Tuesday, May 28, 2013

Pink Smile 3


“Dari mana, Luna?” Puan Mega menjengah dari dapur. Luna yang baru hendak menaiki anak tangga pantas bertukar arah menuju ke arah ibunya.
“Dari kolej, Mama.”
“Ada jenguk butik?”
Luna menggeleng sambil tangannya sempat mencuit adunan tepung berwarna merah jambu lalu disua ke mulut.
“Uuu…strawberry.. Nak buat apa?”
Cupcake. Kak Myra kan suka cupcake ni..”
“Ah, ya! Kak Myra balik terus ke, Ma? Pukul berapa flight?
“Malam nanti.. Balik cuti.. Apasal Luna tak ke butik? Stok kan sampai hari ni?”
“Fazrin kan ada kat butik tu, Ma. Luna dah pesan kat dia dah..”
“Luna percaya sangat dengan budak tu..”
“Mama.. Dia kawan sekolah Luna, Ma.. Luna kenal dia. Dia orang susah.. Sebab tu Luna tolong dia. Luna tahu, dia takkan sia-siakan peluang yang Luna bagi untuk dia..”
“Luar baik, Luna.. Dalam Luna tak tahu. Jangan cepat percayakan orang.” Puan Mega cuba mengingatkan anaknya. Luna memang lurus orangnya, ceria dan tak banyak hal cuma agak manja. Lebih-lebih lagi dengan Papa nya, Tuan Irshad.
“Ada ke Duncan hari ni?” Puan Mega sempat mengerling ke arah anaknya yang sudahpun melompat duduk di atas meja kabinet. Mangkuk adunan diletakkan di atas meja lain di situ.
Nope!
“Aik..hari-hari ke sana, hari ni tak pulak? Kenapa?” Puan Mega bernada sinis, sengaja menekan-nekankan suaranya mengusik anak bongsunya itu. “Mama nak ke sana tengok pemuda idaman Luna tu boleh?”
“Eh, janganlah, Ma! Mama kan dah janji!  Hmm… Kalau ikutkan hati, memang nak ke sana. Hari ni Luna busy sangat, Ma. Banyak assignment nak kena settle cepat. Sebab tu Luna duduk dalam library je sampai petang…”
“Rindulah lelaki idaman Luna tu kat Luna…” Luna mencebir.
“Mananya nak rindu. Luna ada ke, takda ke, bukannya dia perasan pun. Luna….tak wujud.” Nada Luna bertukar perlahan. Puan Mega yang sedar dengan perubahan Luna itu segera meletakkan tangannya ke atas bahu Luna. Rambut anaknya yang panjang dan hitam itu kemudian diusap lembut.
“Takpa, Luna. Luna muda lagi. Banyak lagi masa nak kejar apa yang Luna nak.. Relax.. Kalau dah tu jodoh Luna, tak ke mana… Tengok macam Kak Myra dan Abang Shairy, lima tahun bercinta, tiga tahun berpisah, tup tup jumpa balik dan bertunang.. Next year dah nak kahwin. You see how Time play its role?
Luna mendongak ke wajah Mama nya yang bersungguh-sungguh cuba meyakinkannya. Bercakap soal jodoh membuatkan Luna rasa dewasa, dan kenyataan itu membuatkannya ketawa.
“Apasal Luna gelak?”
“Jodoh? Luculah, Ma.”
“Apa pulak yang lucu?”
“Luna muda lagi. Baru 22 tahun, nak cakap soal jodoh.. Haha..” Luna geli hati.
“Gelak pulak dia…” Puan Mega geram. Pipi Luna dicubit hingga kemerahan.
“Adui! Mama!!” Luna bingkas bangun. Giliran Puan Mega tergelak melihat  kedua belah pipi Luna yang putih gebu kini bertukar kemerahan. “Sakit..!”
“Dah.. Pergi naik atas, solat Asar. Karang terlepas pulak waktu..”
“Baik, Puan!” Luna tabik hormat.
Puan Mega menghantar pemergian gadis berbaju T turquoise kosong dan seluar panjang denim berwarna hitam itu sehingga dia hilang dari pandangan. Wanita 40-an itu kemudian mengukir senyuman. Betapa cepat masa berlalu. Kedua-dua anak gadisnya sudah menjangkau usia remaja. Satu hari nanti, kedua-duanya akan meninggalkannya sebaik berumah tangga. Myra insyaAllah akan bersama Shairy. Luna? Puan Mega mengeluh kecil. Siapa agaknya dapat menjaga Luna? Menerima dia seadanya?


