laaa... Tak minum lagi kan? Kenapa Kyra buang macam tu je?” Berkerut dahi Kyna memandang ke arahnya.
Kyra jungkit bahu. “Orang benci hot chocolate.

Cinta  kita ibarat…

Naik rollercoaster dah macam bukan satu benda asing lagi buat Kyra. Selama hampir dua tahun, tanpa Lutfie paksa, dia sering ke theme park. Main macam-macam benda yang dapat buat dia rasa segar, bertenaga, teruja dan rasa seronok yang dia susah nak gambarkan. Semuanya kerana Lutfie. Kalau tak kerana dia, seumur hidup Kyra takkan pernah mahu naik benda dan buat benda gila macam itu. Kalau dulu, naik rollercoaster macam pergi tempah maut bagi Kyra tapi sekarang dia dah tak rasa apa-apa dah. Pening pun tak lagi. Semuanya kerana Lutfie, budak gila-gila yang suka main benda gila!
Dan secara tak langsung juga, dia telah menunaikan permintaan Lutfie yang ke lapan ; DON’T FORGET TO GET YOUR ADRENALINE BOOST. Dia telah menunaikan semua permintaan Lutfie tanpa dia sedar, terutama sekali permintaan Lutfie yang terakhir; WAIT FOR ME. Permintaan itulah yang membuatkan dia rasa terseksa kerana Lutfie terus senyap tanpa berita. Dan disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk ‘menyeksa’ Lutfie pula apabila pemuda itu melamarnya. Dia mahu Lutfie rasa seksa menunggu tanpa apa-apa berita sepertimana apa yang telah dia lalui. Jadi, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri. Tidak mempedulikan setiap SMS dan panggilan daripada Lutfie. Walaupun begitu, Lutfie masih buat selamba datang rumah jenguk Encik Madzlan dan Puan Suhana dengan buah tangan yang Kyra rasa salah satu alat atau cara untuk berkempen!
Kyra mengeluh kecil. Peperiksaan akhir untuk semester akhirnya sudahpun berlalu. Kyra dah bebas dari segala tugasan dari pensyarah, bebas dari rasa berdebar nak duduk peperiksaan akhir, bebas dari penat jerih bertungkus lumus untuk mendapat carry mark tahap selamat tetapi dia nyata belum bebas dari belenggu perasaannya yang dia sendiri susah nak tafsir. Kyra sendiri yang minta diberi masa, nak cari Lutfie sekarang buat apa? Encik Madzlan dan Puan Suhana serta ibu bapa Lutfie pula membiarkan Kyra sendiri untuk membuat keputusan. Kyna pula hanya mampu memberi nasihat dari jauh. Kyra senyum sendirian mengingatkan Kyna yang masih berkempen sakan untuk Lutfie walaupun dari jauh membuatkan Kyra keliru. Siapa sebenarnya adik Nur Shakyna binti Madzlan, dia atau Lutfie? Ke Lutfie tu adik kembar Kak Kyna....? Hahaha.... Kyra senyum sendirian.
Cebisan gula-gula kapas terakhir segera disuap ke mulut. Biarpun sudah mendapat sugar shot setiap hari Sabtu setiap minggu, dia masih mencari benda alah itu setiap kali ke theme park. Entah. Baginya benda itu dah macam dadah. Dia dah ketagih. Kalau ke theme park, makan gula-gula kapas memang wajib. Dia suka rasa saat benda macam kapas itu cair dalam mulut. Rasa seronok. Gembira. Bahagia. Semuanya gara-gara si pengirim bunga yang sering menghantar sekuntum bunga dengan gula-gula kapas berbentuk hati yang sehingga sekarang kekal jadi misteri.
“Siapa bagi kebenaran pergi theme park tanpa orang ni?”
Kyra rasa nak tercekik gula-gula kapas walaupun hakikatnya benda itu dah selamat cair dalam mulut sebentar tadi. Dia terbatuk kecil. Perlahan, Kyra angkat muka, memandang pemuda berbaju T Ramones yang sudah duduk di bangku bersebelahannya.
Ikut hati, mahu saja dia simbah air mineral ke arah Lutfie yang membuatkan dia terperanjat sebentar tadi. Tak pun, dia boleh saja baling botol yang dah nak kosong di tangan ke muka Lutfie. Biar puas hatinya. Tetapi alih-alih, selesai menghabiskan air mineral dalam botol, dia terus membaling botol itu masuk ke dalam tong sampah di hadapan. Bullseye!
Theme park ni awak punya ke?” sindir Kyra betul-betul rasa tidak puas hati disoal begitu oleh Lutfie.
Not yet.