“Ari.. Aku rasa aku nak balik kampung jumpa Mak dan Babah aku lah..”
“Bila?”
Maybe this weekend..Hm..aku rasa aku nak bertolak petang Jumaat. So Jumaat ni aku tak bukak Duncan lah.. Cuti.. Kau nak ikut aku tak?”
Pemuda dengan jersi Barcalona itu menggeleng. “Weekend ni aku ada event dengan family Rysa.”
Event?” Kaz yang tadinya bersandar di kabinet dapur segera melabuhkan punggung ke kerusi berhadapan Ari di meja makan. “Event apa?” Kaz menghirup 100Plus. Penat lepas bermain futsal bersama Ari tadi masih terasa.
“Ada makan-makan.. Family aku pun ada nanti. Terlanjur cakap ni, hari Jumaat ni mereka sampai. Aku nak mintak izin kau bagi parent  and adik aku stay kat sini..”
“Oh, itu no hal. Nanti kita kemas bilik Dean tu.. Adik kau yang lelaki ke perempuan?”
“Dua-dua, bro..Asif dengan Aina...”
“Kalau macam tu, kau suruh je adik perempuan kau tidur kat bilik kau. Kau dengan adik lelaki kau tidur kat bilik aku. Parent kau boleh tidur kat bilik Dean tu...” cadang Kaz yang hanya berseluar pendek paras lutut.
“Boleh ke? Bukan bilik kau tu ala-ala bilik kebal ke? Hahahaa..” Ari tertawa sebelum mengelap muka dengan tuala kecil di bahu. Kaz tersenyum.
“Boleh je.. Asal tak usik meja kerja aku, dahla..”
“Okey, bos!” Ari menepuk-nepuk dada. “You can count on me.
“Yalah tu..”
“Amacam Pink Smile?”
“Entah. Dah masuk tiga hari tak tengok kat Duncan.” Balas Kaz bersahaja. Berkerut dahi Ari memandang wajah Kaz di hadapannya. “Apasal?”
“Aku cakap pasal menu Pink Smile kau..kau cakap pasal......” Ari angkat kening double jerk. “Apa cerita ni...........?” Ari tersengih.
Kaz telan air liur. Ah, sudahhh.... Alamat kena makan Ari lah malam ni..........! “Kau jangan nak fikir bukan-bukan, okey....!” Kaz meraup muka. Apasal boleh sesat cakap pasal budak tu plak?? Ni mesti gara-gara obses nak add menu baru Pink Smile tu lah ni...! Adoyai......!
“Rilek la, Kaz... Yang kau gelabah apasal? Hahaha..” Ari ketawa. Lucu. Inilah kali pertama dia melihat Kaz dengan reaksi sebegitu.
“Mana ada aku gelabah. Dahlah, aku nak pergi mandi. Nak tidur... Nak revenge tidur yang tak cukup lately...”
“Nak larilah tu...” Ari senyum sinis.
“Nak lari apanya.. Dahlah, Ari. Malas nak layan kau. Esok nak kena bangun awal lagi..” Kaz bingkas bangun. Tin 100Plus yang sudah kosong sempat dilempar ke dalam tong sampah di tepi sinki. Di hati, dia menyalahkan diri sendiri. Macam mana boleh cakap pasal budak pink braces tu depan Ari??? Hari ni Ari...Kalau tak esok, lusa confirm Rysa plak tolong Ari ulam aku.. Takda satu benda pun yang Ari rahsiakan dari Rysa. Apa pulak yang Rysa akan fikir tentang aku nanti? But does it matter?

post signature

Pink Smile 2


Terkocoh-kocoh Kaz masuk ke lobi Klinik Pergigian Shine. Semua mata memandang ke arahnya. Kaz kembali tenang.
Appointment…” Kaz mengunjuk kad klinik gigi kepada jururawat yang bertugas di kaunter.
“Sepatutnya Encik datang awal.. Appointment Encik ni two hour ago…”
“Tuuulah.. Masalahnya, saya ada hal yang tak dapat nak dielakkan tadi. Bukan saya suka-suka nak datang lewat ni…” Kaz memberi alasan. Walaupun hakikatnya aku lambat sebab overslept tadi! Heh!
“Hm.. Encik duduk dulu..” Wanita lingkungan 30-an itu senyum segaris. Kaz mengambil tempat duduk di hujung sekali, tidak jauh dari mesin gula-gula. Klinik gigi dengan mesin gula-gula? Sehingga hari ini Kaz tidak pasti dengan motif kenyataan itu.

“DARE TO HAVE, DARE TO LOSE”

Kaz tersenyum sendirian mengamati nota kecil di atas mesin gula-gula tersebut. Sarkastik buat penggemar gula-gula yang boleh merosakkan gigi dengan pengambilan berlebihan. Semua orang tahu tentang kenyataan itu tetapi  mengambil  kenyataan itu acuh tak acuh.
“Eh, awak??!”  Kaz tersentak saat seorang gadis bergaun labuh lengan panjang warna turqoise berdiri di hadapannya. Kaz mengangkat muka. Gadis itu hampir jatuh longlai tetapi sempat disambut oleh Kaz. Apasal dengan budak ni….? Kenapa dia selalu nak pengsan???
“Awak ni okey ke tak okey?” Kaz mendudukkan Luna ke kerusi bersebelahannya.
“Ah..okey, okey!” Luna telan air liur. Tak okey siot! Lemah lutut.. Jantung macam lepas race 1000 pusingan, laju je…Dah macam tak sempat nak pam darah dan rasa nak pitam everytime tengok kau! Kau tanya aku okey ke tak okey? Kenapalah aku boleh jatuh cinta dengan kau. Padahal aku bukannya kenal kau pun!
“Awak..buat apa kat sini?” soal Luna selepas melihat Kaz tidak mengucap sepatah kata pun kepadanya.
“Cuci gigi.”
“Saya check my braces..” Tukas Luna tanpa ditanya. “Lama dah ke tunggu ke sini?”
No.” Ringkas jawapan itu. Harap-harap dia ni sedar, yang aku takda masa nak layan dia… Menyibuk je la…!
“Ah, sekejap!” Luna mengeluarkan sekeping not RM10 kepada Kaz. Pemuda dengan baju T merah hati dan seluar pendek hitam itu kehairanan. “Ini duit latte malam tu!”
It’s okay.” Kaz bingkas bangun, ingin pergi dari situ.
“Eh, nak ke mana tu?”
“Nak lari jauh dari awak.”
“Apa salah saya?”
“Salah awak sebab nak berkawan dengan saya. Saya tak perlukan kawan perempuan macam awak.”
“Tapi…”
Enough.” Kaz terus berlalu pergi.
Luna mengeluh berat.  “Mak cik…” Luna menoleh ke arah seorang wanita lingkungan 40-an dengan seorang budak lelaki dengan seragam tadika yang duduk selang satu kerusi daripadanya. “Saya ni hodoh ke, mak cik, sampai dia tak nak kawan dengan saya?”
Wanita dan kanak-kanak itu tersenyum. “Kamu cantik.. Cuma dia belum nampak…” Balas wanita itu ikhlas.
Luna tersengih, menampakkan pendakap gigi berwarna merah jambu nya.  Luna rasa sedikit hampa. Semalam merupakan kali pertama dia bercakap dengan pemuda yang selama ini menjadi pujaan hatinya tetapi hari ini telah membuktikan pemuda itu langsung tidak berminat dengannya. Kenapa dengan budak Duncan tu agaknya… Apa masalah dia dengan aku ni?? Kenapa dia tak nak kawan dengan aku?