Not yet? Kyra mencemik. Macam confident sangat dapat buat theme park...............! Theme park dapat beli dengan timbang kilo ke? RM5 sekilo ke pak cik??
“Pandang rendah oranglah tu.” Lutfie peluk tubuh seakan dapat membaca fikiran Kyra.
“Apa-apalah.. Nak balik.” Gadis ringkas berbaju T hitam kosong dan berseluar denim kelabu itu bingkas bangun.
“Nak ikut.” Lutfie turut bangun.
“Orang datang naik basikal la.”
Lutfie memandang ke arah Kyra dengan kedua belah kening terangkat. Kyra  tersenyum sinis. Hari ini, Lutfie takkan dapat buat alasan untuk menumpangnya balik. Langkah terus diatur keluar dari kawasan taman tema dengan hati yang senang.
Kyra membuka mangga basikal dari besi tempat parkir basikal yang disediakan. Lutfie yang mengiringinya sedari tadi tanpa disuruh terus naik atas basikal.
Kyra memandangnya dengan mulut yang dah terlopong. “Buat apa? Habis orang nak balik naik apa kalau awak dah sibuk-sibuk nak guna basikal orang?”
“Basikal ni kecik sangat ke tak muat awak yang besar semut tu?” Lutfie menekan-nekan loceng basikal. “Tempat duduk kat belakang tu untuk apa? Perhiasan?” Dia kemudian senyum sendirian. Basikal warna merah jambu itu memang comel dengan rim, spoke, handle,  tempat duduk depan dan belakang warna putih. Di kala orang lain sibuk naik Fixie, si nerdy tak ikut trend. Dia setia dengan gaya bersahaja tanpa sedar itu yang membuatkannya sangat istimewa buat Lutfie.
Aku??? Besar semut?????!  Kyra dah menggenggam buku lima. I am 157 height and 49kg weight okay! Am not that small! Sebab dia tengok aku ni kecik sangat ke dia selalu buli aku?Dude!!” Kyra petik jari. Dia kini dalam watak samseng harus-beri-tunjuk-ajar-kepada-orang-yang-dah-melanggar-arahan.
Lutfie tahan tawa. Dude??? Heh...
Letak bingkai kaca mata segera dibetulkan. “Bukan orang ni yang kecik tau.. Awak tu yang besar!”
“Orang training, jogging tiap hari okey... Badan orait je BMI.. Orang boleh jadi model lagi, orang je yang tak nak... Bukan macam awak tu kerja 24 jam hadap novel...Hadap buku programming... Pasif!!”
Kyra rasa diri dah bertukar jadi Tirex. Rasa nak terkam sahaja Lutfie di hadapan mata. Mata kelabu itu masih merenungnya. Dia membalasnya dengan jelingan tajam, geram!
“Boleh tak jangan buat muka comel?” ujar Lutfie tanpa riak di wajah. Loceng basikal masih lagi ditekan-tekan. Macam bunyi penjual aiskrim pun ada.
Rahang jatuh. Kyra rasa macam tak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Muka aku yang tengah marah, mata dah macam nak jatuh terkeluar ni dia cakap...........?? What the....??
Tiba-tiba, telefon bimbit Kyra berbunyi. ‘Abah’ terpapar di skrin Samsung SIII. “Wa’alaikumsalam, Abah. Ye.. Ye... Haaa... Nak balik dah.. Ye... Baik.. Assalamualaikum.” Talian di matikan. Jam Fossil di tangan direnung. Sudah pukul 10.45 malam. Patutlah Abah buat panggilan pulauuuu.... Dah nak habis waktu. Before 11.00 mesti dah ada kat rumah... Sigh....
 “Naik.”
“Huh?” Kyra angkat kening.
“Naik cepat.”
“Awak turun.”
“Naik cepat.” Balas Lutfie tanpa memandang wajah Kyra di sisi.
“Orang nak balik ni.”
“Orang hantarkanlah.” Loceng basikal ditekan-tekan.
“Ni basikal orang.”
“Orang pinjam.” Loceng masih lagi ditekan-tekan.
“Orang nak balik.”
“Iye..Iye.. Sebab tu la orang pinjam... Orang pinjam nak hantar awak baliklah.” Loceng ditekan tiga kali.
Kyra menggaru kepala yang tak gatal. “Ee...Orang nak cepat ni!”
“Kalau nak cepat, cepatlah naik!” Loceng ditekan dua kali.
“Ingat orang tak reti bawak basikal ke?”
Loceng ditekan sekali. Kemudian Lutfie mengeluh berat. Sampai Kyra boleh dengar bunyi nafas Lutfie yang dilepas berat itu. Macam ada satu aura panas datang dari Lutfie. Kyra menelan air liur yang tiba-tiba rasa berpasir. Dia seperti sudah dapat menjangka, ada yang kena sembur selepas ini.