Hiruk pikuk pagi di pekan kecil SummerShine mencetus idea Kaz untuk berkarya. Sehelai demi sehelai kertas dilakar dengan ilustrasi-ilustrasi untuk episod Disappear seterusnya. Sengaja dia ingin menyiapkannya awal walaupun deadline masih lama lagi. Idea yang tiba-tiba datang tidak boleh dibiarkan pergi sebelum sempat dia menzahirkannya di atas kertas putih dengan sebatang pensel.
Hello, bro!” Muncul Ari dan Rysa di hadapan mejanya membuatkan pemuda itu tersentak.
“Eh, Kak Rysa dan Abang Ari!” Kaz sengih sambil kembali tunduk melakar di atas kertas.
“Sejak bila mak aku lahirkan kau!” Ari melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Kaz. Rysa duduk di sisinya. Gadis itu tersenyum dengan gurauan tunangannya dengan sahabat baiknya itu.
“Kau buat kerja kat sini, kaunter siapa handle?” Ari menjengah ke kaunter Duncan CoffeeHouse. Seorang pemuda berkaca mata sedang sibuk melayan pelanggan yang membuat pesanan. “Tu siapa?” Ari menjuihkan bibir.
“Aku ada hired budak baru, Tim.. Budak lepas SPM.. Bekas bendahari Persatuan Usahawan Muda.. P.U.M… Heh..” balas Kaz tanpa mengangkat muka. “Habis Disappear ni, aku rasa, aku nak tambah lagi kaunterlah.. Senang nak order.”
“Bagus idea tu, Kaz…! Service okey, makin ramailah orang akan datang sini..” celah Rysa. Kaz mengangkat muka dan tersenyum.
“Korang berdua ni dari mana?” Kaz tidak lagi dapat menumpukan perhatian lantas dia berhenti membuat lakaran. Tumpuannya kini hanya untuk dua sahabatnya itu.
“Aku dari office. Rysa dari butik.. Tiba-tiba rasa nak makan doughnut!”
Kaz mengerling jam di dinding. “Dah pukul 11.00 pagi.. Selalu kalau keluar office pukul 10.00 kan?”
Ari tersengih. “Sengaja aku keluar lewat sikit pagi ni.. Lepas ni terus tak balik office. Aku nak temankan Rysa bayar bil-bil..”
“Oh… Ni dah order ke belum ni?”
“Belum lagi.”
“Nak apa? Aku orderkan.”
“Bagi aku black coffee and Snow ball. Rysa nak latte and Oreo doughnut, Oreo doughnut dengan extra choc..” Ari mengusap lembut kepala Rysa. Rysa angguk kepala, tak sabar untuk menikmati doughnut kegemarannya.
“Okey! Korang pergi lah duduk meja lain. Meja aku ni berselerak dengan kerja.. Macam mana nak makan kat sini.. Aku pun belum menjamah lagi ni. Aku gi order jap!” Kaz bingkas bangun menuju ke kaunter. Ari dan Rysa segera berpindah ke meja di tepi tingkap.
Dari jauh, Kaz memerhati Ari dan Rysa yang sedang asyik berbual. Sesekali, Rysa tergelak. Jauh di sudut hati Kaz ingin mengulang waktu, di masa Rysa masih belum ada yang punya. Namun, jodoh menentukan Rysa kini milik Ari. Dan sehingga hari ini, rasa yang pernah ada untuk Rysa dari Kaz masih menjadi satu rahsia, tiada siapa yang tahu. Rasa yang telah lama dipadam oleh persahabatannya dengan Ari. Hampa yang membuatkannya melupakan cinta.
Here’s your meal…” Kaz menghidang makanan di meja.
“Wah..bos Duncan sendiri hidangkan untuk kita. Specialnya kita kan?” Rysa menyiku Ari di sebelahnya. Pemuda berkemeja biru itu tersengih. Kaz sudahpun melabuhkan punggung di kerusi berhadapan mereka.
“Apa cerita hari tu?”
“Apa?” Bulat mata Kaz memandang ke arah Ari.
“Perempuan yang datang masa kau stay up kat Duncan hari tu lah…”
“Oh! Budak pelik tu!” Mini Milo doughnut selamat ke perut.
“Budak pelik?” Giliran Rysa berkerut dahi. Wajah Ari dan Kaz dipandang satu persatu. “Siapa?”
“Entah apa nama entah, dah tak ingat dah. Bila tengok muka aku je, pengsan. Hari tu jumpa kat klinik gigi, nak pengsan jugak. Entah apa sakit dia aku pun tak tahu.”
“Ada ke macam tu? Hahaa..” Ari tergelak. Rysa juga begitu.
“Cantik ke?” soal Rysa yang cukup anggun berkebaya ungu.
“Hah.....hm…..entah!” Kaz menjungkit bahu. “Dah tak ingat muka dah.” Tipu Kaz. Padahal, dia masih ingat wajah gadis itu.  “Satu je aku ingat..” Sambungnya lagi.
“Apa?” Ari menunjukkan minat.
“Dia pakai braces colour pink!”
Really??” Rysa tergelak lagi. “She must be cute to wear such thing, especially on her teeth! My instinct saying that she’s cute!
“Entahlah, Rysa! Tak penting pun..” balas Kaz acuh tak acuh. “Ah, suddenly aku ada idea untuk menu baru Duncan!” Kaz memetik jari.
“Apa?” soal Ari selepas menghirup beberapa kali Black Coffee iaitu espresso kegemarannya. Pahit tapi Ari gemarkannya.
“Pink Smile!”
And Pink Smile tu apa?”
“Hmm… Maybe ice cream..or doughnut or cupcake or…hm.. Yang tu nanti aku figure!”
“Kadang-kadang aku hairan lah dengan kau ni. Study kulinari, kerja kartunis, lepas tu ada kedai kopi lagi, esok kau ada apa pulak?”
“Kulinari dan komik dua benda yang berbeza. Aku suka culinary art sebab aku suka makan and aku nak benda yang aku makan tu sedap dan cantik... Aku suka melukis komik sebab aku suka dunia yang aku cipta dalam kepala aku, yang orang lain tak dapat nak figure what will happen next.. Kejayaan aku adalah apabila watak yang aku reka dalam komik tu hidup bagi peminat komik aku. Yang apabila mereka see something or do something, mereka akan cakap.. ‘Oh, yang ini macam yang si Izzy dalam Disappear selalu buat tu, masa dia sedih.’ Aku suka dengar orang lain cakap macam tu. Orang yang ikut aku dalam dunia komik aku.”
“Hmm… Tapi keputusan kau untuk beli Duncan ni dari Iqbal memang berbaloi. Duncan ni memang ada pelanggan dia sendiri. Walaupun dulu Duncan CoffeeHouse ni is a diner, sekarang pelanggan lama dia memang dah dapat terima menu yang dah berubah tu.. Kau patut berterima kasih dengan Iqbal. Kalau tak kerana dia berpindah ke Dubai dan menjual Duncan ni, Duncan ni takkan jadi milik kau hari ini.”
“Dan nasib baik jugak kau dan Rysa tolong aku cari modal.”
“Tu tak jadi masalah, bro…! Yang penting Oreo doughnut ni dedicate khas untuk aku, kan?” Rysa tersenyum lebar.
“Dan black coffee dedicated to me!” Ari menjuihkan bibir.
“Nantilah aku create something untuk kau, Ari! Jangan merajuk!!”
“Aku nak yang stylo!
“Yalah..yalah! Nanti aku fikirkan. Buat masa ni, tolong aku habiskan mini milo doughnut ni.. Menyesal pulak order sedozen…”
No problem! Aku dan Rysa boleh tolong habiskan. Heheee….”
Kaz menghirup mocha dari cawan sambil matanya melilau, melihat keadaan sekeliling Duncan CoffeeHouse. Sesungguhnya dia amat bersyukur dengan pulangan yang dia dapat sejak dia mengambil alih kedai itu. Langsung tiada sekelumit rasa kesal kerana mengambil alih perniagaan milik rakan sekelasnya semasa di universiti dulu, Iqbal.
Kaz mengeluh kecil seraya mengusap dagu. Pink Smile… Apa yang perlu ada untuk menu Pink Smile. Tiba-tiba rasa excited pulak nak add menu baru.. Tapi, apa yang aku tahu tentang Pink Smile? Habis je Disappear, aku akan proceed cari karakter Pink Smile… Hari ni takda pulak budak perempuan dengan braces pink tu muncul.. Bukannya aku tak perasan dia selalu ke Duncan. . Cuma hari tu aku berdiri betul-betul di hadapannya dan kerana tu ke dia hampir pengsan? Ada ke orang macam tu? Pelik!