 “Awak tu yang ingat orang tak reti nak bawak basikal..” Lutfie akhirnya bersuara. “Biar orang hantarkanlah..Apa yang susah sangat? Siapa suruh pandai-pandai keluar malam-malam naik basikal? Lain kali nak keluar malam naik kereta lah.. Basikal ni orang tendang je, terus jatuh. Lepas tu, awak akan kena kidnap. Sekarang dah lewat, takda siapa dapat dengar awak mintak tolong walau sekuat mana pun awak jerit. Selepas tu apa jadi kat awak? Kena jual.. Tak pun, kena bunuh, organ kena jual. Kalau dah tau datang naik basikal, kenapa nak balik lewat malam? Alone pulak tu. Awak ingat awak tu kuat sangat ke? Belajar taekwando tahap kuasa turun dari langit, tahap Super Saiya pun belum tentu dapat lawan kudrat seorang lelaki tau!” Tegas Lutfie tanpa memberi peluang langsung untuk Kyra mencelah. Haaa...rasakan syarahan part one!
“Orang nak save minyak.” Kyra mencebik sambil terkulat-kulat memandang Lutfie yang selesai bersyarah panjang.
Save minyak??? Budak ni memang tak pernah nak fikir panjang...! Lutfie macam tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. “Save minyak lepas tu bahayakan keselamatan sendiri. Selepas tu siapa yang susah?”
Sorry laa..” Kyra tunduk.
Lutfie angkat kening sebelah seraya mengerling ke arah Kyra yang berdiri di sisi. Sorry? Aku salah dengar ke? Sorry buat apa?” soalnya.
Sorry sebab dah susahkan awak sibuk fikir pasal saya. Saya ni yang lembap. Tak fikir panjang... Saya ni cuai.. Saya ni bo...”
“Cukup.” Lutfie memotong. Tak sampai hati untuk mendengar Kyra terus memarahi dirinya sendiri. Cukuplah hanya dia yang memarahi Kyra. Hanya dia. “Cepat naik.”
“Tapi....”
“Nak dengar orang bagi syarahan part two?”
Kyra akhirnya angkat bendera putih. Sekali lagi. Macam selalu. Lutfie sengih puas. Ho yeah!
Sepanjang perjalanan, Kyra yang duduk di tempat duduk belakang hanya mendiamkan diri. Lutfie nampak ceria dan gembira mengayuh di hadapan. Siap bersiul-siul dan menyanyi kecil. Macam Kyra tidak ada di belakangnya padahal sesekali gadis itu memaut pinggangnya apabila basikal terhentak kuat. Ringan sangat ke dia bagi Lutfie? 
Thanks.” Kyra senyum segaris. Walaupun hati belum sembuh sepenuhnya dek penantian tanpa berita kerana Lutfie, pemuda itu berhak menerima ucapan itu kerana telah menghantarnya pulang ke rumah dengan selamat.
“Basikal ni orang tapaw lah.” Ujar Lutfie dengan wajah tanpa riak, seperti selalu. Kalau ada anugerah manusia tanpa riak wajah, maka Lutfie boleh jadi pemenang setiap tahun.
“Tapaw lagi? Berapa banyak benda orang dah awak pack tapaw bawak balik?”
“Suka hati oranglah.” Jauh di sudut hati, Lutfie mengiakan kata-kata Kyra. Hoodie merah jambu milik gadis itu masih ada padanya. Lutfie siap beli hanger khas warna putih dengan corak bunga-bunga yang kemudian dia guna untuk gantung hoodie dalam almari buat tatapan sepanjang tempoh ujian. Ujian..... Lutfie senyum segaris. Baginya Kyra memang sudah lulus kelas pertama!
“Apa pulak suka hati?”
“Nanti orang pulangkanlah. Kalau awak tak benarkan orang guna basikal ni, orang nak balik naik apa? Kereta dah tinggal kat theme park tadi.”
Rahang jatuh.
“Kenapa? Salah ke kalau sesekali orang nak moment naik basikal dengan awak?” Lutfie tersengih. Memang langsung tiada riak bersalah di wajah itu. Sebelum balik tadi, dia sudah menghantar SMS  kepada Pak Amit, pemandu keluarganya untuk mengambil kereta itu di taman tema sementara dia menghantar Kyra pulang. “Pergi dulu!”
Kyra hanya menghantar pemergian Lutfie dengan mulut yang masih ternganga dan mata yang langsung tidak berkedip. Macam patung. Jantung memang tidak pernah berhenti berdegup kencang sebaik sahaja dia duduk di atas basikal bersama Lutfie tadi dan sekarang jantung itu macam rasa nak pecah. Macam dah lebih had penggunaan. Degupan itu memainkan irama yang Kyra susah nak tahu rentak apa. Dan tiba-tiba ada rasa macam sekuntum bunga yang sedang berkembang dalam hati. Rasa seronok. Rasa bahagia. Gembira. Rasa macam lepas makan gula-gula kapas!

Cinta  kita ibarat…

Kyra merenung jam di tangan. Sudah pukul 8.30 malam tapi kelibat motorsikal atau kereta BudsFlowers&Gift masih tidak kelihatan di perkarangan rumah. Padahal, Kyra memang langsung tak keluar rumah sepanjang hari ini. Selalunya, tak kira hujan atau panas, pasti ada delivery untuk Kyra; sekuntum bunga dengan gula-gula kapas bentuk hati.
“Kyra tunggu apa?”
Kyra yang sedang menjengah dari tingkap tidak jauh dari ruang tamu segera duduk di sofa bersebelahan ibu kesayangan yang sedang menonton berita.
“Takda siapa.” Kyra senyum plastik.
“Tipu. Tunggu bunga dengan cotton candy ye? Siang tadi hujan kut.. Sebab tu tak dapat datang..”
“Kalau hujan, boleh hantar naik kereta apa.. Lewat petang tadi dah tak hujan lagi. Apasal masih takda? Selalu delivery siang je! Tapi sekarang dah malam....”
“Ha, betullah Kyra tunggu bunga dengan cotton candy tu... Haha..”
Kyra tersengih lantas lengan Puan Suhana dipeluk. Terer jugak Mak aku ni frame orang.... Kenapa aku tak diturunkan dengan genetik tu?Heh...
“Abah mana?”
“Kat bilik bacaan. Siapkan presentation untuk esok.”
“O..” Kyra mengangguk-anggukkan kepala. Mulut berbincang tentang Encik Madzlan, hatinya pula berbincang soal lain. Soal yang dia sendiri tidak tahu hendak masuk kategori mana. Tak pernah pulak delivery skip one Saturday. Kalau dah masa hari Sabtu jatuh pada Hari Raya Aidilfitri pun delivery sampai, kenapa hari ni boleh takda? Pelik.
Tiba-tiba loceng bergema di seluruh ruang dalam rumah. Puan Suhana bingkas bangun. Tombol pintu dipulas dan daun pintu terus dibuka.
“Assalamualaikum, Aunty.”
Angin macam menerpa ke muka sebaik suara itu menyapa gegendang telinga. Jantung rasa nak jatuh cium permaidani yang Kyra sedang pijak sekarang. Gadis berpijama itu menelan air liur, tidak berani menoleh.
“Wa’alaikumsalam.. Lutfie rupanya. Masuklah...” Pelawa wanita bersanggul satu itu selepas Lutfie bersalam dan mencium tangannya.
“Duduk, Lutfie. Biar Kyra buatkan air.”
“Eh, takpa.. Takpa, Aunty. Lutfie datang sekejap je ni. Uncle mana? Lutfie sebenarnya nak minta izin..”
Kyra yang baru hendak mengangkat kaki ke dapur mematikan hajat. Puan Suhana segera memanggil suami tersayang. Lelaki lingkungan 50-an itu yang hanya berbaju T dan berkain pelikat itu kemudian muncul di ruang tamu. Selesai bersalaman, dia duduk di sofa berhadapan Lutfie. Puan Suhana dan Kyra duduk di sisi Encik Madzlan.
“Ada apa, Lutfie?” Kaca mata ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja ruang tamu.
“Lutfie nak minta izin Uncle dengan Aunty nak bawak Kyra keluar.”
Encik Madzlan tersenyum. “Tu je?”
“Haa..” Cepat-cepat Lutfie mengangguk. “Boleh ke?”
Encik Madzlan memandang wajah Kyra di sisi, kemudian kembali menatap wajah pemuda di hadapannya. “Uncle okey je... Cuma, Lutfie kena tanya Kyra dululah.”
Lutfie tatap wajah Kyra yang dah tak mampu nak angkat muka. “Kyra.”
Kyra mengeluh berat. “Alaa... Kena keluar jugak ke?” Riak susah hati terpancar jelas. Malasnya nak menghadap Lutfie.......
“Orang nak cakap benda penting ni.”
“Tak boleh cakap kat sini je ke?”
“Tak.”
Encik Madzlan dan Puan Suhana berpandangan sesama sendiri. Lutfie tengah berlaga mata dengan Kyra. Macam-macam mimik muka kelihatan dari riak wajah Lutfie dan Kyra. Mulut terkumat-kamit membicarakan sesuatu. Entah apa Encik Madzlan dan Puan Suhana tidak dapat menduga. Rasa hendak tergelak pun ada.