post signature

Thursday, May 23, 2013

Pink Smile 1



          

          Hujan lebat di luar. Kaz masih sibuk menggarap kertas putih dengan beberapa lakaran rambang. Point note kuning terang melekat kemas di dinding berhadapan meja kerjanya tertulis deadline komik bersiri Disappear, komik bersiri yang keluar di majalah Fusion setiap bulan.
“Arrgggghhhh!!!!” Kepala digaru-garu kasar. Rambut dah mula serabai. Wajah diraup beberapa kali. Kopi panas yang dibancuh tadi kini bertukar sejuk. Betapa ianya sudah lama dilupakan dek keasyikan Kaz dengan dunia fantasi komiknya.
Saat itu juga loceng pintunya ditekan. Ditekan dan ditekan beberapa kali. Siott! Mana Ari ni?? Tak reti nak bukak pintu!!!
Selamat sudah Ari dimaki di dalam hati. Kaz membuka pintu bilik, melangkah laju ke pintu utama apartmen tiga bilik itu. Daun pintu dibuka.
“Assalamualaikum.” Seorang gadis bertudung litup tersenyum nipis.
“Wa’alaikumsalam, Rysa. Kejap ye..” Pintu dibiarkan terbuka. Kaz melangkah laju ke bilik Ari. Pintu bilik Ari diketuk beberapa kali. “Ari! Rysa kat luar tu ha..” ujar Kaz sebaik pintu bilik terbuka. “Kau tidur tak ingat dunia ke?”
“Penat semalam belum habis daa..” Matanya dipisat-pisat. Jersi Argentina berwarna biru lembut disarung ke badan, padan dengan seluar pendek putih. Penat seharian menguruskan futsal tournament dua hari berturut-turut belum usai. Ari kemudian berlalu meninggalkan Kaz, menuju ke arah Rysa. Kaz kembali ke biliknya.
“Awak..” Ari tersenyum nipis. Gadis itu membalas senyuman seraya mengunjuk beg plastik KFC. “Apa ni?”
“Bonusnya question! KFC laa.. apa lagi..”
“Maksud Ari, untuk apa ni?”
Dinner untuk Ari dan Kaz malam ni.”
“Buat susah-susah je. Kitaorang boleh makan kat luar nanti.”
“Nak tunggu Kaz keluar dari bilik ke? Kebulur la tunang Rysa..” Ari tersengih. Di hati rasa amat beruntung kerana memiliki tunang sebaik Rysa. “Rysa balik dulu.”
“Nak balik dah?”
“Abang Mie tunggu kat bawah.”
“Oh, Abang Mie temankan Rysa ke sini rupanya..” Ari lihat Rysa mengangguk. “Kalau macam tu, sampaikan salam Ari pada Abang Mie.”
“Okey! Assalamualaikum!”
“Wa’alaikumsalam! Take care!” Sebaik Rysa hilang dari pandangan, pintu segera ditutup. Ari duduk di ruang tamu. Butang power pada remote control televisyen ditekan. Terpampang wajah Nicole Kidman di televisyen. Filem Bewitched sedang ditayangkan di TV3.
“Apasal Rysa tadi?” Muncul Kaz dengan mug kosong di tangan. Kopi O sudah selesai tugas membasahkan tekak dan membekalkan kafein di badan, bekalan untuk sesi stay up untuk menyiapkan komik.
“Hantar dinner..” Seketul ayam goreng spicy mula diratah. “Kau tak nak ke?”
“Kau makanlah dulu. Lepas tu, tinggal dua ketul untuk aku..”
“Dua ketul je?”
“Kenapa? Ada banyak ketul ke?”
“Satu..dua..tiga….hm..enam! Kau tiga, aku tiga.”
“Ikut suka kaulah. Rysa beli untuk kau, bukan untuk aku..”
“Dia beli untuk kita lah..”
“Baik betul tunang kau tu, kan?”
See the kaki lah, bro!
“Berlagak.” Kaz segera ke dapur, membancuh kopi buat kali ke berapa entah, dia sendiri tidak tahu. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan Ari.
“Disappear tak siap lagi ke?” soal Ari sambil matanya tidak beralih dari memandang skrin televisyen dengan mulut sibuk mengunyah cebisan-cebisan ayam goreng spicy.
Another two episodes..” Ayam bahagian kepak dikunyah.
“Yang kau tengah siapkan ni episod ke 28, which means next next month dah complete habis lah kan?” bulat mata Ari memandang Kaz di sisinya. Kaz angguk.
“Nak Pepsi kau sikit..” Gelas kertas segera bertukar tangan. “Rysa datang dengan siapa tadi?”
“Abang dia..”
“Abang dia yang tak suka dengan kau tu ke?”
“Hmm… Dia tu lah..”
“Masih lagi ke dengan perangai pelik dia tu?”
“Memang takkan habis punyalah dendam dia kat aku..”
“Pelik betul. Macam budak kecik..”
“Memang pun. Malas aku nak fikir. Asalkan aku dengan Rysa baik-baik je.. Rysa pun tahu abang dia tu macam mana…”
“Jadi ke langsung tahun depan?”
“Kalau ikut plan, macam tu lah, Kaz.. Doa-doa je lah takda apa-apa…”
“Amin!” Kaz angkat punggung, selesai meratah dua ketul ayam.
“Aih! Dua ketul je?”
“Satu simpan dapur. Karang aku makan.. Aku nak sambung kerja..” Mug kopi di atas meja dicapai sebelum pemuda yang hanya mengenakan board short dan baju T putih kosong itu berlalu pergi meninggalkan Ari sendirian di ruang tamu.
“Kaz!! Esok jangan lupa appointment!!!” Jerit Ari tiba-tiba. Kaz yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik undur beberapa tapak ke belakang.
Appointment apa??”
“Doktor gigi!”
“Ah!” Kaz menepuk dahi. “Thanks, bro!
“Aku kan secretary kau! Tu lah… Suruh cari girlfriend, tak nak. Kan senang kalau kau ada girlfriend… Taklah menyusahkan aku!” bebel Ari berbaur gurauan.
Kaz tergelak sebelum melangkah masuk semula ke biliknya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Girlfriend? Buat susah je.. Tambah pening adalah… Tak nak aku!