“Abah.. Mak.. Kyra keluar kejap dengan Lutfie.” Akhirnya Kyra bersetuju.
“Haa... Dah selesai dengan bahasa dan isyarat alien korang?” Puan Suhana tergelak kecil. Encik Madzlan turut tertawa.
Lutfie senyum, menampakkan baris giginya yang tersusun rapi. Jarang lihat Lutfie senyum macam itu tetapi sekali dia tersenyum, memang buat hati rasa lain macam. Tipulah kalau Kyra cakap dia tak rasa apa-apa walhal jantung asyik kerja keras berdegup setiap kali ada Lutfie.
“Keluar tu elok-elok. Jangan balik lambat. Jangan tengok wayang dan yang sewaktu dengannya..” Encik Madzlan menekan-nekankan suara. Pesanan yang cukup ringkas tapi juga cukup padat.
Lutfie tersengih. “Uncle jangan risau. Lutfie tak suka tengok wayang. Kitaorang pergi theme park je.. Nak naik rollercoaster. Nak makan cotton candy.” Balas Lutfie jujur. Dia tahu apa yang Encik Madzlan risaukan dan dia juga tidak pernah lupa batasnya.
Kyra sudah berlalu pergi ke tingkat atas untuk menukar pakaian. Lima minit kemudian dia turun semula dengan baju T merah jambu dan seluar denim biru pudar. Sling bag setia tersangkut di bahu macam selalu.
“Orang dah siap.”
“Orang tahu.” Balas Lutfie bersahaja.
Orang tahu..orang tahu... Huh! Kyra mengajuk dalam hati. “Pergi dulu, Abah. Mak...” Tangan Encik Madzlan dan Puan Suhana disalam dan dicium penuh hormat sebaik mereka melangkah ke muka pintu. Lutfie turut berbuat yang sama. Kereta Audi warna hitam itu kemudian meluncur laju menuju ke taman tema.
Sepanjang perjalanan, Kyra hanya berdiam diri sambil berpeluk tubuh. Lutfie pula nampak tenang dengan adanya Kyra duduk di sisi.
“Sejuk ke?” Lutfie cuba memulakan perbualan.
“Biasa je.”
“Habis kenapa peluk tubuh?”
Style.”
“Duduk macam tu kira style ke? Style apa macam tu? Pose next top model?”
“Lantaklah next top model ke apa pun...” Balas Kyra tanpa menoleh.
Lutfie terus membayangkan Kyra tengah buat pose ala-ala America’s Next Top Model. Dengan gaya smize, fierce dan pretty ugly yang rakan perempuan sekuliahnya selalu bincangkan. Dia kemudian automatik tergelak. Macam ada suis ketawa telah dipetik oleh Kyra. Inilah kali pertama Kyra lihat Lutfie ketawa besar.
Dahi berkerut. “Apa..yang lucu?” soal Kyra dengan mata bulat memandang Lutfie di sisi.
“Suka hati orang lah nak gelak ke apa...” Lutfie tiba-tiba kembali serius.
Kyra menggeleng-gelengkan kepalanya. Budak ni kan....memang patut menang award.. Dia boleh bertukar riak sekelip mata! Natural je..... Tapi kadang-kadang, memang boleh buat orang sakit hati...! Especially aku. Huh...
“Apa geleng-geleng?” soal Lutfie tanpa menoleh. Dia dapat mengesan perbuatan Kyra itu hanya dengan ekor matanya.
“Suka hati oranglah nak angguk-angguk...geleng-geleng ke apaaa...” Giliran Kyra menjawab.
Sekali lagi Lutfie gelak sakan. Entah apa mimpinya, hatinya betul-betul rasa macam digeletek oleh Kyra. “Tu bukan lagu ke?”
“Budak duduk Ireland pun tahu ke?”
“Habis kami takda internet ke ikut perkembangan semasa?”
“Apa-apalah..” Kyra berpaling ke tepi.