“Kau nak ke mana?” Ari yang sedang tekun menonton perlawanan bola sepak di televisyen menoleh ke muka pintu di mana Kaz sedang menyarung selipar hitam Teva ke kaki.
“Nak keluar kejap.” Beg sandang Nike Oranje berwarna hitam dipaut ke bahu.
“Ke mana?”
“Hm…Duncan kut!”
“Kenapa? Tak cukup ke kopi kat rumah ni?”
“Dah kering idea, Ri.. Apa-apa hal, cari je aku kat situ.”
“Kunci Duncan ada kat kau ke?” soal Ari lagi.
Kaz seluk saku depan beg sandang. “Ada, bro!
“Kunci kereta? Karang tak pasal-pasal ulang alik kau naik lif ke sini.. Sakit pelupa kau tu bukannya aku tak tahu!” Kata-kata Ari membuatkan Kaz tersengih seraya menayang kunci Mini Austin kepada Ari. Ari buat muka bersahaja.
“Aku pergi dulu!” Kaz berlalu pergi meninggalkan Ari sendirian di apartmen tiga bilik itu. Apartmen itu sudah dua tahun mereka diami bersama. Dulu, ada seorang lagi rakan serumah mereka, Dean, tetapi pemuda itu pindah setelah mendapat pekerjaan tetap di luar negara. Apartmen itu milik Kaz tetapi  bilik yang lagi dua disewakan kepada Ari dan Dean, sahabat baik Kaz sejak di universiti lagi.
Lima belas minit memandu, Kaz selamat tiba di tempat parkir kereta, tidak jauh daripada blok kedai  Duncan Coffeehouse. Sebaik pintu kereta kesayangan dikunci, Kaz mengatur langkah ke kedai kopi miliknya yang terletak di Blok 14, di hujung sekali. Dia masuk menggunakan pintu belakang. Lampu bahagian dapur kedai dibuka. Mesin pembancuh latte dipasang. Malam ini, dia ingin bekerja di Duncan CoffeeHouse sahaja, bertapa di tempat sunyi dengan aroma kopi dalam sesi mencari idea memang satu perkara biasa bagi Kaz.
Lampu di sudut kanan kedai dibuka sebaik saja secawan kopi latte siap dibancuh. Aroma kopi berkrim menerawang ke ruang kedai. Komputer riba segera dikeluarkan daripada beg sandangnya.
Idea searching………….” Kaz menarik nafasnya dalam-dalam sebelum memejam matanya rapat. Kertas A4 putih dan pensel mekanikal kegemarannya tersedia di atas meja.
Tiba-tiba, cermin kedai diketuk. Hampir tersedak Kaz yang sedang menghirup kopi latte. Lagu No One Knows nyanyian Queen Of The Stone Age yang ke udara sedari tadi melalui speaker komputer riba diperlahankan.  Kaz mengeluh berat. Ni siapa pulak yang ketuk-ketuk pagi-pagi buta ni…?!
Kaz membiarkan ketukan itu berterusan sebelum dia bingkas bangun, melangkah ke tingkap. Perlahan, langsir putih dikuak sedikit. Seorang gadis berhoodie hitam dan berseluar jeans biru pudar berdiri di tepi tingkap. Sebaik Kaz menampakkan mukanya, gadis itu nampak begitu terperanjat lalu jatuh pengsan. Kaz bergegas ke luar, mendapatkan gadis itu lalu didukung masuk ke dalam kedai.
Kaz segera ke dapur, mengisi mangkuk dengan air sebelum direnjis ke arah gadis itu. Gadis itu akhirnya terjaga. Kaz segera menjauhkan diri.
“Kenapa dengan awak? Apa awak buat time macam ni kat sini?” soal Kaz lantas memeluk tubuh. Dia sedikit terperanjat saat gadis itu menyeringai tersenyum, menampakkan pendakap gigi berwarna merah jambu di giginya, membuatkan Kaz tergelak kecil. Tiba-tiba, hatinya digeletek. Gadis itu pantas berubah wajah lantas Kaz berhenti ketawa.
Perlu pertolongan ke budak ni? Kaz mengerling ke arah jam  di dinding berdekatan meja kaunter. Tepat pukul 1.15 pagi. Kaz kemudian kembali menatap wajah gadis itu yang sedang menyusun sepuluh jari.
“Kenapa?”
Help!” Gadis itu menyusun sepuluh jari. Hood dibuka dari terus menyelubungi kepala, menampakkan rambutnya yang ikal berwarna hitam pekat itu.
Kaz masih ragu-ragu. Nampak macam innocent… Kaz tarik nafas dalam-dalam. Mintak-mintak bukan hantu… Heh!
“Nak apa?” Kasar Kaz menyoal.