Lutfie tersenyum. Kereta selamat diparkir di perkarangan taman tema. Seperti biasa, keadaan meriah dengan lampu-lampu bergemerlapan dari dalam taman tema. Jeritan dan ketawa silih berganti. Tidak seperti pada hari-hari bekerja, pengunjung taman tema lebih  ramai setiap kali hujung minggu.
Enjin segera Lutfie matikan. “Hoodie ada kat belakang.”
“Ha? Hoodie orang ke?” Kyra gembira.
 Hoodie siapa lagi? Tauke theme park??”
 Kyra mencemik. Lutfie memang tak tahu nak jawab soalan tanpa menyakitkan hatinya. “Mana?” Kyra menjengah ke belakang. Ada sebuah kotak sederhana besar di tempat duduk belakang; warna putih dengan riben salmon pink. Kalaulah hoodie miliknya yang ada dalam kotak cantik itu, hatinya mesti berbunga riang tapi tak mungkin. Lutfie tak sebaik dan semanis itu!
“Tengok pakai matalah.”
“Mana ada apa-apa belakang tu.”
“Betul ke takda apa-apa? Kosong? Betul kosong??” soal pemuda berbaju T Star Wars warna biru itu bertubi-tubi.
“Er..kotak hadiah tu adalah...tapi..”
“Tapi apa? Kalau orang cakap hoodie ada kat belakang, memang ada kat belakang la.. Tak kisah la dalam kotak ke apa....”
Ada ke macam tu...??? Kyra mengetap bibir geram. Hati yang sepatutnya berbunga mengetahui kotak hadiah itu miliknya segera bertukar musim. Musim luruh barangkali. Namun tangan masih tetap menggapai kotak dari tempat duduk belakang.
Sebaik kotak dibuka, Kyra tergamam. Wajah Lutfie yang tidak langsung memandang ke arahnya dipandang silih berganti dengan isi dalam kotak hadiah. Ya, memang hoodie merah jambu Roxy yang terlipat kemas miliknya itu ada dalam kotak itu tetapi bukan itu yang membuatkannya bisu sejuta bahasa, tetapi benda di atas hoodie itu.
“Lutfie!”
“Iye.”
“Awaklah...”
“Kenapa dengan orang?” Baru kali ini Lutfie menoleh, memandang tepat ke wajah Kyra di sisi. Dia kemudian menutup mulut Kyra yang dah ternganga tidak percaya.
Cepat-cepat gadis itu menepis. Sekuntum bunga ros putih dengan gula-gula kapas warna merah jambu bentuk hati itu diambil dari kotak. “Kenapa benda ni...? Kenapa...awak?”
“Kenapa orang bagi benda tu pada awak?” Lutfie mencelah.
Kyra mengangguk laju.
“Apa yang peliknya? Orang dah bagi benda sama dah nak dua tahun dah...”
Waaa!!! Darah terus tersirap ke muka. Memang dah merah habis. Perasaan dah bercampur baur. Kepala jadi serabut. “Takkanlah selama ni.....awak... Hish, awak ke pengirim misteri tu?” Mata bulat menunggu penjelasan Lutfie.
“Kenapa? Orang tak boleh jadi pengirim misteri tu ke?”
“Tapi...” Kyra dah tak senang duduk. “Macam mana...” Lidah rasa dah bersimpul jadi bunga. “Ini... Kenapa... Hishhhh!!!” Kyra menampar dahi sebelum meraup wajahnya. Calm down, Kyra...! Cakap pun dah tak betul!
“Memang. Memang orang yang hantar bunga dengan gula-gula kapas tu.”
Kyra terkesima.
“Memang orang upah pekerja dekat BudsFlowers&Gift tu hantar tiap-tiap Sabtu. Lagipun, orang kenal owner BudsFlowers&Gift tu... Kawan sekolah orang masa kecik dulu. Orang boleh je kaw tim.”
Kyra masih tidak bergerak.
“Kenapa hari Sabtu? Sebab orang yakin awak suka lepak di rumah je hari Sabtu.”
Kyra masih lagi memuat turun data.
“Kenapa jenis bunga tak sama? Sebab orang tak tau awak suka bunga apa. Orang tak nak awak bosan.”
70% siap dimuat turun.
“Kenapa cotton candy? Sebab cotton candy selalu ada kat theme park.. Selain naik rollercoaster, orang nak awak ingat orang jugak masa makan benda sedap macam cotton candy tu.. Lagipun, orang pun suka cotton candy.”
Dan 80%. Kyra masih terdiam. Air mata dah bergenang. Rupanya semuanya perbuatan Lutfie. Lutfie tidak pernah melupakannya sepertimana yang Kyra anggap tetapi kenapa Lutfie langsung tidak menghubunginya sepanjang tempoh itu?
“Tapi kenapa awak langsung takda berita selepas awak pergi hari tu?” Akhirnya soalan yang tadi hanya bermain di kepala itu keluar juga. Kyra memandang ke arah Lutfie dengan pandangan yang sayu. Sedih kerana selama ini dia fikir Lutfie sudah melupakannya.
Sorry.. Orang saja je nak bagi ujian.”
“Ujian?” Air dah mula kering di empangan mata. “Ujian apa?” Bulat mata gadis polos itu memandang Lutfie yang dah mengukir senyum segaris.
“Orang nak tengok awak buat tak 10 THINGS TO DO WHILE I’M GONE tu.. Orang nak tahu sama ada awak pun ada rasa yang sama untuk orang sebab kalau awak ada suka orang lain masa orang takda, orang takkan paksa. Orang sukakan awak dari orang kecik sampai sekarang. Orang bukan tak pernah try lupakan awak tapi ada saja yang buat orang teringatkan awak sejak berpindah dulu. Orang dah tunggu awak lama. Sebab tu orang nak bagi ujian kat awak, nak tengok awak dapat tunggu orang tak selama hampir dua tahun ni. Orang ada je contact Uncle, Aunty dengan Kyna, tanya pasal awak. Awak je yang tak tahu.”
Sekarang dah siap dimuat turun 100%. Kyra menganggukkan kepalanya. Okey. Sekarang i got the picture. Abah, Mak dan Kak Kyna pun terlibat sekali.. Cuma aku.. Aku je yang miss the flight and now I have to catch up! Kyra mengiakan dalam hati. Sekarang bahu yang selalu rasa berat dan kepala yang rasa sarat jadi ringan dan tenang. Semua persoalan dah terjawab. Letak bingkai kaca mata dibetulkan di batang hidung.
Malam itu mereka habiskan dengan berseronok di taman tema. Kyra rasa gembira. Aura beku Lutfie tetap ada walaupun segalanya sudah terungkai, walaupun sudah meluah semua yang dah lama terbuku, dia tetap seperti biasa. Seperti yang dah dijangka, Lutfie jadi neutral balik. Riak bersungguh-sungguh dan ikhlas menjelaskan semuanya tadi langsung lenyap. Wajah bersahaja tanpa riak itu tidak pernah lari jauh tetapi sekali dia tersenyum, Kyra rasa macam dia dah sejuta kali kena adrenaline boost, lengkap dengan sugar shot! Sindrom cinta-gila melanda. 
“Awak nak tak ikut orang balik Ireland? Orang dah dapat kerja kat sana.” soal Lutfie tiba-tiba masa dalam perjalanan balik. Sengaja dia mengarah Kyra untuk memandu agar dia yang duduk di tempat duduk penumpang di sebelah Kyra dapat bersila, merenung Kyra lama, sepuas hatinya macam sebelum ini.
“Ada upah ke?” Kyra mengerling sekilas.
“Ada. Tapi bayar ansur.”
“Huh.. Ansur lagi. Sampai bila?”
“Sampai orang takda lagi. Dengan cara tu, orang confident yang awak takkan tinggalkan orang sebab orang masih berhutang dengan awak kan... Awak kan jenis yang nak berdendam bagai ni... Nak seksa orang konon. Sebab tu biar orang tunggu lama-lama..ignore orang hari tu kan? Ingat orang tak tahu ke?” Lutfie menekan hidung Kyra. Geram. Dia tahu gadis itu tidak suka diperlakukan sebegitu. Itu yang Kyra tidak suka, itu jugalah yang dia nak buat. Sengaja. Entah kenapa. Dia rasa seronok mengusik Kyra.
Gadis itu menepis. “Orang tengah drive ni... Orang tak nak mati dulu..”