“Pinjam phone boleh? Kereta saya rosak kat depan tu ha..” Gadis itu menjuihkan bibir. “My handphone low batt!” Gadis itu mengangkat telefon bimbit iPhone  dengan casing merah jambu. “Saya nak balik rumah, dari rumah kawan tadi, lepak. Tertidur kat sana. Then, saya terbangun, saya nak balik. Saya perlu balik, kalau tak parent saya marah… Sebab tu lah, saya drive sensorang.. Tiba-tiba pula kereta mati tengah jalan. Saya nak call pun tak dapat. Jadi saya jalanlah sampai sini. Tengok lampu kedai ni yang masih bukak. Sorrylah kalau ganggu. But I really need help.
“Dah habis?”
“Hm?”
“Cerita awak dah habis?” soal Kaz sinis. Gadis itu tersengih.
“Awak boleh tolong saya?”
“Nah.” Telefon bimbit Nokia 3310 diunjuk kepada gadis di hadapannya. Gadis itu tiba-tiba tergelak. “Kenapa gelak?”
“Zaman macam ni pun masih ada orang pakai telefon bimbit ni ke? Mereka masih keluarkan ke model ni?” Gadis itu gelak lagi.
Berderau darah Kaz terus ke muka. “Ni nak mintak tolong ke program hina-bina ni??”
Kecut perut gadis itu terpampang di riak wajahnya. Tawanya terus padam. “Er, maaf!”
“Ni nak guna handphone ke tak nak? Kalau tak nak, boleh blah..” Tegas Kaz.
“Nak! Nak!” Telefon bimbit itu bertukar tangan. Gadis itu melangkah jauh sedikit daripada Kaz sebelum membuat panggilan. Lima minit kemudian, dia kembali mendekati Kaz yang bersandar di pintu yang memisahkan dapur dan ruang makan Duncan CoffeeHouse.  “Terima kasih!” Ucap gadis itu dengan senyum mesra di bibir mungilnya.
Kaz menyimpan telefon bimbit ke dalam poket seluar pendek. “Dah ada orang nak jemput?” Kaz lihat gadis itu mengangguk.  “Kalau macam tu, awak boleh pergi sekarang!”
“Eh..eh! Kejap!”
“Nak apa lagi?”
“Nak kopi, boleh?” Bulat mata Kaz memandang wajah gadis di hadapannya itu. “Sementara menunggu, elok minum kopi. Saya memang selalu ke Duncan ni. Sedap kopi kat kedai ni. Awak buat apa selalu kat sini? Awak owner kedai ni ke?”
Kaz pandang wajah gadis di hadapannya tanpa riak. Banyak cakapnya perempuan ni… Karang aku tinggal macam tu, aku ni lelaki tak baik pulak… Terngiang-ngiang pulak di telinga pesan Mak, lindungi kaum Hawa.. Tetapi kenapalah Hawa yang sorang ni tiba-tiba jadi sangat menyakitkan hati?!
“Tunggu sini! Jangan masuk. Nanti tak pasal-pasal kena cekup!” Gadis itu menurut. Kaz datang semula mendapatkannya dengan secawan kopi latte.
“Terima kasih!!!” ucap gadis itu gembira. “Awak siapa nama?” Kaz tidak menghiraukan soalan itu.
“Awak cepat minum dan pergi dari sini. Saya banyak kerja awak tau tak? Saya bukan datang sini nak berkenalan ke apa. Saya dah tolong awak, saya harap awak faham. Awak tu perempuan, dan saya ni lelaki. Kalau orang jumpa macam mana?”
But I’m a girl in need… Tentu mereka akan faham. Takkan nak biarkan gadis macam saya ni seorang diri time macam ni? Kalau jadi apa-apa kat saya, awak tak rasa tanggungjawab ke??” ujar gadis berkulit cerah itu bersungguh-sungguh. Kaz dilihat terdiam. “Haa.. betul kan cakap saya? Baik awak temankan saya sampai orang jemput saya kat sini. Awak tunggu kat dalam, saya tunggu kat luar ni. Takpa. Saya tak sejuk. Saya ada hoodie!” Hood kembali disarung di kepala.
“Hm, awak tunggu kat dalam. Biar saya kat luar!”
Gadis itu tersengih. Aku tau kau tu baik… And kopi ni memang sedap! Tak sangka, ini rupanya hikmah kereta rosak.. Heheehe.. Tak pasal-pasal dapat jumpa my dream boy. Oh, my dream boy!!
Kaz duduk di luar pintu kedai sebelum telefon bimbitnya berdering. Dia mendapatkan gadis itu yang sedang duduk di kerusi berhadapan meja bar.  
“Awak Luna ke?” soal Kaz dingin. Gadis itu angguk. “Panggilan untuk awak.”
Setelah berbual seketika, gadis itu memulangkan telefon bimbit itu kepada Kaz. “Saya pergi dulu! Thanks for the accompany, and the latte!
“Dah ada orang jemput?” soal Kaz masih dingin.
 “Saya dah bukan tanggungjawab awak lagi. Don’t worry!” Gadis itu tersenyum sebelum berlalu pergi. Kaz mengunci semula pintu sebaik gadis pelik itu hilang dari pandangan. Kaz mengeluh kecil sebelum berlari anak ke meja kerjanya.
Get back to work! Work! Work!!! 

post signature