“Habis orang nak ke?”
“Habis apasal kacau orang?”
“Suka hati oranglah.”
“Tapi hati orang ni yang tak suka.”
Lutfie sengih. “Marah?”
“Habis muka ni takda muka marah ke?”
“Comel je orang tengok!”
 “Huh..” Letak bingkai cermin mata dibetulkan di batang hidung. Memang setiap kali dia marah, Lutfie akan cakap benda sama; Boleh tak jangan buat muka comel? Kyra betul-betul hairan. Kadang-kadang, kata-kata Lutfie itu mempengaruhinya. Betul ke dia takda riak marah ketika marah? Haiiiisshhhh.....! Lutfie ni boleh buat orang jadi gila...  “Awak betul ke nak lamar orang? Orang akan sentiasa ada sampai bila-bila. Sampai awak jadi bosan tengok muka ni!” Kyra menuding ke arah wajahnya sendiri. “Jangan menyesal nanti...”
Lutfie senyum. “Orang takkan bosan.”
“Yakin?”
“Sebab orang akan selalu dapat buli awak.”
Kyra mencebik. “Sebab tu je ke...?”
“Ha’ahlah! Tak puas hati?”
Kyra menjuihkan bibir. “Hm.. Tadi masa di theme park awak ada cakap pasal ujian kan...” Kereta sudah diparkir di perkarangan rumah Kyra. Enjin dimatikan.
“Kenapa? Nak tahu result?
Kyra angguk.
“Kena tunggu orang keluarkan slip.”
“Betul ke ada slip?” Kyra lihat Lutfie  dah tergelak kecil. Hari ini memang dah jadi hari dalam sejarah. Kyra nak letak dalam kalendar tahunan. Kyra nak tarikh ini ada cuti umum. Sebab hari ini hari yang Lutfie gelak paling banyak!
“Jangan risau, nerdy...” Kepala Kyra diusap lembut membuatkan gadis itu tergamam. “Orang datang balik, orang lamar awak, orang nak awak jadi hak orang yang sah sebab awak dah lulus dengan cemerlang! Okey?”
Kyra tidak menjawab.
“Okey ke tak?”
Kyra masih tergamam membisu.
“Orang tanya ni. Jawablah...”
Gadis itu masih macam patung. Entah kepala merewang ke mana entah, Lutfie tidak tahu.
“Okey ke tak?” soalnya lagi. Kyra masih tiada reaksi. “Hish!” Kepala Kyra ditekan-tekan. “Haa...dapat pun angguk kepala!”
“Mana aci macam tu!” Macam baru sedar dari mimpi, Kyra tepis tangan Lutfie yang memegang kepalanya.
“Suka hatilah.” Balas Lutfie dengan wajah tanpa riak. Seperti selalu.
“Suka hati...Suka hati....” Kyra mengajuk. Hati dah berubah musim. Kembali ke musim bunga yang indah dah ceria. Paras adrenaline dan gula dalam badan berada di tahap lebih had malam itu. Mana tidaknya, sepanjang malam hati rasa teruja macam masa naik rollercoaster, rasa gembira macam masa dapat bunga serta rasa seronok dan bahagia  macam masa makan gula-gula kapas. Semuanya sudah lengkap. Sudah elok sebati.
“Kyra, jom kahwin. Jadi LO orang di sini. Di Ireland. Anywhere. Everywhere.
And the rest is history.

*Tamat Kisah Lutfie&Kyra*

post signature

8 comments:

  1. sweet gile... nak rase mcm tu jugak la

    ReplyDelete
  2. lets ol fallin in luv~ ^^v

    ReplyDelete
  3. huwaaaaa...klulh sy nk rampas lutfie dr kyra blh x???sweetnyer........................

    Syahira_Ira

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa..blh.. tp nama kne tukar syahira -> syakyra..dkt2 la jd gf lutfie tu kann.. heheheee... >,<v

      Delete
  4. smbung la lg..best2

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, klu ade ms~ x jnji.. hehee.. ^^v

      Delete
  5. seyes best giler & tersangat la sweet.....

    ReplyDelete

I don hate comment.. ^^